Follower

Friday, November 11, 2011

Singgang Daging Terengganu


Entry tayang makanan ye..

Harini 11.11.2011.. Tarikh yang cantik. Sana sini cerita tentang tarikhni. Jangan lupa pula dengan tarikh hijriah ye kawan-kawan. Harini 15 Zulhijjah 1432H. Ada setengah bulan sahaja untuk kita akan melangkah ke tahun 1433H.

Sana sini juga tunjuk hidangan daging. Almaklum, peti sejuk masing-masing masih penuh dengan daging korban. Samalah dengan ibu Yusuf dan Maryam ni, mak mertua dia bekalkan berkilo-kilo daging. Hihi..

Petang semalam, balik kerja je terus terjah peti sejuk. Hmmm.. cuma ada ikan selar, daging dan sedikit sayur mayur. Tu pun stok dari minggu lepas punya. Sejak balik dari kampung ayah tak ke pasar lagi.

Masak jelah apa yang ada. Jadi ibu masak ikan bakar, pucuk ubi rebus, singgang daging dan budu.. Ringkas je, tapi habis nasi seperiuk. Hihi..

Ibu rasa nak kongsi di sini resepi Singgang Daging hasil intai mak mertua dan kakak ipar masak sejak 8 tahun yang lalu.. Apa nak buat, baru ada blog. Kalau tak, dulu lagi dah kongsikan dengan kawan-kawan.. Ececeh, macam pandai sangat masak..

Singgang Daging Jemari Asmara.. Suka-suka bagi nama sendiri sebab yang masak orang Jawa!! Hihi.. (berapa banyak hihi daaaa dalam ini entry.. hihi..)

Resepi Daging Singgang Terengganu

Bahan-bahannya:

200 gram daging (anggaran 2-3 orang makan)
3 ulas bawang putih dihiris
1 inci lengkuas dihiris
1 inci kunyit hidup dihiris
1 batang serai diketuk
1 keping asam keping
1/4 sudu lada hitam dikisar/ tumbuk
1/2 sudu ketumbar dikisar/ tumbuk
1/2 sudu jintan putih dikisar/ tumbuk
Air
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Rebus daging bersama bawang putih, lengkuas, kunyit dan serai hingga menggelegak.
2. Masukkan bahan kisar dan rebus hingga daging empuk
3. Masukkan garam dan asam keping.. Sedia untuk dihidangkan.




Nota ibu Yusuf:

* Singgang daging ibu malam tadi tak letak ketumbar dan jintan sebab tak ada stok di rumah. SIL ibu kata nak letak serbuk sup pun boleh juga..

* Kadang-kadang MIL dan SIL letak serai, kadang-kadang tak letak. Maknanya, serai tu tak wajib lah ye..

* Mungkin resepi di atas ada perbezaan dengan orang lain masak. Macam yang ibu tulis kat atas tadi, semuani hasil tengok MIL dan SIL masak. Senang cerita, ini cara mereka.
Senangkan? Bagi yang belum pernah buat, silalah cuba. Ringkas sangat-sangat dan sedap. Tak ada guna minyak-minyak bagai. Campak dan rebus je..

Bagi yang selalu buat Singgang Daging, sama tak resepinya dengan ibu punya? Ceritala sikit.. :D


18 comments:

  1. mak mentua sy pn org tganu gak.Singgang dia masak, perghhh sedap!!!Sama je resepinya..hihi

    ReplyDelete
  2. lebih kurang jer,tp sy tak letak jintan2 tu semua klu buat singgang.sy mmg buat rebus.jg kesihatan.keke

    sy tak pernah lg buat singgang daging,selalunya ikan jer.hehe..

    for kak zefa info,sebelum kahwin sy tak pernah mkn singgang.mak sy tak pernah masak.serius!

    ReplyDelete
  3. tak pernah bt singgang daging,selalu buat singgang ikan...
    tapi mak kaklong pernah makan daging singgang ni katanya sedap...nak2 lagi kalau org terengganung yg masak..
    :)

    ReplyDelete
  4. mummy punya cara tak letak jintan and serai.. Ketumbar ala2 wajib letak.. Sedapnyer singgang pekena ngan budu and pucuk ubi. yumyum

    ReplyDelete
  5. singgang ikan akak x makan..tp daging ni mmg gemorrr....nnti leh try buat :)

    ReplyDelete
  6. sy suka singgang.. sebab saya org trg.. hihii

    ReplyDelete
  7. PK: kalau singgan ikan mmg tak letak serbuk2 tu.. kalau singgang daging, letak boleh, tak letak boleh.. :D

    ReplyDelete
  8. K long: org jawa yg masak pun sedap tau! hehe.. tp berguru dgn org tganu la.. :D

    ReplyDelete
  9. UM: Yes, singgang terengganu. Rahsia memikat perut suami yg berasal dr Ganu.. :D

    ReplyDelete
  10. MB: Pasni teringin nak cuba bubur lambuk ganu pula tau. Resepi tahu dah nak tgk kat blog sapa.. :D

    ReplyDelete
  11. Mama Gee: Singgang ikan kadang2 mmg terasa hanyirnya.. singgang daging mmg best!!

    ReplyDelete
  12. IB: gara2 intai daging di blog mama alisya la muncul singgang daging ni.. hehe..

    ReplyDelete
  13. kalau singgang daging kelantan cuma letak lengkuas, halia, ketumbar, bwg merah/putih dan asam keping....
    xada serai n kunyit..

    ReplyDelete
  14. saya ni lum pernah masak singgang daging tapi menarik juga yer..sedap mkn time cuaca sejukx2 ni:)

    ReplyDelete
  15. Tak pernah rasa lagi... tapi pernah dengar... Mesti sedap:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...