Follower

Monday, November 14, 2011

Ibu Yusuf: Dalam Dilema Lagi..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Jam dilappy ibu menunjukkan jam 12.00 tengah malam.. Sudah Isnin maksudnya. Maaf, semalam hanya sempat ziarah beberapa rakan blogger di pagi hari dan tidak sempat ber blog walking sepanjang hari. Semalam kami bermusafir pulang ke Sekinchan menziarahi Mbah Lanang Yusuf dan Maryam. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Shah lam semula jam 10.30 malam tadi.

Waktu untuk tidur sepatutnya.. Namun ibu singgah menarikan jemari, semata-mata mahu meluah perasaan. Aduhai.. Besok, ibu bakal terperangkap dalam dilema lagi. Antara kerjaya dan anakanda.

Besok ada majlis di sekolah anakanda Yusuf. Hati ibu berkobar-kobar mahu hadir.. Mahu dengar sendiri dari mulut pendidik, adakah sama seperti yang dilafazkan Yusuf bila balik sekolah Jumaat lepas. Yusuf kata: "Ibu, abang pelajar mumtaz". Allahu Akbar.. Anakku, moga kamu Mumtaz di dunia dan akhirat. Bukan nombor jadi ukuran anakku, andai kamu menzahirkan 'solehmu' di hadapan ibu.. sudah cukup buat ibu bahagia.

Besok juga, akan berlangsung satu program selarasan ibu di MPK. Juga ibu perlu sampaikan satu slot ceramah di samping dua penceramah yang lain. Manakah mungkin ibu dapat 'meloloskan' diri aduhai anakku.

Moga-moga ada 'jalan' terbuka di besok hari. Mudah-mudahan..


Yusuf dan Maryam di salah satu program anjuran agensi di mana ibu bertugas.. :D

Ps: Macam mana ek? Huhu..


8 comments:

  1. oowhh..memang dlm dilema...hati pastinya mahu ke sekolah anak tp tugas menuntut sebaliknya. Memang dugaan buat ibu yg menyandang kerjaya mcm zefa. semoga ada jalan terbaik esok pagi..

    ReplyDelete
  2. ni betul2 dilema...tkpe akak pegi bg slot..ayah peg dgn yusof ;)

    ReplyDelete
  3. kita semua nak buat yg terbaik untuk anak2...


    semoga dipermudahkan,insyallah!

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah, moga yusof lebih berjaya lepas ni

    ReplyDelete
  5. itulah dilema ibu brkerjaya....Hari Khamis ni akak pn dlm dilema antara hadir hari kecemerlangan anak di SK rendah dan angahnya di SK menengah..majlis brjln serentak..ayah pula xde...haru....

    ReplyDelete
  6. inilah dikatakan diluah mati bapak,ditelan mati mak..

    setiap dilema msti ada jln penyelesain walaupun kadang2 boleh melukakan hati satu pihak..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...