Ini bukan entry tentang keselamatan. Harap maklum!!
Assalamualaikum wbt..
Masih bersiaran dari Pulau Bahagia Kuala Terengganu.. Malam yang sangat dingin, siangnya juga (dalam rumah la..) Kami dah mandi petang siap-siap jam 2.30 pm tadi. Haha.. Awalkan? Di sini sejuk memanjang, kalau lewat-lewat.. alamat tak mandilah anak-anak jawabnya.
Kami dijadualkan akan bertolak balik ke Shah Alam besok pagi, menempuh satu perjalanan yang panjang. Kebiasaannya, perjalanan Shah Alam - Kuala Terengganu dengan cara pemanduan ayah memakan masa 7 hingga 8 jam. Itupun jika perjalanan lancar, jika tidak maka masa yang diambil akan lebih lagi.
7 hingga 8 jam bukan satu masa yang singkat.. Jika tidak diisi dengan aktiviti-aktiviti menarik maka akan kebosananlah anak-anak ibu. Ibu kongsikan di sini beberapa aktiviti yang pernah kami lakukan di dalam kenderaan sepanjang perjalanan. Samada kami suka atau terpaksa.. atau terr..
Kami dijadualkan akan bertolak balik ke Shah Alam besok pagi, menempuh satu perjalanan yang panjang. Kebiasaannya, perjalanan Shah Alam - Kuala Terengganu dengan cara pemanduan ayah memakan masa 7 hingga 8 jam. Itupun jika perjalanan lancar, jika tidak maka masa yang diambil akan lebih lagi.
7 hingga 8 jam bukan satu masa yang singkat.. Jika tidak diisi dengan aktiviti-aktiviti menarik maka akan kebosananlah anak-anak ibu. Ibu kongsikan di sini beberapa aktiviti yang pernah kami lakukan di dalam kenderaan sepanjang perjalanan. Samada kami suka atau terpaksa.. atau terr..
1. Tidur
Owh.. Ini bukan aktiviti kegemaran anak-anak. Biasanya mereka tertidur.. samada kerana sangat mengantuk atau sudah tak tahu nak buat apa. Paling lama pun mereka hanya akan tidur selama satu jam. Jika perjalanan malam, suka atau tidak mereka terpaksa tidur. Tapi, kenapa dengan ibu ya? Mudah sangat tertidur dalam kereta. Haha..
2. Makan
Ini adalah aktiviti yang ibu tak berapa ibu galakkan dalam kenderaan. Makan-makan akan menyebabkan sepah dalam kereta juga 'berlengas' tangan. Tapi buat jug.. Biasanya aktiviti ini akan bermula bila ayah mengantuk dan makan-makan sambil memandu untuk hilangkan rasa mengantuk. Bila ayah makan, anak-anak (dan tentunya ibu sekali) akan joint aktiviti makan-makan. Tapi tak apa, tisu lembab sentiasa ada dalam kereta kami. Tiada lagi masalah tangan berlengas dan mulut comot, cuma sedikit sepah..
3. Membaca
Ini aktiviti kegemaran Maryam. Budakni sana sini memang kelek buku. Abangnya Yusuf bukanlah kaki buku sangat, tapi bila dapat yang baru, maka ralitlah dia dengan buku barunya.. Tapi ibu tak boleh la, sakit kepala bila membaca dalam kenderaan yang bergerak.
Ayah belikan Yusuf komik Upin Ipin masa singgah di R&R.. Khusyuk je dia membaca..
4. Menulis dan mewarna
Aktiviti ni hanya Maryam seorang je pernah buat dalam kereta. Bukan setakat buku, bekas pensil dia yang penuh dengan pensil dan pensil warna pun sentiasa dikelek ke sana kemari.
Ayah belikan Maryam majalah Aulad. Macam-macam aktiviti di dalamnya sampai tak sabar-sabar dia nak buat.
5. Main game
Haaaa.. ini aktiviti kegemaran anak-anak. Biasanya telelefon bimbit kami menjadi mangsa. Seorang satu.. Tapi ibu dan ayah guna telefon bimbit biasa-biasa sahaja, bukan yang canggih manggih pun.. :D
6. Layan CD
7. Main teka teki
8. Baca Iqra'
9. Menghafaz surah
10. Sembang-sembang
11. Main kira-kira
12. Dll
Aik? Tak ada huraian pun yang belakang-belakang tu? Jujur, ibu dah ngantuk sangat. Besok nak bangun awal bersiap untuk perjalanan jauh. InsyaAllah, jika ada kesempatan ibu akan habiskan.. Layan dululah mana yang ada tu.. Hehe..
semoge dipermudahkan perjalanan..selamat sampai dan kembali bersiaran dari baiti jannati dengan gembirenye..
ReplyDeletebanyk betul aktivitnye..sokong yg tidur..sebab ibu muhammad selalu cepat tidur sampai muhammad tu asyik nak menggelongsor je hehe
p/s: big n small boss duduk depan..mak encek dan cik encek duk belakang..ralit betul dgn buku2..suke tgk ;)
bagusnya tgk aktiviti disepanjang perjalanan tu...masa dimanfaatkan dgn baik. apa yg penting anak-anak tak bosan dan pemandu tak ngantuk semasa memandu...semoga selamat sampai:)
ReplyDeletesemoga selamat perjalannya..aminnn
ReplyDeleteaktiviti popular kami pula bila perjalanan jauh adalah dengar lagu,menyanyi,smbg dan makan.haha..
ReplyDeletesemoga slmt perjalanan balik..:)
salam ,
ReplyDeletewow byk nye aktiviti .. bagus sungguh mama yusuf n maryam ni ...
semoga slmt pulang ke rumah kmbali ye ;)
bagusnya mereka...duduk diam dalam kete sambil baca buku..
ReplyDeletebab tido kita sama, bab tak leh baca-baca kat dlm keta pun sama, bab makan pun sama hehee..sampai ke destinasi keta dah jadi mcm lori sampah. Segala mcm ada :-)
ReplyDelete:) aktiviti yg bermanfaat. auni dalam kereta mmg tak boleh duduk diam. gerak sana sini hehe. ummi pun mudah tidur..
ReplyDeleteBanyak sungguh aktiviti, tahniah :). Kalau anak Nida tido je ler sepanjang perjalanan..hehe
ReplyDelete