Entry tentang air tangan ibu Yusuf dan Maryam..
Tat kastad buahan koktail Jemari Asmara..
Sebenarnya, ibu berhasrat nak 'bercuti' sebentar dari arena mencuba resepi. Badan semakin montel gara-gara sendiri masak, sendiri makan. Hihi..
Tapiii (ada aje alasan..), semalam mem kat pejabat bagi tart shell. Mem pun dah tau, hanya ibu seorang pegawai perempuan di pejabat yang berkongsi hobi dengan dia, maka dia bagilah kat ibu Yusuf da Maryam ni ha.. Orang memberi, kita merasa. Alhamdulillah..
Pagi tadi maka ibu pun gigih 'mengetat'. Mem cadangkan buat cheese tart sebenarnya. Dia siap bagi blueberry filling lagi. Tapi, memandangkan asyik-asyik cheese aje semenjak dua ni, ibu ambil keputusan nak buat tat kastard sahaja. Kebetulan, ada pula buah-buahan koktail dalam simpanan.
Nampak sedap tak?
Ibu buat sedikit carian pagi tadi untuk resepi kastadnya. Tapi rata-rata ada telur.. Hmm, ibu okey je makan telur sebenarnya.. janji jangan ada bau dia. Cuma, ibu rasa nak cuba buat tanpa telur. Akhirnya, ibu buat kastad ringkas sahaja. Tak perlu susah-susah, tart crust tu sendiri dah sedap sebenarnya. ada rasa manis dan lemak.. Masam-manis dari buah-buahan koktail lagi membuatkan rasa tat ni sempurna.. :D
Jemput makan.. garfu sebelah kiri ye sebab anak-anak dua-dua kidal.. (padahal hiasan je, ngap pakai tangan lagi best.. hihi..)
Ibu publish dulu entry ni buat cuci-cuci mata. Nanti ibu update resepinya, buat rujukan sendiri di kemudian hari. Syer dengan kawan-kawan juga.. :D
Update!!
Tart Crust / Shell
Sumber: Azita Kitchen
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Sumber: Azita Kitchen
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
- Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
- Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Custard Filling
Bahan-bahannya:
2 cawan air
1 cawan susu cair
3 sudu makan tepung kastad (tinggi)
3 sudu makan gula (rata)
1 sudu kecil esen vanila
Cara-caranya;
Campur semua bahan di atas dalam periuk. Masak dengan api perlahan dan sentiasa dikacau sehingga pekat. Biarkan sebentar sebelum di isi ke dalam tart shell. Selepas itu, susunka buah-buahan koktail ke atasnya.
Nota ibu:
Resepi kastad di atas adalah sukahati ibu Yusuf sahaja. Untuk resepi yang ada telur sila ke SINI
********************
********************
Ps: Ibu dah konpius;
In English CUSTARD.. Melayu; KASTAD atau KASTARD?
In English TART.. Melayu; TART juga atau TAT..?
Ada sesiapa boleh bantu orang Jawa ni? hehe..
memang sedap nampak nya...
ReplyDeletemakan guna tangan lebih feel nya...heheheh!
sedapnya kak.. nak satu.. hehe
ReplyDeletesedapnya kak..nak lah satu..hehe
ReplyDeletemelayu tat kot..sy melayu asli pun tak tau.hehe...
ReplyDeleteaiman pun kidal...:)
mmg nmpk sedap..buatnya pun nmpk sng..n bahan semua ada kt rumah,tinggal beli koktail.
tp takde acuan tart,nak beli padahal mmg tak suka makan tart.camno?
pinjam acuan tart ibu yusuf boleh?keke...
terima kasih utk resepi tart ni. mmg suka dgn tart dan teringin sgt nak buat. selama ni suka makan je. ngeee...
ReplyDeletepandainya masak...
ReplyDeletekalau beli yg dh siap mmg mahal..anak2 akak suka. TQ 4 sharing...nnti nk cuba buatlah....
Cantik dan nampak sedap, tapi tak tahu nak buat :(
ReplyDelete