Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Gempar! Gempar! Gempar! Semalam ada Edisi Siasat di Food Court Aeon Bukit Raja Klang. Ehehehe, tapi bukan Edisi Sisat kat tv tu. Ibu Yusuf yang menyiasat sebenarnya.
Jangan tak tau, dulu kecik-kecik ibu pernah bercita-cita jadi penyiasat tau. Hahaha.. Masa tu gara-gara suka sangat baca buku Enid Blyton. Tapi kalau sekarang, bos suruh jadi pegawai penyiasat ampun ibu Yusuf tak mahu.
Lokasi Edisi Siasat berlangsung dari lensa gadget ibu Yusuf..
Alkisahnya semalam ibu join kawan-kawan ke Aeon Bukit Raja. Kawan-kawan nak shopping novel di Popular. Jadi ibu tumpanglah sekali sebab kereta ada kosong lagi. Ibu nak beli kasut tapak rata, kasut yang ada semuanya bertumit. Semenjak duani kaki ibu selalu sakit-sakit. Dah gemuk sangat agaknya, jadi kaki pun tunjuk protes. Kih kih kih..
Bila dah ada acara shoping mesti ada acara makan-makan. Kawan-kawan nak makan di food court, ibu follow ajelah. Ini kali pertama ibu masuk food court di sini untuk makan. Dulu dengan ayah ada juga singgah, tapi beli air je..
Masuk-masuk je, ibu rasa lain macam. Rasa macam tak sedap hati je.. Walaupun rata-rata pekerja di hadapan perempuan Indonesia bertudung (ada satu stall ni pekerjanya macam Cina), tapi yang masak 'gelap-gelap' gitu.. Ada faham maksud ibu?
Maka bermulalah Edisi Siasat ibu Yusuf disebuah gerai dengan dialog:
Ibu Yusuf : Kak, saya nak tanya jangan marah arrr... (sambil senyum-senyum manis dan tampak sopan.. feewitt..)
Wanita Indonesia : Iya, apa?
Ibu Yusuf : Yang masak tu orang apa?
Wanita Indonesia : Bangla kak..
Ibu Yusuf : Taukey orang apa?
Wanita Indonesia : India..
Ibu Yusuf : Siapa yang beli barang?
Wanita Indonesia : Taukey lah.. (masani kawan ibu yang dah terorder dah saling pandang memanndang. Pekerja tu kata pulak..) Tak apa, yang kakak sudah order tu seafood aja..
Hmmm.. Masa tu ibu terus angkat kaki. Anda semua agak-agak ajelah ye apa yang ada difikiran ibu.
Kemudian ibu teruskan Edisi Siasat dengan dialog yang sama di sebuah gerai bernama kemelayuan. Alhamdulillah, yang itu pemiliknya memang orang Islam. Pekerja barisan hadapan pun orang Melayu bukan Indonesia. Dari adik manis tersebut, gerai nasi ayam yang ada di situ pun pemiliknya orang Islam. Yang lain-lain rata-rata pemiliknya Cina atau India. Adik tu bagi tips, nak tahu siapa pemiliknya tengok dekat lesen.
Ibu pun tak teruskan Edisi Sisat dan order di situ sahaja.
Untuk tidak menimbulkan sebarang isu, ibu tak sebut gerai-gerai yang ibu dah siasat. Lagipun ini adalah usaha ibu untuk mencari makanan yang benar-benar diyakini. Tulisan ini tidak sama sekali memberi gambaran halal haram makanan di situ. Cuma sama-sama kita saling ingat mengingati bahawa mencari yang halal itu adalah fardhu.
Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Sampai jumpa lagi..
Peluang tambah pendapatan dengan hanya memasang iklan ini..
v
v
sama lah kita kak zefa..kalau masuk kedai, hati tak sedap je...biasanya ada 'sesuatu' pasal kedai tu samaada pekerja, makanan, kebersihan dan sbgnya hehe
ReplyDeleteDulu masa belajar uitm shah alam, saya rajin pergi jusco (dulu namanya jusco kan), dan pernah gak la makan kat food court atas ni kan..rasanya keadaan dulu dan sekarang dah jauh berubah kot..
ReplyDeleteAkak setuju dgn cara Zefa tu.. Memang kena siasat sebab apa yg kita makan tu akan menjadi darah daging..
ReplyDeleteSuram dah Food court sini. Nak makan pun kurang selera
ReplyDeletegerun dgn keadaan mcm tu...baik kita lebih beringat kan!
ReplyDeletebagus betul penyiasatan akk,mmg menimbulkan syak dan was2..makanan menjadi darah daging,msti pastikan halal..:)
ReplyDeletetahniah kak zefa! care2 mcm ni panduan utk org ramai ;)
ReplyDeletewah.. betul betul penyiasat 007 ni... baru2 ni kawan kpd kawan menceritakan dia telah beli seekor ayam.. setiba di rumah.. dia dapati ayam tu langsung xde kesan sembelih.. mmg kena berjaga2 skg ni ;lebih2 lagi ayam yg sudah di sembelih tapi tidak sempurna..
ReplyDelete