Follower

Wednesday, May 9, 2012

TERIMA PENGAJARAN DARI CONTEST DI FB

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu Yusuf dalam mood berdebar-debar. Sedang menunggu sesuatu 'yang pertama' sampai ke tangan. Harap-harap pihak yang ditunggu-tunggu akan tiba harini juga. Tak boleh cerita lebih-lebih, nanti dah dapat baru ibu cerita lagi ya..

Balik pada tajuk.. bunyinya macam isu besar je kan? Tapi sememangnya ibu Yusuf telah belajar sesuatu baru-baru ini. Sesuatu yang orang lain dah lama tahu, tapi ibu Yusuf baru nak tahu. Dan 'terkena' juga.. Gara-gara tak tahu. Hmmm, sabar ajelah. Semuanya bermula kerana join contest di FB.

Bacalah ye pengalaman ibu yang sedikitni. Yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan sempadan.

Penyertaan pertama:
Penyertaan pertama ibu Yusuf dalam contest di FB adalah anjuran UK Store. Kena hantar gambar ruang tamu rumah dan publish di wall UK Store. Lepastu kena raih like banyak- banyak gitu. Yang ni memang ibu tak promote sangat, cuma syer semula di wall sendiri, buat entry di blog dan syer di ESDG. Syer di APC pun ada rasanya. Pic ibu hingga tarikh tutup dapat 92 likes. Cuma, contest tu tak dapat sambutan sebenarnya. Ibu pun tak tahu apa kesudahannya. Penganjur pun senyap je lagi setakatni..

Penyertaan kedua:
Ibu join Choose, Syer and Win anjuran FB The Ladies Photographer. Ibu meraih undi masih dengan cara yang sama, cuma kalini ibu PM secara peribadi kawan-kawan minta tolong like, dan ibu masukkan sebagai syarat tambahan dalam GA yang ibu buat. 

Masa join contest yang ni, ibu baru tahu tentang exchange vote/ like. Tahu macamtu-macamtu ajelah, ada juga cuba buat. Cuma masa dapat tahu tu dah last minit. Lagipun, yang ni like di wall kita. Jadi yang tak add memang tak boleh like.

Hasilnya, dapat 62 likes je. Kalau tak silap, yang menang contest tu dapat meraih 200++ like.

Penyertaan ketiga:

Ibu join Kleenex Moments, yang sekarang ni lah. Masa join tu, tahu dah memang susah nak menang. Penyertaan sedia ada masa tu pun dah ada yang 500++ vote.

Dah tu, tahu tak boleh menang kenapa nak join juga. Hehe.. Saja nak test power..

Entah kenapa ibu berani-berani diri exchange vote dengan orang lain, walhal tak berapa tahu lagi selok beloknya. Entah macammana juga boleh sampai tersasar ke luar negara. Haiya.. Nasib baik tak main like aje, ada sekali tu jumpa contest yang dianjurkan oleh persatuan agama dot dot dot. Ada sekali tu juga, orang yang minta exchange vote tu, minta like gambar anjing daaa.. Hohoho, tak mau, tak mau.. Kena lebih berhati-hati lepas ni..

Dan juga, baru ibu tahu, kalau nak exchange vote kena sebut jumlahnya masa setuju. Hadoi, yang ini memang terkena. Tiba-tiba je ada sorang manusia ni kata dah bagi 5 vote kat ibu. Kita sah-sah boleh bagi satu je. Lepas tu dia kata ibu penipu. Yang ni memang sadis sangat-sangat. Terus rasa serik.

Baru ibu tahu, ada yang buat akaun FB sampai berpuluh-puluh, ada juga sampai beratus-ratus. Tujuannya, untuk like sendiri contest yang disertai, atau untuk exchange dengan orang lain.


Baru ibu tahu juga, ada yang jual vote. Ibu terbaca entry Ila Salleh pasal vote cara baik dan cara kotor. Ila kata, tak mustahil akan muncul software yang dicipta untuk vote/ like. Melalui entry tu juga baru ibu tahu exchange vote link tu cara kotor sebenarnya. Alamak, ada terlike dah page tukar vote ni.

Hmm..  Macam-macam cara nak menangkan? Cumanya telus atau tidak.


Kesimpulannya, memang susah nak menang dengan hanya mengharapkan vote/like dari kawan semata-mata jika ada unsur-unsur yang 'gitu-gitu'. Kalau nak exchange vote pun biarlah kita tahu apa yang nak divote. Ibu Yusuf betul-betul ambil pengajaran dari kenaifan diri sendiri sebelumni.

Jadi, masih teruskan hajat nak join contest raih vote/ like? Tepuk dada, tanya selera.


Bagi ibu, penat juga nak raih vote ni. Kita bukan 24 jam duduk depan komputer. Bukan 24 jam online..


Yang dah masuk Kleenex moments ni teruskan ajelah.. Test power ibu Yusuf, berapa like pulak dia boleh dapat kalini. Harap-harap lebih 100 baru nampak peningkatan. Setakatni baru ada 80++ votes. Hehehe..


Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam.


Ps: Entry ni sepatutnya publish pagi tadi, tapi ptg baru publish. Jadi yang atas tu dah dapat. Mood gumbira lalalala..

Cara mudah tambah tabungan. Klik!!

17 comments:

  1. Kelakar juga bila baca ;) pernah join sekali atau 2 kali contest macam ni. Tapi tak rajin pun suruh orang like. Kadang tu memang susah even kawan sendiri nak tolong vote ;) tapi saya setakat orang minta tolong vote tu takde masalah.

    Apalah yg ditunggunya tu...

    ReplyDelete
  2. jarang join contest kat fb huhuhu takut kena tipu..

    ReplyDelete
  3. kdg takfikir sampai ke situ diorang boleh bukak banyak akaun..mcm2 gaye persembahan baru tau

    ReplyDelete
  4. Mmg kalau contest yg memerlukan LIKE2 ni susah untuk kita yg telus, sebab mmg ada software untuk naikkan LIKE, itu yg setengah tu Like 1 ari cecah ratus2..

    ReplyDelete
  5. sebab tu kaklong jrg nak join kontest kat fb...


    pastu pulak skrg ni klu ada kontest kat blog banyak suruh like panpage..sponsornya berderet-deret...tak kose nak layan...hahahah!

    ReplyDelete
  6. tak pernah join kontes di fb, mmg tak minat...huhu

    ReplyDelete
  7. macam2 cara org nak menangkan???dah lama BSB tak singgah sini.apa khabar?

    ReplyDelete
  8. jarang sangat jois contest.
    mujur awak sudi share cerita nih.
    boleh jugak jadikan pengajaran dan iktibar.
    :)

    ReplyDelete
  9. kadang2 saja je join. suka2. bkn sbb nak menang sgt pun sbb tau yg melibatkan like2 ni bkn sng nak menang.

    ReplyDelete
  10. so far tak pernah join contest kat fb sebab mmg dah tau nanti tak ramai yang akan tolong'likes'kan

    macam2 orang sanggup buat demi nak menangkan

    ReplyDelete
  11. org nk menang mcm2 cara kan...
    nk join pon pk byk kali...

    ReplyDelete
  12. awak,semua contest kt fb mmg kna like ek..nurulkn join contest guna borang jer setakatni.yf fb mmg tak getilh.mcm mana kita nk tahu adaker tak contest kt fb ek

    ReplyDelete
  13. skrg ni ada vote/like ada yg brbyar zefa...mcm2 cara org guna utk meraih kepopulariti..yg akak tahu bila 3F bagitau camne kwn2 mrk nk popular dgn status di FB...vote/like tu boleh dibeli utk tunjukkan mrk popular......entahlah mcm2......

    ReplyDelete
  14. byk juga oengajarn dan pengalaman join contest di fb nie kan..sy kalau meraih vote n like nie mmg tak suka.tak pernah lg join rasanya.tak suka sgt sbb rasa macam tak telus..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...