Follower

Monday, May 28, 2012

SHAH ALAM - RAWANG - SHAH ALAM - RAWANG - KLANG - SHAH ALAM - RAWANG?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tidak tahu mahu bermula di mana, namun yang pasti hati yang gundah hanya Allah yang tahu. Malam Ahad terima perkhabaran kesihatan abah semakin merudum. Memandangkan pagi Ahad ayah Yusuf ada tugasan di pejabat, kami hanya sempat ke Rawang pada petang Ahad. (Abah dan emak ibu sekarang ada di rumah adik lelaki ibu di Rawang).

Sepetang kami sekeluarga hanya bercucuran air mata. Cakap abah semakin tak jelas dan tidak dapat difahami. Abah mula bercakap sorang-sorang seolah ada orang lain di sisinya.

Petang Ahad juga ibu baru tahu adik ibu (tuan rumah) nak balik ke rumah mertua di Kedah hingga minggu depan. Mak pula enggan ke Shah Alam (rumah ibu) dengan alasan tak sampai hati tengok keadaan abah. Sedangkan untuk mengalih posisi abah pun nampak dia kesakitan, inikan pula untuk diangkat-angkat masuk dan keluar kereta.

Hati mana yang tak gundah mengenangkan emak dan abah di rumah sendirian. Yang ada hanya adik perempuan ibu yang berkerja di KL. Seorang lagi adik jauh di perantauan dan kakak sulung yang sedang mengandung lagi.

Mak dalam esak tangis minta ibu jangan balik. Sebab adik lelaki ibu nak gerak balik Kedah selepas maghrib. Mak tak berani ditinggal tanpa peneman. Ibu pandang anak-anak yang sungguh comot dan kami datang hanya sehelai sepinggang.

Sudahnya ibu minta adik ibu gerak lambat sikit. Sementara ibu hantar anak-anak balik dan datang semula.

Kami bergegas balik ke Shah Alam, untuk ibu uruskan apa yang perlu. Jam 10.00 malam ibu dan Maryam bertolak semula ke Rawang tanpa ayah dan Yusuf.

Kami sampai di Rawang (Tasik Puteri) jam 11.30 malam. Kecut perut juga, jalan ke Tasik Puteri tu agak sunyi.

Alhamdulillah sepanjang malam keadaan baik-baik sahaja. Pagi tadi ibu bergerak ke pejabat dari Rawang bersama 'pegawai kecil'. Tak sempat nak ke Taska di Shah Alam, maka sepanjang hari Maryam bersama ibu di pejabat.

Ibu baru saja call mak, alhamdulillah semua dalam keadaan terkawal.

Tak pandai nak cerita panjang-panjang walaupun hakikatnya terlalu banyak yang nak diluah. Tapi cukuplah tajuk di atas memberi gambaran keseluruhan.

Cuma ibu terfikir, dengan ibu hanya punya 2 orang anak, bagaimana nanti di usia tua?

11 comments:

  1. Akak saya memahami sangat apa yang akak rasa sekarang, dan itu jugalah yang selalu terfikir cukup ke dengan 2 anak..saya masih berharap untuk mengandung lagi (sekarang merancang), kadang2 saya tak tau macamana masa depan saya kelak..didoakan semoga ayah akak kembali sihat dan semoga Tuhan permudahkan segala urusan akak sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. Semoga zefa tabah dan kuatkan semangat..juga saya doakan yg terbaik buat ayah zefa.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. semoga awk tabah menerima dugaan spt ini.

    ReplyDelete
  4. lya doakan moga ayah cpt2 sembuh yer...

    ReplyDelete
  5. insyaAllah besar ganjaran pahala yang k.zefa dapat sementelahan dapat berbakti kepada kedua orang tua. InsyaAllah, kita akan menerima kebaikan dari apa yg kita buat kepada mereka hari ini.....moga abg yusof dan adik maryam dapat ikuti contoh tauladan ibu mereka ni....supermom hebat!!

    ReplyDelete
  6. Semoga abah Zefa baik2 sahaja. Tak tahu nak cakap apa. Saya dapat bayangkan macamana. Masa arwah abah saya sakit. Selalu ulang alik dari port Klang ke KL jenguk arwah. Tapi kita akan rasa puashati kerana sudah berikan apa yang terbaik. Walaupun sebenarnya masih banyak yang kurang.

    Saya pun berfikiran macam tu.. Tapi saya yakin Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kadang anak ramai belum tentu boleh jaga ibu bapa.

    ReplyDelete
  7. Nak tambah.. harap kita dapat didik anak kita dengan didikan yang betul agar mereka sentiasa menghargai kita. Insyaallah

    ReplyDelete
  8. Sebagai anak, inilah masa kita berbakti kpd ibu bapa.. Moga Zefa tabah dengan segala ujian ini. Akak juga doakan ayah Zefa kembali sihat dan dipermudahkan segala urusan.

    Tidak dinafikan, dalam situasi begini, suatu kelebihan bagi yang punya ramai anak.. Namun, belum tentu anak yang ramai dpt menjaga kita dgn baik..

    ReplyDelete
  9. sabar je la kak. insyaAllah, abah akan sht je nnt. tabah la hendaknya ye.

    ReplyDelete
  10. Subhanallah,
    Jauhnya berulang ke Rawang.
    Tapi apa sangatlah jika nak dibandingkan dengan apa yang ibu bapa kita curahkan pada kita..
    Semoga kesihatan ayah ibu lebih baik. Sama2 berdoa..

    ReplyDelete
  11. cantik anak2nya ....moga jadi anak soleh

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...