Follower

Thursday, May 10, 2012

SENYUM PENYELAMAT

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hehehe.. Gelak dulu sebelum cerita. Hadohai.. Tarik nafas, hembusss. Fuhhh..

Pendek cerita, harini ibu kena ganti seorang pegawai yang bercuti untuk tugasan di mahkamah. Kawan yang sorang lagi MC, kawan yang sorang lagi ada temujanji. Makanya ibu Yusuf yang kena pergi..

Gara-gara 'satu masalah', bukan OKT yang nak kena tuduh tu je yang menggeletar, ibu Yusuf yang bawa kes pun menggeletar sama. Sapa-sapa perhati tangan ibu masatu, memang akan nampak dokumen yang dipegang bergegar-gegar. Mana taknya, harini majistret yang bertugas tu sangatlah tegas..

Alkisahnya, dokumen yang sepatutnya bertaip hanya bertulis tangan. Gara-gara makluman akhir waktu..





Yang kelakarnya, tah macammana boleh keluar dari mulut ibu secara spontan; "Senyum dulu tuan, minta ampun minta maaf, dokumen ni bla bla bla.." Err, mana ada orang cakap macam tu dalam open court daa.. Aduhai, memang spontan je keluar dari mulut.

Lagi kelakar bila tuan majistret memang tersenyum dan cakap; "pandai awak ye.."

Ibu Yusuf dikurniakan Allah wajah garang kecuali waktu dia tersenyum. Sebab tu siapa-siapa yang tak kenal akan kata ibu Yusuf sombong.

Hehehe.. Tapi harini, senyuman ibu penyelamat keadaan. Bukan senyum menggoda ya, tapi senyum minta kesian..

Alhamdulillah, kesudahannya atas izin Allah semuanya berjalan lancar.

Sememangnya satu pengalaman masam kelat dalam kerjaya ibu Yusuf.

15 comments:

  1. hehe....satu pengalaman tu ya Zefa

    ReplyDelete
  2. k.zefa keje dlm bidang law ke?
    bestnya..macam menarik je bila masuk court ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak zefa ni social worker.. terlibat dengan akta tertentu sahaja.. :D

      Delete
  3. sedang terbayang reaksi dan senyuman majistret t... org lain gelak tak???

    ReplyDelete
  4. ibu peguam ye? mesti mencabar kalau dpt keje yg last minit ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehe, bukan la my dear. Ibu Yusuf tukang bagi syor ke majistret je..

      Delete
  5. kalah tuan yang garang tuh..itu namenye skill kak..bun sume buleh buat ;)

    ReplyDelete
  6. Kalau saya pun akan buat macam tu ;) bodek2

    ReplyDelete
  7. sabar je la kak. senyum tu kalau ikhlas sentiasa je jadik penyelamat.

    ReplyDelete
  8. tak dapat bayangkan senyuman ibu yusof... mesti boleh cair sapa yg melihatnya nih.

    ReplyDelete
  9. hehe..tersenyum lah saya baca entry ni kak zefa :)

    ReplyDelete
  10. senyum itu sedekah dan senyum boleh buat org lain bahagia...itulh salah satu kelebihan dan ganjaran pd org yg suka senyum...
    mesti senyuman zefa sweet smpai cair hati si majistret tu.....

    ReplyDelete
  11. nampaknya senyuman kak zefa nie manis sgt..:)

    ReplyDelete
  12. akak baca pun tersenyum lebar.. hehehe.. muka akak pun org kata masam cam sombong tapi mai kenai dekat sikit tgk orgnya cane.. garang ke tidak..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...