Follower

Monday, August 6, 2012

CARA JADIKAN ANDROID SEBAGAI MODEM/ TETHERING & PORTABLE HOTSPOT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pengikut Jemari Asmara ibu rasa ramai yang tahu ibu kehilangan broadband kan? Lepas tu asyiklah kamu semua dengar keluhan ibu Yusuf ni pasal susahnya tak ada broadband. Ada laptop tapi tak ada internet. Ada tab cap ayam yang ada talian internet tapi tak pandai nak guna. Huhuhu..

Bukan di blog ke ibu cerita pasal kes susah ni, di pejabat pun seboklah ibu bising-bising mengadu kat orang. Hahaha.. Bising tu bukan apa, sebab tak puas hati dengan maxis pasal isu nak dapatkan broadband yang baru sebenarnya. Yang tu tak mahulah cerita, buat setakat ni dah tutup buku dengan maxis okey. Cuma tak tahu nak buka balik ke tidak.

Bila ibu bising-bising tu, adalah sorang rakan pejabat ni dia kata; "Puan ni beli je benda canggih (Tab), tapi tak reti nak guna". Hamboi, kau sound tepat je kat saya ye? Tapi ibu tak lah marah, sebab tahu dia gurau je. Lagi pun dia dah ajar satu ilmu pada ibu.

Rupanya internet pada android boleh disalurkan ke laptop. Hehehe.. Adakah terlalu jelas tertinggalnya ibu Yusuf ini. Apapun, ibu sukahati nak kongsi pula ilmu yang baru ibu dapat ni dengan pembaca Jemari Asmara semua. Pada yang dah tahu tu, tolonglah tambah apa-apa yang ibu tertinggal ye..

 Gambar di atas adalah screen capture dari tab ibu..

Mula-mula pergi ke setting (1). Kemudian pergi ke wireless and network (2). Kemudian klik tethering and portable hotspot (3).

Kemudian akan keluar macamni. Pastikan portable wifi hotspot bertanda right. Kemudian android kita akan tersenarai dalam wireless network connection di laptop kita. Masukkanlah pasword.


Kalau tak ingat password, pergi ke configure portable wi-fi hotspot, dan klik show password tu. Lagi satu, bahagian security tu, pastikan WPA/ WPA Personal dan bukannya open. Kalau tak, semua akan menumpang kasih kita nanti.

Sekian perkongsian ilmu dari ibu Yusuf. Ilmu yang baru dapat dari orang lain. Pada kawan-kawan yang nak tambah maklumat, sila komen ya.

Terima kasih.. :D

8 comments:

  1. ohhh..baru sy tahu!
    sy pun baru terpikir nk beli bband lain sbb x puas berblog guna tab ni (x reti sbmrnya..haha :p)
    terima kasih ibu yusuf...perkongsian ni amat bermakna buat sy..nk buat pasni.. :)

    ReplyDelete
  2. masih blurr jugak...saya guna tab tapi wifi dari TM pastu terus jer main internet mcm laptop... sama jer..

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yg amat berguna ni, Zefa. Terima kasih. Akak pun lebih kurang je. Orang ada kita pun nak juga tapi org lain pandai guna, kita..

    ReplyDelete
  4. hehehe.. nasib baik ada kawan yang bagitahu kat ibu. Akak pun ada tab tapi jarang guna tethering ni sebab dua2 pun mengharap wifi..

    ReplyDelete
  5. ilmu yang bagus. tapi bercadang nak masukkan streamyx je.

    ReplyDelete
  6. k.zefa, yg saya tau hanya guna kt hp lain jer.. x tau plak laptop pun blh.. tp tula.. dulu pernah terpikir gak x blh ker dr hp connect tenet ke laptop.. tp bl ada org kata x blh.. saya pun senyap jer la kan..hehe..skrg dah terbukti mmg blh rupanya...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih ibu yusuf maryam... good info to sharing....

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...