Follower

Monday, August 13, 2012

SOTONG SUMBAT RUSIA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Maaf ya, entry makanan pagi-pagi. Buntu dah nak buat entry apa, dalam folder banyak gambar makanan je. Mana taknya, tiap-tiap hari masak. Bulanni, terajin pulak ambil gambar lepas siap masak.

Semalam petang, ibu teringin nak makan sotong sumbat. Tapi dalam peti sejuk tak banyak bahan yang ada. Cuma kebetulan, adalah 5-6 ekor sotong dalam tu. Tenung punya tenung punya tenung isi dalam peti sejuk tu, maka timbullah idea.

Maka inilah hasilnya..

v

v

v


 Sotong sumbat Rusia..

Wahhh, jauh datangnya tau sotong sumbat ibu ni. Rusia mari.. Hehehe.. Sebenarnya, ini adalah sotong yang digandingkan dengan Beef Stroganoff with Brown Rice Pillaf, salah satu produk myChef. Hidangan klasik Rusia resepi dari Chef Zam. 

Baru semalam buat review tentang produk tu, tapi tu makan dah minggu lepas dah. Semalam buka lagi sekotak untuk merealisasikan kehendak nak makan sotong sumbat.

Resepinya sangat-sangat mudah. Ibu ni senang je, dah alang-alang guna produk myChef yang menyenangkan tugas, jadi tak yah lah nak masak yang susah-susah pulak. Betul tak?

RESEPI SOTONG SUMBAT RUSIA

Bahan-bahannya:

1 kotak produk myChef Beef Stroganof with Brown Rice Pillaf
5 ekor sotong saiz sederhana
1 biji telur
Garam halus secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Cili padi (sekiranya mahu pedas)
Cili merah dan hijau untuk hiasan (jika ada)

Cara-caranya:

1. Gaulkan sotong dengan garam halus dan ketepikan.
2. Panaskan produk myChef di dalam mikrowave seperti arahan di atas kotak
3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan perisakan dengan garam serta serbuk lada hitam. Pukul hingga sebati
4. Gaulkan beras perang myChef dengan telur yang telah dipukul
5. Sumbatkan nasi kedalam perut sotong. Pastikan padat dan masukkan kepala sotong. Cocok dengan lidi untuk mengelakkan isinya terkeluar.
6. Kukus sotong sehingga masak. Selepas masak, potong sotong mengikut saiz yang dikehendaki dan susu atas pinggan.
7. Tuangkan Beef Stroganoff di atas sotong. Taburkan cili padi sekiranya mahu pedas.
8. Sedia untuk dihidangkan.. :D

Nota ibu: Ibu tak letak cili padi walaupun hati meronta-ronta nak makan pedas, sebab anak-anak tak makan pedas. Sotong pun ibu guna yang kecil aje, guna apa yang ada di peti sejuk.


 Inilah hasilnya.. Cili hijau je ada, cili merah tak ada. Boleh lah ye.. Oh ya, sotong tu memang ibu tak buang kulitnya yang hitam tu, sebab rasa lebih 'berseni' bila dipandang. Hehehe..


Sotong Sumbat Rusia.. gabungan Resepi Chef terkemuka iatu Chef Zam dengan Chef ceruk dapur iaitu Chef Zefa Nor Asmara. Ekekekeke..

Hmmm.. alang-alang menyeluk pekasam mengolah produk myChef (kisah yang sama dengan murtabak me segera), maka ibu berhajat nak masukkan entry ini dalam The Gourmet Blog Challenge. Mana tahu ada rezeki kan. Menang kalah adat bertanding, tapi yang pasti perut ni dah menang dulu semalam. Makan Sotong Sumbat Rusia yang sedap.. :D

Ibu baru nak submit, nanti dah keluar gambar ni di page myChef, tolonglah LIKE ye. LIKE anda ibu dahului dengan ucapan terima kasih.. :D

Update: Like di link di bawah ya. Terima kasih..

 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=506642666029058&set=at.500918973268094.133327.214061348620526.100001093202204&type=1&theater


14 comments:

  1. wah zefa...pagi2 dh sotong sumbat...dr rusia tu...jauh dia terbang...pepun gd luck utk olahan hidangan ke3 mychef!!!

    ReplyDelete
  2. hamikkk...sampai rusia menyumbat sotong!hehehee..

    ReplyDelete
  3. Good luck.. tengok menggoda sungguh. Kalau ada rezeki dapatlah:)

    ReplyDelete
  4. sedapnya...kak mana ada nak jual product mychef ni?

    ReplyDelete
  5. jauhnya resepi ni... hahahha...

    sedap ek? leh la tukar selera :)

    ReplyDelete
  6. wah! sotong sumbat pulak dia...:)

    ReplyDelete
  7. aduhaii akak zefa sedapnya..pagi2 dah dihidangkan dgn sotong sumbat hehehe InsyaAllah kalau berkesempatan jenguk page mychef sy akan like ye.sokong akak zefa!

    ReplyDelete
  8. nmpk sedap la kak..

    rajin betul akak dgn MyChef..

    :)

    ReplyDelete
  9. Ya Allah sedapnyer... Dah lama tak makan sotong sumbat..

    ReplyDelete
  10. bestnye..kita ader sekotak lagi boleh buat lepas nie..

    ReplyDelete
  11. sedapnyer kak...kecur air liur...huhu...saya pon suka sgt mkn sotong sumbat kak..

    ReplyDelete
  12. Rajin betul Zefa mencuba resipi baru..
    Rasa bahagiakan bila suami & anak2 merasa air tangan kita.. tambah2 sambil makan sambil puji.. betul tak? hehe..
    Dah like..

    ReplyDelete
  13. sejak dua menjak ni, masuk Jemari Asmara mmg tergoda habis dgn masakan kak zefa =) kdg2 nak try buat juga, tp masa asyik mencemburui huhu

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...