Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Siapa ada masalah gigi berlubang? Cuba angkat keyboard.. Hehehe. Tiba-tiba malam ni rasa nak cerita pasal gigi lah pulak. Tadi godek-godel entry sendiri yang lama-lama, jumpa entry Petua Sakit Gigi.
Entry tu dulu ibu buat sebab ibu sakit gigi. Sebabnya, gigi berlubang lah tu. Nak kata malas gosok gigi tak juga. cuma gigi ibu tu gigi bongsu dan tumbuhnya sedikit terperosok. Jadi bila gosok gigi mungkin berus gagal sampai ke tempat yg terperosok tu.
Sekadar gambar hiasan.. Kalau betul takut gak ni. Gigi ada muka dan tangan. Hehehe..
Tahukah anda?
90% rakyat Malaysia mengalami gigi berlubang walaupun kerap menggosok gigi? Sekadar menggosok gigi sahaja tidak dapat menyingkirkan bakteria penyebab gigi berlubang.
Masa ibu jumpa doktor tempoh hari, dr bagi ubat kumur. Ubat kumur sebenarnya membantu membunuh bakteria dalam mulut.
Moral of the story, kita bukan sahaja perlu menggosok gigi tetapi digalakkan juga menggunakan ubat kumur sebagai usaha membunuh bakteria dalam mulut.
Antara ubat kumur paling popular di Malaysia adalah Listerine. Banyak lagi jenama lain, tapi rasanya Listerine paling popular.
Baru-baruni ada terbaca di (tak ingat nama blog tu..), Listerin akan sumbangkan RM1.00 dari setiap pembelian ke rumah anak yatim di Kuang. Ni kira membeli sambil beramal lah ni.. Cuma tak pasti kempen tu sampai bila.
Pinjam gambar buat iklan jap.. Listerin Natural Green Tea.. Kuasa semula jadi membantu mencegah gigi berlubang..
Untuk maklumat lain tentang ubat kumur, kawan-kawan google lah ye. Tapi untuk maklumat tentang Listerin, kawan-kawan boleh klik SINI.
Salam sayang buat semua.. (sambil senyum tayang gigi..) :D
Assalamualaikum wbth...
ReplyDeleteDulu masa kecik tiranaaduka ada masalah sama gak...nenek ambilasam jawa buat bulat kecil...pastu masukkan pada lubang.....alhamdulillah ...tahan la 7 8 tahun....
Salam perkenalan dari
TiranaAduka...
Selaku blogger baru ...memohon maaf atas kehadiran di blog ini.....tanpa diundang...maaf dari Tirana..
From TiranaAduka.....: Mengenali TiranaAduka - kesihatan.
Jemput singgah blog saya.....jika ada kelapangan dari anda.....
From TiranaAduka.....: Bila diri Tirana Dicintai....tanpa ku sedari
Wasalam..
Ikhlas,
kalau kena sakit gigi mmg trbantut nk buat kerja.....moga sakit gigi zefa dh ok...
ReplyDeleteKata orang sakit gigi ni lebih sakit drp sakit nak bersalin.. betul ke? tak tau nak komen sebab tak pernah rasa sakit gigi.. sakit bersalin tu dah byk kali.. hehe..
ReplyDeletesakitnya kalau gg berlubang..sy dah penah rasa huhu x tahan
ReplyDeletekumur ngan air garam pun boleh akak.gg sihat, mulut pun x berbau
selalu sakit gigi tapi boleh tahan lagi..luar ok dalam tak tahulah
ReplyDelete
ReplyDeleteInfo yang menarik. Sekadar berkongsi maklumat, kita juga boleh mencegah masalah gigi berlubang dengan menguyah gula-gula getah yang mengandungi xylitol kerana dengan menguyah gula-gula getah, kita dapat merangsang rembesan air liur yang boleh bertindak untuk meneutralkan asid yang terbentuk pada celah-celah gigi. Selain itu, xylitol juga dapat merencat pembiakan bakteria.