Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Hari ini 4 Syawal 1433H, belum terlewat kiranya ibu, ayah, Yusuf dan Maryam mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua. Mohon ampun dan maaf andai ada tutur kata di alam nyata, mahu pun tulisan menerusi Jemari Asmara ada yang mengguris hati sesiapa. Mudah-mudahan dengan hadirnya Syawal ini semakin tertaut kasih dengan ikatan ukhuwah sesama kita kerana Allah Taala.
4 hari Jemari Asmara berehat dek penangan hari raya. Kami bergerak pulang ke kampung halaman ayah di Terengganu pada hari Jumaat jam 7.00 petang dan selamat tiba di Selangor Darul Ehsan pada hari Selasa jam 10.00 malam. Tiba giliran untuk berhari raya di kampung halaman ibu pula.
Tak mahu membiarkan Jemari Asmara terus sepi, ibu selitkan sedikit gambar kenangan di pagi 1 Syawal 1433H. Gambar biasa-biasa sahaja, tak ada sesi bergambar sakan pun..
Gambar kenangan sebelum ke masjid untuk solat sunat hari raya.. Bergambar cepat-cepat, tak perasan di belakang baju-baju bergantungan..
Maryam bam-bam yang solat sunat hari raya di Masjid Kampung Pulau Bahagia..
Ayah, ibu dan Yusuf depan rumah Tok.. Maryam masa ni dah naik rumah Tok Su, tak sabar-sabar nak beraya..
Ehehe.. Perasan pengantin baru kejap..
Gambar di rumah Tok Yang.. Ibu seorang yang mesra kamera nampaknya masani. Huhu..
Tu je lah pun gambar yang ada. Hari raya pertama kami cuma beraya di 5 buah rumah. Tu pun semuanya depan tangga. Tak perlu naik kereta, jalan kaki sahaja..
Hari raya kedua, sambung beraya lagi hingga ke malam. Tapi sempat juga sambil-sambil melayan tetamu yang datang. Hari raya ke 3, kami cuma beraya di rumah kakak ayah Yusuf dan terus bergerak balik ke Selangor. Tak ada gambar pun..
Tahunni ibu Yusuf tak ada baju raya, tapi alhamdulillah ayah, Yusuf dan Maryam merasa pakai baju baru. Ibu pakai je jubah yang ada, matchkan dengan tudung pun yang sedia ada. Janji masih nampak sedondon sekeluarga.
Lagi nampak asli, ibu Yusuf tertinggal benda yang boleh ditepek di muka. Hahaha.. berhari raya hanya dengan bedak baby je. Sempoi gitu..
Hmmm.. semua tu tak penting. Janji dapat pulang kepangkuan keluarga, bertemu sanak saudara dan saling maaf bermaafan. Betul tak?
Okeylah, sekian dulu catatan ibu Yusuf. Panjang umur kita jumpa lagi.
Wassalam..
Selamat Hari Raya buat Kak Zefa.. Maaf zahir dan batin.. Nur tak sempat menulis entri di hari raya.. :)
ReplyDeleteSalam Hari Raya buat ibu sekeluarga,.
ReplyDeleteMummy raya tahun ni pun sempoi juga,
Hanya beraya di KL dengan penuh kesedihan..
Huhuhu..
Tema Baju raya hijau,..I likeeeeeeeee!
selamat hari raya zefa. maaf zahir & batin walau cuma knal di blog :-)
ReplyDeleteselamat ari raya JA... beraya sakan nampaknya...emang ikutkan byk rumah nak kena gi (samalah kita hehe)
ReplyDeleteselamat hari raya...^^
ReplyDeletemaaf zahir dan batin
Raya kt ganu rupsnya...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya zefa.
merah padam muke kat zefa dgn maryam..panas agknye ganu hujg thn mcm ni..kite balik cut iA nanti..pantang yg tk berpa nk pntang hehe
ReplyDeletep/s: salam eid mubarak kak zefa..maaf zahior batin jugak tau! ;)
slmt hari raya utk zefa sekeluarga juga!!!...;)
ReplyDeletebedak baby pun ok.. janji beraya :)
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
ReplyDeleteMasih tidak terlambatkan.... :-)
Selamat hari raya juga buat Zefa sekeluarga..
ReplyDeleteSamalah kita, tahun ni takde baju raya.. Beraya dlm suasana yg cukup sederhana namun tetap meriah..
Selamat hari raya buat Zefa dan family.
ReplyDelete