Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Petang Jumaat yang permai.. Ibu Yusuf dengan sukahati nak buat entry pencetus idea lagi. Mana tahu, ada yang tercari-cari menu berbuka petang ni. Cuma ibu bukan nak cakap pasal lauk, tapi pasal air untuk berbuka puasa.
Koktail segar Jemari Asmara..
Ini sebenarnya ibu pun dah lupa buat bila. Nampak sangat gambar ni dah lama terperam baru nak ditayang. Biasanya orang buat koktail sebagai dessert kan, kuahnya ala-ala pekat gitu. Guna susu cair dalam tin..
Tapi kalini, ibu buat lain sikit dan sedikit cair sebab nak buat sebagai air minum. Segar je bila lalu ditekak, sebab tu ibu bagi nama 'Koktail Segar'.. Resepinya simple je..
RESEPI KOKTAIL SEGAR
Bahan-bahannya:
1 tin buah-buahan campur (koktail)
4 biji strawberry dipotong 4 (boleh guna buah lain juga)
500ml susu kotak (ibu guna susu Dutch Lady)
1 cawan air berkarbonat perisa ais krim soda
Ketulan ais secukupnya
Cara-caranya:
Campurkan semua bahan di atas. Sedia dihidangkan dan pastinya menyegarkan.
Nota ibu: Lepas buat ibu masuk dalam peti sejuk, bila nak hidang baru letak ais.
Versi dalam jug..
Selamat mencuba..
sedap2....saya pun kdg2 guna susu cair + air ais krim soda hehe
ReplyDeleteZefa buat kakak tertelan air liur dibulan puasa nie hihi...
ReplyDeleteAduh!! Ampun kak, niat suci sy nak syer idea buka puasa..
Deletezefa...mana aci tayang air cenggini time2 posa ni...glulpppppppp...tgugat tekakku...oh tidak
ReplyDeleteAlamak, sorang lg kakak ku dah komen. Ampunnnnnnnnnn..
Deleteaduh! nampak sgt sedap, tp yus tak minum ais sangat di bulan puasa ni. Kalau teguk pun sikit je, lebih prefer air panas....
ReplyDeletelambat lagi ker berbukaaaa..huhuhhh macam budak tecikkan
ReplyDeletesejuk anak tekak tengok air ni...dh lah panas ni...hihi
ReplyDeleteglupppp!!! tgk jelah bole T_T
ReplyDeletehhoiihhh...
ReplyDeleteentry buat org terliur diptg hari..
(kak..email kat dayah contact no akak)
:)
Aaaaah sedapnya..
ReplyDelete*drooling*
nyum..nyum..nyum....sedapnya..telan air liur nie.....12 min lg nk brbuka.....
ReplyDeletenak cuba, esok kena g beli koktail..
ReplyDeleteTergoda lagi.. Insyaallah esok bolehlah buat..
ReplyDeleteboleh try ni.
ReplyDeleteNasib baik dah berbuka puasa... bagus juga idea ibu yusuf ni, nnt lehlah marya cuba2 buat :))
ReplyDeletetergoda ni.. blh try nanti.. thanks ye
ReplyDeletemenarik ni zefa...nampak segaarrr sangat :-)
ReplyDeleteMmg sedap ni minum sejuk2. Skrg tak minum ais sgt. Pantang2kan diri ;)
ReplyDelete