Follower

Friday, August 10, 2012

HILANGNYA SEBUAH DIARI RAMADHAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha penyayang

Syukur, syukur, syukur ya Allah.. Hari ini kita masih diberi umur untuk terus merebut segala 'nikmat' yang ada dibulan Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah, kita masih bernafas sehingga hari ini 21 Ramadhan 1433H. Sayu rasanya mengenangkan Ramadhan yang semakin tiba ke penghujungnya. Semoga kita dipanjangkan usia hingga menemui Ramadhan yang akan datang. Amin

Apa agaknya tafsiran anda semua bila membaca tajuk di atas. Ada bunyi macam tajuk drama tak? Atau ada bunyi macam tajuk novel? Filem? Hehehe.. Nantilah, ibu Yusuf cuba buat skrip drama guna tajuk tu ya. Ada bakat ker? Hmmm.. tak ada pun.



Sekadar gambar hiasan..

Diari Ramadhan siapa yang hilang? Diari Ramadhan Jemari Asmaralah. Kalau tengok semula arkib, Ramadhan tahun lepas ibu Yusuf begitu semangat mencatatkan segala kenangan Ramadhan dalam Diari Ramadhan 1432H. Tahunni, hmmm.. kelaut nampaknya.

Banyak faktor yang mempengaruhi, tak cukup gadget, tak cukup waktu (alasan..) dan kemalasan yang melanda (yang paling benar). Lagi satu, tiada yang sangat menarik untuk dicatatkan, semuanya lebih kurang sama sahaja.

Tahun lepas, ibu banyak menceritakan tentang perjuangan Yusuf berpuasa dalam usia 7 tahun dan pengalaman pertama berpuasa dengan sekolah sepanjang hari. Masa 6 tahun puasa juga, tapi sekolah tadika sekerat hari sahaja. Bila masuk tahun 1, cabaran berpuasa adalah lebih sebab dia kurang waktu berehat. 

Tahun ini, semuanya berjalan lancar seiring dengan peningkatan usianya. Tahunni umurnya dah nak masuk 8 tahun, tiada lagi rengekan manja dahaga, tiada lagi kesusahan nak kejut sahur. Semuanya sangat-sangat senang. Terawikh yang tidak pernah tinggal, solat 5 waktu yang cukup. Semuanya cukup buat hati ibu cukup sejuk.

Maryam pula, masih berpuasa sekerat hari. Dia berpuasa pagi sahaja, tengahari balik Taska makan nasi. Mudah-mudahan tahun depan dia akan ada kekuatan untuk berpuasa penuh. Tipulah kalau ibu kata tak cemburu dengan orang lain yang berjaya mendidik anak puasa sejak umur 3 tahun lagi, dan pastinya teringin nak anak sendiri juga berpuasa penuh. Tapi, ukur baju di badan sendiri. Latih anak berpuasa dengan kemampuannya, bukan kerana anak orang lain boleh. (macam pernah tulis je ayat ni sebelumni..)

Okeylah, sekian dulu cerita di sebalik Hilangnya Sebuah Diari Ramadhan. Jumpa lagi dilain catatan ya..

Sebelum menamatkan catatan, sekali lagi ibu mohon sokongan kawan-kawan semua dalam Gourmet Blog Challenge yang ibu sertai. Sumbangan LIKE anda semua amatlah ibu harapkan.

1. Cara Talam Berlauk



2. Murtabak Me Segera



Sekian terima kasih.. :D

10 comments:

  1. sama lah kita kak zefa =) Diari Ramadhan tahun ni agak kureng sket hehe. Ni dah nak penghujung Ramadhan....apa pun, moga kita terus bersemangat untuk menghadapinya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak zefa bukan kureng sikit dah na.. kureng byk dah ni. Biar smgt berblog luntur, jgn smgt ramadhan luntur..

      Delete
  2. Setuju ukur kemampuan anak kerana mereka belum wajib. Tahun ini anak bungsu kakak ada masalah gastrik. Banyak lompong. Dua tahun lepas penuh tapi ujian nak kena kakak redha walau dia kelihatan sedih..

    ReplyDelete
  3. samalah dengan akak....mula2 tu bersemangat ingat nak buat 1 hari 1 n3 last2 kelaut juga, akak masa qayyum start berpuasa tak ada blog jadi sukar nak berkongsi cerita tapi nanti akak buat n3 khas untuk dia orang ye jangan lupa baca ye ....

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, ramadhan kali ni terasa cepatnya berlalu..sekarang dah 21 hari berpuasa....anak2 tiada yg mengeluh.....

    ReplyDelete
  5. tak paksa anak2 berpuasa. ikut kemahuan dia orang. paksa sangat pun buat apa kan...

    ReplyDelete
  6. Suka marya baca entry ni...kagum dgn cara didikan ibu yusuf ke atas anak2... ade ke yg dah ajar anak berpuasa seawal 3 thn? mak oiii... kagumnye saya! Sungguh! :))Iman saya baca al fatihah pun xlepas lagi, masih sangkut2... solat pun tak seberapa betul lg... rsnya elok latih solat dulu sblm boleh ajar die berpuasa, kesian kat dia :))

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...