Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Pagi 10 Syawal 1433H yang sejuk dan damai.. Gigih pagi-pagini menentang kemalasan, on juga cik lappy ni. Berusaha untuk tidak membuarkan Jemari Asmara terbiar sepi. UV semenjak raya ni sangat, sangat, sangat merudum dek banyak faktor. Tak update, tak bw, dan readers pun masih dalam mood beraya.
Tak tahu nak update apa sebenarnya, godek-godek fail gambar jumpa gambar yang dah lama resize dan letak watermark, tapi tak juga di publish. Maka terhasillah entry ini.
Eh eh.. Nak tunjuk kek ke nak tunjuk bekas kuih raya? Hehe..
Tu bekas kuih tempahan kawan sebenarnya. Asyik buatkan orang punya, sudahnya sendiri punya pun tak ada. Guna bekas yang togel je..
Haaa.. Inilah rupanya.
Ibu guna resepi kek coklat kukus munira sebenarnya. Cuma ibu masukkan dalam bekas kecik-kecik, jadilah ia kek cawan. Dulu pernah ibu buat kek tu versi loyang, bolej klik SINI kalau nak tengok.
Tayang bekas kuih raya lagi ya? hehe..
Buat kecik-kecik senang anak-anak nak makan. Tak payah nak potong-potong bagai, tak payah nak cuci-cuci pinggan. Bekas tu kalau sayang cucilah, kalau malas boleh buang. Hehe..
RESEPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS MUNIRA
Bahan-bahannya:
- 1 cawan gula pasir - ibu guna 3/4 cawan sahaja
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu cair - ibu guna air suam sahaja
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal tiada
Bahan B - di ayak
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
- 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
4 biji telur - diblender (ibu pukul guna pemukul telur)
Cara-caranya:
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja.
Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. (ibu guna bekas kecik-kecik tu, sapu sikit mentega..)
Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yg pertama takut kek jadi mendap. (Sebab guna bekas kecil ibu kukus 15 minit sahaja)
Untuk topping pula, ibu guna resepi dari Resepi Masakan @ Resepi.iLuvislam
RESEPI TOPPING KEK COKLAT
150 gm coklat masakan
1/4 cawan air panas
1 sb mentega
1 sb susu pekat (ibu tak letak sebab coklat tu dah manis..)
* Campurkan semua bahan dan masak secara 'double boiler'
Selamat mengekek.. ekekeke..
Ps: Jika anda ada masalah darah tinggi, jemput tonton video di bawah. Semoga bermanfaat..
Ps: Jika anda ada masalah darah tinggi, jemput tonton video di bawah. Semoga bermanfaat..
sedapnya...:)
ReplyDeleteSedap mcm mana tu???
Deletenmpk sedap sgt tuuu.. :)
ReplyDeletewah sedapnya...terbuka selera pgi2 tgok...nyum2
ReplyDeletesweet ke kan buat keik2 camtu.. senang nak makan tak payah nak ssh2 cuci lagi..
ReplyDeletealamak terliur la kak..sedap ni dan resipinya pun nampak cam senang, boleh cuba la nanti.
ReplyDeletesedapnya..sy pun suka buat cup cake,senang x payah potong2 sekali ngap je
ReplyDeletewah...boleh try ni =) sedap nampaknya kak zefa hihi
ReplyDeleteibu hantar kat rumah sikit..
ReplyDeleteKalau masuk dalam bekas2 ni lebih mudah nak dibawa ke mana2.. Sedapnya.. :)
ReplyDeleteair pana tu air apa zefa? baru first time dengar....ke air panas ya....:)
ReplyDeletememey sedap.. :-)
ReplyDeletesedapnye..untungnye badan ayah n yusuf n maryam ;)
ReplyDeletehy akak... bahan untuk topping tu akak ade gune 1 /4 air pana, air pana tu ape ? air pana @ air panas ?
ReplyDeleteAir panas dear. Sudah dibetulkan, terima kasih :-)
Deletesalam kak..betul ke tepung gandum 3/4 cawan?sedangkan koko 1 cawan..x pahit ke?
ReplyDeleteW'salam..
DeleteBetul dear, inilah yg akak salin dan cuba. Tak pahit in sya Allah :-)
sdh siap bt..sdp..
ReplyDeleteSalam kak...nk tya...masa kukus tu penutup untuk bekas kecik kecik tu kena pakai atau x? Nak buat time raya nie...senang xpayah potong
ReplyDeleteWsalam. Jgn tutup dear.. Tp penutup pengukus tu balut dgn kain supaya air tak menitik dlm bekas kek..
Deletesalam kak boleh akak bagi sukatan nya dalam gram? sy nk cuba buat.
ReplyDeleteAssalam. Ibu nak tanya kalau satu adunan ni boleh dapat berapa biji bekas kecil2 ni bu... :)
ReplyDeletemcm sedap jer....kejap lgi nk cari bahan .. nk cuba buat..he..he..
ReplyDeletesalam kak , nak tanye .. macam mane nak letak ganache kalau dalam bekas plastik ? kena kluar kan dulu ke dari bekas baru coating ?
ReplyDeleteKak nak Tanya kalau tak guna minyak bolehke ganti majerin
ReplyDelete