Nuffnang

Follower

@@@@@@@@@@@@@@

SELAMAT DATANG KE JEMARI ASMARA


Selamat datang ke Jemari Asmara. Blog catatan jemari ibu tentang 'Keluarga Sihat' kami; ibu, ayah, Yusuf dan Maryam. Blog santai yang ada cerita jalan-jalan kami, makan-makan kami, cerita masak-masak ibu, hobi ibu.. Senang kata, cerita tentang kami sekeluarga..

Berinspirasikan sebuah keluarga yang sihat, ibu kini seorang Shaklee Indipendent Distributor (SID). Untuk info tentang Shaklee boleh rujuk pada sidebar kanan blog ya..

SID mesra anda:
Zefa NorAsmara bt Jubir (Ibu Yusuf & Maryam)
ID: 909824

Monday, September 5, 2011

Cara-cara Buat Daging Salai

Assalamualaikum wbt..

N3 ni ibu buat sebelum raya lagi, hujung-hujung puasa dah. Tapi tak terpublish la pulak.. Terlajak sampai dah raya. Hehe.. Layan la ye kalau sudi.. :D

Ada suatu petang, masa sembang-sembang dengan En Ayah tentang nak masak apa untuk menu berbuka, En Ayah cadangkan samada daging masak kurma atau daging salai masak lemak..

Tanpa berfikir panjang, ibu terus reject daging masak kurma sebab tak ada rempah kurma pun di rumah. Lagipun belimbing buluh depan rumah tengah berbuah. Apa lagi, maka daging salai masak lemak belimbing buluh jadi pilihan.

Persoalannya, macammana nak buat daging salai? Dengan broadband tak bayar lagi dan tenet sesangat slow, maka pencarian di alam maya menjadi sukar.. Masa dah tak banyak, maka ibu dengan sesuka hati buat daging salai cara sendiri..

Meh ibu kongsikan cara-cara buat daging salai.. tapi, ibu sendiri tak pasti layak dipanggil salai ke tak. Salai tu ada kaitan dengan asap kan? Pakai dapur gas pun ada asap juga tau!! Hehe..

Layannnnn...


 Mula-mula rebus daging tu. Tapi kalau daging batang pinang tak payah lah kut. Sebab ayah beli dagig batang kelapa kenalah rebus dulu.. kihkihkih.. Rebus jangan lama-lama sangat, dikutiri rasa manis daging tu akan hilang..

Sila abaikan rupa paras periuk tu, periuk tu dah berjasa pada ibu sejak zaman ibu bujang lagi tau.. sekarang usia perkahwinan pun dah lebih 8 tahun..


 Toskan airnya, dan gaul dengan serbuk kunyit dan garam..


 Tenggekkan ajelah daging-daging tu atas dapur gas.. ups, sila abaikan dapur ibu yang comot tu ye..


 Jangan lupa terbalik-terbalikkan daging tu..


 Haaa.. part ni komfem berasap. Alihkan lapiknya, dan kenakan daging tu pada api. Untuk dapatkan rasa hangit-hangit sikit la kononnya..


Akhir sekali, potong nipis-nipis daging tu.. jadilah daging salai buatan sendiri, jadilah dari tak ada.. kan?


Allahu Akbar!! Hasilnya, nikmat lagi lazat. Ibu masak nasi 2 1/2 pot licin!! :D

Ps: Nanti ibu kongsikan resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh ye.. tapi bukan versi nogori lah ye. Ibu orang jawa, maka versi jowo lah ye..

Terima kasih baca n3 ini..

19 comments:

  1. slmt hari raya kak..nk ucap lagi biarpun dah raya ke berapa dah ni hehe..

    sedapnya daging salai.izan selalu beli tp mahal sgt.dlm RM40 sekilo gitu..tp beli sikit2 aje,takde la sekilo belinya hehe...

    buat sendiri lg senang kan. lps ni ikut cara akak plak =)

    ReplyDelete
  2. ya memang suka makan daging salai ni....dulu2 selalu buat......makan dgn nasi panas.....sedapnyer....nyummmyyy....

    ReplyDelete
  3. haha... memang xda marinate pun ni~
    ok la dari xda kan? nampak pun macam sedap

    ReplyDelete
  4. wah terliur tgok gambar nih..sib dah raya..selamat ari raya kak...maaf zahir batin

    ReplyDelete
  5. memang sedap masak lemak daging salai ni....

    ReplyDelete
  6. amboi suka tayang2 makanan..hehe.resepi canggih2..sy tak reti..:)

    ReplyDelete
  7. Izan: Selamat hari raya.. daging salai mmg mahal dan tak semua tmpt ada jual.. cara akak tu cara tibai sendiri je.. hehe..

    ReplyDelete
  8. Ya Alya: Ya buat mcm mana? Nanti syer caranya ye.. :D

    ReplyDelete
  9. Dhiera: alamak! orang pemakanan dtg komen la.. hehe.. tu cara xpress rakyat nak kejar waktu.. :D

    ReplyDelete
  10. Aku la: Selamat hari raya juga.. maaf zahir batin.. :D

    ReplyDelete
  11. Zures: Sedap, tp tak buleh makan selalu.. :D

    ReplyDelete
  12. Puan kutu: hehe, canggih ke.. ini resepi tibai 7 sempoi je.. yg betulnya akak tak tau.. :D

    ReplyDelete
  13. Terliur pulak tengok gulai tu. Nasib baik tak mengidam. Masakan kegemaran akak ni..

    ReplyDelete
  14. Menarik ni, saya baru nak belajar cara menyalai daging, tapi cara ni tak sesuai pula buat saya di Sudan ni, sini banyak daging fresh dan teringin nak bawa balik Malaysia daging unta yang disalai...persoalannya kalau buat gitu boleh tahan ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahua'alam En Ahmad daud, cara saya ni cara belasah je ni.. hihi..

      Delete
  15. ini daging salai segera.... kalau yang asli mana ada kena rebus. yang asli kena perasap berjam2 atas arang, baru best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyelah cik/ encik/ puan tanpa nama, kan ibu dah cakap dlm entry tu ini daging salai sesuka hati ibu. jadi jgnlah nak dibandingkan dgn yang asli ye.. Terima kasih singgah Jemari Asmara.. :-)

      Delete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...