Follower

Tuesday, November 30, 2010

Kenangan Terindah 2004 - Muhammad Yusuf Nabhan

Harini ibu megimbau kenangan terindah 6 tahun yang lalu.. saat ini ketika itu sedang menghitung hari untuk melahirkan anak pertama.. dijangka akan bersalin pada 2 Disember 2004. Jam 12.00 tengahari pada 30 November 2004 ibu mula terasa sakit.. namun menggagahkan diri mengemas rumah, mengemop lantai.. hajat dihati mahu meningalkan rumah dengan keadaan kemas dan bersih (almaklum, kene berpantang di kampung).. lantai sekangkang kera yg cuma perlu dimop dalam masa 15 minit menjadi 1 jam, kerana ibu melakukannya dalam keadaan sakit yang datang berselang-selang.. jam 2 petang tak tertahan rasa.. ibu hubungi ayah yang sedang berkerja.. ayah pulang.. nak bergerak ke PPUM pada jam 5.00 petang..

Allahu Akbar!! Nikmatnya kesakitan yang Allah swt beri kepada seorang ibu. Sakit yang tidak tergambar.. namun syukur Ya Allah, kau ganti kesakitan itu dengan lahirnya seorang bayi seberat 3.54 kg pada jam 9.36 malam 30 November 2004..

Inilah putera sulung ayah dan ibu yang kami beri nama Muhammad Yusuf Nabhan bin Muhamad Roslan..

Ketika berumur 3 hari..

Ketika pandai merangkak

Permata hati ayah ibu

Ketika berumur 2 tahun


 Ketika berusia 3 tahun.. dah jadi abang dah..


Kek sambutan hari lahir ke 4..


Ulang tahun ke 5..


Hari pertama melangkah ke Sekolah Tadika (5 Tahun)
Tadika An Nur Muhibbah Subang Perdana


Hari pertama di Sekolah tadika (6 Tahun)
Tadika Islam Al hidayah, Shah Alam


Ketika menyertai pertandingan Nasyid Aulad di Kompleks PKNS


Naib Johan.. Rakaman akhbar untuk kenangan..
 Syukur Ya Allah atas kurniaanMu yang tak terhingga.. jadikanlah anak ini anak yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat.. Amin ya Rabbal Alamin!!

5 comments:

  1. alhamdulillah...abg dh msuk enam tahun ari ni ye...slamt ulang tahun yg ke ^ ye yusuf nabhan...c.ayu doakan yg terbaik untk abg...semoge mnjadi ank yg soleh dan menjadi permate ibu n ayah yg paling bersinar...sayang nabhan dari c.ayu...

    ReplyDelete
  2. dtg jelajah nie.hehe..

    comelnya abg yusuf..wah masuk paper yer..:)

    ReplyDelete
  3. Anak adalah anugerah terindah buat seorang wanita... Moga Yusuf Nabhan terus melakar kejayaan dan kegemilangan.. Insya Allah

    ReplyDelete
  4. woo masuk pertandingan nasyid yer..baru perasan..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...