Follower

Showing posts with label PML: Teko. Show all posts
Showing posts with label PML: Teko. Show all posts

Wednesday, March 21, 2012

KISAH PAK DIN DUDA KAHWIN 3 DENGAN SI MULUT JAHAT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, selesai sebahagian tugas malam ni. Sebahagian je, bohonglah kalau selesai semua. Ibu Yusuf tak sehebat ibu-ibu super yang lain.

Tadi balik dah lambat sebab ada mesyuarat dengan Pejabat Pelajaran Daerah. Tu pun mesyuarat tak habis lagi ibu dah minta izin balik sebab kena ambil Maryam sebelum jam 6.00 petang. 

Balik tadi terus ambil Maryam, angkat kain di ampaian campak atas sofa, mandi, solat Asar, masak, solat Maghrib, teman Yusuf buat kerja sekolah, makan, kemas dapur.. Buat semua tu je dah jam 9.00 malam ++. Kain tak basuh lagi, kain tak berlipat dah menggunung, baju untuk besok tak gosok lagi. Hmmm.. Tu pun Maryam tidur awal harini, kurang dah satu tugasan, ajar mengaji. Yusuf sekarang memang mengaji dengan ayah.

Letih!! Izinkan ibu berehat sebentar dengan meluah rasa di Jemari Asmara.

Berbalik pada tajuk. Maaf, itu tajuk gimik sahaja. Ini cerita tentang PML sebenarnya.

Salah satu terapi ketika ibu letih, adalah dengan menatap dan membelek koleksi PML yang ibu ada.


Inilah Pak Din yang ibu maksudkan..

Teko Aladdin motif bunga padi. Selama ibu menyimpannya, Pak Din ni memang menduda tanpa isteri. Hik hik.. Maksudnya cawan yer.. Ada, tapi isteri tumpang. Hahaha..


Akhirnya, Pak Din bertemu isteri yang sebenar..

Teko Aladdin biasanya digandingkan dengan cawan mulut lebar, atau ada juga yang panggil cawan mulut jahat. Alhamdulillah, dapat juga ibu 'menangkap' si MJ untuk dipasangkan dengan Pak Din.

Mengikut pengamatan ibu, susah juga nak dapat si MJ mulut padini. Alhamdulillah, rezeki ibu Yusuf nak memilikinya..

Okeylah, sampai sini dulu. Nak jengah FB kejap, cuci mata di APC dan ESDG. Lepas ni nak gosok baju pula. Jumpa lagi..

Salam sayang buat semua..




Tuesday, March 13, 2012

BETIK TANPA KEPALA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Err.. Ada ke betik yang ada kepala? Hihihi.. Ini bukan betik betul ye kawan-kawan, ini cerita pasal teko sebenarnya.


Inilah si betik yang ibu maksudkan..

Iye ke namanya teko betik? Ibu Yusuf ni main tibai je sebenarnya. Jarang nampak teko ni, tu yang bila jumpa walaupun tanpa penutup ibu rembat juga.

Eh eh eh.. ada yang intai-intai isi almari ibu ye. Dah dah dah, tak payah intai-intai. Meh ibu bukakan.. Taraaaa..

v

v

v

v

v

 Seciput je, tapi jadilah dari tak ada..

Motif entry? Ibu nak minta tolong sebenarnya, terutama pada kawan-kawan APC @ FB. Sapa-sapa ada extra tutup teko ni, let go lah ke ibu ye..

Kut nak letgo dengan tekonya sekali lagi lah ibu suka.. hehehe..

 Jasa baik kalian didahului dengan ucapan bebanyak terima kasih..

 Semoga ada harapnya.. :D



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...