Follower

Saturday, September 27, 2014

Menu Kampung dan Eksotik di Restoran Lembah Bernam Sekinchan

Jom nyanyi-nyanyi; "Jalan-jalan cari makan. Lalalala.."

Ini cerita awal September yang lepas. Kami sekeluarga telah menjamu selera di Restoran Lembah Bernam yang terletak di Tali Air 9, Sekinchan Selangor. Restoran tersebut terkenal sebagai restoran yang menghidangkan menu kampung dan eksotik. Haaaa, kedengaran menarikkan?

Sebenarnya tak merancang pun nak makan di sini. Kami kebetulan balik kampung dan ada kawan ibu merangkap pelanggan setia Shaklee yang minta ibu hantar supplemen sakit kaki pada ibunya. Ini kali ketiga beliau repeat order supplemen tersebut untuk ibunya. Rumahnya pula betul-betul sebelah restoran ni. Apa lagi, singgah lah kami.


 Restoran Lembah Bernam Sekinchan

Ini pandangan dari hadapan restoran, memang ala kampung sungguh. Halaman yang luas dan mampu menempatkan banyak kereta dalam satu masa. Kami sampai dah hampir jam 2.00 petang, dah lewat kiranya sebab restoran ni dibuka pada jam 11.00 pagi. Menu siap masak pun dah habis..



Menu sedia masak restoran ni terdiri dari masakan selera kampung. Kalau tengok senarai menu ada ikan puyu, sepat, keli, belut, udang galah, ikan baung. Masakan pula ada lemak cili api, lemak kencur, goreng berlada. Eh, nak senarai banyaklah. Ulam-ulaman pun ada..

Tapi masa kami sampai semua yang berderet kat atas dah habisss. Dah tu, kami makan apa? Taraaaaaaa..

v

v

v

v


 Inilah hidangan yang kami order..

Selain menu masakan siap, ada juga menu yang dimasak atas permintaan. kebiasaannya untuk hidangan eksotik. Cuma masa kami datang tu cuma ada ayam kampung, rusa dan landak. Nak order landak, tak tahu lagi rasanya macam mana. Takut pula Yusuf dan Maryam tak makan.

Jadi kami order rusa masak black paper, ayam kampung goreng berempah, ayam kampung masak kari dan ulam-ulaman..

Meh tengok gambar..


 Rusa masak black paper..

Masakannya agak manis dan lebih kepada rasa masak kicap. Black papernya pun tak berapa nak rasa. Tapi bolehlah..


 Ayam kampung goreng berempah..

Mereka guna ayam kampung muda, jadi tak rasa macam ayam kampung. Macam ayam biasa je.. Jadi siapa yang datang jauh-jauh tu, silalah order menu lain yang susah nak dapat di KL. Yang ni kami order untuk meraikan anak-anak yang komfom makan kalau ayam..


 Ayam kampung masak kari..

Yang ni pun sama cerita macam kat atas, ayamnya lembut jadi tak feel makan ayam kampung. Mula-mula ingat mereka salah hantar menu. Tapi bila ibu tanya, jawabnya mereka guna ayam kampung muda. Wallahua'alam bissawab..


Senarai harga menu di Restoran Lembah Bernam Sekinchan..

Untuk senarai harga boleh rujuk pada gambar ni. Ibu ambil di FB Restoran Lembah Bernam. Tapi gambar lama tu, mungkin ada harga yang sudah berubah. Mungkinlah ye..


 Suasana di Restoran Lembah Bernam Sekinchan..

Kami sampai hampir jam 2.00 petang, orang sangat ramai dan menu masakan siap dah habis. Jadi siapa yang berhajat nak datang ke sisni kelak, eloklah datang awal. Jam 11.00 pagi dah buka. Restoran ni beroperasi dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali hari Jumaat..


 Sebahagian dari bumbung restoran ni beratap nipah..

Menyerlahkan lagi suasana makan di kampung. Bagi orang kampung macam ibu, rasa biasa-biasa je pun. Hihi.. Tapi bagi orang bandar sejati yang nak cari kelainan, boleh la jalan-jalan cari makan di sini. Lagi satu, mereka pasang semburan air di atas bumbung restoran. Jadi dapat mengurangkan rasa bahang di waktu tengahari..


Alamat dan no telefon Restoran Lembah Bernam..

Mana tau ada yang nak buat tempahan kan, silalah simpan nombor telefon tu. Ingat ye, Jumaat tutup..

InsyaAllah, kami akan datang lagi slepas ni. Mungkin untuk rasa landak atau pelanduk pula. Dan kami dah tahu lepas ni, untuk pilihan menu yang lebih banyak haruslah datang lebih awal.

Baiklah, sekian dulu catatan jalan-jalan cari makan kami. Hingga jumpa lagi :D

Wednesday, September 24, 2014

Angau Dengan Abam GDex

Kegilaan apakah ini? Setiap waktu terigaukan Abam GDex. Kalau dia tak muncul memang daku ternanti-nanti, tertunggu-tunggu. Kejap-kejap intai di tingkap, kejap-kejap intai di pintu. Lagi-lagi kalau sebelum tu dah dapat sms bagi tau dia nak datang. Aduhuuuhai..

Ini bukan main-main, ini kes betul-betul angau. Angau yang datang kerana kecintaan dan kegilaan. Sepenuh jiwa katanya..


 Hah! Ni buktinya, angau sampai intai Abam GDex dari tingkap.. Kih kih kih..


 Sampai Abam GDex berlalu pun masih setia memerhati. Rasa nak babai-babai je, tapi malu kat jiran.. 

Memang bagi jauh sikit baru ambik gambar. Takpelah nampak bontot lori je pun. Ambik depan-depan, nanti Abam GDex tahu kita angau kat dia..

Cuma sebenarnya kan, jangan lah salah sangka. Abang GDex tu perantara je dengan perkara yang ibu suka sangat tu. Hehehe..


Abam GDex hantar barang Shaklee yang ibu order lah..

Inilah benda yang ibu sayang sangat tu, bisnes Shaklee ibu.. Sayang sangat-sangat sampai Abam GDex yang tolong hantar pun terkena kesannya. Keh keh.. 

Bukanlah sampai taksub sangat pun, tapi nak tunjukkan bahawa ibu memang betul-betul suka buat bisnes Shaklee. Ramai mentor-mentor bisnes pesan, jangan buat bisnes semata-mata duit. Tapi jadikan dia 'passion' kita..

Bila kita buat dengan sepenuh hati, ikhlas, rasa suka, berkongsi kebaikan, bersemangat, secara tak langsung kita sebarkan aura positif pada orang lain. Secara tak langsung juga, diri sendiri pun akan sentiasa positif. Kan?

Lagi satu, manalah tak sayang sangat dengan Shaklee. Dengan izin Allah, bisnes Shaklee ni lah beri ibu peluang duduk rumah jaga anak. Jana pendapatan dari rumah katanya.. Tengok, stok pun Abam GDex tolong hantar tau. Senang ke senang?

Okeylah, tak mahu cerita panjang. Nanti anda semua kata ibu nak kempen masuk Shaklee pulak. Hoho.. Tapi takpe, jemput kawan dengan ibu kat FB ye. Boleh pm-pm, chatting-chatting, nak tanya pasal bisnes pun boleh.


Hingga jumpa lagi. Daaa..


Tuesday, September 23, 2014

Kera Berkeliaran di Shah Alam?


Tetamu tidak diundang. Sila abaikan ketupat itu.

5 Tahun sudah sejak kami berhijrah dari Subang Perdana ke Shah Alam. Inilah kali pertama kami dikunjungi oleh tetamu seperti ini. Tidak tahu dari mana datangnya, tiba-tiba bertenggek di atas kereta Ayah Yusuf.

Kejadian tak lama selepas Maryam balik dari sekolah KAFA. Syukur alhamdulillah, makhluk ni muncul selepas Maryam masuk dalam rumah.

Mula-mula ibu tak perasan, tapi tiba-tiba Maryam jerit; "Ibuuuuu, monkeyyyy! Monkey atas kereta ayah!" ingatkan dia bergurau, sebab selalu kucing yang suka lepak atas kereta. Sekali toleh, Ya Rab!! Mana datang makhluk ni..?

Sebab terkejut lagi terkesima, ibu tak buat apa-apa pun. Tapi tak lama lepas tu dia berlari ke arah jalan..


Lega bila dia berlalu pergi..

Tapi kerisauan tetap ada, setiap kali buka pintu intai-itai dulu, Takut juga tiba-tiba ada yang cak!! Hehe..

Bila Ayah Yusuf balik, ibu pun ceritalah. Mula-mula ayah macam tak percaya, dia kata musang kot. What? Musang? Ibu belum rabun lagi tau. Sekali tunjuk gambar baru dia percaya. Sabar ajelah..

Lepastu ayah buat andaian pulak, mungkin monyet dari kuil terlepas agaknya. Kat belakang rumah kami memang ada kuil, tapi ibu tengok kat leher tak ada tali pun.

Entahlah, mana datangnya memang ibu tak tahu. Wallahu a'alam bissawab..

Errr, kera ke monyet ni?



Monday, September 22, 2014

Berangan Jadi Cinderella Tapi Jadi Isteri Shrek la Pulak

Cuti sekolah minggu lepas, kami balik kampung Ayah Yusuf di Kuala Terengganu. Seperti biasa balik kampung merangkap jalan-jalan. Salah satu aktiviti kami semasa di Kuala terengganu, naik kereta kuda ala Cinderella di Pantai Batu Buruk.


 Inilah kereta kuda ala Cinderella tu..

Tapi yang kelakarnya, bila ibu kata ini kereta kuda Cinderella, Maryam kata bukan. Maryam kata ini kereta kuda Shrek. Hahaha.. Ibu baru berangan nak jadi Cinderella dah kena tukar jadi Puteri Fiona..


 'Keluarga Sihat' berkereta kuda..

Masa mula-mula nampak kereta kuda ibu terus teringin nak naik. Cuma risau juga kut-kut mahal tambangnya. Bila tanya, owh murah aje. RM5.00 untuk dewasa, RM3.00 untuk kanak-kanak. Kami sekeluarga ngam-ngam muat satu kereta kuda dengan tambang RM16.00..


 Kuda ku lari gagah berani (sila menyanyi ye)..

Alaa, mana ada lari. Jalan lenggang lenggok je. Pusing 2-3 kali kat situ-situ juga. Bila difikir balik, alahai RM16.00 untuk pusingan secoet tu. Tapi bila difikir dari sudut lain pula, ianya adalah satu pengalaman manis buat kami terutamanya anak-anak. Sekurang-kurangnya, kalau cikgu tanya siapa pernah naik kereta kuda; Yusuf dan Maryam boleh angkat tangan. Ehehe..


 Ibu dan Maryam bertudung bawal ala Henglish..

Ini kali pertama Maryam ibu pakaikan tudung bawal. Baru beli semalamnya di Terminal Bas KT. Alkisahnya, dah lama dia teringin nak bakal 'tudung belit-belit', shawl gamaknya yang dia maksudkan. Tapi ibu mana tau belit shawl, jadi ibu belikanlah tudung bawal lepas tu belitkan. Hihi..

Tudung yang ibu pakai tu bidang 55 dan tudung Maryam bidang 45. Cantik-cantik tudung bawal bercoraknya. Ikut hati nak borong banyak-banyak, tapi ibu sedar ibu tak ada gaji sekarang. Cukuplah sorang sehelai..


Maryam possing ala model kengkononnya..

Lepas naik kereta kuda, layan budak-budak ni main buai sekejap. Di Pantai Batu Buruk ni ada taman permainan. Jadi kalau petang-petang bawak anak-anak main di sini memang best. Sambil teman anak main, sambil menikmati suasana tepi pantai. 

Oh ya, kalau tak nak naik kereta kuda, nak naik kuda sahaja pun boleh. Harganya sama je, RM5.00 dewasa dan RM3.00 kanak.

Cuti sekolah panjang hujung tahunni pun dah tak lama. Bagi yang merancang nak bercuti ke Kuala terengganu, Pantai Batu Buruk ni antara yang menarik untuk dikunjungi. Tapi pantaini tak sesuai mandi tau! Kalau nak mandi boleh ke Pantai Tok Jembal (klik). Cuma tengok juga keadaan dan cuaca masa tu.

Kalau nak shopping atau cuci mata, tak sah datang Kuala Terengganu kalau tak ke Pasar Payang. InsyaAllah lepas ni ibu buat entry pasal Pasar Payang. 

Setakat ini dulu catatan ibu kalini, sesungguhnya ini adalah cuti sekolah pertama pertama dalam sejarah hidup ibu. Ha, apakah? Jemput baca entry Cuti Sekolah Pertama Dalam sejarah (klik).

Hingga jumpa lagi :D


Sunday, September 21, 2014

Ikan Bakar Sedap di Mak Uda Selera Timur TTDI Jaya Shah Alam

Kami baru balik bercuti dari Terengganu. Jadi mood masak-masak ibu belum mari (best kan alasan dia? Hihi..) Jadi tengahari tadi kami makan Restoran Mak Uda Selera Timur TTDI Jaya Shah Alam.

Dah nama pun Restoran Mak Uda Selera Timur, menu restoran ni memang lebih kepada Pantai Timurlah. Kalau sebelah pagi tu, segala mak nenek nasi dagang, nasi kerabu, nasi berlauk, laksam, pulut lepa, nasi impit, semua ada. menu sarapan biasa macam nasi lemak, me goreng, bihun goreng, roti canai pun ada.

Kalau tengahari macam-macam lauk ada. Nak sebut semua memang tak tersebut lah. Cuma ibu nak bagi tau ikan bakar dia memang best lagi sedap.

ikan bakar sedap di shah alam

Inilah rupa ikan bakar di restoran mak Uda Selera Timur yang ibu kata sedap tu..

Maaf lah, memang sekepingni je gambar yang ibu ada. Tu pun snap sambil lalu masa nak balik tadi. Yang kami makan tak ambik gambar pun.

Ayah order ikan tuka (adik beradik pari), sedap tau. Sambal yang diletak atas ikan tu memang sedap, cukup rasa. Bila perah limau atasnya, perghhhh terangkat. Macam-macam ikan lagi ada; kembung, cencaru, kerapu, dan beberapa ikan lagi yang ibu tak tau namanya.

Okey, di bawah ni ada beberapa gambar hasil Google buat tatapan kawan-kawan.


Alamat restoran.. Kredit pic myhayatiz.blogspot.com





Antara menu sarapan pagi.. Kredit pic explorasa.my


Jadi, buat kawan-kawan area Shah Alam khususnya, dan Lembah Kelang amnya, yang nak cuba ikan bakar bolehlah cuba di sini. Tapikan citarasa orang berbeza-beza, bagi ibu sedap. Nanti kalau anda rasa tak sedap atau biasa-biasa jangan marah ibu pula. Hehe..

Yang mencari restoran khusus untuk selera timur pun boleh cuba di sini. Pilihan memang puas hati, dan harga insyaAllah berpatutan.

Oh ya.. Ini bukan entry berbayar, sukarela tulis sebab memang sedap. Selamat menerjah restoran ni..


Wednesday, September 10, 2014

Ww: Pengantin Lama

image

Cubaan menggunakan Soffice. Jadike?

Kemaskini: Alhamdulillah jadi cuma gambar tak center. Lama dah install Soffice di handphone tapi jarang guna. Baru sekali kut kalau tak silap buat entry guna phone, dan yang ini kali kedua.

Ada banyak cara untuk buat entry blog guna phone, dan salah satu yang mudah ialah guna perisian Soffice ni. Boleh download secara percuma di Playstore.


Eh, dah tak jadi ww dah. Hihi..

Monday, September 8, 2014

Seminar Hartanah Awek Bersama Abang Ensem

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Apa pandangan pertama kalian bila membaca tajuk kat atas? Mesti bunyinya macam main-main, tak serius, ada unsur-gatal-gatal sikit. Ye tak? Almaklum, kelas untuk awek sahaja dan penganjurnya digambarkan sebagai seorang yang hensem. Dah nama pun Abang Ensem, mestilah hensem kan? Hihihi..

Semalam, 07 September 2014 ibu dah pun hadir seminar tersebut. Dan percayalah ianya sesuatu yang bermanfaat, ianya seminar hartanah yang sebenar. Lebih menarik, kelas ini dikhususkan untuk wanita sahaja. Nama sahaja awek tapi pesertanya dari pelbagai lapisan umur. Yang menulis ni pun dah kategori mak awek. Hahaha.. 

Jom kita tengok beberapa gambar perjalanan program semalam. Semua gambar kredit kepada blog penganjur.

 Inilah dia si Abang Ensem. Hensem tak?

Beliau mula terlibat di dalam pasaran hartanah pada penghujung 1998 dan sehingga kini telah pun memiliki ‘beberapa’ buah rumah yang disewakan. Penghujung 2009, beliau mula menjenamakan diri beliau sebagai seorang blogger hartanah yang antara lain berkongsi ilmu berkaitan pelaburan hartanah di blog beliau ber’URL’kan www.abangensem.com


 Kehenseman beliau sangat terbukti, hingga dikerumuni awek-awek manis..

Tau tak? Blog beliau mempunyai kepadatan trafik sebanyak 1,000 orang sehari dan melayakkan beliau untuk digelar sebagai Blogger Hartanah #1 Malaysia ditambah pula dengan deretan anugerah seperti Favourite Business Blog 2013′ dan ‘Malaysia Best Business Blog 2014′ anjuran Social Media Chambers dengan pengiktirafan diberikan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan, yang seterusnya menaikkan lagi blog beliau di arena blogging tanahair. Hebatkan?



Kelas semalam diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Mohd Ali Majis, landlord/owner’ kepada sejumlah 200 hartanah di serata Malaysia. Beliau adalah penulis kepada buku Ikon Hartanah #1 More Round.

Beliau baru berumur 31 tahun, tapi jumlah milikannya sungguh wow!! Nak korek rahsianya, kena la beli buku beliau.

Semalam, ada juga slot bersama pegawai bank. Semua peserta diberi penjelasan prosedur umum untuk membuat pinjaman perumahan dan dokumen-dokumen yang diperlukan.

 Peserta-peserta seminar yang semuanya awek-awek belaka.

Alhamdulillah, Abang Ensem menepati janjinya. Kelas ini hanya disertai oleh kaum hawa sahaja. Tiada lelaki melainkan pihak penganjur. Kebiasaannya kelas-kelas hartanah didominasikan oleh peserta lelaki. Jadi bila khas untuk wanita macam ni, perasaan malu lebih-lebih lagi untuk bertanya itu tiada. Malah ada peserta yang membawa bersama anak kecilnya.



 Paling terkesima bila jumpa pic ni dalam blog Abang Ensem. Hahaha..

Walaupun gambar tu menggambarkan ibu macam tengah bermonolog, "Apa ajelah yang dibebelkan orang tua ni.." hakikatnya tak. Hahaha, serius tak macam tu..

Penyampaian Abang Ensem memang hebat. Dengan gaya yang bersahaja, bahasa-bahasa yang mudah difahami dan ada sedikit unsur-unsur humor. Walaupun dia kata, semuatu skrip sahaja. Hmmm, iyeke?


 Dipenghujung seminar, semua peserta bergambar bersama.

Alhamdulillah, satu ilmu baru yang sangat bermanfaat pada ibu. Ramai yang tertanya-tanya kenapa ibu pergi seminar ni. Ibu bukan orang dengan latar belakang hartanah pun.

Untuk makluman, seminar ini sesuai untuk semua orang. Sebab semua orang ada hajat nak beli rumah. Betul tak? Tak kisah lah rumah pertama ke, kedua ke, ketiga ke, info-info asas ada dalam seminar ni.

Dan melalui seminar ni, ibu sedar ada beberapa kesilapan yang kami dah lakukan masa beli rumah pertama dan kedua dulu. InsyaAllah, tak ulang dah masa beli rumah ketiga nanti. Ha? Ketiga? Aminkan aje walaupun bayang pun belum ada..

Sekian perkongsian dari ibu tentang Seminar Hartanah Awek anjuran Abang Ensem. Sebagai penutup, screen shoot status FB semalam.


Salam sayang buat semua :D

Friday, September 5, 2014

Hentikan Fitnah Malam Jumaat


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tajuk hangat dipagi Jumaat. Hehehe.. Iyelah, sudah menjadi 'pemikiran rasmi' ramai dari kalangan kita yang dewasa-dewasa ini meletakkan malam Jumaat sebagai malam sunat untuk suami isteri 'bersama'. Ibu bukan nak ulas tentang hukum 'bersama' di malam Jumaat tu, tetapi gurauan-gurauan yang selalu dibuat kita terutamanya di malam Jumaat.

Terus pada tajuk, perasan tak? Banyak gambar-gambar perempuan di edit dengan meletakkan ayat "Abang jangan lupa malam ini malam Jumaat" atau apa-apa ayat yang seangkatan dengannya?

Entah gambar siapa-siapa diambilnya. Ada yang seksi meksi dan ada juga gambar-gambar sopan tetapi telah diedit sehingga adakalanya bukan sahaja nampak melucukan, tetapi juga 'menyampahkan'.

Kalau di grup-grup whatsapp amboi bukan main berlumba-lumba nak upload macam-macam gambar. Di FB pun sama, lebih-lebih lagi di bahagian komen dah boleh letak gambar. Kadang-kadang si polan buat status letih je pun, tapi komen bergambar dari kawan-kawan FB, mak aiiii.. Tentang malam Jumaat aje..

Sampailah pagi tadi ibu buka FB dan ternampak satu poster ni. Maka ibu rasa nak kongsikan di sini pula sebagai peringatan bersama..

 
 Kredit FB Abu Safiyyah

Pesanan dari Dr Abu Anas Madani; Hentikan penyebaran gambar perempuan yang ditulis "Abang jangan lupa malam ini malam Jumaat". Anda telah memfitnah perempuan tersebut dimana dia tidak mengeluarkan pun kata-kata tersebut.

Sama-sama kita mengambil peringatan dengan perkara ini. Jangan suka-suka edit gambar orang lain dengan perkataan yang dia sendiri tidak lafazkan kerana ia boleh menjadi satu fitnah.

Wallahua'alam..


Tuesday, September 2, 2014

Promosi Berganda September 2014 - Meal Shakes dan Collagen Shaklee


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Berita gembira untuk semua pelanggan-pelanggan setia produk Shaklee. Untuk September 2014 pihak Shaklee menawarkan promosi ke atas 2 produk 'Hot!'nya..


Promosi Berganda September 2014 - Meal Shakes dan Collagen Shaklee

Promosi hebat Meal Shakes hingga WAJIB BELI!

Beli 3 PERCUMA 1.
Beli TIGA percuma 1.
Beli 3 dapat 4.
 
 
Promosi hebat Collagen untuk lebih PENJIMATAN!

Beli 6 PERCUMA 1.
Beli ENAM percuma 1.
Beli 6 dapat 7.
 
 
Ini benar-benar promosi hebat yang rugi untuk dilepaskan. 
 
Ulang kenyataan, ini benar-benar promosi hebat yang rugi untuk dilepaskan. 
 
Jom order sekarang!
 
Hubungi SID mesra anda:
Zefa Nor Asmara Jubir
ID 909824
Whatsapp: 011-11537821 
Email: zefa_asmara@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...