Follower

Thursday, January 15, 2015

Buat Sendiri Aiskrim Yang Gebu Lemak Berkrim Seperti Beli Di Kedai

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Maryam memang penggemar aiskrim, kalau ke kedai mesti beli aiskrim. Masa cuti sekolah yang lepas buat projek aiskrim Malaysia kejap je habis. Buat lagi, habis lagi. Tapi bila ke kedai tidaknya dia nak beli aiskrim yang murah-murah ni. Komfom dia akan beli aiskrim yang mahal. Huhu..

Jadi bila ada kawan share resepi aiskrim yang kata sedap banget dan lepas dia tahu buat dah tak pernah beli aiskrim di kedai, laju-laju ibu cuba buat. Hasilnya..

v

v

v

v
Aiskrim sedap yang gebu lemak berkrim. Sebijik macam yang beli di kedai. Memang best..


  Ini bahan-bahan yang ibu guna..


Resepi Home Made Ice Cream:

1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat manis
3 sudu makan gula pasir (abaikan sekiranya tidak suka manis)
2 sudu makan ovellate halal (ibu guna 1 sudu makan sahaja)
1 penutup esen vanila
Pewarna yang dibenarkan (ibu guna perisa coklat)

Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan di dalam bekas dan putar menggunakan mesin pemutar sehingga sebati dan kental. Masukkan pewarna dan putar lagi. Masukkan ke dalam bekas dan bekukan. Sedia dinikmati bila-bila masa. Senangkan? Bahan-bahan pun mudah sahaja, cuma ovellet tu pastikan ada tanda halal.


Bila dah siap, masukkan dalam bekas aiskrim macam ni. Silap haribulan, anak-anak memang tak perasan ini aiskrim buat sendiri. Hihi..


Ibu buat cubaan masukkan dalam acuan aiskrim..

Tapi hasilnya tidak menjadi sebab sifat aiskrim tu yang creamy, jadi tak boleh grip batang aiskrim. Bila ditarik, aiskrim tertinggal di dalam walaupun luarnya sudah dibasahkan untuk melonggarkan kedudukan aiskrim. Biasanya ibu guna acuan ni untuk buat aiskrim biasa macam sunquick ke, sirap ke, tapi saje nak try untuk aiskrim ni. 

Ramai yang dah cuba resepi ni sebab ini resepi yang viral di fb. Pada yang belum cuba, silalah buat. Komfom anda akan puas hati dan anak-anak suka. Cuma bagi ibu tak perlu letak gula sebab susu pekat manis tu dah manis.

Selamat mencuba..

Tuesday, January 13, 2015

2015 ~ Yusuf & Maryam Kembali Ke Sekolah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam, Isnin 12 Januari 2015 secara rasminya anak-anak ibu Yusuf dan Maryam dah kembali bersekolah setelah cuti yang panjang. Alhamdulillah, kedua-duanya memulakan persekolahan ditahun baru dengan semangat dan ceria.

Yang bestnya, ibu belum bangun Maryam dah bangun dulu. Semangat betul dia. Hihi..

Sesi persekolahan 2015 juga bermulanya kembali mereka menjadi anak-anak taska. Macam ibu cerita sebelumni, ibu dah kembali bekerja maka mereka juga mula perlu lebih berdikari.

Semalam ibu tak cuti, jadi tak ada gambar-gambar skodeng di sekolah. Sejak 2009 (Yusuf mula tadika), inilah kali pertama ibu tak ke sekolah diawal sesi persekolahan. Selagi anak ibu tadika dan tahun 1, ibu akan ikut ke sekolah walaupun sekadar hantar. Tak tunggu pun, tapi entahla. Best sangat hantar anak ke sekaolah lagi-lagi dihari pertama. Hehe..

Tahun ni dah tak ada yang tadika dan tahun 1, maka ibu dah tak perlu ke sekolah kut. Lagi pun dah lama cuti, bagi peluang la pulak untuk kawan-kawan yang lain bercuti.

Tak ada gambar skodeng, tapi ada 3 gambar yang ibu sempat ambik sebelum mereka ke sekolah. Ibu tampalkan di Jemari Asmara, buat kenangan dihari kemudian.
 

2015 ~ Yusuf dah tahun 5 dan Maryam tahun 2..


Hari pertama persekolahn yang serba sederhana..

Tahunni tak ada istilah serba baru. Sebab pakaian dan kelengkapan sekolah tahun lepas masih ada yang elok.

Yusuf berkasut, seluar dan baju baru tapi bag lama. Maryam berbag, kasut, botol air baru tapi baju dan tudung lama. Oh ya, kain pun baru sebab yang tahun lepas dah senteng..


Dua beradik yang ceria nak pergi sekolah..

Sekian catatan ringkas ibu, tapi mungkin menjadi catatan yang penting suatu hari nanti. Banyak terakam kenangan-kenangan manis yang lalu dalam blog ni.. 

Hingga jumpa lagi, salam sayang..


Friday, January 9, 2015

Ibu Yusuf & Maryam Kembali Bertugas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pejam celik, pejam celik.. Cuti tanpa gaji selama 5 bulan telah pun berakhir. 1 Januari 2015 secara rasmi ibu bergelar suri bekerja semula dan 2 Januari 2015 secara rasmi melangkah ketempat kerja ditahun baru.

Hari ini 9 Januari 2015, sudah 7 hari ibu kembali bertugas. 7 hari termasuk kerja hujung minggu sebab 3 Januari 2015 ibu terlibat sebagai wakil pejabat ke Majlis Program Pelancaran Misi Bantuan Skuan Muda KDN (Kementerian Dalam Negeri)..

Perasaan? InsyaAllah gembira dan kembali bertugas dengan penuh semangat. Ikut hati memang berat, dah lama duduk rumah dengan anak-anak kan. Tapi ibu dah tanamkan dalam diri awal-awal bahawa ibu akan menjadi seorang yang lebih positif. Tak mahu malas-malas, tak mahu emosi-emosi sangat. Apapun kehidupan perlu diteruskan.

Dan tahun ini ibu ada tagline untuk diri sendiri; "Suri, kerjaya dan bisnes seiring". Rasa semangat pula bila ada tagline untuk diri sendiri. Ibu mahu menjadi seorang isteri, ibu, wanita bekerja dan seorang 'bussineswomaen' yang seiring kejayaannya. InsyaAllah..

Syukur Ya Allah, syukur sangat-sangat atas nikmat 5 bulan yang terindah. Kenangan yang tidak akan ibu lupakan sampai bila-bila. Ada peluang, kita cuti lagi. Hehehe..



Belanja gambar pagi tadi sekeping..

Hingga jumpa lagi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...