Follower

Sunday, September 30, 2012

GILA-GILA REMAJA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu fikir banyak kali sebenarnya nak buat entry ni. Takut nanti ada yang kata ibu perasan remaja. Hehehe.. Tapi biarlah ibu jelaskan di sini, ibu dah 34 tahun dah tahun ni. Tak adanya nak feeling-feeling remajanya.

Alkisahnya, dipejabat ibu ada 3 orang pelajar praktikum dari sebuah kolej di Pantai Timur. Suka benar mereka ni bergambar. Yang kelakarnya, mereka suka buat muka pelik-pelik bila bergambar. Sebab tu ibu bagi entryni tajuk "Gila-Gila Remaja'..

Bila dah bergambar sakan tu, pegawai-pegawainya pun terjebak sama. Dah tu habis diupload ke FB masing-masing. Gambar-gambar ni ibu kutip dari FB mereka sebenarnya..

Meh lah tengok aksi gila-gila remaja mereka..

 Hahaha.. senget betullah. 3 pelajar praktikum bersama dengan pegawai penyelia mereka yang sporting habis.. :D


 3 pelajar praktikum dengan pegawai yang mereka kata garang. Hahaha.. Garang-garang pun sporting juga. Kannnnnnnnnnnnn????


 Ececeh.. Ibu siapa ni?


 Bila bergambar dengan 2 remaja, terserlah ketuaan ku. Huhuhu..


 Wanita melayu terakhir? Ekekeke..

Semasa entry ni diterbitkan, mereka dah tamat pun berpraktikum. Mesti pejabat dah kurang cerianya. Almaklum, warga pejabat kami, dari 36 orang warga wanita 6 orang je, itu pun termasuk bos. Sikit sangat kan? Bila ada mereka, terasa la geng kami meriah sikit. 

Apapun, ibu doakan semoga mereka terus cemerlang dalam masa-masa akan datang. Semoga dipermudahkan urusan mereka, samada dalam mencari pekerjaan, atau pun melanjutkan pelajaran. 

Akhir kata, majulah kalian untuk negara.. :D

 


Saturday, September 29, 2012

RUMAH UNTUK DISEWA, SEKSYEN 7 SHAH ALAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ketika ini ibu sedang bersendirian.. terasing dari anak-anak dan suami. Hari ini ibu membawa diri bersendirian di satu tempat yang sangat ibu sayangi. 

Err.. fahamkan ayat tersurat tu? Hehehe.. Harini ibu lari dari rumah daaaa.. Tapi tak lari ke mana pun. Lari ke rumah sendiri je. 

Dulu, siapa-siapa ada baca entry Penyewa Oh Penyewa tahu ibu ada sebuah rumah di Seksyen 7 Shah Alam. Ibu beli rumah tu tahun 2004, siap pada hujung 2008 dan boleh duduk pada awal 2009. Rumah tu kami sewakan dan tak pernah kosong.. Hinggalah penyewa dah cabut lari baru-baruni. Memang kena panggil cabut larilah, sebab 2 bulan sewa terakhir tak bayar. Tahu-tahu rumah dah kosong, kunci pun tak dipulang. Call langsung tak angkat.. Hmmm..

Pagi tadi ibu datang rumah ni sorang-sorang. Kalau datang dengan ayah kena bawa anak-anak, lain pula nanti ceritanya. Jadi biarlah ibu penat sorang-sorang. Ibu sapu sawang, sapu lantai, mop lantai sampai berkilat. Tapi baru separuh jalan, baru selesai 3 bilik, 1 bilik air dan separuh ruang tamu.

Yang lain-lain ingat nak sambung petang ni, tapi bila dah mengadap  lappy ni terbantutlah pulak. Kalau ikutkan boleh je siap semuanya setengah hari tadi. Tapi ada 'barang peninggalan' penyewa yang ibu tak larat nak buang sendiri. Kena tunggu En Ayah juga nampaknya..


 Tilam-tilam buruk yang sangat berat..

Ibu cuma larat tarik sampai depan pintu depan je. Dalam gambar nampak 2 je kan, tapi sebenarnya ada 5 semuanya. Tu yang tak boleh selesai ruang tamu lagi. Berlonggok barang depan pintu.


Ni gambar masa hari berjaya masuk rumah sendiri, sebab tu ada Maryam. Punyalah susah nak masuk rumah sendiri. Sebab, mereka tukar kunci depan.

Banyak lagi barang sebenarnya.. dan ibu dah bagi tahu suruh ambik. Tapi tak ada seorang pun ambik barang masing-masing. Jadi ibu ambik keputusan untuk buang. Jangan marah yerrr..

Tapi ada juga barang-barang berharga yang ibu tak buang. Yang tu biarlah duduk diam-diam dalam rumah ni, boleh berkhidmat untuk penyewa yang lain pula.

InsyaAllah, besok mungkin selesai urusan mencuci rumah ni. Cuma mungkin perlukan sedikit masa nak cat balik dinding.

Jadi kalau sesiapa sedang mencari rumah sewa di Seksyen 7 Shah Alam, boleh email ibu di zefa_asmara@yahoo.com atau pm di FB (Zefa ibu Maryam). Tinggalkan nombor telefon, nanti ibu telefon semula.

Okey, ibu nak bertukar semula jadi bibik ni. Jumpa lagiiiiii.. :D

Update: Rumah tu dah ada penyewa ya. Terima kasih pada yang sudi bertanya.. :D


Thursday, September 27, 2012

CENDAWAN BUSUT GORENG KENTUCKY


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Weeeeee.. (ayat nak bagi kenkonon ceria.. hehe..). Pagi-pagi ni kalau tak berusaha nak menceriakan diri, maka tak cerialah jawabnya. Betul tak?

Dah lama kan ibu tak buat entry masak-masak? Jadi harini terimalah air tangan ibu yang tak seberapa ni. Gambar pun biasa-biasa aje..


Cendawan busut goreng kentucky Jemari Asmara.. hahaha..

Resepi yang sangat sempoi tapi sangatlah sedap. Yang penting anak-anak suka.. 

Senang je, basuh cendawan tu kemudian keringkan sikit guna tisu. Tak payah lah lap satu-satu, cukuplah susun cendawan tu atas tisu seketika. Kemudian gaulkan rata dengan telur ayam (putih sahaja) kemudian golekkan pula atas tepung kentucky. Beli je di pasaraya, macam-macam jenama ada. Lepastu goreng hingga warna bertukar keemasan. Sedia untuk dihidangkan.

Yusuf dan Maryam kata sedapppppppp!! 

ps: selalu ibu buat guna cendawan tiram, tapi sebab ada cendawan busut dalam peti sejuk, ibu gunalah cendawan busut..



 


Tuesday, September 25, 2012

MENANGI BOUCER BERNILAI RM50.00 JOM!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Amboi-amboi kamu-kamu semua. Bila ibu buat entry kemenangan ramai yang komen, bila ibu buat entry kekalahan tak ramai nak komen? Kenapa? Tak tahu buat ayat pemujukan ye? Hehehe.. Kan ibu dah kata, itu buka entry sedih, cuma syer kekalahan je. Tak perlu pujuk ibu ya.. Hahaha..

 Ayat mula-mula tu ibu gurau je tau.. jangan pula nanti terus serik nak komen. Kedatangan anda semua menjengah Jemari Asmara sangat-sangat ibu hargai. Terima kasih semua..

Ibu tahu, ada di antara sahabat-sahabat yang apabila membaca entry kemenangan ibu akan rasa teruja juga untuk join mana-mana kontes. Betul tak? Mesti betul punya, sebab ibu terjebak dengan hobi join kontes pun sebab rajin baca blog yang syer tentang kemenangan mereka.

Okey, ibu nak ajak kawan-kawan join kontes yang menawarkan baucar Dutch Lady bernila RM50.00 sebagai hadiah. Kontes ni dalam bentuk main game, tapi game dia senang sangat-sangat. Setiap kita dapat skor lebih 200, kita akan dapat boucer RM2.00.. Seronokkan? Tapi semuanya tertakluk pada terma dan syarat. Nak tahu lebih lanjut boleh KLIK SINI.








New Dutch Lady Chocolate Drink. Biar Betul

It’s yummy, it’s tasty, it’s super chocolate-y – it’s the new Dutch Lady Chocolate Drink!

Not only is the Dutch Lady Chocolate Drink super yummy, it’s packed with nutrients to promote alertness and learning. The EZYMIX powdered formulation also lets you whip up a drink with only hot water or add ice cubes for a delicious cold drink!

Get a taste of the new Dutch Lady Chocolate Drink now, and try your hand at the EZYMIX Party game too to win vouchers for more drinks!

ps: selamat bermain dan semoga menang. Good luck ya!! 

Monday, September 24, 2012

ENTRY PERTAMA UNTUK SEBUAH KEKALAHAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pertamanya, ibu nak ucapkan terima kasih pada sahabat-sahabat yang mengucapkan tahniah melalui komen di entry Menang Tempat Ke5 Decor Ruang Tamu. Semoga ucapan murah rezeki itu adalah satu doa yang akan dimakbulkan oleh Allah swt. Amin..

Sebenarnya, selain berkraf, berdekorasi, kumpul pinggan mangkuk lama, berblog dan berFB, berkontes juga adalah salah satu hobi ibu. Sekadar suka-suka dan mengisi masa. Nak kata mengisi masa lapang sebenarnya, tapi bila difikir-fikir semula, sebagai seorang ibu dan isteri yang berkerja, tiada masa lapang sebenarnya. Ada saja yang perlu dilaksanakan untuk menunaikan tanggungjawab-tanggungjawab yang ada. Tapi, sesebok mana pun.. ibu sentiasa berusaha untuk memperuntukkan masa untuk diri sendiri. Kalau tak stress wooo..

Berbalik pada tajuk, cukup sedih tak bunyianya? Hahaha.. Pagi tadi buat entry gumbira-gumbira, bila malam buat entry ala sedih pulak ye?

Sebenarnya bukanlah entry sedih. Entry kalah dalam kontes sebenarnya. Kalau setiap kontes yang kalah nak bersedih, alamak sedih berpanjanganlah nampaknya. Banyak kali dah ibu kalah, cuma tak cerita je kekalahan-kekalahan yang dialami.. Nanti ada pula yang akan kata, "asyik kalah je..".. hehe..

Harini keputusan siapa yang mara ke final untuk The Gourmet Blog Challenge anjuran myChef telah diumumkan. Dukacita dimaklumkan, 3 entry ibu yang layak dinilai untuk ke final gagal memenangi hati juri. Senang cerita memang dah kalah lah..

Walaubagaimanapun, ibu tetap bersyukur dan berterima kasih pada semua atas sokongan yang diberikan ke atas ketiga-tiga entry penyertaan ibu. Ketiga-tiganya mencapai jumlah vote yang ditetapkan untuk dinilai samada layak ke final ataupun tidak. Namun ketentuan Ilahi telah menetapkan, bahawa tiada rezeki ibu di sini.

Alamak, tiba-tiba rasa sedihlah pulak. Hmmm.. tu lah pasal selamani tak mahu buat entry kekalahan. Elok-elok, biasa-biasa aje, jadi sedih lah pulak. Sob sob sob..

Okey, abaikan itu semua. mari kita tengok siapa yang layak ke final. Tengok je lah gambar tu ye..










Tahniah pada semua yang layak ke final. Good luck ya.. :D



 Dan anda semua, memandangkan ibu tak dapat sikit pun dari RM18,000.00 hadiah dari myChef tu.. tolonglah hadiahkan ibu RM00.08 seorang ya. Hahaha.. tak susah pun, klik je iklan di bawahni. Tapi janganlah klik aje, baca sekali okey? Terima kasih semua.. :D
 

MENANG TEMPAT KE5 CONTEST DECOR RUANG TAMU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, satu lagi kemenangan yang ibu dapat kongsikan kegembiraannya di Jemari Asmara. Mohon pengertian sahabat-sahabat pembaca, bahawa setiap kali ibu kongsikan kemenangan di sini bukanlah untuk mendabik dada, namun sekadar catatan rasa gembira yang mahu diabadikan diblog sendiri.

Ramai juga yang komen, "asyik menang je..". Hahaha.. Hakikatnya entah berapa puluh yang kalahnya, tapi tidaklah ibu buat entry untuk setiap kekalahan. Apapun, semoga kata-kata itu doa, dan ibu aminkan sahaja. Mudah-mudahan, sentiasa murah rezeki ibu untuk selalu menang.

Terbaru, ibu menang tempat ke5 contest Decor Ruang Tamu. Ini contest tertutup untuk ahli satu group decor di FB. Pemenang ditentukan dengan jumlah like terbanyak. Tapi menariknya, peserta tidak boleh like pic sendiri dan tidak boleh meraih undi kepada yang bukan ahli. Hanya ahli group yang boleh like.


 Inilah hadiah yang ibu dapat.. Hangging pillow dan frame ribbon.. :D

Hadiah tajaan dari Kak Yaya Dila. Jadi kawan-kawan yang berminat, boleh tempah dengan cari nama Yaya Dila di FB. Cantik sangat hasil tangan dia..

Mungkin bagi setengah pihak, hadiah yang tak seberapa. Tapi bagi ibu, bukan nilai hadiah yang menjadi ukuran, tetapi kepuasan setiap kali hasil usaha membuahkan hasil. Tapi jujurnya, ibu sangat, sangat, sangat, sangat suka hadiahni.

Ini kemenangan ke2 untuk ruang tamu yang sama. Kali pertama dulu menang contest decor ruang tamu anjuran UK Store. Ibu menang voucher bernilai RM300.00, cuma ibu belum dapat entrykan lagi sebab vouchernya belum dapat lagi.

Sekian dulu, sampai jumpa lagi. Salam sayang buat semua.. :D



Friday, September 21, 2012

PINKING SHEAR @ GUNTING ZIG ZAG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini ibu nak cerita tentang pinking shear atau gunting zig zag. Alat yang ibu rasa kebanyakan peminat kraf memilikinya. Tapi ibu Yusuf baru ada walaupun dah lama terjebak dengan hobi kreatif metif ni ..
 

 Inilah dia pinking shear atau gunting zig zag..


 Close up giginya yang bergerigi..

Gunting yang ibu ada ni khusus untuk gunting kain. Jangan sekali sekala guna gunting kain untuk gunting benda lain. Nanti gunting mudah tumpul.. Gunting zig zag untuk kertas ada dijual di kedai alat tulis..

Pinking shear ni harganya berbagai-bagai. Ibu surver dengan kawan-kawan dan internet, harganya di antara RM60.00 hingga RM180.00.. Semuanya bergantung pada kualiti gunting, yang mahal biasanya berkualiti. Tapi yang murah belum pasti tidak berkualiti.

Jadi, memandangkan ibu berkraf hanya sekadar untuk hobi, jadi tak perlulah beli yang mahal-mahal. Janji boleh pakai.. lainlah kalau berkraf memang bidang kerjaya sepenuh masa, insyaAllah ibu akan beli yang mahal kut..

Survey punya survey punya survey, akhirnya ibu jumpa yang paling murah sekali berbanding yang ibu survey dengan kawan-kawan dan internet.. RM40.00 sahaja. 

Untuk jangka masa panjang, belumlah ibu dapat beri pandangan. Tapi setakat yang ibu dah guna, alhamdulillah puas hati. Gunting tu berat, jadi senang nak buat gunting kain. Cuma janganlah mengharap semudah mengguntiing dengan gunting biasa, dah nama pun gunting bergerigi.

Sejak ada pinking shear ni, habis semua kain yang ada ibu nak zig zag kan. Hahaha.. Meh lah tengok sebahagian darinya. Nak tayang semua, gambar tak ada..


 Balang kuih raya paling sempoi yang ada dalam koleksi ibu..


 Zoom sikit kain yang sudah dizig zagkan.. Ini kain cotton yang tebal dan guntingan dibuat atas kain yang nak dipotong bulat. Jujurnya, kekok juga, ia tak semudah nak memotong lurus dengan gunting bergerigi ni.. Ibu nak kena banyak berlatih lagi nampaknya.


 My first gingham doily.. gingham ya bukan gangnam arrr.. hahaha..

Ada kawan FB tanya, kain gingham tu apa? Ringkasnya, kain gingham tu kain kotak-kotak. Yang pink kotak-kotak tu ibu beli kain cotton yang murah je, sangat senang nak potong. Potong lurus ke, potong bulat ke, sangat senang. Mungkin sebab kainnya tak tebal.. Yang kain gambar buah-buah tu tebal, potong membulat pula tu. Tu yang susah kut..

Tapi yang pasti, sejak ada gunting ni semangat nak berkreatif semakin membara.. :D

Oh ya.. bagi sesiapa yang berminat dengan pinking shear ni boleh beli dengan ibu ya. RM40.00 + RM7.00 untuk kos penghantaran.

Terima kasih.



Thursday, September 20, 2012

BATIK DI HARI KHAMIS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Khamis sudah ya.. Terasa-rasa masih Rabu dengan konkononnya nak buat entry tanpa kata. Hahaha.. Masih teraba-raba dan mencari-cari semangat menulis yang perlahan-lahan diterbangkan angin bayu..

Mungkin inikah yang dikatakan entry melepaskan batuk ditangga.. atau yang dikatakan entry janji ada.. atau inikah yang dikatakan buat entry kerana terpaksa? Almaklum, entry kontot adanya..

Terpulang pada tafsiran masing-masing ya.. setiap orang orang ada tafsiran dan persepsi masing-masing. 

Sekadar bicara santai tentang batik di hari Khamis. Bukan nak cerita tentang pekeliling yang mewajibkan penjawat awam berbaju batik disetiap Khamis, bukan juga cerita nak jual batik, bukan nak jelaskan jenis-jenis batik. Tapi nak cerita yang ibu Yusuf paling tak rajin pakai baju batik. Hahaha..

Betulll.. walaupun wajib, tapi ya ampunnnnn.. sungguh tak suka pakai baju batik. Sebabnya:

1. Pakai baju batik tak boleh nak lasak sangat, nanti rosak baju. Letih la nak kontrol ayu sepanjang hari.. Kih kih kih.. baik punya alasan..

2. Baju batik susah nak gosok.. kena tenyeh punya tenyeh punya tenyeh.. sembur sana.. sembur sini.. fuh, berpeluh!!

3. Baju batik tak boleh masuk mesin. Kena basuh tangan.. Haaaa, terserlah kemalasan daku..

4. Kedekut RM.. masalah no. 2 dan 3 boleh diatasai dengan hantar dobi sebenarnya. Tapiiii, sayanglah RM tu..   

Semua di atas tu hanyalah alasan.. tapi apa nak buat, saya yang menurut perintah. Pakai lah juga kan..



 
Sekadar gambar hiasan.. Entah ibu siapa tengah berceloteh depan klien-klien dia, ada gambar dalam lappy ni, edit sikit-sikit dan tepek ajelah. Hihihi..

Ps: Suka tak pakai baju batik?

 


Tuesday, September 18, 2012

TIN FAN'S CLUB


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



  Lihat tin-tin karat ini..

Pernah tak terfikir dek akal kamu-kamu semua, bahawa ada sekumpulan manusia yang suka kumpul tin-tin sebegitu? Tin karat? Iyeeee, tin karat. Hahaha.. Tutup mulut kamu-kamu yang menganga itu.

Jujurnya, ibu Yusuf dan Maryam memang tak pernah terfikir. Sebelum ni ibu memang tahu, penggemar-penggemar English Style Deco memang gunakan tin sebagai hiasan. Tapi tin yang cantik-cantiklah, macam tin ada gambar cupcakes ke, gambar bunga-bunga ke, polkadot ke..

Hinggalah ibu join Tin Fan's Club di FB. Subhanallah, baru ku tahu.. bahawa mengumpul tin juga menjadi satu kegilaan. Dari tin biskut, tin susu, tin teh, segala macam tin lah.. Dari secantik-cantik tin sampailah sekarat-karat tin. Memang mengagumkan..

Tapi ibu Yusuf sekadar pemerhati dalam group tersebut.. Nak interframe tak layak lagi, tin baru ada 2 ketul. Hihihi.. 

Berbalik pada pic di atas, ibu snap Ahad lepas di Garage Sales, Anggerik Mall. Macam-macam ada di sana, seronok juga. Ada pinggan mangkuk lama, ada barang-barang lama, barang perhiasan rumah, tudung, baju.. macam-macamlah. Nanti ibu buat entry lain untuk masukkan gambar-gambar GS @ Anggerik Mall tu.. Sebab malam ni ibu cuma nak cerita pasal tin. Oh ya, Garage Sales tu tiap-tiap Ahad ada tau..

Di bawah ibu kongsikan beberapa gambar yang ibu pinjam dari TFC @ FB..

 Ini koleksi salah seorang rakan FB ibu.. Kak Yaya Dila. Tu nampak, tin minyak Yuyi Cap Limau!! Dulu masa Yusuf dan Maryam kecik-kecik banyak dah buang tin tu. Huhu..
  Sila intai juga koleksi FM dia, fuhh!! Hebat..


 Ini koleksi Kak Azah Ummi Nostalgialama.. ibu nak tunjuk antara bentuk tin yang disukai ramai adalah bentuk-bentuk lori ni..


 Ni gambar yang Kak Azah upload juga.. pinjam gambar kak ye..


 Gambar ni milik Artique Antique Unique.. Hehe, terkehel lidah nak menyebutnya. Tin ni ada dijual di Anggerik Mall rasanya..

Bagi ibu ini adalah hobi yang unik. Sememangnya adakalanya kita pelik dan hairan, tapi sila jangan diperlekehkan. Bagi yang meminatinya, ia adalah satu kepuasan.. Jujurnya, ibu suka tengok koleksi kawan-kawan. Serius, memang ternganga lagi melopong mulut setiap kali tengok koleksi mereka. Memang wow!!

Akhir kata, selamat mengumpul tin.. hehehe.. 

 


Sunday, September 16, 2012

MIX AND MATCH TUDUNG LABUH DENGAN SHAWL BERCORAK


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Wanita dan rasa ingin cantik tak dapat dipisahkan. Betul tak? Itu sememangnya lumrah yang memang tak dapat dinafikan. Samalah dengan ibu Yusuf dan Maryam ni ha, teringin juga nak rasa cantik, walaupun orang yang tengok tak kata cantik pun. Hahahaha..

Tapi dalam bab berhias ni sama-samalah kita mendidik hati agar sama-sama membetulkan niat. Berhias biarlah berpada-pada dan bukan bertujuan untuk riak dan bermegah-megah. Cukuplah untuk kita nampak kemas dan menyenangkan hati orang yang memandang. Ye lah, kalau kita keluar rumah 'menyelebet' je, menyampah pulak orang yang tengok nanti. Hahaha..

Lain orang lain caranya.. kalau ibu Yusuf ni memang bukan jenis yang make up bagai. Cukuplah selapis bedak dan secalit gincu (itu pun hilang lepas makan dan tak de nya nak touch up dah..). Kalau rajin pakailah celak sikit..

Cuma semenjak dua ni, rajinlah sikit bergaya tang tudung. Itupun sekali sekala je.. Ibu pakai tudung saiz besar, susah nak cari tudung besar yang cantik. Kalau ada pun mahal dan tak menepati citarasa. Gaya ibu ni, kalau bagi orang yang biasa bergaya memang biasa-biasa je.. 

Semalam, pergi raya rumah kawan ayah Yusuf. Ibu pakai serba hitam tapi matchkan dengan sehelai shawl bercorak.. Layannnnn..
 

 Saaaaayang ibu. Mmmmmuahs!!


 Gambar ni bukan di majlis raya yang kami pergi. Ce teka di mana?


Inilah saya seadanya..Ibu Yusuf dan Maryam.. :D

Salam sayang buat semua.. :D


Friday, September 14, 2012

DEBARAN "THE GOURMET BLOG CHALLENGE" - IBU YUSUF PASRAH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu kira ramai pengikut Jemari Asmara maklum, ibu menyertai challenge seperti di atas anjuran myChef.. Terima kasih pada semua yang memberi sokongan padu kepada ibu dengan memberikan ibu jari anda kepada hasil air tangan ibu. Ketiga-tiga penyertaan ibu, layak untuk dipertimbangkan ke final.

Tetapi, jangan salah faham ya. Ianya layak ke final, tapi belum pasti dapat ke final. Errr, confius kah? Hehe.. Begini, setiap entry yang mendapat vote/ like mengikut jumlah yang ditetapkan oleh myChef adalah layak ke final. Namun, hanya ada 12 tempat untuk peserta final. Jadi, tak semua yang layak ke final akan dapat ke final. Hehe.. Maaf ye, ayat tonggang terbalik.


Ini adalah senarai penyertaan, dah sehingga entry ini ditulis, telah ada 27 penyertaan layak ke final.

Jadi, ibu dah sampai tahap pasrah. Jika dapat ke final, alhamdulillah. Jika tidak, maknanya ia bukan rezeki ibu. Takut juga nak meletakkan sebarang harapan, penyertaan bukan dari calang-calang orang. Ada dari kalangan blogger/ fbian masakan popular, ada juga dari kalangan mereka yang rajin masuk pertandingan masakan dan ada juga yang ibu nampak ada 'skill' meraih vote. Setiap peserta ada kelebihan masing-masing.

Besok tarikh tutup penyertaan, peserta yang layak ke final akan diumumkan bila-bila masa. Hadiah berjumlah RM18,000.00 milik siapa akan ditentukan pada 30 September 2012.

Semoga ada rezeki ibu Yusuf dan Maryam. 

 

Tuesday, September 11, 2012

PEMENANG MINGGU KEDUA KEMPEN 'NIKMATI SUSU DALAM 21 HARI' DUTCH LADY


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Berita minggu lepas sebenarnya, tapi baru berkesempatan nak kongsikan di blog.





Ps: Maaf, entry kontot sahaja untuk harini..




Monday, September 10, 2012

PRESTASI JEMARI ASMARA: SEMINGGU TANPA UPDATE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Isnin datang lagi.. Terus berusaha meniup semangat dalam diri sendiri walau hakikatnya, 'kelemauan' masih menyelubungi diri. Haha.. Monday yang blues katakan. Tapi ibu Yusuf harus sedar diri, bahawa dalam tugasannya kata-katanya amat diperlukan untuk meniupkan semangat kepada orang lain. Jadi dia sendiri perlu bersemangat terlebih dahulu.. Kalau tak, nanti klien akan cakap; "Apadah, Puan Zefa cakap tak serupa bikin"...

Pagi ini ibu Yusuf berusaha untuk bersemangat dalam semua urusan.. Samada urusan di rumah, tugasan di pejabat, termasuklah tanggungjawab mengemaskini Jemari Asmara. Minggu lepas adalah minggu yang sangat parah.. Kali terakhir kemaskini blog 1 September 2012, kemudian 2 hari lepas 8 September 2012 baru kemaskini lagi..

Cuma ibu sedikit teruja dengan pencapaian Jemari Asmara minggu lepas. Dalam fikiran ibu, bila seminggu tak update pasti UV jatuh merudum.. tapi semalam ibu log in Nuffnang, owh.. prestasi yang memuaskan. Maksudnya, Jemari Asmara masih diminati oleh enjin carian google.. Terima kasih ya En Google..



Ps: Tapi masih belum ada rezeki BE setelah sekian lama.. huhu..


Saturday, September 8, 2012

TRAGEDI VIVA ELITE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Kembali bersua.. lama sungguh Jemari Asmara terbiar sepi. Terima kasih buat semua yang setia singgah di sini. Maaf, buat teman-teman blogger.. ibu Yusuf belum berkesempatan berziarah ke blog kalian. Terima kasih pada yang bertanya khabar. Alhamdulillah, ibu sihat, cuma semangat berblog yang agak kurang sihat. Hehe..

Ayat yang ditulis pun macam tak sedap je.. huhu.. betul-betul kehilangan rentak nampaknya tarian Jemari Asmara ni. Petangni, ibu memaksa diri sendiri.. nak atau tidak, rajin atau tidak.. blog mesti dikemaskini.

Hmmm.. ibu nak cerita sesuatu yang sedih. Tragedi Viva Elite lagi. Kejadian berlaku Sabtu malam Ahad yang lepas. Ibu kendalikan satu program bersama golongan Ar Riqab. Ar Riqab ni salah satu asnaf yang layak terima zakat.. Program MAIS dengan kerjasama jabatan ibu bertugas sebenarnya.

Program tu adalah budget makan sikit, tapi bila tanya caterer dapat kuih dengan air je.. Ibu pulak memang tahu, 'sahabat-sahabat' ibu tu memang mengharapkan jamuan makan yang mengenyangkan. Jadi ibu ambil inisiatif masak sendiri. Goreng bihun dan buat air oren.. Sedap ke tak sedap ke, belakang cerita. Janji 'sahabat-sahabat' ibu tu kenyang..

Nak dijadikan cerita..

v

v

v

 Air oren tu tumpah.. Huhu.. Habis banjir kereta ibu.. Air penuh 3/4 tong, tinggal 1/3 tong. Ibu pun tak tahu tumpah gaya macam mana, sebab sampai-sampai je ibu terus masuk pejabat. Barang-barang tu staff lelaki yang tolong angkatkan..


Syukur alhamdulillah, ada rakan setugas berhati mulia. Terima kasih En Pijie handsome kita.. hehe..

Dia lah yang tolong ibu menimba (eh.. menyawan, sebab pakai cawan.. kih kih..) air yang bertakung dalam kereta keluar. Besoknya (sebab kejadian berlaku malam..), ibu hantar kedai. Alhamdulillah, dapat kering dengan baik. Cuma ada bau kepam sikit, tapi lepas ibu spray Febreeze nak habis dekat sebotol, hilang lah bau tu..

Walaupun tragedi berlaku, ibu tak menyesalpun tolong masak. Seronok juga pengalaman masak bihun untuk ramai orang makan. Siap panjat kerusi sebab tak karat dah lengan ni nak menggodek. Haha..

Tapi nak suruh masak lagi, ibu surrender lah. Hihi.. Terus call MAIS minta up budget. Alhamdulillah, dapat.. :D

Syukur al hamdulillah..


Friday, September 7, 2012

8th GIVEAWAY BY UMIYUMI2


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Kalini kuali/wok Tefal bersaiz 28 cm sebagai hadiah.. Wow!! 

Jom join ramai-ramai. Untuk turut serta dan syarat-syarat penyertaan, klik link di bawah ya..


Semoga berjaya!!



Saturday, September 1, 2012

MIX AND MATCH TUDUNG LABUH DENGAN SHAWL 2 TONES


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Mohon maaf pada pakar-pakar bahasa, tajuk di atas bahasa rojak nampaknya. Awas!! Ini entry Ibu Yusuf tayang muka sendiri, jadi siapa-siapa yang tak suka tengok Ibu Yusuf sila pejam mata. Ye ler, kita bukan lawa macam Siti Norhaliza.. Keh keh keh.. Er, ada ke yang tak suka. Apa pun, ibu suka dan sayang semua pengunjung Jemari Asmara. Mmmmmuahs!!

Okey, balik pada tajuk.. Ini entry ke 3 kalau tak silap ibu buat entry tentang mix and match tudung. Kali pertama mix and match tudung labuh dengan tudung chiffon bertingkat. Kali ke kedua, mix and match tudung warna kontras. Kali ni mix and match tudung labuh dengan shawl 2 tones..


 Ambik gambar sendiri.. kesiannnn..

Masa tunjuk gambarni kat ayah, ayah gelakkan. Gelak sebab ambik gambar sendiri, siap panjat sofa lagi. Hahaha.. Tapi lepas tu dia kata macam Ezani Master Chef. Tapi ibu tak rasa, ayah Yusuf kata ibu cantik macam Ezani. Tapi ibu rasa dia teringat tudung Ezani masa malam 1001 Giveaway tu. Huhuhu.. 


 Haaaa.. Yang ni buka ambik sendiri. Yang ni Cik Maryam tolong ambikkan, siap buka flash lagi..

Terima kasih Cik Ayu (adik ibu) yang belikan shawl ni untuk ibu. Walau pun ibu tahu dengan harganya (Cik Ayu boleh beli ratus helai.. kih kih..), ibu sangat-sangat menghargainya. Yang penting, ibu nampak cantik masa pakai shawl ni. Hahahaha.. abaikan keperasanan ibu Yusuf ini.


Yang ni pun Cik Maryam yang ambikkan. Tapi kali ni off flash..

Motif entry? Laaaa.. syer idea la. Sekian..

Ps: entry ni kalau buat periksa karangan, mesti fail bab penutup.. hohoho..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...