Follower

Showing posts with label Pencegahan dadah. Show all posts
Showing posts with label Pencegahan dadah. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

KENALI POKOK POPI DAN KLINIK CURE & CARE 1MALAYSIA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Lama betul ibu tak bersiaran. Entry terakhir 6 hari yang lepas. Waduh, teruk betul prestasi ibu semenjak dua ni. Sejak pindah pejabat ni asyik  penat je. Hmmm, tapi tak boleh cerita lebih-lebih pasal pejabat. Bos marah weiii.. Hihi..

Terfikir nak buat entry ni sejak terbaca status MyChef Ready Meals yang tunjuk gambar buah popi. Bila baca komen-komen fans dia, ramai yang tak tahu apa itu popi aka poppy. Ada yang kata popi tu ganjalah.. Ada yang kata buahnya macam sedaplah. Uiii. bahaya ni. Itu benda yang menghasilkan musuh nombor satu negara. Dadah!!

Jadi, melalui entry ibu ini, walaupun ringkas aje, harap kawan-kawan ibu yang belum tahu, akan tahu tentang perihal pokok ni ya..

Pokok-pokok ni tak ada di Malaysia, tapi dadah yang terhasil darinya sudah membunuh ramai rakyat Malaysia. Sedih!! 



 Ini bunga popi. Cantikkan? Tapi awas!! Ianya cantik yang membunuh.


 Ini buah popi. Gebus je kan rupanya. Tu sampai ada yang kata macam sedap je..


Bunga popi yang ditoreh akan mengeluarkan getah. Getah inilah yang akan diproses untuk menghasilkan dadah dari kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.

Kalau ganja lain tau. Ia ada pokoknya sendiri. Tapi lupa pula ibu nak search gambarnya tadi.

Oh ya, semua gambar di atas adalah hasil google. Tak tahu nak bagi kredit pada siapa, gambar yang sama berulang-ulang.

Bercakap tentang dadah, ianya suatu yang menggerunkan sebenarnya. Kalau tidak, masakan ia diishtiharkan sebagai musuh nombor 1 negara.

InsyaAllah, lepas ni kalau berkesempatan ibu kongsikan gambar-gambar dadah. Alaaa.. kalau kawan-kawan cari diinternet sangatlah banyak.  

Lagi satu, kalau ada saudara mara atau sesiapa yang kita kenali terjebak dengan dadah, lebih-lebih lagi baru lagi terjebak.. ada alternatif lain selain dari menghubungi polis minta tangkap sebenarnya.

Ibu ada berjumpa dengan satu keluarga yang menyesal buat laporan polis ke atas anak mereka baru menagih sebulan. Mereka ingat itu langkah awal sebelum anak mereka terlanjur lebih jauh. Tapi anaknya yang masih muda itu sudahnya sudah ada rekod polis.

Di Malaysia kita ada beberapa klinik Cure & Care 1Malaysia. Klinik ini terbuka untuk semua yang terlibat dengan permasalahan dadah. Ianya berkonsepkan kesukarelaan dan tiada ikatan perundangan.

Jadi, kalau saudara kita yang terjebak tu sukarela atau masih boleh dipujuk, ajaklah dia ke C&C. Kalau degil dan tak mahu juga, barulah buat laporan polis. Jangan pula dibiarkan ya, nanti semakin teruk pula dia atau dia pula yang akan merosakkan orang lain nanti.

Untuk tahu di mana klinik C&C yang terdekat boleh tengok di laman web AADK atau klik terus SINI.

Sekian dulu catatan ringkas ibu. Semoga memberi manfaat pada semua.

Jumpa lagi.. :D 


Friday, January 21, 2011

Anak Ibu Tanya: "Ibu, dadah tu apa?"

*******

Ibu ada sehelai tshirt yang tertulis 'Dadah: Anda Cuba Anda Sengsara'.. ibu pakai sejak tahun 2006 lagi.. masa tu Yusuf Nabhan baru setahun lebih.. bila umurnya 5 tahun dan pandai membaca, dia baca semua benda termasuk tulisan pada baju..

Maka terlontarlah soalan, "Ibu, dadah tu apa?"

Hmm.. kena jawab tu. Tapi takkanlah ibu nak jawab, 'Dadah ialah sejenis bahan kimia psikoaktif yang memberi kesan paling ketara ke atas bla bla bla.. hehe.. dia belum boleh faham lagi lah..

Maka ibu hanya jawab, "Dadah tu benda tak elok, benda kotor, Allah marah siapa yang ambik dadah'..

Respon anak ibu, "Ooo.. benda tak elok ye ibu. Siapa ambik masuk neraka ye?".

Ibu jawab, "Ya sayang"..


Inilah tshirtnya.. ibu pakai dari tahun 2006 sampai sekarang.. dah agak lusuh.. tapi selesa..

Untung pengetahuan bersama, ibu kongsikan disini..

Dadah dan Ciri-cirinya:

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

a.  Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat ( otak dan saraf tunjang)

b.  Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang

c.  Diperoleh secara haram

d. Membawa kepada pergantungan fizikal da psikologokal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah

e.  Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi soaial seseorang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...