Follower

Showing posts with label Diari Seorang WAHM. Show all posts
Showing posts with label Diari Seorang WAHM. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Jurnal Inspirasi Ibu Berkerjaya, Bisnes & WAHM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu kira ada yang dah tahu ibu ambik cuti tanpa gaji sehingga 31 Disember 2014 kan? Ibu ada cerita secara ringkas dalam entry Cuti Tanpa Gaji: I'm a WAHM..

Maka berubahlah status buat sementara dari seorang ibu berkerjaya yang suka berbisnes kepada seorang WAHM (work at home mother). Atau situasi sebenarnya seorang ibu yang duduk di rumah mengurus keluarga dan anak-anak sambil berbisnes.

Ibu mohon cuti tanpa gaji memang sebab nak merasai kehidupan seorang surirumahtangga, jaga dan urus anakanak sendiri. Tapi tak bolehlah goyang-goyang kaki kan? Duduk di rumah pun kenalah ada pendapatan sebab kita dah 'short' banyak angka dalam jumlah pendapatan harian.

Ibu ada cerita masa mula-mula duduk rumah, urus anak-anak sambil urus bisnes, jujurnya ibu sedikit kelam kabut. Sekarangni syukur, dah boleh biasakan diri.

Alhamdulillah, sekarang ibu melangkah setapak ke hadapan sebagai Pengurus Online Akademik Bekerja Di Rumah. ABDR tu apa? Semuanya ibu ada kongsikan di blog terbaru ibu Jurnal Inspirasi Ibu Berkerjaya, Bisnes & WAHM.


http://zefanorasmara.blogspot.com/



Monday, August 11, 2014

Cuti Tanpa Gaji 5 Bulan; I'm a WAHM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semenjak dua ini ramai yang tertanya-tanya tentang status ibu Yusuf dan Maryam. Lebih-lebih lagi bila melihat post-post ibu di FB.

Asyik cerita pasal WAHM, cerita pasal SOHO, makin aktif berbisnes, FB pun bukan main aktif, cerita ambik hantar anak sekolah. Aik, tak kerja ke?

Maka jawapannya adalah seperti di atas. Ibu mohon cuti tanpa gaji selama 6 bulan, tetapi kelulusannya lambat diterima  sebab permohonannya pun dibuat last minute. Selama belum dapat kelulusan ibu masih berkerja, sudahnya hanya tinggal 5 bulan sebab ibu mohon cuti sehingga 31 Disember 2014. 

InsyaAllah, ibu tinggalkan dulu gelaran wanita berkerjaya dan sekarang seorang surirumah sepenuh masa. Atau lebih tepat ibu yang berkerja dari rumah.

Ye lah, ibu dah kehilangan sejumlah pendapatan bulanan tetap selamani yang bukan sikit (bagi ibu).. Selamani berkongsi komitmen dengan suami. Tiba-tiba terputus sebahagian, susah juga jika tak ada pendapatan lain. Maka menjana pendapatan dari rumah adalah perlu.

Mana yang dah tahu tentang isu cuti tanpa gaji ni rata-rata bertanya. Kenapa? Nak fokus pada Shaklee ke?

Jawapannya; geleng, geleng, geleng..

Ibu ambik cuti sebab nak merasa jadi seorang ibu dan isteri yang duduk di rumah. Nak fokus dan memberi tumpuan kepada keluarga. Sejak habis belajar 13 tahun yang lalu, 11 tahun menjadi isteri, 10 tahun bergelar ibu, memang ibu tak pernah berhenti dari berkerja. Cuma pernah merasa cuti panjang selama 2 bulan sebanyak 2 kali. Iaitu masa bersalinkan Yusuf dan Maryam..

Sekarang ni keinginan nak duduk di rumah tu tak dapat nak dibendung lagi. Meluap-luap dan akhirnya nekad hantar surat permohonan cuti tanpa gaji. Alasan dalam surat memang ibu tak buat alasan lain, sebab nak beri tumpuan pada keluarga. Alhamdulillah, Ketua Jabatan bagi sokongan dan diluluskan oleh pihak Ibu Pejabat.

Semua yang terjadi dengan izin Allah swt. Keputusan yang dibuat tiba-tiba je walau keinginan dah lama.

Sekarangni masih dalam fasa huru hara lagi. Hihi.. Sedang membiasakan dan mendisiplinkan diri. Ye lah, sendiri bos, sendiri perkerja. Tak ada punch card. Kalau tak disiplin, memang hanyut..

Doakan ibu dapat membiasakan diri ya..

Berbalik kepada isu Shaklee, ibu tak ambik keputusan cuti lama sebab nak buat Shaklee. Selamani dengan berkerja pun ibu tetap boleh jalankan bisnes. Cuma pendapatan dengan bisnes Shaklee memberi peluang untuk ibu meneruskan kehidupan dengan kewangan yang stabil walaupun bakal kehilangan sejumlah pendapatan tetap. Faham ke faham? Hihi..

Okeylah, rasanya entry ni dah cukup jelas membongkar kemushkilan beberapa teman. Diringkaskan cerita, ibu ambik cuti tanpa gaji selama 5 bulan dengan tujuan memberi tumpuan kepada keluarga. Semasa tempoh bercuti, ibu tetap akan berkerja untuk menjana pendapatan dari rumah.

Jadi secara rasminya, ibu kini adalah seorang WAHM (working at home mother). Alhamdulillah.. 


Sekadar gambar hiasan.. Wajah ceria seorang WAHM walaupun gambarnya blurr. Selfie la kononnya. Hihi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...