Follower

Friday, August 29, 2014

Idea-idea Menarik Nak Mulakan Bisnes Dari Rumah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Masa kawan-kawan baru tahu ibu mohon cuti tanpa gaji sebab nak fokus rumahtangga, ramai datang pada ibu dan meluahkan perasaan. Mereka pun ada keinginan yang sama. Tapi mereka tak mampu buat, sebab mereka tak ada pendapatan sampingan selain gaji bulanan mereka.

Maka ibu kata, pasang niat yang betul dan letakkan push faktor di hadapan.

Jika mereka memang benar-benar mahu duduk di rumah merasai bagaimana mengurus rumah tangga sepenuh masa, pada masa yang sama mahu ada pendapatan sendiri, maka mereka mesti bertindak. 

Mulakan sesuatu yang boleh menjana pendapatan dari rumah!

Sekadar gambar hiasan dari sumber Google. 

Selingan; Ibu teringin nak ada SOHO (small office home office) macam ni kat rumah..

Sebenarnya ramai wanita di luar sana, sama ada bekerja atau surirumahtangga sepenuh masa mengidamkan mempunya perniagaan sendiri yang diusahakan dari rumah. Tetapi banyak persoalan-persoalan yang sering bermain-main difikiran seperti:

- Nak jual apa?
- Berapa modalnya?
- Adakah modalnya?
- Bagaimana hendak memasarkannya?
- Bolehkah saya buat?
- Adakah orang yang telah berjaya?


Persoalan nak jual apa mungkin tidak sukar, buka sahaja FB atau blog macam-macam contoh jualan yang kita nampak. Paling popular adalah bisnes online.

Boleh jual melalui talian barang-barang seperti makanan kesihatan, produk kecantikan, produk digital, pakaian, cadar, perhiasan rumah, keperluan bayi, affiliate, produk kraft, dan baaaaaanyak lagi lah.

Itu jika pandai IT, jika tidak? Dan bagaimana dengan persoalan-persoalan lain seperti di atas?

 Jangan risau, Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes tulisan Puan Masayu Ahmad ini akan merungkaikan persoalan-persoalan itu. Malah ianya penuh dengan idea menarik dan informasi berguna untuk memulakan bisnes dari rumah.
 
 

Berikut adalah tajuk-tajuk utama setiap bab Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes

Bab 1: 101 Idea Home Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal

Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat

Bab 4: Strategi Pemasaran Online

Bab 5: Strategi pemasaran Offline

Bab 6: Operasi Dari Rumah

Bab 7: Khidmat Pelanggan Online

Bab 8: Produk digital vs produk fizikal

Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah

Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah

Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Mari kita baca ulasan dari Puan Nurul Azwa Zulkifli yang telah membaca ebook hebat ini..

Sumber:http://nurulazwazulkifli.blogspot.com/2014/05/ulasan-ebook-101-idea-home-based-bisnes.html



Alhamdulillah, akhirnya saya telah selesai membaca ebook ini. Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes hasil tulisan pengasas Akademi Bekerja Di Rumah iaitu Puan Masayu Ahmad. Keseluruhannya mengandungi 181 muka surat.
 
Ebook yang sangat bermanfaat dan padat dengan pelbagai info yang berguna. Tulisan yang saya kira memberi pendedahan secara menyeluruh terutamanya buat suri rumah atau sesiapa sahaja yang ingin memulakan bisnes.
 
Membaca bab 1 sahaja sudah membuatkan semangat saya berkobar-kobar. Banyak idea bisnes yang diberikan. Idea-idea ini dipecahkan mengikut skop kerja masing-masing. Ya, idea yang diberikan memang boleh saja kita mulakan hanya dari rumah! Menerusi idea yang diberikan, kita nilai minat juga kepakaran kita. Sebagai contoh, kita minat dalam bidang lukis dan ada kepakaran dalam bidang seni reka. Justeru boleh sahaja menawarkan pkhidmatan mereka bentuk laman rumah atau ruang pejabat kepada umum. 

Antara usahawan muda yang boleh dijadikan contoh ialah Puan Nisa Nua. Beliau menawarkan segala perkhidmatan berkaitan bidang arkitek menerusi laman intenet sahaja. Berpejabat hanya dari rumah (SOHO).
 
Di dalam ebook ini, Puan Masayu turut mendedahkan bagaimana untuk mula bisnes tanpa modal. Ya, perniagaan yang amat disarankan kepada mereka yang baru ingin mula berbisnes. Malah kita turut didedahkan bagaimana untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat sebarang pinjaman dengan mana-mana agensi kewangan. Itulah yang sebaiknya. Mula bisnes tanpa mencipta sebarang hutang.

Saya sarankan setiap wanita yang bercita-cita menjadi WAHM wajib memiliki ebook ini. Perkongsian ikhlas penulis sangat memberi inspirasi dan membuatkan kita ingin berusaha bersungguh-sungguh dengan apa yang kita impikan. Penulis turut kongsikan bagaimana kaedah dan teknik-teknik agar kita mampu bergerak secara produktif walaupun bekerja tanpa pantauan majikan. Apabila kita memilih untuk WAHM sepenuh masa, kitalah majikan dan kitalah pekerja. Lantas, disiplin menjadi keutamaan. Puan Masayu turut kongsikan bagaimana untuk kita kekalkan momentum bekerja dari rumah.

Sebuah ebook yang saya kira berbaloi dengan harganya RM50. Lengkap dari mula idea bisnes yang diberikan, bagaimana kita perlu merancang dan seterusnya mencapai matlamat kita, strategi pemasaran, khidmat pelanggan juga perkongsian pengalaman usahawan yang berjaya. Ebook yang mampu milik dan wajib dimiliki setiap orang!


==============
 

Menarik bukan? Lebih menarik Ebook hebat ini hanya RM50.00 sahaja. Dapatkannya segera dan jangan berlengah untuk memulakan bisnes dari rumah.

Dapatkan lebih banyak koleksi Ebook bermanfaat DI SINI (klik).

Untuk pertanyaan atau pembelian hubungi ibu:
Zefa Nor Asmara Jubir
Email: zefa_asmara@yahoo.com  
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara   
Whatsapp: 011-11537821

Wednesday, August 27, 2014

Kenangan Ketuk-Ketuk Aidilfitri iREACH Family


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syawal dah pun melabuhkan tirainya. Maghrib tadi dah masuk pun 2 Zulkaedah 1435H. Aduhh.. Entry raya tak habis masuk blog lagi. Maka malam ni gigih mengapdet Jemari Asmara.

Ini kisah 10 Ogos 2014 yang lepas, kami menghadiri jamuan hari raya anjuran Master Lyna Noh dan Master Zainul Anuar untuk ahli Shaklee di bawah susur galurnya, iREACH Family. Majlis gilang gemilang penuh meriah ni diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Dekat je dengan rumah, tak patut tak datang. Hehe..

Lagi pun rugi tak datang. Ini bukan sekadar majlis makan-makan tetapi inilah masanya untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama ahli Shaklee khususnya ahli-ahli iREACH Family. Macam-macam pengisian turut dijalankan sepanjang majlis berlangsung.


Bisnes Shaklee adalah bisnes keluarga, maka dalam majlis-majlis sebegini maka wajiblah En Ayah, Yusuf dan Maryam ikut bersama. Sedangkan kelas ilmiah pun kumpulan kami mesra anak-anak apatah lagi program makan-makan.

Cerita pasal makan, jom tengok apa yang dihidangkan..


Ketupat, nasi impit, lemang dan kuncu-kuncunya. Nak sebut satu-satu pun dah tak ingat dah sebenarnya.. Oh ya, ada pelbagai jenis sandwich dan rojak juga..


Barisan menu utama. Macam-macam ada..


Buah-buahan yang disusun indah. Masa ibu ambik gambar ni dah togel sikit..


Ayam golek yang memang tergolek-golek. Yusuf banyak kali ulang alik bahagian sini. Sedap katanya..


Kuih muih..


Kek dan manisan.. Sedappp..


2 orang budak yang menikmati hidangan dengan berselera sekali. Anak siapalah ni ye? Anak siapa lagi kalau bukan Pengedar Shaklee Shah Alam :D


Sambil menikmati hidangan, kami turut disajikan dengan video yang dilakonkan oleh ahli-ahli ASB (Aku Sayang Bini). ASB adalah kumpulan suami-suami dalam iREACH Family yang menyokong isteri-isteri menjalankan bisnes Shaklee. Ini bukan video biasa-biasa, ianya video yang sangat melucukan tapi penuh dengan tips-tips hebat yang boleh diaplikasikan untuk lebih maju dalam bisnes Shaklee..


Ucapan dan kata-kata motivasi dari Master Zainul..

Nampak tak di belakangnya itu? Kanak-kanak riang gembira mengiri ucapan Master Zainul tanpa menggangu gugat apa yang mahu disampaikannya. Inilah kebanggan kami, anak-anak adalah sebahagian dari dunia bisnes kami. Bisnes-bisnes juga tapi anak-anak tidak pernah dijadikan alasan dan halangan..


Suasana di dalam dewan, tetamu sedang menjamu selera..

Selain itu, beberapa orang ahli turut tampil ke hadapan berkongsi kisah suka duka perjalan mereka dalam bisnes Shaklee. Semangat mereka memang mengkagumkan dan secara automatik semangat kami juga turut membara..!


Sebelum bersurai, sesi mengabadikan kenangan bersama-sama iREACH Family. Nampak tak kami 4 beranak? Kami terpisah sebenarnya, ibu duduk di hadapan bersama ibu-ibu, Maryam di hadapan dengan kawan-kawannya, En Ayah berdiri di tepi.. Yusuf? Tak pasti dia di mana. Huhu..


Ibu suka gambar ni. Pasangan Master Shaklee yang hebat lagi sporting..


Lagi aksi-aksi sporting dari Masters kami..


Bersama sebahagian rakan-rakan iREACH Family..


Maryam dan kawan-kawan. Mereka adalah anak-anak Shaklee yang sihat dan cergas!!

Banyak lagi gambar, tapi cukup rasanya yang ibu kongsikan ni untuk menggabarkan suasana majlis. Yang pastinya ini bukan majlis makan-makan biasa, ini majlis yang penuh dengan aura-aura positif, penuh kasih sayang dan tautan ukhuwah, meriah dengan gelak tawa anak-anak.. Allahu Rabbi, ianya memang sesuatu yang manis untuk dikenang..

Oh ya, kami dapat sesuatu dari Master Lyna dan Master Zainul. Bukanlah duit raya, tapi kami dapat beg sandang bersulam Ketuk-Ketuk Aidilfitri iREACH Family, sebotol Lecithin dan sebotol Herblax. Maaf, gambarnya tak ada la pulak.

Tapi nampak tak betapa mentor kami bukan sahaja menjamu kami dengan hidangan enak-enak, tapi juga prihatin dengan kesihatan kami. Maksudnya makanlah puas-puas mereka belanja, tapi kesihatan harus dijaga. Lepas makan macam-macam, ambikla Lecitihin dan Herblax kemudiannya.

Apa kelebihan Lecithin dan Herbalx ni..? Meh iklan kejap..



Lecithin - membantu pembakaran lemak serta menghalang akumulasi lemak dan kolesterol jahat

Herb-Lax - membersihkan usus dan membawa hasil tindakan lecithin keluar melalui najis

Kalau nak order secara online boleh terus klik http://bit.ly/OrderLecithinHerblax anda akan dibawa ke web shaklee2u. Jangan risau, link ini selamat..

Dan jika anda sedang mencari-cari bisnes secara sambilan, mahupun sepenuh masa, berorientasikan keluarga, boleh dijalankan di rumah, marilah bersama-sama bergabung dengan kami di bawah iREACH Family. 

Alhamdulillah dengan bimbingan mentor-mentor di dalam group ini, ibu sendiri sudah membina kumpulan sendiri di bawah iREACH Family iaitu Keluarga Sihat Biz Group (KS BiG)

Jemput baca perjalanan ibu dan Shaklee di SINI. (Klik)

Hubungi ibu di:

011-11537821 (wassap sahaja)

zefa_asmara@yahoo.com




Friday, August 22, 2014

Petua Merawat dan Mengatasi Senggugut


Pernah senggugut tak? Ibu pernah, tapi alhamdulillah saaaaaaangat jarang. Setakat sakit-sakit pinggang dan punggung, lenguh-lenguh dan tak selesa pada perut tu adalah. Tapi ramai dari kalangan kawan-kawan ibu, bila kena senggugut tak tertanggung rasanya katanya. Ada yang sampai bergolek-golek, berguling-guling, tertonggeng-tonggeng, terbongkok-bongkok sebab tak tahan nak menanggung sakit tu..

Tadi ibu google petua-petua yang boleh diamalkan untuk merawat dan mengatasi senggugut ni. Banyak petua yang dikongsikan oleh rakan blogger, tapi ibu ambil dari blog 101 Petua untuk dikongsikan di sini.

Antara petua merawat dan mengatasi senggugut yang dicadangkan adalah:

Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula. 

======================

Kawan-kawan yang ada masalah senggugut mungkin boleh mencuba petua-petua yang dicadangkan. Mungkin dapat membantu..

Selain petua di atas, meletakkan sesuatu yang hangat pada perut juga dapat membantu melegakan sedikit rasa sakit. 

 

Yang ini ibu sendiri pernah buat masa tiba-tiba sakit perut dulu, cuma masa tu bukan senggugut sebab baru habis berpantang bersalinkan Yusuf. Doktor kata angin, wallahua'alam. Memanglah sakit tak hilang tapi sedikit lega sampai boleh la lelapkan mata. 

Sapu minyak angin pun antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk melegakan rasa sakit akibat senggugut. Perut akan rasa hangat dan berangin dan dapat memberi kesan kelegaan..

Ada satu blog ni mencadangkan ambik ubat tahan sakit atau panadol menstrual. Ada juga blog yang mengesyorkan pengambilan EPO.

Hmmm, secara peribadi ibu lebih bersetuju jika ambil supplemen atau vitamin. Lagi-lagi jika kita pilih vitamin yang semulajadi.

Dari rangkaian vitamin Shaklee, salah satu supplemen yang boleh diamalkan ialah GLA Complex..


 
 GLA Complex Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. 

GLA Complex membantu mengawal selia estrogen dan testosteron. GLA juga membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

 Ada testimoni, jom baca..




Alhamdulillah, mereka serasi dengan GLA Complex Shaklee dalam menangani masalah senggut mereka.

GLA Complex bukan sahaha untuk masalah senggugut tapi banyak lagi. Boleh baca kelebihan GLA Complex Shaklee di SINI (klik).
 
BERITA GEMBIRA! 
 
Bulan ini (Ogos 2014) promosi GLA Complex Shaklee; Beli 6 percuma 1

Dialu2kan jadi ahli utk diskaun hebat. Juga ada cash rebat menanti anda..

Nak beli 1 botol pun boleh, RM91.25 sahaja..

Menarik ke menarik? Jom dapatkan sekarang!
Untuk penggunaan kad kredit atau debit boleh terus membuat pembelian di link ini http://bit.ly/OrderGLAshaklee (Jangan risau link ini selamat)

Untuk pembelian Set Promosi, pembayaran secara COD (Shah Alam & Klang sahaja) atau transaksi antara bank boleh hubungi:

SID mesra anda ID 909824
011-11537821 (Zefa Jubir)
www.facebook.com/KioskKeluargaSihat


Thursday, August 21, 2014

Jurnal Inspirasi Ibu Berkerjaya, Bisnes & WAHM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu kira ada yang dah tahu ibu ambik cuti tanpa gaji sehingga 31 Disember 2014 kan? Ibu ada cerita secara ringkas dalam entry Cuti Tanpa Gaji: I'm a WAHM..

Maka berubahlah status buat sementara dari seorang ibu berkerjaya yang suka berbisnes kepada seorang WAHM (work at home mother). Atau situasi sebenarnya seorang ibu yang duduk di rumah mengurus keluarga dan anak-anak sambil berbisnes.

Ibu mohon cuti tanpa gaji memang sebab nak merasai kehidupan seorang surirumahtangga, jaga dan urus anakanak sendiri. Tapi tak bolehlah goyang-goyang kaki kan? Duduk di rumah pun kenalah ada pendapatan sebab kita dah 'short' banyak angka dalam jumlah pendapatan harian.

Ibu ada cerita masa mula-mula duduk rumah, urus anak-anak sambil urus bisnes, jujurnya ibu sedikit kelam kabut. Sekarangni syukur, dah boleh biasakan diri.

Alhamdulillah, sekarang ibu melangkah setapak ke hadapan sebagai Pengurus Online Akademik Bekerja Di Rumah. ABDR tu apa? Semuanya ibu ada kongsikan di blog terbaru ibu Jurnal Inspirasi Ibu Berkerjaya, Bisnes & WAHM.


http://zefanorasmara.blogspot.com/



Kelebihan GLA Complex Shaklee


GLA Complex Shaklee

Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam sevara organik di kawasan Saskatchewan.

 Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, antioksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.


Apakah manfaat utama pengambilan Shaklee GLA Complex?


# Herba Tradisi Yang Dipercayai -  
 
Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan menungkatkan stamina.

# Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron
 
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

# Melambatkan Menopaus
 
Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

# Memperbaiki Prostatomegaly
 
GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

# Menentang Kanser
 
GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

# Memperbaiki Inflamasi Kulit
 
Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.

# Menghalang Komplikasi Diabetes
 
Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

# Pelangsingan dan Menghalang Tambah Berat Badan
 
Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.

# Menghalang Tekanan Darah Tinggi
 
Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

# Memperbaiki Tekstur Rambut
 
Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

# Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD)
 
Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

Ramai juga yang salah anggapan bahawa GLA Complex hanya untuk wanita. Sebenarnya supplemen GLA asid linoleik sama pentingnya dengan asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi daripada makanan. GLA Complex sangat penting untuk kanak-kanak (dengan memotong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa dan juga selepas menopaus dan andropause (menopaus lelaki).
 
BERITA GEMBIRA! 
 
Bulan ini (Ogos 2014) promosi GLA Complex Shaklee; Beli 6 percuma 1

Dialu2kan jadi ahli utk diskaun hebat. Juga ada cash rebat menanti anda..

Nak beli 1 botol pun boleh, RM91.25 sahaja..

Menarik ke menarik? Jom dapatkan sekarang!

Untuk penggunaan kad kredit atau debit boleh terus membuat pembelian di link ini http://bit.ly/OrderGLAshaklee (Jangan risau link ini selamat)

Untuk pembelian Set Promosi, pembayaran secara COD (Shah Alam & Klang sahaja) atau transaksi antara bank boleh hubungi:

SID mesra anda ID 909824
011-11537821 (Zefa Jubir)
www.facebook.com/KioskKeluargaSihat

Wednesday, August 20, 2014

WW: 5 Z


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Adik beradik ibu, dari kiri Zeka, Zefa, Zefry, Zera, Zeha..


Monday, August 18, 2014

Maryam Nabihah 7 Tahun


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur kehadrat Ilahi, Sabtu lepas bersamaan 16 Ogos 2014 adalah ulang tahun kelahiran anakanda Maryam yang ke7. Terima kasih Allah atas nikmat kurnianMu ini..

Semoga anakanda Maryam membesar sebagai anak yang solehah, muslimah solehah mukminah, berjaya didunia dan akhirat. Amiin ya Rabbal 'alamin..

Apa sambutan kami? Hihi.. Tak ada apa-apa pun..


Ayah beli kek untuk birthday girl, cadangnya potong dan makan untuk kami-kami aje..

 

Nak dijadikan cerita lepas zuhor kawan-kawan masjid Yusuf datang beraya. Ibu panggil mereka ni 'rakan masjid Yusuf' sebab mereka berkawan kerana sama-sama pergi masjid. Keempat-empat budak-budak ni semuanya bersekolah di sekolah yang berbeza.

 

Dah alang-alang ada tetamu, ibu suruh Maryam potong kek. Boleh kawan-kawan abang makan kek.. Tengok tu, tuan rumah (Yusuf) yang over makan. Ibu cuma goreng keropok dan nugget sikit. Kuih raya tu wajib lah ada.. Hehe..



Alhamdulillah, besar dah anak ibu. Tapi ibu tetap buat dia macam baby, kadang-kadang dia kena gomol, cium bertalu-talu, tidur peluk dia, dokong pun ibu larat lagi tau..

 

Maryam dan ayah :D

Lepas kawan-kawan abang balik, Cik Ayu (adik ibu) dan suaminya pulak datang.. Lagi la Maryam suka sebab ramai datang makan kek dia.. 


Cik Ayu dan Cik Amir, pengantin baru yang dah tak berapa baru. Hehe..

Okey, sekian cerita ringkas tentang hari lahir Maryam Nabihah yang ke 7. Terasa cepat masa berlalu, anak ibu dah semakin membesar. Syukur alhamdulillah, syukur Ya Allah..

Salam sayang buat semua :D

Friday, August 15, 2014

Idea Dekorasi: Kedudukan Televisyen Di Ruang Tamu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tadi ada komen dari Mama Idlan Irsyad kat satu entry lama Jemari Asmara Idea Dekorasi Rumah Teres setingkat

Katanya: "bila search susun atur rumah teres mesti jumpa link blog ibu.. hehe... ibu, tv ibu x letak sekali dgn sofa ek?"

Alhamdulillah, en Google suka entry ibu tu. Hihi..

Jawapannya YA, memang ibu tak letak sekali dengan sofa. Rumah kami memang ada sudut khas untuk menonton. Alaaa.. Sudut santai-santai je, tak ada sofa bagai. Jadi anak-anak (termasuk ibu ayah anak-anak) boleh bergolek-golek di ruang tu.

Lagi satu, kalau anak-anak tengah bergolek-golek santai kat depan tv, lepas tu ada orang datang tak adalah kelam kabut nak mengemas bagai. 

Sebenarnya jawapan untuk soalan Mama Idlan Irshad tu ada dalam entry Idea Dekorasi yang sebelum tu lagi; Idea Dekorasi Ruang Tamu.. Jemputlah klik cuci mata..

Tapi sedia maklum, kedua-dua entry tu entry lama. Kedudukan dah banyak yang berubah kecuali kedudukan televisyen memang masih di situ..

InsyaAllah ada masa nanti ibu kongsikan. Sebagai gambaran tengok dulu gambar bersepah ni ya..

idea dekorasi rumah teres
 Sesi kemas rumah..

Percaya tak? Kami kemas rumah selepas seminggu raya, dah raya sakan di kampung balik Shah Alam baru terhegeh-hegeh cari maid suruh mengemas. Alasannya kalau kemas awal-awal, balik dari kampung dah berhabuk balik. Hihi..

Boleh je kemas sendiri tanpa maid, tapi bab panjat-panjat nak lap lampu dan tingkap tu ibu tak gemar. Nak suruh En Ayah kesian pula sebab dia dah jenuh drive jauh-jauh dan drive semasa beraya. Tak apalah keluar modal sikit.


idea dekorasi rumah teres
 Kedudukan dah berubah..

Ini kedudukan perabot-perabot yang ada sekarang, tiada sebarang penambahan cuma kedudukan sahaja yang dah beralih..


idea dekorasi rumas teres
 Kemas selepas kemas..

Elok siap maid yang ibu upah kemas rumah, En Ayah pulak panggil kawan Indonesia dia buat projek betulkan pintu. Alang-alang dia datang tu, ibu minta dia pasang beberapa frame di dinding. So dinding pun ada sedikit perubahan..

Maka berkemas lah kami semula (ini kes perancangan terbalik). Huhu..

Okeylah, nantikan pula entry untuk susunan dekorasi terbaru rumah kami. Tapi jangan tunggu sangatlah ye sebab biasa-biasa je pun. Jangan mengharap yang 'meletop-letop' dari rumah kami. Yang ringkas-ringkas sahaja adanya..

Hingga jumpa lagi :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...