Follower

Saturday, April 30, 2011

Gagal Make over: Penghijrahan 2 Puak..

Assalamualaikum wbt..

Jam menunjukkan pukul 4;28 pagi. Ibu baru selesai dengan projek ibu menghijrahkan dua puak. Puak apakah? Hehe.. Ini cerita PML ye sahabat-sahabat.

Al kisahnya, lantaran seperti ibu kisahkan di N3 Gara-Gara beli Perabot Dari Katalog maka ibu mendesak-desak ayah meng'make over' almari baru ibu agar lebih kukuh. Maka ayah dengan usaha gigih meng'make over'lah almari baru isterinya.


Tuuuu.. nampak? Atas meja ada PML, atas kerusi ada PML.. hehe, tu tak tengok lg bawah kerusi di sebalik almari tu. macam-macam adaaaaa..

Namun, keletihan ayah meng'adjust' sana sini nampaknya tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Bukan sebab ayah tak pandai tau, tapi sbb struktur alamari itu sendiri.

Walaupun gagal, ibu tetap sumbat semua koleksi PML ibu (selain Bunga Padi dan Bunga Kangkung) dalam almari ini. Sebab dah tak larat tengok rumah sendiri macam kedai pinggan mangkuk. Hehe.. Tapi rasa cuak sentiasa ada tau!! Kalaulah roboh, mesti 'pranggggg' PML ibu.

Maka jam 2:00 pagi tadi ibu membuat keputusan untuk menghijrahkan 2 puak. Iaitu puak Kangkung yang sebelum ini duduk dalam almari putih masuk almari baru, dan puak lain-lain PML masuk almari putih yang lebih kukuh. Almari putih tu ibu ada cerita di N3 Make Over Kabinet Biasa-Biasa. Mula-mula dulu ibu isi koleksi vantage, tapi sekarang koleksi tu dah masuk almari lain. Hehe.. berapa banyak almari daaaa..

Kesan selepas penghijrahan, koleksi Bunga Kangkung ibu nampak longgar sebab disusun jarang-jarang. Tapi tak apalah, ianya atas alasan keselamatan. Dan koleksi lain-lain PML nampak sangat padat di dalam almari putih. Tapi tak apalah, sebab ibu lebih yakin dengan kekukuhannya.

Err.. faham ke dengan apa yang ibu tulisni. hahaha.. ayat pun dah tonggang tonggeng. almaklum belum tidur lagi ni.

Picas pun tak ada lagi. Nantilah, bila ibu dah susun betul-betul, ibu kongsi dengan kawan-kawan ye..

Ps: Ibu dah ngantukss sangat ni. nak zzzzzzzzzzz.. okey, jumpa lagi.

Wasalam..

Friday, April 29, 2011

Lipas @ Restoran Dot Dot Dot!!!

Assalamualaikum wbt..

Hari ini ibu nak kongsi dengan kawan-kawan satu cerita. Cerita kami sekeluarga pergi makan-makan. Dah lama dah pun, err.. tak lama sangat la, dalam awal bulan 4 haritu.

Kami pergi ke sebuah restoran yang ibu kira agak baru. Tak tau lah kalau dah lama tapi ibu baru tahu. Tapi yang dekat dengan rumah ibu ni baru je buka. Rasanya ia berkonsepkan francais sebab cawangannya banyak juga di Lembah Kelang ni. Saja ja nak cuba, sedap ke tidak. Ibu siap-siap bawak kamera, konon nak cerita tentang Restoran tu di blog ibu. Nak cerita tentang menu dia, konsep restoran dia, cawangannya ada di mana.. Tapi setelah sesuatu terjadi, kenselllllll. Bukan kensel makanlah, sebab kejadian tu berlaku setelah kami hampir siap makan. Kensel nak bagi tau nama restoran. Kang tak pasal-pasal ibu kena saman.

Meh ibu tunjuk sesuatu...

v

v

v

v

v

v

v

Tu dia.. L.I.P.A.S!!! Bukan kat dapur, bukan kat toilet, bukan kat tong sampah. Tapi kat meja makan. Sabar ajelah... Pencungkil gigi tu Maryam Nabihah yang buat main tau, bukan ibu yang guna dan letak atas meja tau. Hahaha..


Nampak? Hehehe...

Gambar ceria Yusuf Nabhan sebelum makanan sampai dan 'kejadian' berlaku.. Sudahnya, dia makan tak habis pun. Sebab tak menepati selera dia..

Ececeh.. Gaya lentok manja seorang budak aneka ragam. Hahaha.. Dia le yang mula perasan kehadiran benda tu..

Ibu tak mau komen lebih-lebihlah, takut nanti ibu juga yang susah. Sebab dah ada yang terkena kan, hanya gara-gara komen negatif terhadap sebuah restoran. Cuma sebagai peringatan kepada pengusaha restoran, berusahalah menjaga kebersihan restoran.


Ps: Kawan-kawan kan, kalau terjadi kejadian macam tu kan, sambung makan tak? Sebab ada sesetengah orang akan terus tak lalu..

Wednesday, April 27, 2011

Menanam Bunga Padi - Part 3!!

Assalamualaikum wbt..

N3 PML lagi ye.. ini adalah kesinambungan dari N3 Menanam Bunga Padi - Part 1 dan Menanam Bunga Padi - Part 2.


Ini koleksi Bunga Padi kesayangan ibu. Set terdiri dari teko Mrs Pot, creamer, sugar pot dan 6 set cawan dan lapiknya..

Teko Mrs Pot tu milik mak.. tak ingat pun mak ada teko ni. Bila mak kata simpanlah.. hehe, pucuk dicita ulam mendatang. Tapi semasa n3 ini ditulis, ibu sudah memiliki Mrs Pot sendiri. Sedang dalam perjalanan agaknya (beli online). Mrs pot mak ni dah ada kesan retak sedikit, untuk buat display sahaja bolehlah. Harap-harap Mrs Pot yang ibu beli tu sihat walafiat. Boleh lah buat hidang air pada tetamu yang sudi datang..

Creamer dan sugar pot, ibu dapat dari sahabat FB.. Kak Taslimah Sekin. Terima kasih kakakku.. Itu adalah hasil barter pertama ibu sejak berkecimpung dalam dunia PML. Ibu berikan 1 teko Tinggi Cinderella untuk ditukarkan dengan creamer dan sugar pot tu..

Cawan-cawan ibu beli dari Mama Heritage.. ibu beli bersekali dengan sebiji teko aladdin Bunga Padi. Cuma cawan-cawantu lebih 'mesra' dengan Mrs Pot nampaknya.

InsyaAllah, ibu akan buat N3 lain tentang teko aladdin nanti..

Jumpa lagi!!

Tuesday, April 26, 2011

Keputusan Rasmi Pemenang Utama Jemari Asmara 2nd GiveAway!!

Assalamualaikum wbt..


Sahabat-sahabat yang dikasihi sekelian, sekali lagi ibu mohon maaf di atas kelewatan mengumumkan keputusan-keputusan Jemari Asmara 2nd GiveAway..

Tanpa mahu melengahkan masa lagi, malam ini ibu akan mengumumkan Keputusan Rasmi Pemenang Utama Jemari Asmara 2nd GiveAway!!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, pemenang utama bagi Jemari asmara 2nd GiveAway adalah..

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v


Ukhwah fillah abadan abada.. Ya Ummu Muhammad!!

Mabruk alaik!!

Sunday, April 24, 2011

Koleksi Mug Antik: Bunga Kangkung..

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah n3 autopublish.. Semasa n3 ini diterbtkan ibu sedang bertugas. Sekarang blog kecil ibuni ada BE. Hehe.. jadi konon-konon blog kena sentiasa update dan ada je n3 baru.

Masih kekeringan idea.. jadi ibu ambil pic yang sedia ada kat lappy ibu ni je. N3 PML lagi..



Ini mug ye sahabat-sahabat, Haha.. mesti ada yang jawab, "tahulah!".. Ini mug antik tau.. Ye ke? Ye lah.. Ini mug zaman dulu-dulu. tapi bukanlah dari zaman batu.. Haha.. cop di bawahnya cop lama warna merah. Memang dah lama.. Tengok motif pun kita tahu, ini motif lama. Buat yang baru nak kenal PML (pinggan mangkuk lama), inilah yang kita panggil motif Bunga Kangkung.

Harga PML juga semakin melambung. Bayangkan, untuk mendapatkan koleksi seperti di atas.. RM yang dikeluarkan boleh membayar berpuluh-puluh mug di KK Home Deco. Sebab yang ini ibu beli online, bukan hunting sendiri. Tapi dah minat, rembat ajelah. Nanti kalau dompet dah kata tak ada budget, ibu senyap lah pulak. Haha..

Ps: Comel tak? Apa yang comel? Mug tu lah.. Takkan ibu nak tanya ibu ni comel ke tak.. Hahahahaha...

Pemenang Utama Jemari Asmara 2nd GiveAway!!

Assalamualaikum wbt..





Jam di lappy ibu menunjukkan waktu 4.26 pagi. Ibu bangun awal hari ini, menguruskan apa yang patut. Ibu dapat arahan bertugas hari ini. Ya, arahan.. sebab yang lain diberi pilhan sama ada mahu bertugas atau tidak, tapi bagi pegawai-pegawai adalah wajib untuk hadir bertugas. Hmm.. (bukan mengeluh, namun sekadar luahan hati seorang ibu yang perlu meninggalkan anak-anak dihujung minggu). Apa nak buat, arahan tetap arahan. Kerja tetap kerja. Ibu kerja pun untuk anak-anak juga.

Ibu pun sedang kering idea.. apa yang nak dicatat di blog kecil ini. Walhal ibu tahu, ramai masih menunggu jawapan siapa pemenang utama Jemari Asmara 2nd GiveAway.. ramai juga seperti sudah putus asa kerana sudah ada yang membuang Jemari Asmara dari bloglist. Sudah ada juga yang 'remove' banner dari sidebar. Masa Salam Ukhwah giveaway yang pertama dulu lagi lah, elok je keputusan diumumkan terus tak follow dah. hehe.. nampak sangat niat joint bukan kerana nak berukhwah.

Aik.. macam luah perasaan je? Haha.. luah-luah juga, tapi Ibu pun ada silap juga. Lama sangat nak umum keputusan. Ibu minta maaf sangat-sangat. hakikatnya terlalu sukar untuk membuat penilaian. Membuat penilaian kepada lebih 100 penyertaan bukannya mudah. Harap sahabat-sahabat sudi memahami..

InsyaAllah, keputusan Pemenang Utama Jemari Asmara 2nd GiveAway akan diumumkan pada minggu hadapan. Harap sahabat-sahabat dapat bersabar.


Ps: Pemenang Top Referal dan 3 Pemenang Cabutan bertuah telah diumumkan ya!! Hehe.. sebab masih ada yang bertanya...

Pss: Kepada pemenang yang telah diumumkan, juga harap bersabar. Hadiah akan dipos serentak dengan hadiah Pemenang Utama Jemari Asmara 2nd GiveAway. Harap maklum..


Friday, April 22, 2011

PML: Black Sweet Rose..

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat pengunjung blog kecil ibu yang dikasihi.. ibu rasa macam dah lama tak buat n3 tentang PML. Malam ini ibu nak kongsi satu lagi koleksi PML ibu..


Black sweet rose pujaan hati ibu..

Sebenarnya, ibu pun tak tahu apa nama rasmi bagi bungani. Tapi sebab ibu tengok sweet aje, warnanya pula hitam, maka dengan suka-suka ibu bagi nama Black Sweet Rose.. hehe.. pandai-pandai je..

Koleksi di dalam gambar bukanlah ibu dapat semuanya serentak. Kisah bermula dengan cawan yang tengah-tengah. Ibu dapat di kedai apek. Masatu tak terfikir nak collect PML bermotif bunga ni. Sebab bunga ni tidaklah seglamour Bunga Kangkung. Heee..

Nak dijadikan cerita, ibu ada membeli set cawan rojak (cawan campur-campur) semata-mata nakkan cawan motif chinese pain. Penjual tak jual cawantu sahaja, kalau nak kena beli semua. Nak punya pasal, beli ajelah.

Tanpa ibu sedar rupa-rupanya salah satu cawanya adalah satu set cawan mulut lebar Black Sweet Rose tu. (Cawan sebelah kanan dalam gambar).

Bila dah macamtu, iu terus rasa nak collect PML bunga ni. kebetulan kak aina (Warisan Nenek) nak jual tekonya. Apa lagi.. ibu rembat lah.

Cawan sebelah kiri ibu dapat dari Kak Nannie (Kedai Nannie). Lapik cawan yang dapat dari apek tu pun  dari Kak Nannie.

Walaupun bentuk setiap cawan tak sama, ibu rasa seronok pula. Sebab dapat kumpul bentuk yang berbeza-beza. Baru-baru ni masa berkunjung ke kedai kak liza (Ipoh Loken) ada jumpa lagi cawan bungani lain bentuk. Tapi memandangkan keadaan dompet kurang mengizinkan, ibu pendam saja. Ukur baju dibadan sendiri.. hehe..

Pinggan besar tu ibu dapat di pasar stadium Shah alam. Pinggan kuih kecil tu ibu beli dari Kak Azzah..

Alhamdulillah, cukup dululah setakatni. Kalau tambah pun 1 cawan je lagi.. nak bg sama dengan bilangan pinggan.

Ibu dah buat keputusan, bab PML ni ibu hanya collect beria-ia untuk dua motif sahaja. Bunga kangkung dan bunga padi. yang lain-lain tu cukuplah dengan ada tea set dan beberapa item sahaja.

Ps: Ibu ni nampak obses sangat ke dengan PML?

Wednesday, April 20, 2011

Maryam Nabihah: Reading With Starter Words - Level 1

Asalamualaikum wbt..

Ini adalah diari perkembangan  Maryam Nabihah dalam mengenal perkataan-perkataan mudah Bahasa Inggeris. Nanti bila adik dah besar, adik akan tahu cerita dan perkembangan adik masa kecil.. :-)


 Ini adalah buku yang digunakan di Genius Aulad.


 Gambaran isi kandungan buku..


Perkataan- perkataan mudah di dalam buku Level 1 - Fun at Home. Alhamdulillah, Maryam Nabihah telah berjaya mengenal semua perkataan-perkataan di atas ketika berumur 3 tahun 7 bulan 14 hari dan telah pun beralih ke level 2 - I Like to Play.

Ibu sentiasa mendoakan semoga anak-anak ibu akan berjaya di dunia dan akhirat.
Amin!!

2 Lagi Peserta Bertuah Jemari Asmara 2nd GiveAway!!

Assalamualaikum wbt


Sebagaimana yang dijanjikan, penganjur Jemari Asmara 2nd GiveAway menetapkan untuk memilih 3 pemenang bertuah. Seorang pemenang dipilih secara cabutan bertuah dan 2 orang lagi akan dipilih secara rambang oleh ibu sendiri.

Pemenang cabutan bertuah telah dipilih dengan menggunakan random.org, (dan pemenangnya telah diumumkan di SINI) dan 2 orang lagi dipilih secara rambang oleh ibu sendiri. Maka ibu dengan ini mengumumkan..

2 lagi peserta bertuah Jemari Asmara 2nd GiveAway adalah..

v


 
v


v


v


v


v


Siapa? Secara rambang ibu memilih 2 nama teratas dalam Top Commentators Jemari Asmara dengan penyertaan mereka iaitu:

v


v


v


http://threeq-threeq.blogspot.com/2011/02/contest-jemari-asmara-2nd-giveaway.html

dan

http://mycontestzone.blogspot.com/2011/02/jemari-asmara-2nd-giveaway.html


Tahniah pada yang berjaya!! Sila emailkan nama sebenar, alamat di Malaysia dan no telefon Malaysia ke zefa_asmara@yahoo.com untuk urusan penghantaran hadiah.


Terima kasih!!

Monday, April 18, 2011

Keputusan Rasmi Peserta Bertuah Jemari Asmara 2nd GiveAway!!

Assalamualaikum wbt..


Maaf, maaf, maaf, maaf buat teman-teman tertunggu-tunggu jawapan, siapa pemenang bertuah yang ibu pilih dengan menggunakan random.org

Ibu bercadang nak umum tengahari tadi semasa rehat, tapi mesyuarat yang ibu hadiri dari pagi hanya selesai pada jam 4.00 petang.. Waktu rehat hanya cukup-cukup untuk makan dan solat.

Terima kasih buat teman-teman yang membantu ibu tentang pic yang kecil tu. tapi ibu betul-betul tiada kesempatan nak menggodeknya. Kalau ibu cuba pun belum tentu jadi, almaklum.. ibu tak berapa pandai. Hehe..

Jadi, rasanya tak perlu bertangguh lagi. Kecik pun kecik lah. Ibu guna pic yang ada.. dan pemenangnya adalah..

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v




Hahaha.. nampak tak? sila rujuk SINI untuk tahu siapa yang kena.... Rezeki si dia. Benar, tiada sebarang penipuan. Sungguh, tiada pilih-pilih.

Tahniah!

Kepada pemenang, sila emailkan nama sebenar, alamat dan no telefon ke zefa_asmara@yahoo.com

Ps: mesti teman-teman tertanya-tanya kan? Siapa 2 lagi tu..? Kejap ya, tengah pilih. Hehe..

Sunday, April 17, 2011

Peserta Bertuah Jemari Asmara 2nd GiveAway Telah di Pilih!!

Assalamualaikum wbt..


Alhamdulillah, dengan bantuan sahabat-sahabat bagaimana untuk menggunkan random.org.. ibu telah memilih seorang peserta bertuah dengan menggunakan random.org. Keputusan telah pun ada di tangan ibu.. Jaminan dari ibu tiada unsur-unsur pilih kasih dan penipuan. Ibu masukkan jumlah peserta seramai 137 orang dan tekan generate.. Tiada ulangan hanya sekali sahaja.

Masaalahnya, bila ibu print screan dan copy pada paint dan save.. pic tu kecik je.. contohnya dia jadi macam ini..


Ps: Maaf la, ibu tak berapa bijak sangat bab-bab ni, ada siapa-siapa boleh tolong ibu?

Saturday, April 16, 2011

Peserta Bertuah Jemari Asmara 2nd GiveAway!! Yeay!!

Assaamualaikum wbt..


Apa yang yeay? Haha.. sekadar menggembirakan hati sendiri. Semalam ibu sedikit letih, seharian berada di Ibu Pejabat dan petang meredah jem teruk untuk sampai di 'Baiti Jannati'. Rasa tidak hilang penat lagi, tambah lagi nikmat penat kurniaan Ilahi, ibu baru sahaja selesai memberus cadar dan selimut. Maryam Nabihah muntah-muntah jam 2.00 pagi tadi. Usai acara pembersihan dan sikecil itu kembali beradu, ibu mengambil kesempatan menjengah Jemari Asmara.

Tika ini jam 3.15 pagi.. badan terasa sangat sakit-sakit. Besok pagi ada program di Pandamar, harap-harap ibu masih ada sisa-sisa kekuatan. (Juga dalam mood risau, jiran sebelah rumah yang baru beberapa bulan bersalin anak kedua diserang demam denggi).

Maaf dari ibu, ibu minta masa lagi untuk mengumumkan pemenang Jemari Asmara 2nd GiveAway. Berbalik kepada tajuk di atas, seperti sedia maklum ibu akan memilih 3 pemenang bertuah.

Seorang pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah dan 2 orang lagi akan dipilih secara rambang oleh ibu sendiri. Siapalah 3 insan bertuah yang akan menerima 2 pasang keronang setiap seorang tu ye?

Semoga berjaya!!

Ps: ada siapa-siapa boleh bantu ibu bagaimana nak guna random.org tak? Terima kasih!!

Thursday, April 14, 2011

Nasi Kerabu Masjid Unta..

Assalamualaikum wbt..

Manakah agaknya yang menarik perhatian (berdasarkan tajuk di atas), nasi kerabu atau masjid unta? Hehe.. Tapi ibu nak cerita tentang nasi kerabu sebenarnya.. err, cerita dua-dua lah..

Ada seorang sahabat yang berasal dari Kelantan. Selalu sangat memuji-muji nasi kerabu air tangan ibunya. Baginya, nasi kerabu air tangan ibunya adalah yang tersedap sekali. Katanya juga, selain nasi kerabu air tangan ibunya.. nasi kerabu Masjid Unta adalah yang tersedap sekali yang dia pernah jumpa di Selangor.

Untuk pengetahuan semua, masjid unta tu terletak di Seksyen 18 Shah Alam. Dipanggil masjid unta sebab dulu pernah buat korban unta di masjid tersebut. Tak silap ibu tahun 2002 dulu.. (kalau tak silap lah ye..). Namanya melekat sampailah sekarang..

Diluar masjid unta tu, ada beberapa gerai menjual makanan. Macam-macam ada..  antaranya nasi berlauk, nasi kerabu, kuih muih, pisang goreng dan lain-lain.

Ada suatu haritu ibu puasa. En Ayah belikan nasi kerabu.. Nasi Kerabu Masjid Unta.


v

v

v

v

v

Inilah dia.. nampak sedap tak? Memang sedap pun..


Ps: kawan-kawan sekitar Shah Alam boleh lah cuba. Tapi bagi ibu nasi kerabu Restoren Wira Sejati Seksyen 18 & Restoren Hartini Seksyen 11 pun sedap juga..

Pss: ke ada lagi yg lebih sedap? Di mana ye?

Wednesday, April 13, 2011

Intai Bilik Anak Dara!!

Assalamualaikum wbt..

Pssss.. Jom ngintai! Kita intai bilik anak dara nak? Hehehe.. tapi bukan anak dara sunti le.. anak dara kecil ibu je..


Jom kita tengok apa ada di dalamnya.. oh ye, signage Maryam Nabihah tu ibu buat sendiri tau.. ada cerita di SINI.


 Owh.. ada tuan bilik di sini? tengok tu.. habis toy abang dia kutip. Suka sangat main susun-susun..


 Katil baby yang sudah berusia 3 tahun 8 bulan.. seusia tuannya.. masih utuh.. masih diguna.. hah? masih guna? Jom kita tengok siapa yang gunaaaaa...

v

v

v

v

v


 Kih! Kih! Kih! Ini semua kerja anak dara itu...


Macam-macam ada.. Rumah dalam rumah.. Tu tempat dia main pondok-pondok.. lupa pula nak snap dalam rumah tu.. ada 'susun-susun' juga..


Sebenarnya, bilik ni khas untuk permainan-permainan sahaja. Ibu melarang keras mainan dibawa keluar dari bilik untuk mengelakkan rumah bersepah. Tapi sebab abang dah besar dan tak main semuani (abang layan PS2 je..), maka Maryam Nabihah sorang lah yang suka 'deco' bilik tu.

Kadang-kadang, bila kawan-kawan datang bawa anak-anak.. mainan tu keluar juga dari sempadan. Nak buat macammana, nama pun budak-budak. Nak larang kang kata kejam no tuan rumah kan? hehehe..

Tu je bu nak kongsi sebenarnya.. err, boring ke?

Ps: Jangan la boring ye...

Doa Mendapat Pasangan & Zuriat Yang Baik..




"Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami, imam bagi orang yang bertakwa". (Al-Furqan ayat 74).

Keputusan Rasmi: Top Referral Jemari Asmara 2nd GiveAway!!

Assalamualaikum wbt..


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, melalui n3 INI semalam.. sahabat-sahabat peserta telah membantu mengira siapakah yang akan dinobatkan sebagai 'Top Referral Jemari Asmara 2nd GiveAway'!!

Ibu pun sama-sama mengira, dan dengan rasminya 'Top Referral Jemari Asmara 2nd GiveAway' di nobatkan kepada:

v

v

v

v

v


(Sebanyak 41 penyertaan yang sah telah menyatakan Cempaka Kuning sebagai referral)

Yang bakal menerima hadiah:

Kain pasang 4 meter dan sepasang Canteq Brooch tajaan Asmara Collections.

Tahniah dari penganjur!!

Sila emailkan nama sebenar, no telefon dan alamat ke zefa_asmara@yahoo.com

Kepada peserta yang lain, rajin-rajin la jenguk blog ibu ya.. keputusan pemenang bertuah akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

Terima kasih!!

Tuesday, April 12, 2011

Keputusan Jemari Asmara 2nd GiveAway - Pemenang Top Referral!!

Assalamualaikum wbt..




Mari! Mari! Mari! Kita lihat siapa yang kenaaaaa....

Tapi sebelum tu, jom kita main kira-kira di SINI!!

v

v

v

v

v

v


Dah kira siapa top referral? Dah tahu siapa pemenang? Hahaha.. jangan menyampah dengan ibu ye.. saje je nak manja-manja minta sahabat-sahabat tolong kirakan.. Dan tolong umumkan sekali ye.. Just tinggalkan komen di bawah.

Apa yang penting.. kepada yang 'sudah kena' itu, sila tinggalkan komen di n3 ini sebagai tanda anda sudah mengetahui keputusan 'Top Referral jemari Asmara 2nd GiveAway' sebelum 14 April 2011.

Kepada yang belum tahu hadiahnya apa, sila klik di SINI ya.

Kepada peserta-peserta yang lain, harap bersabar.. keputusan pemenang bertuah di hati penganjur dan pemenang hadiah utama akan diumumkan tidak lama lagi.. Penganjur masih lagi membelek-belek penyertaan, dan masih ada masa lagi untuk sahabat-sahabat menyenaraikan diri di dalam senarai Top Commentators Jemari Asmara!!

Terima kasih!!

Saturday, April 9, 2011

Maryam Nabihah: A Day With The Rubber Tappers (Part 2)

Assalamualaikum wbt...

Ini adalah sambungan dari Maryam Nabihah: A Day With The Rubber Tappers (Part 1). Ibu pun tak sangka akan ada n3 sambungan, sebab ibu hanya hantar dan tak tahu apa cerita selanjutnya.

Tapi, semalam (Jumaat) Maryam Nabihah bawa balik sekeping CD yang tidak bertajuk. Pagi tadi, ibu buka CDtu.. owh, gambar-gambar aktiviti di sana rupanya. Ada banyak gambar, tapi yang ada muka Maryam Nabihah adalah sekeping dua. Hmmm.. Jadilah dari tak ada..

Ibu copy sebahagian picas yang ada okey..


Rubber tapping..


Apa nama mesin ni? Penggelek getah ke?


Haaa.. ada pun pic Maryam Nabihah.. yang dia pegangtu bukan aiskrim or dadih tau. Tapi susu getah yang di letak warna..


experience of the rubber art..


Tour the fruits orchad.. huii, besarnya..


Kesian anak ibu.. panas dan dahaga..


Alahai.. ni semua 4 years old rasanya.. tagging colour sama je dengan anak ibu punya..


Ce cari.. mana Maryam Nabihah?

Ini sahaja gambar-gambar yang dapat ibu kongsikan. Teringat zaman dulu-dulu masa ibu ikut rombongan tadika ketika umur 6 tahun. Semua yang nak pergi msti ditemani keluarga, ibu je pergi sorang-sorang. Masa tu mak ada baby kecil, abah kerja. Zaman sekarang, kecik-kecik lagi dah tak ada keluarga ikut pergi rombongan kan?

Ps: Ibu dah umukan tau hadiah Jemari Asmara 2nd GiveAway.. dah baca n3nya belum?

Jumpa lagi!!

Pra Keputusan Jemari Asmara 2nd GiveAway - Hadiah Yang Disediakan!!

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulillah, Jemari Asmara 2nd GiveAway yang telah ditutup secara rasminya pada 1 April 2011 telah menerima penyertaan seramai 136 orang (tidak termasuk peserta yang mengadu tercicir, sayangnya tiada yang meberi respon apabila dipanggil dalam n3 khas). Terima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi turut serta walaupun hadiah yang ditawarkan tidak pernah diumumkan.

Maka dengan ini penganjur dengan ini mengumukan hadiah yang akan dimiliki oleh pemenang:

Jeng! Jeng! Jeng! Hehe.....

v

v

v

v

v


Hadiah Pemenang Utama:

* Kain pasang 4 meter
* Sepasang keronsang


Hadiah Pemenang Top Referral:

* Kain pasang 4 meter
* Sepasang keronsang


Hadiah Pemenang Bertuah Dihati Penganjur:
(3 orang akan dipilih)

* 2 pasang keronsang setiap seorang


****************


Penganjur mengharapkan semua peserta berpuas hati dengan hadiah yang disediakan. Penganjur mohon sedikit lagi masa untuk mengumumkan keputusan Jemari Asmara 2nd GiveAway.

Terima kasih!!

Friday, April 8, 2011

Maryam Nabihah: A Day With The Rubber Tappers (Part 1)

Assalamualaikum wbt..

Harini ibu nak kongsikan keterujaan.. Keterujaan yang ibu lalui hari Selasa lepas.. Walaupun sekadar hantar naik bas, ibu sangat teruja!!  Err.. berapa banyak teruja daaaa..

Al kisahnya, semalam puteri ibu menyertai aktiviti outdoor Genius Aulad, 'A Day With The Rubber Tappers' @ Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Bos ibu yang baik hati, izinkan ibu masuk sedikit lambat untuk merasai keterujaan ituuu.. (Hehe.. word teruja lagi). Semua anak-anak GA Shah Alam yang terlibat diminta berkumpul di Surau Al Jannah.

Mungkin bagi orang lain biasa-biasa aje pun. Tapi, ibu ada perasaan 'lain macam' melepaskan anak berusia 3 tahun 7 bulan menyertai aktiviti luar tanpa ibubapa.. Naik bas pula tuuu..

Ibu cerita sambil kita layan picas okey.. layannn..

Sebelum keluar rumah sempat possing-posing gitu.. siap lentuk-lentuk lagi..

Ececeh..

Berkumpul di surau Al Jannah
Belum-belum dah dahaga

Pakai kasut sendiri tau..
Maryam Nabihah dalam bas..

Babai Maryam Nabihah..

Ibu bergerak balik selepas bas hilang dari pandangan mata. Alhamdulillah, lebihkurang jam 1.30 petang anak-anak GA sudah sampai di Shah Alam. No picas lah, sebab ayah yang jemput.

Jom Joint Hobi Ibu?

Assalamualaikum wbt..

Selalu dah ibu cerita macam-macam tentang hobi ibu kan? Macam-macam hobi ada. Tapi sejak akhir-akhirni ibu selalu cerita tentang PML (pinggan mangkuk lama)..

Tanpa ibu sedari.. walau pun ibu tak pernah ajak kawan-kawan joint hobi ibu, beberapa orang rakan-rakan rupanya sudah jatuh cinta juga pada PML. Hanya gara-gara selalu intai blog dan FB ibu.

Beberapa orang sahabat ibu juga bertanya, mana nak cari PML? Bagi yang rajin mengikuti n3 tentang hobi ibu, mesti tahukan betapa 'adventure'nya ibu menghunting PML.

Pendekkan cerita, ibu nak promot blog shop (Asmara Collections @ http://jemariasmaraonlinebiz.blogspot.com/ ) Ibu masukkan PML sebagai salah satu item jualan.

Jadi, kepada sahabat-sahabat yang baru nak bermula dengan PML.. blogshop ibu ada jual PML. Set yang sangat sesuai bagi mereka yang baru nak bermula. Semuanya set ekonomi, murah-murah je. Setakatni ibu jual yang bermotif Bunga Kangkung sahaja dahulu. Bunga Kangkung telah dinobatkan sebagai motif wajib ada bagi pengumpul PML. InsyaAllah, jika ada rezeki abu akan masukkan motif yag lain pula.

Antara PML yang ada di Asmara Collections..

 Set D

 Set C

Set B

Keterangan lanjut sila ke http://jemariasmaraonlinebiz.blogspot.com/ okay!!

Terima kasih!!

Thursday, April 7, 2011

Pra Keputusan Jemari Asmara 2nd GiveAway - Senarai Peserta!!

Assalamualaikum wbt..


Sahabat-sahabat peserta Jemari Asmara 2nd GiveAway yang dikasihi.

Beberapa sahabat memberi komen, tidak tersenarai dalam senarai peserta.. Jadi, ibu mohon jasa baik semua peserta semak semula senarai nama di SINI dan;

1. kenalpasti nombor penyertaan masing-masing (nombor teresebut akan dijadikan rujukan untuk pemenang hadiah cabutan bertuah

2. sekiranya nama anda tidak tersenarai, tinggalkan pesanan pada ruangan komen n3 ini;
- url n3 penyertaan
- id follower
- tarikh penyertaan (pastikan anda telah menyertai sebelum tarikh tutup diumumkan!!)
- sila tinggalkan pesanan sebelum 8 April 2011

Kerjasama anda amat dihargai.

Terima kasih.

Semoga berjaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...