Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Ibu Yusuf sedang berduka.. Terbaca sesuatu yang buat ibu kecewa dan terasa. Tapi ibu akui, semua tu salah ibu dan ibu dah minta maaf.. Cuma ibu sangat kecewa dengan kejujuran manusia. Ibu tahu ibu cuma bayar RM00.80 untuk dapatkan perkhidmatan mereka, tapi bukan bermakna membenarkan hak kita dirompak. Kan? Yang paling duka, 2 kali kejadian yang sama ditempat yang sama. Maksudnya?
Bagi mengubat hati yang lara, ibu layan hobi yang dah lama ibu tinggalkan. Tu pun kebetulan sebab ada kawan minta betulkan gelangnya yang putus. Kalau tak, memang tak terlayanlah hobi yang satuni. Bukan gelang emas ye kawan-kawan, gelang mutiara dan kristal ikat dawai filled 18k. Orang panggil dawai suasa..
Layan gambar sebelum dulu ye.. Nanti ibu kongsi gambar selepas pulak..
Gelang yang putus.. Err, ke kita panggil patah ha?
Peralatan yang ibu guna..
Hasilnya nanti dululah, masa entry ni dibuat belum siap pun. 'M' tiba-tiba..
Ps: Entry ni tambah buat ibu sedih sebenarnya. Barang yang kena rompak tu adalah seutas gelang kristal yang ibu hadiahkan buat sesorang. Huhuhu..







