Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Selamat pagi Ahad semua..
Bunga hasil gubahan ibu Yusuf dan Maryam, buat penyeri meja makan tamu..
Projek petang semalam. Bunga dah seminggu beli, pasu lagi hebat dah setahun beli. Hahaha..
Projek menggubah tertanggung sebab dah lupa mana letaknya pasu tu. Siap panjat dan geledah loteng, tak jumpa. Buka semua kabinet dapur, tak jumpa. Kemas bawah katil, tak jumpa. Sudahnya jumpa dalam stor bawah tangga.
Alahai ibu Yusuf...
Pandangan atas..
Gubahan bunga yang ringkas. Tak ada aksesori tambahan. Mari ibu kongsikan kos dan di mana ibu beli.
Bunga ibu beli di KK Home Deco SAACC, 2 jambak. Sejambak RM12.90. Masa ibu beli ada diskaun 30% tak pasti sale sampai bila. Kos 2 jambak bunga lebih kurang RM18.00..
Pasu tu ibu beli tahun lepas di Romantika Plaza Alam Sentral RM15.00. Lama dah beli, tak tahulah harga sekarang..
Span anggaran 50 sen..
Jumlah hanya lebih kurang RM33.50 sahaja. Ce beli yang siap gubah. Mahu RM50-70.00 tau bunga macam ni..
Seratus peratus cucuk-cucuk sahaja. Tak ada batang tambahan atau pelilit. Daun guna yang ada pada bunga. Biji-biji merah tu pun memang ada pada jambak yang ibu beli.
Tapi janganlah main cucuk je, tengok jugalah keseimbangannya. Untuk yang ini ibu guna sifir 2 tengah melintang, 1 kanan, 1 kiri, 2 depan dan 2 belakang. Biji merah selit antara 2 bunga. Faham ke sifir ibu ni..?
Cuma cutter wajib ada. Kalau tak ada, gunalah gunting. Tapi sahihla akan jahanam gunting tu ye kawan-kawan. Ibu beli cutter di kedai My DIY RM18.00. Modallah sikit, tapi boleh guna beratus-ratus kali tau.
Zoom pasu..
Kenapa? Nampak buruk ke? Haha.. Ini bukan buruk lah, ini lah yang kita panggil rustik. Err.. Rustik tu buruk lah kan? Alaa.. dalam seni buruk pun boleh jadi cantik tau..
Nampak tak kertas tu. Ibu lupa apa nama kertasni, tapi yang selalu orang buat bungkus fresh flowwer tu.. Atau buat lapik bakul yang nak letak buah tu.. Apa ke namanya?
Kertas tu ibu gunting anggaran 10 x 10 cm. Selit kat mulut pasu. Fungsinya, supaya kalau ada orang yang membelek sakan bunga ni.. tetap tak nampak span atau serabai batang bunga.
Kalau tak silap, sekeping RM2.00 harganya. Lama dah tak beli, ibu guna apa yang ada kat rumah. Alaa.. gunanya sikit sahaja. Tak letak pun tak apa.. Letak lagi cun!!
Sekian perkongsian ibu Yusuf dan Maryam untuk pagi Ahad nan indah ini. Jumpa lagi...
Sekian perkongsian ibu Yusuf dan Maryam untuk pagi Ahad nan indah ini. Jumpa lagi...


