Follower

Showing posts with label myChef. Show all posts
Showing posts with label myChef. Show all posts

Monday, December 24, 2012

1ST GET TOGETHER WITH CHEF EZANI MASTERCHEF


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

8 Disember 2012, bertempat di Restoran Rebung, Bangsar telah berlangsung satu majlis santai yang penuh keceriaan iaitu 1st Get Together With Chef Ezani MasterChef anjuran Kelab peminat Chef Ezani di FB.

Lama dah majlis berlangsung, baru berkesempatan nak buat entry. Ish, ish, kesian, kesian. Kesian Jemari Asmara asyik terabai je.. Huhu..

Ok takpe, lewat buat entry bukan alasan untuk tak buat langsungkan? (Ayat pujuk diri sendiri.. hehe..) Jom layan gambar sambil ibu cerita sikit-sikit.


 Gambar wajib tayang, ibu Yusuf dan Maryam bersama Chef Ezani MasterChef..

Sila abaikan wajah tanpa makeup itu, juga mata yang bengkak gara-gara nangis malam sebelum majlis. Sebab? Merajuk dengan ayah Yusuf.. majuk dengan suami pun nak cerita kat blog. Dush! Dush! Dush! Err, majuk-majuk manja pun bukan lah sampai perang dunia. Tapi apa nak buat, isteri ayah Yusuf tu ratu air mata. Hehehe..


 Santai..

Majlis bermula dengan bacaan doa, ucapan sikit-sikit dan seterusnya acara makan-makan. Ibu dapat tempat duduk khas semeja dengan Ezani hanya kerana Ayam Beraroma Herba Thai.. Hai, bertuah badan. Tapi sebab ibu datang bawa best friend ibu, ibu tak duduk situ pun masa makan-makan. Dah habis makan baru ibu duk situ..


 Chef Ezani bawa brownies air tangan dia sendiri.. Maka harus ada acara manja-manja dengan Ezani.. hehehe..


 Santai lagi..

Sebelah kiri sekali, En Fairuz CEO myChef.. myChef taja sebahagian kos majlis. Terima kasih myChef..


 Sudahlah taja makan-makan kami, semua yang hadir dapat produk myChef juga. Wah!! myChef memang baik hati..


Ibu dan ahli fc yang paling kecoh.. Ehehe.. Jangan marah ya Nowwa dan Sarah..


Walaupun sekadar kepala ibu, ibu suka gambar ni. masani, ibu ambil gambar kawan ibu dengan Chef Ezani..

Sebenarnya ini pertemuan kali kedua ibu bersama sebahagian ahli FC yang lain. Kali pertama dulu masa pelancaran produk baru myChef. Chef Ezani adalah salah seorang duta produk myChef..

Tapi sesungguhnya ukhuwah itu sangat manis untuk dirasai. kali pertama jumpa dulu macam dah kenal lama. Kali kedua jumpa apatah lagi.. Memang meriah lagi gempak gempita.. Hehehe.. 

Sekarang masing-masing tak sabar nak tunggu 2nd get together pula. Jika anda peminat Chef Ezani juga, boleh join kami di Chef Ezani Masterchef FC di FB. Kemudian tunggu kelulusan admin yang cantik manis Nurjihan Ibrahim.

Banyak lagi gambar sebenarnya tapi cukuplah ini sahaja. Oh ya, semua gambar bukan dari kamera ibu tetapi dari kamera photographer yang dijemput khas untuk merakamkan detik-detik manis perjumpaan kami.

Sekian catatan ibu untuk 1st Get Together With Chef Ezani MasterChef.

Iklan:


Ibu adalah dealer untuk produk Felinna Beauty iaitu InchLoss Lotion dan Vitamin C Plus Pure Collagen.


~ Happy shopping with Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam)~

Wednesday, November 28, 2012

SWEDISH MEATBALLS with BAKED POTATAO & VEGETABLES


Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang

Siapa suka makan meatballs di IKEA? Suka sila angkat keyboard okey!! Ekekeke.. Lawak lah tu ye ibu? Hehehe..

Ya ibu tahu, meatballs di IKEA tu sangatlah popular. Kalau sebut meatballs mesti ingat IKEA, sebuat IKEA mesti ingat meatballs. 

Tapi tak ada kaitan dengan ingatan ibu okey, sebab ibu sekali pun tak pernah makan meatballs IKEA tu. Owh.. sila ambik maklum ini bukan iklan meatballs di IKEA tu ye..

Tapi nak kongsi cerita, beberapa hari lepas ibu berpeluang merasai keenakan bebola daging swedish yang sangat yummy!!


 Inilah dia Swedish Meatballs with baked potato and vegetables yang sudah selamat dimakan kami anak beranak..

Ibu masak sendiri tau.. Senang je proses penyediaannya. Keluarkan dari peti sejuk, keluarkan dari kotak, panaskan dalam mikrowave dan hidang.. Hehehe.. masaklah sendiri sangat, kan?


 Sebenarnya, Swedish Meatballs yang ibu maksudkan adalah salah satu produk terbaru dari myChef, pengeluar makanan sejuk beku sedia hidang.

Sebelumni, ibu ada cerita tentang pelancaran 5 produk baru myChef di mana ibu sendiri hadir dalam majlis tersebut..



Sweedis meatballs myChef ini adalah salah satu signature series dari selebriti chef Malaysia, Chef Zam. Gambarni ibu ambil masa majlis pelancaran tempoh hari..



 Hidanganni terdiri dari bebola daging bersama sos krim dengan kentang dan sayur yang masih kelihatan segar walaupun sudah disejuk bekukan.. menariknya hanya mengandungi 400 kalori dalam satu hidangan..



Gambar yang sedanya.. rupa paras sebenar lebih mengiurkan dari dalam gambar..

Produk myChef boleh didapati di kebanyakan pasaraya dan boleh tengok senarai di sini. Cuma untuk 5 produk baruni ibu tak pasti dah ada di pasaran ke belum. Tu lah, masa majlis pelancaran tu En Fairuz duk berucap di depan kami kecoh di belakang. Semua Chef Ezani FC memang terlebih ramah tamah semuanya. Ampun En Fairuz ye.. Ekekeke..

MAHA 2012 akan berlangsung di MAEPS Serdang dari 23 November hingga 2 Disember 2012. Boleh dapatkan produk myChef termasuk produk baru di sana ya..
Hingga jumpa lagi, salam sayang buat semua.. :D

Iklan:

Vitamin C + Pure Collagen. Pengesahan KKM dan halal JAKIM.

 Berminat nak cuba boleh pm Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam).. Nak biz dropship dengan ibu pun boleh juga. Pm jerr.. :D  
 
 



Thursday, November 22, 2012

PELANCARAN 5 PRODUK TERBARU MYCHEF


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam, 21 November 2012 bertempat di Restoran Rebung Bangsar telah berlangsung pelancaran 5 produk baru myChef.

Ibu menerima jemputan untuk hadir kemajlis pelancaran ni dari En Mohd Fairuz, CEO myChef sendiri.. Lantas persetujuan diberi, tak pergi rugi. Ehh, sedap pulak ayat ni.. Hihi..

5 produk yang diperkenalkan pada majlis pelancaran kali ini ialah Fettucine Marinara dan Sweet & Sour Fish with Steamed Rice resepi Chef Ezani (pemenang MasterChef pertama), Sambal Udang Petai resepi Chef Florence, Sweedish Meatball resepi Chef Zam dan Ayam Percik Nogori resepi Chef Dato' Ismail.

Semua hadirin yang datang semalam diberi peluang untuk merasai keenakan makanan hasil resepi chef-chef popular itu. Ibu rasa kesemuanya, kecuali Ayam Percik Nogori. Ibu tak pasti samada memang tak dihidangkan atau tak sampai ke meja yang ibu duduk. Tapi memang sedap semuanya.. Jangankan kata rasanya, tengok gambar dikotak pun dah buat kita terliur tau.

Jom kita tengok gambar-gambar majlis semalam. Sebahagiannya dari kamera 'comel' ibu dan ada yang ibu pinjam dari kawan-kawan yang datang semalam. 
 


Ucapan pembukaan dari En. Mohd Fairuz..



Majlis pelancaran bermula, semua wartawan dan jurugambar menyerbu ke depan. Alahai tak nampak apa kat belakang ni.. Snap punya snap semua gambar kepala dangan 'montot' jurugambar je. Kah kah kah..

Maka ibu pun walaupun dengan hanya kamera 'comel' ini pun tak mahu tenggelam begitu sahaja. Terus menyelit ke depan hinggalah dapat posisi betul-betul depan pentas. Hehehe..



Tengok! Gambar ni bukti ibu berjaya ke hadapan walaupun duk tepi je kan. Gigih blogger mak-mak nak sorang ni..



Yelah, yelah.. tak pandang pun kamera ibu kan. Sob sob sob..



Chef Ezani yang cantik molek sedang menandatangani kotak gergasi produk myChef dengan resepinya..




Chef Zam dengan Sweedish Meatballsnya. pernah makan meatballs yang popular kat IKEA tu? Haaaa, cenggitulah lebihkurang rasa dan rupanya..

Errr, ni Chef Zam yang cakap tau. Sebab ibu tak pernah makan pun meatballs kat IKEA tu.. Hehe..



 Chef Florence dengan resepi Sambal Udang Petai. Ibu dah rasa, memang sedap lagi menyengat. Fuh, memang best!! Oh ya, pic ni pinjam Delima Zamrud punya. Terima kasih D5.. :D

Ketika majlis pelancaranni, Chef Dato' Ismail belum lagi sampai sebab masih dalam perjalanan dari (ibu lupa dah dari mana.. haha..)

Dan..

Semalam ibu ada kisah manis sendiri untuk dikenang dan diabadikan dalam blog kesayangan ibu ni..

v

v

v  

Ibu berjaya membawa pulang apron myChef yang ditandatangani oleh Chef-chef selebiti dan diframekan setelah berjaya menjawab soalan yang diajukan oleh mc bertugas iaitu Abang K. Selain frame tu, ada juga satu beg myChef yang mengandungi 8 kotak produk myChef. Rezeki anak-anak..

Dalam gambartu ada 3 tandatangan saja kan? Tapi ibu berjaya tambah satu lagi dan lengkap 4 tandatangan Chef Ezani, Chef Florence, Chef Zam dan Chef Dato' Ismail. Terima kasih buat Abang K yang bertungkus lumus tolong pasang dan gam semula frame tu..



Ni masa sidang akhbar dan dato' Chef Ismail dah sampai. Gambarni ibu pinjam dari page myChef yang pinjam pula dari page datin Seri Tiara Jacquelina.. Dato' Seri Effendi Norwawi dan Datin Seri Tiara Jacquelina turut hadir memeriahkan majlis..

Majlis berakhir lebih kurang jam 6.00 petang dan jemputan dijamu dengan hidangan minum petang yang sangat enak. Sedia maklum, majlis dibuat di Restoran Rebung milik Chef terkemuka, siapa lagi kalau bukan Chef Dato' Ismail, maka hidangannya mestilah sedap kan? Paling tak boleh lupa, pulut yang dihidang dengan serawa durian. Memang terbaik!!

Semua tetamu jemputan yang hadir, menerima satu beg myChef yang mengandungi 5 kotak produk terbaru mereka. Memang semalam, balik kereta penuh dengan produk myChef. Terima kasih myChef..

Lebih manis, majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang ahli Chef Ezani Masterchef FC yang mana ibu adalah salah seorang ahli fan club tu. Walaupun ini kali pertama ibu bertemu dengan mereka, kami sangat mesra. Kami berbual seolah-olah dah lama kenal. Waaa.. tiba-tiba ibu rindu mereka.. Sob.. Sob..
 


Kenangan bersama.. ambik gambar lepas sama-sama selesai solat Maghrib.

Okey, sampai di sini dulu catatan ibu tentang pelancaran produk baru myChef. Oh ya, MAHA 2012 akan berlangsung di MAEPS Serdang dari 23 November hingga 2 Disember 2012. Boleh dapatkan produk myChef di sana ya..

Hingga jumpa lagi, salam sayang buat semua.. :D


Iklan:

Vitamin C + Pure Collagen. Berminat nak cuba boleh pm Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam).. Nak biz dengan ibu pun boleh juga. Pm jerr.. :D




Thursday, August 30, 2012

3 PENYERTAAN DARI IBU MARYAM @ THE GOURMET BLOG CHALLENGE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini adalah entry melekat, sila golek-golek ke bawah untuk entry terbaru ya..



myChef simply delicious telah menganjurkan the gourmet blog challenge yang menawarkan hadiah sehingga RM18,000.00

Ibu dah hantar 3 penyertaan, harap dapat sokongan dari kawan-kawan. 

 Sotong Sumbat Rusia

 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=506642666029058&set=a.500918973268094.133327.214061348620526&type=1&theater


Murtabak Me Segera




Pemenang tidak ditentukan oleh jumlah LIKE, tapi ibu perlu sokongan kawan-kawan untuk memeriahkan entry penyertaan ibu. Dengan rasa rendah diri, ibu mohon jasa baik sumbangan LIKE kawan-kawan di link bawah gambar ya.

Terima kasih. Sayang kamu semua.


Monday, August 13, 2012

SOTONG SUMBAT RUSIA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Maaf ya, entry makanan pagi-pagi. Buntu dah nak buat entry apa, dalam folder banyak gambar makanan je. Mana taknya, tiap-tiap hari masak. Bulanni, terajin pulak ambil gambar lepas siap masak.

Semalam petang, ibu teringin nak makan sotong sumbat. Tapi dalam peti sejuk tak banyak bahan yang ada. Cuma kebetulan, adalah 5-6 ekor sotong dalam tu. Tenung punya tenung punya tenung isi dalam peti sejuk tu, maka timbullah idea.

Maka inilah hasilnya..

v

v

v


 Sotong sumbat Rusia..

Wahhh, jauh datangnya tau sotong sumbat ibu ni. Rusia mari.. Hehehe.. Sebenarnya, ini adalah sotong yang digandingkan dengan Beef Stroganoff with Brown Rice Pillaf, salah satu produk myChef. Hidangan klasik Rusia resepi dari Chef Zam. 

Baru semalam buat review tentang produk tu, tapi tu makan dah minggu lepas dah. Semalam buka lagi sekotak untuk merealisasikan kehendak nak makan sotong sumbat.

Resepinya sangat-sangat mudah. Ibu ni senang je, dah alang-alang guna produk myChef yang menyenangkan tugas, jadi tak yah lah nak masak yang susah-susah pulak. Betul tak?

RESEPI SOTONG SUMBAT RUSIA

Bahan-bahannya:

1 kotak produk myChef Beef Stroganof with Brown Rice Pillaf
5 ekor sotong saiz sederhana
1 biji telur
Garam halus secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Cili padi (sekiranya mahu pedas)
Cili merah dan hijau untuk hiasan (jika ada)

Cara-caranya:

1. Gaulkan sotong dengan garam halus dan ketepikan.
2. Panaskan produk myChef di dalam mikrowave seperti arahan di atas kotak
3. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan perisakan dengan garam serta serbuk lada hitam. Pukul hingga sebati
4. Gaulkan beras perang myChef dengan telur yang telah dipukul
5. Sumbatkan nasi kedalam perut sotong. Pastikan padat dan masukkan kepala sotong. Cocok dengan lidi untuk mengelakkan isinya terkeluar.
6. Kukus sotong sehingga masak. Selepas masak, potong sotong mengikut saiz yang dikehendaki dan susu atas pinggan.
7. Tuangkan Beef Stroganoff di atas sotong. Taburkan cili padi sekiranya mahu pedas.
8. Sedia untuk dihidangkan.. :D

Nota ibu: Ibu tak letak cili padi walaupun hati meronta-ronta nak makan pedas, sebab anak-anak tak makan pedas. Sotong pun ibu guna yang kecil aje, guna apa yang ada di peti sejuk.


 Inilah hasilnya.. Cili hijau je ada, cili merah tak ada. Boleh lah ye.. Oh ya, sotong tu memang ibu tak buang kulitnya yang hitam tu, sebab rasa lebih 'berseni' bila dipandang. Hehehe..


Sotong Sumbat Rusia.. gabungan Resepi Chef terkemuka iatu Chef Zam dengan Chef ceruk dapur iaitu Chef Zefa Nor Asmara. Ekekekeke..

Hmmm.. alang-alang menyeluk pekasam mengolah produk myChef (kisah yang sama dengan murtabak me segera), maka ibu berhajat nak masukkan entry ini dalam The Gourmet Blog Challenge. Mana tahu ada rezeki kan. Menang kalah adat bertanding, tapi yang pasti perut ni dah menang dulu semalam. Makan Sotong Sumbat Rusia yang sedap.. :D

Ibu baru nak submit, nanti dah keluar gambar ni di page myChef, tolonglah LIKE ye. LIKE anda ibu dahului dengan ucapan terima kasih.. :D

Update: Like di link di bawah ya. Terima kasih..

 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=506642666029058&set=at.500918973268094.133327.214061348620526.100001093202204&type=1&theater


Sunday, August 12, 2012

BEEF STROGANOFF WITH BROWN RICE PILAF


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Malam yang indah nan permai, ibu nak cerita pasal makanan yang sedap. Ibu minta maaf pada semua yang membaca entry INI di siang hari. Masing-masing komen tergoda, terliur dan sebagainya. Minta ampun minta maaf, ibu tak ada niat nak menggoda puasa kalian. Niat suci murni nak kongsi idea menu berbuka. Huhu.. Tapi kan, kalian gurau-gurau je atau memang tergoda?

Okeylah, malam ni ibu nak cerita pasal Beef Stroganoff With Brown Rice Pilaf salah satu produk myChef.


 Beef Stroganoff with Brown Rice Pilaf

Hidangan klasik rusia resepi dari Chef Zam. Hirisan daging lembu tanpa lemak yang ditumis dan dihidangkan bersama kuah krim dengan sos biji sawi, bawang dan hirisan cendawan Diiringi nasi beras perang. Hmmm... sedap.



 Close up..

Rasanya memang sedap. Hidangan nasi yang lain dari kebiasaan hidangan Melayu. Nama pun hidangan klasik Rusia. Jadi, pada sesiapa yang mahu bertukar selera namun masih dengan hidangan nasi, boleh cuma Beef Stroganoff dengan nasi beras perang ni..

Hidangannya agak berkrim, jadi untuk menepati selera Melayu kita mungkin kita boleh tambahkan sedikit lada hitam atau cili padi agar lebih pedas.

Dalam The Gourmet Blog Challenge anjuran myChef, sudah ada beberapa orang peserta yang menggunakan produk ini sebagai hidangan. Memang walla lah hasilnya, sebab Beef Stroganoff ni memang sedap.

Ibu Yusuf masih kekal dengan 2 penyertaan setakat ni. Murtabak Me Segera dan Cara Talam Berlauk. Dua-dua ibu guna Beef Keema Masala.

Mohon sokongan sahabat-sahabat untuk LIKE penyertaan ibu melalui link di bawah gambar ya..


 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=503748572985134&set=a.500918973268094.133327.214061348620526&type=3&theater




Terima kasih semua.. :D

Sunday, August 5, 2012

MURTABAK ME SEGERA DENGAN BEEF KEEMA MASALA myChef


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari Sabtu.. 15 Ramadhan yang penuh barakah dan indah. Hari cuti yang dinanti-nantikan oleh ibu yang berkerja seperti ibu Yusuf dan Maryam ini. Hari yang pastinya punya lebih kesempatan untuk menghidangkan sesuatu yang lebih untuk keluarga tercinta.

Jujurnya, pada hari-hari berkerja di bulan Ramadhan ini, ibu hanya sempat masak nasi dengan sejenis dua lauk saja. Kuih, manisan.. tunggulah hari cuti.

Harini, ibu buat murtabak me segera yang memang segera. Biasanya kalau buat murtabak ni ambil masa lah juga. Lagi-lagi kalau tambah daging, kena goreng dululah, kena tumis dululah. Tapi harini murtabak ibu siap dengan pantas. Sebab, ibu gabungkan dengan produk sedia hidang myChef, Beef Keema Masala.

Baiklah, kita tengok gambar hasil tangan ibu dulu ya.


Murtabak me segera dengan Beef Keema Masala myChef..


Keratan rentas murtabak ibu, secukup telur. Mee tak berderai..

Yusuf kata sedap, Maryam kata sedap, ayah kata sedap dan kakak ipar yang turut sama berbuka puasa pun kata sedap. Yusuf siap kata; "ibu ni boleh masuk rancangan Master Chef lah ibu". Hehehe.. Ibu terus sengih-sengih dalam hati (ehh.. ada ke orang sengih dalam hati? haha..)

Jangan terpedaya dengan kata-kata Yusuf. Itu hanyalah kata-kata seorang anak yang 'bahagia' dengan air tangan ibunya. Hakikatnya, ibu hanyalah chef di dapur sendiri.

Lantas, ibu teringat The Gourmet Blog Chalenge anjuran myChef. Ibu tersengih-sengih lagi dalam hati hati. Alang-alang dah ada masakan yang berkaitanni, join je lah. Biarlah pun jauh panggang dari api berbanding blogger-blogger masakan di luar sana, tak salah kalau kita mencuba. Kan?

Baiklah, mari kita tengok resepinya. Sangat senang dan ringkas. Tak tunggu hari cuti pun ibu Yusuf boleh buat sebenarnya.. :D

RESEPI MURTABAK ME SEGERA DENGAN BEEF KEEMA MASALA myChef

Bahan-bahanya: 

1 kotak produk myChef Beef Keema Masala
1 peket me segera dengan perencah kari
2 biji telur
1/4 bawang besar dihiris nipis
Serbuk lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

Cara-caranya:

1. Rendam me segera dalam air panas sehingga lembut dan toskan
2. Panaskan produk myChef di dalam ketuhar gelombang mikro (tuang dalam kuali dan panaskan atas api pun boleh juga)
3. Masukkan me dalam mangkuk A dan gaulkan dengan 5 sudu makan Beef Keema Masala. Ketepikan..
4. Pecahkan telur dalam mangkuk B dan pukul sedikit dengan serbuk lada sulah dan sedikit garam. Masukkan pula bawang dan serbuk perasa kari, pukul hingga sebati..
5. Satukan bahan di dalam mangkuk A dan mangkuk B..
6. Panaskan kuali tidak melekat dengan sedikit minyak, dan tuang adunan ke atasnya. Cara masak adalah seperti masak telur dadar. Terbalikkan untuk memastikan atas dan bawahnya masak.

Senangkan? Selamat mencuba!!

Tips ibu: 

1. Jangan jadikan murtabak anda terlalu tebal untuk mengelakkan dalamnya lambat masak.
2. Gunakan kuali tidak melekat supaya kuantiti minyak dapat dikurangkan.
3. Untuk hidangan yang lebih sihat, boleh gantikan serbuk perasa kari dengan rempah kari.



Sedap dimakan begitu saja. Beef Keema Masala myChef sudah menguasai rasa. Tapi ada lebih, ibu jadikannya sebagai pencicah juga. Layan dengan Kari Ayam Nyonya Chef Florence pun sedap ni. Yummy!!


Yang ni penting. Bukti benar lagi nyata, memang ibu guna produk myChef untuk murtabak ni tau. Bukan yourChef ka, herChef ka, hisChef ka.. Hahaha.. Ibu Yusuf buat lawak ni, jom gelak ramai-ramai. Kih kih kih..


Beef Keema Masala signature series resepi dari Chef Liza..

Masakan daging kisar yang sungguh terkenal di Pakistan dan Utara India, dimasak dengan pelbagai rempah ratus yang aromatik bersama kacang pis. Hmmm.. Memang enak.

Jadi apa lagi, sila lah terjah bahagian sejuk beku pasaraya berhampiran anda dan dapatkan produk myChef sekarang. Masaklah ikut kreativiti masing-masing, kemudian jomlah kita meriahkan blog challenge ni.

Seperti biasa, kalah menang itu adat bertanding. Jangan lihat orang yang hebat hingga melihat diri kita terlalu kecil. Orang kecil tidak semestinya tidak boleh seiring dengan orang besar. Ayuh semua!!

Nota ibu: Ibu tidak melihat resepi semudah ini, persembahan gambar sesempoi ini mampu menang. Namun ibu percaya, penyertaan seperti ini adalah peluang untuk melangkah lebih jauh. Percayalah!! Setidak-tidaknya, seperti yang pernah ibu kongsikan di dalam entry INI.

Ps: Ibudah tanya di page myChef. Boleh hantar banyak penyertaan tau. Jom kita!! 

@@@@@@@@@@@

Update: Penyertaan ibu telah diterima oleh pihak myChef. Mohon sokongan kawan-kawan untuk LIKE page myChef dan penyertaan ibu di SINI. Terima kasih dan sayang kamu semua.. :D

Monday, July 30, 2012

myChef: the gourmet blog challenge


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Terima amanat dari Kak Ida Koleksi 1001 Resepi.. Berdesup ibu Yusuf buat entry. Kak Ida kata 'sekarang juga!!'. Siap bold tulisan kaler merah lagi. Baik kekanda, adinda menurut amanat di beri 'sekarang juga!!''. Hehehe.. 


 Inilah kisah yang nak diwar-warkan. myChef: the gourmet blog challenge

 Cara-cara penyertaan



Syarat-syarat penyertaan..

Untuk keterangan lanjut, sila ke Koleksi 1001 Resepi ye, Kak Ida dah cerita panjang lebar di situ.

Ps: agak-agak ibu Yusuf ni ada bakat ke kalau nak join jugak? hohoho...

Tuesday, July 24, 2012

SEMUR DAGING BETAWI: MEMBUKA SELERA BERSAHUR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi MahaPenyayang

Ini entry autopublish.. Harap-harap ianya akan keluar tepat pada masanya, ye lah kadang-kadang dah set sekian-sekian masa pun entry tak mahu keluar.j

Balik pada tajuk, antara isu yang selalu ditimbulkan oleh kawan-kawan ialah tak lalu makan masa bersahur. Ibu Yusuf pun selalu menghadapi masalah yang sama tapi dapat mengatasinya bila tahu citarasa sendiri.

Untuk sahur, ibu lebih suka memilih nasi panas dengan satu jenis hidangan yang kurang berkuah. Tapi tidaklah hidangan yang kering sangat, nanti tercekik pulak. Hehehe..


Semur daging betawi, atau bahasa mudahnya daging masak kicap..

Makan dengan nasi panas-panas.. Fuh, mata yang terpejam terus terbuka..

Tapi tu lah, nak menghasilkannya bukan semudah masak nasi kan? Kena kupas bawang bagai, rempah ratusnya lagi. Lagilah, dikala waktu yang sungguh enak menarik selimut. Kena bersilat didapurlah pulak.. Alahai..

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Untuk sediakan yang terbaik untuk keluarga dan memenuhi citarasa sendiri kenalah korban sikit kan. Kalau agak-agak tak larat nak bangun masak sebelum sahur, masaklah siap-siap sebelum tidur. Tak pun, masaklah untuk hidangan berbuka lebih sikit sekali dengan bersahur. Wah!! Macam bagus je ibu Yusuf tu buat ayat macam tu kan..

Tapi sebenarnya, ada cara yang lebih mudah. Macam ibu pernah kata dalam entry INI, macam-macam cara ada untuk memastikan yang terbaik untuk keluarga, cuma kita yang perlu bijak memilih.

Untuk hidangan di atas, ibu cuma perlu ambik masa 5 minit je untuk menyediakan. Hahaha...

 
Semur Daging Betawi myChef daaaaa..

Alahai ibu Yusuf ni asyik cerita pasal myChef je tak habis-habis. Pengunjung-pengunjung Jemari Asmara sekelian, ketahuilah bahawa ibu Yusuf sekadar mahu berkongsi sesuatu yang baik dengan kawan-kawan. Ibu ada info tentang sesuatu yang memudahkan, jadi ibu kongsilah bersama.

Ibu faham, bukan sesuatu yang bagus kalau asyik makan frozen food. Tapi kita ambil dari sudut kebaikannya, antaranya sebagai penyelamat dalam masa-masa kecemasan. Contohnya, terlambat bangun sahur, tak sempat masak/ beli untuk berbuka, tiba-tiba anak nak makan, ada tetamu datang mengejut, dan lain-lain lah..


Gambar dari Koleksi 1001 Resepi. 12 jenis produk myChef yang ada di pasaran. Keterangan lanjut boleh ke blog myChef ya..

Setakat yang ibu dah rasa, spaghetti ayam, ayam pongteh, kari ayam dan semur daging betawi, semuanya sedap (tertakluk pada citarasa masing-masing lah..). Kalau bukan sebab kita yang keluarkan dari kotak, tak kan tahupun itu frozen food. Kalau tetamu datang, nak cover diri sendiri tak yahlah tunjuk kotak. Nescaya mereka tak tahu.. Haha..



Kamu-kamu semua harus coba.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...