Follower

Wednesday, February 29, 2012

PML BUNGA PADI: SI GEMUK MRS POT DAN SUKU SAKATNYA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Izinkan ibu buat entry layan hobi ye. Tapi memandangkan harini hari Rabu, kita tepek gambar ajelah ok. Cerita sikit-sikit aje. Boleh gitu?

Sebenarnya, set ni ibu ada kongsikan dulu dalam entry Menanam Bunga Padi Part 3. Hari tu tiba-tiba rajin nak keluarkan setni dari almari dan tangkap gambar.

Meh lah layan ye..


Inilah dia set lama bermotif Bunga Padi..


Teko Mrs Pot yang debab dan gumuk..

 
Cawan.. (err, semua orang tahu ni cawan lah. Ngee..)

 
Sugar pot..

Creamer..


Oval plate.. pinggan ni ada ibu kisahkan di entry Menanam Bunga Padi - Pinggan Mangkuk sahaja..

Motif bunga padi ni, walau pun sekadar hitam dan putih.. ianya antara motif yang ibu suka. Untuk motifni, memang ibu kumpul beria-ia. Cuma sebelum membeli tu, kena ukur jugalah kemampuan poket.. Tidaklah membeli sesuka hati.

Sekarangni ibu ada perancangan baru yang berkaitan dengan PML, dekorasi Baiti Jannati dan Asmara Collections. Cuma belum dapat direalisasikan.. Ibu serahkan pada masa dengan izin Ilahi. Banyak kekangan setakat ini..

Semoga dipermudahkan semua urusan. Amin..


ADA APA DENGAN 29 FEBRUARI?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Sekadar hiasan..

Hari ini bermula seperti hari-hari yang lepas. Cuma harini agak sedikit kelangkabut. Perancangan nak hantar Cik Ayu ke komuter seawal 6.30 pagi tergelincir, sebab abah dah buang air besar dan perlu di salin.

Terima kasih Cik Ayu, sesungguhnya Cik Ayu anak yang sangat baik. Apapun, mak adalah yang paling lebih menyumbang tenaga sepanjang abah sakit dah berbulan-bulan. Belum lagi emosinya yang tercalar dan berduka. Semoga Allah swt permudahkan semuanya..

Sebenarnya tiada apa yang berkaitan 29 Februari. Ibu pun tak ingat, ada apa-apa ke dalam hidup ibu yang berkaitan dengan 29 Februari.

Cuma, bila seorang pegawai yang datang lambat hari ni jumpa ibu untuk dapat tandatangan dan kemudian berkata, ini last dia datang lambat bertarikh 29 hb 2, kalau lambat pun pada tarikh ni 4 tahun lagi..

Hehe.. Sebab tu je pun ibu terasa nak buat entry tentang Apa Ada Dengan 29 Februari? Ye lah, ini kali pertama Jemari Asmara jumpa 29 Februari. Nak buat entry pada tarikh yang sama kena tunggu 4 tahun lagi. Kan? Ngeee..

Entah apa-apa kan entry dia? Kih kih kih..

Salam sayang buat semua..



Tuesday, February 28, 2012

GAWAT LAGI MERUDUM!! MENCURI SEBENTAR..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Waduh!! Gawat memang gawat.. Sudahnya terbiar juga Jemari Asmara. Seminggu deret hanya entry pendek-pendek dan tergesa-gesa. Seminggu ini ibu Yusuf tidak mampu ber BW. Waduh, waduh!! Maaf, maaf, maaf ya kawan-kawan..

Sekarang ini pun ibu sedang mencuri masa. Sayang rasanya membiarkan Jemari Asmara sepi tiada entry. Tandus!! Sangat tandus.. Nak cerita apa pun tiada keluar mentol di atas kepala ibu. Yang ada hanya gumpalan-gumpalan keserabutan. Namun insyaAllah, ibu Yusuf masih teguh memujuk diri..

Sebenarnya, alhamdulillah, semenjak 2012 menjelma.. Jemari Asmara mula merasa UV 200++ sehari. Sebelumni, paling tinggi pun 100++ sahaja.

Tapi lihatlah prestasi Jemari Asmara minggu ni..

v

v

v

Ngee.. takde naik. Asyik turun je.. Huhuhu..

Apapun, terima kasih tak terhingga buat teman-teman yang masih sudi singgah di Jemari Asmara. Walaupun Jemari Asmara tiada entry baru, kalau ada pun entry pendek-pendek aje. Tu pun entry luah rasa je..

Terima kasih kerana masih sudi singgah waalau ibu tak sempat singgah blog teman-teman. Alhamdulillah, teman alam maya ibu tidak berkira..

Terima kasih, terima kasih, terima kasih semua.. Sampai jumpa lagi!!



Monday, February 27, 2012

SENYUMLAH SAYANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Hari ini ibu Yusuf mahu happy-happy.. Hari ini ibu Yusuf mahu sentiasa tersenyum..

"Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih, sedih selalu.." (lagu Hafiz dan Wani Kamilah Bintang, antara lagu yang Maryam suka nyanyi..)

Salam sayang buat semua..

Ps: Minggu lepas ibu ditanya oleh salah seorang klien ibu. Puan, puan ni pemilik Jemari Asmara ke? Ibu jawab tanpa selindung, ya. Jadi puan ni ibu Yusuf lah ya? Ya, saya..

Hehehehe...



Saturday, February 25, 2012

JAWAPAN: MENGAPA TERBIT ENTRY BILA HATI MENANGIS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, pada saat ini ibu sedang menikmati nikmat MASA LAPANG kurniaan Ilahi. Setelah beberapa hari sibuk terkejar-kejar dan dikejar.

Sebelum itu, jutaan terima kasih buat teman-teman yang prihatin dengan luahan hati ibu pada entry Bila Hati Menangis. Sokongan kata-kata yang buat ibu rasa terharu.. Terasa manisnya ukhuwah fillah yang terbina walau hanya di alam maya. Terima kasih semua..

Tika ini ibu terasa lapang.. Balik dari bertugas tadi hampir jam 4.00 petang, sebelum solat Asar masih sempat lagi mengulit anak dara ibu yang asyik menonton menonton cd Papa I Love U..

Rasa tersentuh dengan keprihatinan kawan-kawan, ibu kongsikan apa yang dah berlaku. Semoga kawan-kawan tidak lagi tertanya-tanya.

Mungkin kedengaran masalah yang biasa, namun faktor kekuatan fizikal dan mental yang tiba-tiba menjadi tidak stabil cukup menjadikan fikiran ibu bercelaru..

Faktor utama adalah keletihan yang melampau..

Khamis, adalah hari bercakap. Bayangkan, ibu menerima 104 orang klien yang tidak semua datang serentak. Kebetulan 2 orang pembantu ibu tiada di pejabat kerana tugasan luar. Beberapa sesi kelompok, beberapa sesi kaunseling individu membuatkan ibu betul-betul keletihan. Bercakap pun penat tau.. Sebab bercakap sambil berfikir.

Tengahari, dapat makluman abah boleh keluar hospital. Adik lelaki ibu suruh ibu ambik abah.. Memandangkan abah tak boleh duduk dan berjalan, ibu perlukan Cik Ayu. Ibu tak boleh ajak ayah sebab siapa nak uruskan anak-anak selepas balik sekolah. Sambil tunggu cayu tu lah ibu buat entry Didi, Dodo, Dada.. Kami gerak ke Tanjung Karang Jam 5.00 petang. Bos ibu izinkan ibu balik awal hari Khamis tu..

Gerak ke Tanjung Karang, kemudian ke Sekinchan, patah balik Tanjung Karang dan terus ke Shah Alam. Terima kasih buat seorang kakitangan lelaki Hospital Tanjung Karang yang membantu kami dari abah turun dari katil sampailah dukung abah masuk kereta. Kami dua beradik tidak lagi termengah-mengah macam di Sungai Buloh dulu.. Kisahnya ibu ada kongsikan dalam entry Wanita Perlu Kuat! Jangan Terlalu Bergantung Pada Lelaki!!

Sampai Shah Alam dah jam 12.00 lebih. Selesaikan urusan keluarga pula dan ibu hanya tidur pada jam 2.30 pagi. Besoknya, jam 5.00 dah bangun..

Di pejabat ibu terus terkejar-kejar dengan macam-macam tugasan. Ibu sedang menyelaras satu program yang dah pun berlangsung pagi tadi. Lebih tertekan bila dikatakan orang ibu pejabat nak datang. Maaf katalah, kalau datang nak pantau tak ada masalah. Tapi kalau datang nak komplen macam-macam memang stress betullah.

Jam 10.00 lebih dengan izin bos ibu dah balik rumah tengok keadaan abah dan mak. Mak baru je selesai tukar pamper abah yang dah 'banjir' kata mak. Kesian mak.. Mak pun tak berapa sihat sebenarnya dan abah agak berat jika dibanding dengan kekuatan fizikal mak..

Sejam di rumah (sempat masak nasi..), ibu berkejar patah balik ke Klang masuk pejabat semula. Menjelang petang, keletihan tak dapat dibendung. Bila fizikal lemah, maka fikiran mula bercelaru dan gundah. Sehinggalah tertulis entry Bila Hati Menangis

Itulah yang terjadi sebenarnya.

 Bukan berniat mahu meraih simpati, namun sekadar meluah rasa hati..

Salam sayang buat semua.. :D



Friday, February 24, 2012

BILA HATI MENANGIS..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Short and quick update.. lagi. Tak tahu apa yang mahu ditulis, tak tahu aapa yang mahu dikata.

Tapi yang pastinya, kala ini hati tidak tenang. Terasa jiwa meracau.. Sedih menyelinap disetiap sudut hati..

Emosi bercelaru.. Tubuh letih rasa tidak bermaya..

Air mata mula rasa mahu melepasi empangan mata..

Allahu Allahu Allahu Allahu!!

Hanya padaMu aku memohon ya Allah. Berikanku ketenangan ya Allah.. Mudahkan segala urusanku..

Allahumma yassir wala tu'assir..

Amin


Thursday, February 23, 2012

DIDI, DODO, DADA


Short entry sambil tunggu seseorang





Ps: Maaf belum mampu nak ziarah rumah kawan-kawan. Keadaan belum mengizinkan.. Sekejap lagi nak ke Hospital Tanjung Karang ambik abah bawa ke Shah Alam. Result darahnya tidak menggembirakan. Redha dengan ketentuanNya..



Wednesday, February 22, 2012

ISU STATUS GLTTERATI DIGUGURKAN: SELESAI TANPA TERJAWAB


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Isnin lepas, ibu buat entry Status Glitterati Digugurkan Kerana Iklan Manggaonline @ Jemari Asmara. Jawapan Nuffnang sebagaimana dalam entry tersebutlah..

Sebenarnya, lepas tu ibu hantar beberapa soalan lagi dan lagi sebab rasa jawapannya tidak menjawab soalan. Tapi nuffnang hanya jawab jawapan yang sama. Hinggalah harini ibu dapat jawapan ini..

v

v

v


Ngee.. Ibu tak ada keluarkan apa-apa pun.. Hehe..

Apapun terima kasih kepada Nuffnang atas keprihatinan menyelesaikan masalah ini walaupun soalan yang berputar-putar dalam kepala ibu Yusuf tak terjawab. Huhu..

Terima kasih juga sebab dah bagi Jemari Asmara 2 BE sepanjang 2012..

Yang paling utama, terima kasih pada semua yang sudi singgah dan memberi sokongan kepada Jemari Asmara.

Saaaaayang kamu semua!!



HIDUP JANGAN SUSAHKAN ORANG LAIN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Short update lagi.. Cepat-cepat taip sebelum kerja time bermula. Harini pun ibu ada tugasan luar. Ada 'kerja' di sebuah sekolah perempuan..

Ini bukan entry lepas geram (kut-kut ada bunyi macam geram kan?) Ini entry berpesan-pesan..

Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja, ibu lihat ada sesuatu berlaku di Federal Highway menghala ke Kuala Lumpur. Kejadian berlaku sebelum susur ke Pusat Bandaraya Shah Alam. Ibu tak tahu apa yang berlaku, cuma ibu agak kemalangan motorsikal. Agaknya lah, sebab ibu pandang macam tu je..

Kesannya, jem teruk dari lepas tol Sungai Rasau lagi. Laluan kecemasan pun penuh dengan kenderaan..

Masa ibu hampir sampai Klang, ada satu ambulan menghala ke sana dengan laju. Ibu teka, kalau betul tadi kemalangan mesti nak ke tempat tu?

Cuba bayangkan, lepas tol nanti macammana ambulan tu nak sampai temapt kejadian dengan cepat? Sebab, ada pemandu-pemandu bijak yang dah tersangkut dilorong kecemasan. (Hmmm.. Mengeluh ni..)

Cuba bayangkan, kalau mangsa tidak dapat diselamatkan sebab lambat dihantar ke hospital.

Moralnya?

HIDUP JANGAN SUSAHKAN ORANG LAIN!!

Pesanan ibu buat diri sendiri dan semua kawan-kawan, terutama di waktu pagi..

* Waktu pagi semua orang nak cepat, ramai bawa kereta laju (termasuk ibu sendiri) tapi jangan sampai membahayakan diri sendiri dan orang lain.

* Waktu pagi semua orang nak cepat, jangan bawa kereta terhegeh-hegeh terlalu perlahan. Kalau bawa perlahan ke tepi.. Kadang-kadang kemalangan juga boleh berlaku kerana ada yang membawa kenderaan terlalu perlahan..

* Erk.. tak sempat dah nak sambung. Tu je dulu entry berpesan-pesan ibu..

Jumpa lagi..


Tuesday, February 21, 2012

PECAH!! APA DAH JADI DENGAN IBU YUSUF?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sekadar short update ya.. Dalam ketidaksempatan, ada juga rasa tidak seronok membiarkan Jemari Asmara sepi. Ibu titipkan di sini sekadar secebis catatan luahan hati.

Ini tiada kaitan dengan sebarang kepercayaan mempercayai petanda-petanda buruk. Tidak sama sekali, cuma ibu sedikit tertanya-tanya pada diri sendiri. Kenapa akuni?

Dalam masa terdekat, beberapa benda ibu dah pecahkan, tanpa sengaja.

Pertama: Satu pinggan clayton kesayangan ibu. Set makan tu dah tak cukup dah nampaknya.. Huhu. Set pinggan tu hadiah perkahwinan untuk ibu dari Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling (2003) dan isterinya. Pinggan tu ibu guna untuk makan hari-hari.. Dah 9 tahun pinggan tu bersama kami..

Kedua: Semalam masa masak, tanpa sengaja telur dalam pegangan ibu terlepas. Pecah ditepi kabinet dan berjejeran ke lantai. Dah satu kerja, tengah kalut-kalut masak kena cuci lantai lah pula..

Ketiga: Pagi tadi, masa membungkus barang-barang pelanggan yang nak dipos harini, ibu terjatuhkan sebiji cawan dan pecah. Alhamdulillah, bukan barang yang dah dibayar pelanggan. Tapi sayanglah..

Semua tu tak sengaja.. Namun nampaknya ibu Yusuf kena lebih berhati-hati..


Sekadar gambar hiasan. Tiada kaitan dengan hati ibu Yusuf. Hehe..






Monday, February 20, 2012

STATUS GLITTERATI DIGUGURKAN KERANA IKLAN MANGGAONLINE @ JEMARI ASMARA??????


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Nampak tak tanda soal kat atas tu? 
Okay, pendekkan cerita. Status glitterati ibu dah kena gugur. Tada....

v

v

v

 Non exlusive lorrrr..

Kemudian ibu hantarlah msg, tanya kenapa. Ini jawapan Nufnang..

v

v

v



Soalannya; Bila pulak Jemari Asmara ada iklan Manggaonline. Ke memang ada tapi ibu Yusuf tak sedar diri. Almaklum, ibu Yusuf ni berblog main taram je.. Huhu..

Tolong jawab kawan-kawan.. Ni dasar tak sabar nak tunggu Nuffnang jawab email. Ngee..

Terima kasih.. :D


TERUNG BERSAMBAL BELIMBING BULUH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Apa khabar semua? Mudah-mudahan semua pembaca Jemari Asmara sentiasa dalam lindungan dan rahmat Ilahi hendaknya..

Pagi Isnin.. ada yang sedang layan Monday blues ke? Hehe.. Ibu Yusuf jujur je, Isnin je mesti layu tak bermaya. Asyik teringat-ingat rumah je.. Tapi kerja tetap kerja, tiada alasan untuk bermalas-malasan. Kan?

Pagini pun tak tahu nak buat entry apa sebenarnya. Jadi publish je lah ye pic yang dah ada dalam draf. Lauk malam bila pun ibu dah lupa sebenarnya.

Terung bersambal belimbing buluh..

Untuk resepi klik SINI ya.. Sama je cuma masukkan terung yang dipotong nipis-nipis. Masam-masam pedas gitew.. Sedappp!!

Ps: Buat kawan-kawan yang tinggal jejak, jangan kecik hati kalau ibu Yusuf lambat balas kunjung balas ya. Nanti ibu Yusuf bw slow-slow okay.. Tapikan, susahnya word verifycation tu tau. Kadang-kadang 2-3 kali taip tak betul juga. Tak yah la letak boleh? Huhu..



Sunday, February 19, 2012

GIVEAWAY TAHUN BARU 2012 by UMMI HANI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Entry melekat hingga 20 Februari 2012.. Sila golek ke bawah untuk entry baru Jemari Asmara ya.. :D




Ibu Yusuf di tag oleh 2 orang sahabat blogger untuk sama-sama menyertai GiveAway Tahun Baru 2012 anjuran Ummi Hanie. Jomlah ramai-ramai turut serta. Hadiah-hadiah yang ditawarkan sangat-sangat menarik.. Berbaloi-baloi... Untuk tahu lebih lanjut, sila klik banner di atas atau SINI sahaja..

 Hadiah² ;
  1. Top Referral no.1 = Sepasang cawan english design didatangkan khas dari UK oleh uk store (lihat gambar di sini)
  2. Top Referral no.2 = Baucer RM50 untuk shopping di UK Store  + Baucer RM10 dari Freshie Belek
  3. Top Referral  no.3 = Sulaman cross-stitch nama anda dari Yati n Stitch + Baucer RM10 dari Freshie Belek
Lucky draw utk 3 org (menggunakan khidmat random.org) ! = Cash @ Top-up RM15 setiap seorang @ boleh juga pilih mana² INNER dari Nis Azmier e-MALL (klik link utk lihat INNER)

Semoga berjaya!!

Oh ya.. ibu nak tag Ummi Na, Ummu Wardah dan Mummy Che Che..

KEK COKLAT LEMBAB KUKUS MUNIRA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Malam tadi ibu gigih mengekek.. Pencinta kek coklat (ucu) nak balik Terengganu (dah balik pagi tadi..) Alhamdulillah, dapatla si pencinta kek tu merasa air tangan kakak dia ni kan..

Buat kek dah tengah malam, sebab malam tadi juga baru sampai dari kampung. Ada la 2 orang pembantu yang tolong-tolong (cayu dan ucu), tapi kek belum msak pembantu dah zzzzzzzzzzzz..

Maka inilah hasilnya..

v

v

v

v

Kek coklat lembab kukus Munira.. bukalah mana-mana blog masakan, rata-rata semua dah cuba resepini..


Tekstur dalam kek.. sangat moist, sedap dan walla.. memang best!!


Sepotong untuk dingapp!! Ini adalah potongan yang terakhir dan ketika entry ini dibuat, kek dah habis.. haha..

Ibu kongsikan di sini resepinya. Cuma ibu tak ingat copy dari blog.. Maaf.. 
RESEPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS MUNIRA

Bahan-bahannya:

Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - ibu guna 3/4 cawan sahaja
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - ibu guna air suam sahaja
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal tiada
** semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C

4 biji telur - diblender (ibu pukul guna pemukul telur)


Cara-caranya:

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja.

Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. (ibu tak lapik pun, sapu loyang dengan sedikit minyak je..)


Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yg pertama takut kek jadi mendap.
(Ibu kukus 45 minit sahaja)



Untuk topping pula, ibu guna resepi dari Resepi Masakan @ Resepi.iLuvislam


RESEPI TOPPING KEK COKLAT

150 gm coklat masakan
1/4 cawan air panas
1 sb mentega
1 sb susu pekat

* Campurkan semua bahan dan masak secara 'double boiler'

Nota ibu Yusuf:

Ibu pun tak ingat sebenarnya, berapa kali dah buat. Banyak kali sebenarnya.. Banyak-banyak resepi kek coklat, ibu paling suka yang ini.. :D

Bila dah makan kek coklat, maka lemak-lemak pun mula bersukaria dalam tubuh kita. Jangan risau, ibu cadangan supplemen yang boleh membantu.

 Untuk maklumat lanjut, jemput klik;


WAJAH HENSEM USTAZ AZHAR IDRUS MASA MUDA.. :D


Assalamualaikum wbt..



Entry copy dari FB lagi.. Jangan marah arrrrr.. Hehe..

Gambar di atas (sebelah kanan..) tu dikatakan gambar Ustaz Azhar Idrus masa muda-muda. Wallahua'alam tentang kebenarannya, ibu ambil dari FB Peminat Setia Ustaz Azhar Idrus dan Zizan Raja Lawak..

Ps: Gambar tu ada copyright.. ngeeeee..



TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


 

 
TIPS PERKAHWINAN DARI USTAZ AZHAR IDRUS

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
 
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
 
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
 
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
 
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
 
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
 
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
 
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
 
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

 Ps: Untuk renungan bersama.. Tidak kira bujang, baru berkahwin, atau dah lama kahwin. Ibu copy dari FB

Seandainya Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dgn hatiku

 

Friday, February 17, 2012

PETA HIDUP


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..



Pic ni ibu snap di surau.. Sama-sama kita renungkan bersama..

Ps: Pernah dengar tak tentang Zalora?






SOHO: ANTARA ANGAN-ANGAN DAN REALITI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Mari kita berangan-angan.. Jujurnya, antara angan-angan ibu Yusuf adalah untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Namun atas keperluan yang mendesak, ibu Yusuf tiada pilihan pada masa ini selain perlu memikul status seorang ibu yang berkerja. Maka impian itu ibu simpan di dalam hati..

Senyap-senyap, ibu Yusuf pasang satu angan-angan baru. Kononnya nak berkerja di rumah. Ada smal office home office (SOHO) sendiri.. Boleh buat 2 dalam 1, berkerja dan mengurus rumahtangga.

Itu angan-angan. Untuk menjadi realiti belum ada usaha pun ke arah itu. Cuma ibu nak kongsikan pengalaman ibu beberapa hari terpaksa berpejabat di rumah. Gara-gara anak sakit, terpaksa bercuti, tetapi kerja pejabat kena siapkan juga. Ibu ada kongsikan dalam entry:


Meja makan di ruang tamu yang menjadi mangsa..

Satu lagi antara angan-angan ibu ialah:

v

v

v


Nak menang cawan ini..

Mohon jasa baik sahabat-sahabat sokong Ibu Yusuf dan Ummi Hanie dengan klik link INI. Terima kasih..


Thursday, February 16, 2012

PERLUKAH PAGAR ELEKTRIK?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini adalah entry automatik.. Masani ibu berada di Hospital Tanjung Karang. Entry pendek sahaja..



Ini kejadian beberapa hari yang lepas. Hujan sangat-sangat lebat sampai ibu bawa kereta 40km/j je.. Sampai rumah, termenung lagi. 

Payung ada, tapi komfom basah jugalah. Dengan dalam-dalam kereta akan basah sekali. Sebab lepas buka pagar nak kena masuk balik kan? Sah-sah payung dah berjejer dengan air..

Masani mulalah nafsu berkata: "Kan best kalau ada pagar auto. Picit je remote pagar terbuka. Tak payah susah-susah"..

Itu nafsu yang kata.. Tapi akal bertanya pula: "Perlu ke pagar elektriktu?"..

Huhuhu.. Tolong jawab kawan-kawan..


SAMBAL TUMIS BELIMBING BULUH


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini ibu cuti.. Sekejap lagi lepas Maryam balik sekolah nak ke balik kampung, abah masuk wad lagi.Kami balik berdua je, abang Yusuf sekolah sampai petang, ayah pula kerja. Alhamdulillah kampung dekat je.. Sambil tunggu Maryam habis sekolah, sempat la ibu buat entry baru.

Ibu nak kongsikan menu ibu malam tadi..

v

v

v

Sambal tumis belimbing buluh..

Sambalni ibu buat berinspirasikan Sambal Hitam dari blog Bicara Ibu. Masa Kak Salmi tayang Sambal Hitam Belimbing Rebus dia, haduiiiii.. teringin sangat.

Tapi nak buat resepi sebiji macam Kak Salmi tak dapat la ibu nak buat. Cara yang betul, belimbing tu kena masak bersama garam tanpa air selama 4-5 jam tau!! Hehe.. ibu buat dalam 45 minit je. Maka menghasilkan rupa belimbing buluh macam kat atas tu.. 

Sampai entry ni dibuat, periuk hitam legam kat dapur tak basuh lagi. Tengah berendam.. Hahaha.. Nak sangat makan tanggunglah risiko. Kak Salmi dah pesan awal-awal dalam entrynya. Guna periuk yang agak-agak nak buang.. Huhu..

Ibu kongsikan di sini Sambal Tumis Belimbing Buluh versi ibu Yusuf. Untuk resepi Sambal Hitam Kak Salmi klik SINI ya..

RESEPI SAMBAL TUMIS BELIMBING BULUH

Bahan-bahannya:

5 biji belimbing buluh rebus (tanpa air)
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 gengam ikan bilis
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1. Tumbuk semua bahan (kecuali ikan bilis) hingga lumat
2. Tumbuk ikan bilis ala kadar
3. Tumis semua bahan hingga naik bau dan masak
4. Sedia dihidang bersama nasi panas-panas. Fuhh!!

Nota ibu Yusuf:

* Tak perlu letak garam sebab belimbing buluh rebus tu dah masin

* Memang ada beza, rasa belimbing buluh yang direbus bersama air dengan belimbing buluh yang dimasak tanpa air. Tak tau nak kata macam mana, tapi memang sedap. Rasa hangit-hangitnya menimbulkan aroma yang tersendiri..

* Sedap dimakan dengan nasi panas-panas tanpa gangguan lauk lain. Memang terangkat!!

Ps: Terima kasih Kak Salmi atas inspirasi. Maaf, terpaksa durhaka dengan resepi akak ye..

Pss: Errr.. ada siapa-siapa kenal Zamri Baba tu siapa?

 Jom ramai-ramai sertai GA INI.. (klik sini)






Wednesday, February 15, 2012

KEKASIH SUAMI DALAM BILIK MANDI


Bukan sekadar Rabu tanpa kata.. Tapi sampai tak terkata-kata..



Nauzubillahiminzalik

Ps: Ibu copy dari FB..


WANG TUNAI @ TOP UP UNTUK DIMENANGI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ibu Yusuf sedang berjuang untuk menang!! Tengah bersemangat join GCL ni.. Hehe.. Jomlah join ibu Yusuf ramai-ramai..


Sumber: Google

Wang tunai atau top up bernilai RM15.00 mungkin milik anda. Pemenang akan dipilih dengan cara cabutan bertuah.

Untuk turut serta sila klik SINI..

Semoga berjaya!!



Isu SBPA: CUEPACS lega


Mari ambil tahu.. Surat khabar harini.. :D

PUTRAJAYA: Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversi isu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.

Katanya, Mohd Sidek memaklumkan lima tuntutan berkenaan perlu diberi pertimbangan, terutama yang membabitkan isu kritikal.

Selain itu, Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas semakan semula SBPA kali ketiga semalam menunjukkan maklum balas positif secara terbuka untuk menilai lima tuntutan berkenaan serta beberapa cadangan CUEPACS.

"Selepas tiga kali bermesyuarat dan dengan kemasukan tiga lagi anggota CUEPACS dalam pasukan itu, ada perkembangan positif ditunjukkan. Ada keterbukaan dalam mendengar maklum balas daripada kita.
"Berikutan itu, kita yakin perkara ini boleh diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang diberikan. Lima tuntutan CUEPACS bukan satu perkara yang menyulitkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, di sini semalam.

Sebelum ini, CUEPACS mengumumkan lima tuntutan, iaitu mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan penjawat awam dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan penjawat awam yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar juga berkata, persetujuan kerajaan terhadap lima tuntutan CUEPACS itu akan memberikan keceriaan kepada kakitangan awam yang sebelum ini kurang puas hati dengan pelaksanaannya.

"Isu SBPA ini dapat diselesaikan secara perbincangan seperti yang diadakan hari ini kerana jika CUEPACS tidak dibawa dalam rundingan, ia akan terus menjadi isu di kalangan kakitangan awam," katanya.

Beliau juga memaklumkan satu bengkel Jawatankuasa Bertindak CUEPACS berhubung isu SBPA akan diadakan di ibu negara pada 17 dan 18 Februari ini bagi menyediakan kertas kerja komprehensif mengenai masalah skim baru itu.

"Bengkel ini akan dihadiri pelbagai pihak berkaitan, termasuk ahli akademik bagi membincangkan isu itu dan menyediakan satu kertas kerja komprehensif untuk penyelesaiannya," katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, pasukan petugas khas masih meneruskan perbincangan dan semua maklum balas serta cadangan yang diterima akan diteliti.

Kerajaan sebelum ini memberikan tempoh tiga bulan yang berakhir 16 April ini kepada pasukan berkenaan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan SBPA selepas menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kedua-dua pihak berbincang bagi menyelesaikannya.

IKEA BERHANTU?


Rabu Kurang Kata-Kata.. Boleh ke?

Catatan pendek ibu tentang pemergian kami ke IKEA Ahad lepas. Tak mahu cerita panjang-panjang. Tengok gambar dulu okey..

Pozing sebelum pergi.. siap gaya lentok-lentok gitu..

Agak-agak?


Yang ibu cari..


Hmm.. Sebelum pergi tu kan, ibu cannnnnnnnntik sangat. (Kah kah kah.. cantik la sangat..) Tapi masa balik ibu dan jadi hantu tak rupa orang. Huhuhu..

Alkisahnya, berlaku sebiji macam cerita INI.

Sudahnya, apa pun tak dapat. Ibu rasa macam ada hantu kat IKEA. Dua kali pergi, dua-dua kali dia buat perangai. Astaghfirullahal'azim..

Dahtu, kenapa sampai ibu jadi hantu? Sebab ibu dah 'bertukar'!! Huhuhu.. Dah la nak sampai tu jem, cari parking berpusing-pusing.. Jejak je kaki turun kereta dia dah mula dah..

Adik, adik.. Adik dah besar tau. Bukan baby lagi.. Janganla macamni.. Sedih ibu tau!!

Ayahhh.. Jom kita ambil cuti. Kita g IKEA berdua nak? Hehehe..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...