Follower

Thursday, March 31, 2011

"Kau Ingat Aku Bodoh Macam Engkau?"

Assalamualaikum wbt..

Maaf la sahabat-sahabat, agak kasar tajuk n3 ibu hari ini. Tapi ini bukan ayat ibu tau, cuma ia ada kaitan dengan apa yang ibu nak luahkan pada hari ini.

Beberapa hari yang lepas, ibu menerima jemputan ceramah dari sebuah sekolah menengah di negeri Selangor. Tak perlulah ibu sebutkan nama dan di mana sekolah tersebut.

Alhamdulillah, tugasan ibu berjalan lancar walaupun menurut makluman dari guru yang terlibat, pelajar-pelajar yang dipanggil untuk mendengar ceramah ibu adalah pelajar-pelajar kelas hujung dan bermasalah. Pelajar-pelajar memberi kerjasama yang baik kepada penceramah.

Usik mengusik, bercakap-cakap dan tertidur semasa mendengar ceramah, ibu kira satu perkara yang biasa. Ibu pun kadang-kadang buat perkara yang sama masa dengar ceramah. Hehe..

Ibu tamatkan sesi ceramah ibu selepas sejam setengah ibu bercakap. Dalam masa sejam setengah ibu rangkumkan 3 perkara iaitu kesedaran kerjaya, motivasi serta pencegahan rokok dan dadah. Kemudian, ibu pas pula pada pembantu yang ibu bawa, untuk membuat beberapa aktiviti.

Ketika aktiviti dan game dijalankan, ibu mula membuat pemerhatian kepada guru-guru pula. Aduh bila mengenangkannya, tiba-tiba ibu rasa nak pendekkan n3 ini.

Dipendekkan cerita, ini adalah dua ayat yang keluar dari mulut seorang guru terhadap anak muridnya (yang nakal) dan di dengar sendiri oleh ibu, berlaku di hadapan ibu sebagai tetamu.

1. "Ko, kalau aku terajang ko baru ko tahu".
2. "Ko ingat aku bodoh macam engko?".

Ps: apa pandangan sahabat-sahabat

 

Err.. gambar ni tak ada kaitan tau. Ibu ambil dari google. Tiba-tiba teringat perumpamaan, 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. Hehe.. susu lembu. Tepek le gambar lembu. Kihkih..

Wednesday, March 30, 2011

Pinggan Mangkuk Awak Kena Zakat Tak?

Assalamualaikum wbt..

Err.. macammana ibu nak mula ya? Pendek cerita macam nilah, ramai sahabat-sahabat ibu tidak menjelaskan zakat pendapatan. Maka ibu rasa bertanggungjawab mengajak mereka menjelaskan zakat pendapata. Dalam mesyuarat ibu suarakan, dalam majlis ilmu ibu suarakan dan dalam sembang-sembang pun ibu suarakan.

Alhamdulillah, ada sahabat-sahabat yang positif dan terus bertindak. Ada juga sahabat-sahabat yang positif, tapi belum bertindak. Apa yang penting? Yang penting ibu dah suarakan.. :-)

Hmm.. sebenarnya tadi ibu sembang-sembang lagi tentang isu zakat dengan kawan-kawan yang belum menjelaskan zakat pendapatan. Tiba- tiba muncul soalan di atas dari seorang sahabat. Hehe, kena batang hidung ibu. Ibu ni kan PML collector.

Err.. Err.. apa jawapannya? Jom baca!

Harta Yang Wajib Dizakatkan

Ada 2 jenis zakat iaitu:
  • Zakat Fitrah

    Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan
    syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Zakat Harta
          Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
    • Zakat Pendapatan
    • Zakat Perniagaan
    • Zakat Binatang Ternakan
    • Zakat Pertanian
    • Zakat Wang Simpanan
    • Zakat Emas dan Perak
    • Zakat Saham
    • Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz *
*
Ma’adin


Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

Kunuz

Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).


Rikaz

Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)

Ibu copy maklumat tu dari sini http://www.e-zakat.com.my/info-zakat/harta-yang-wajib/

Ps: Err.. ada siapa-siapa nak beri penjelasan? Bagi jelas gitu!!

Teko Awang Kenit!!

Assalamualaikum wbt..

Hari ini ibu nak kongsikan Teko Motif Bunga Kangkung paling kenit dalam koleksi ibu..


 Kenitkan? Ibu suka sebab comel sangat. Saiznya hanya sebesar buah epal. Buah tu saiz kecil tau.. bukan epal yang besar tu..


 Teko kenit dan kawan-kawan..


Deretan teko bulat Bunga Kangkung koleksi ibu.. ibu possingkan di atas kabinet. Aladdin dan teko telur duk diam-diam dalam kabinet ye..

Ps: Ini antara sudut kegemaran ibu dalam 'Baiti Jannati'. Merenung koleksi sendiri adalah satu kepuasan.. juga satu terapi bagi ibu. Sukaaaa!!

Tuesday, March 29, 2011

Jalan-Jalan Tanpa Ayah/ Anak Hilang Di Pasar Ahad Stadium Shah Alam!!

Assalamualaikum wbt..

Ahad minggu lepas, En Ayah menerima arahan bertugas. Semasa ayah maklumkan pada ibu sehari sebelumnya, ibu dah rasa tak gembira. (Macamtulah juga agaknya perasaan ayah bila ibu diarahkan bertugas pada hujung minggu.. ) Apapun, arahan tetap arahan. Kami kan berkhidmat untuk negara!

Kenapa ibu tak gembira? Pertama, sebab masa bersama suami tercinta dihujung minggu telah dicuri. Kedua, ibu dah plan nak pergi ke Pasar Ahad di Stadium Shah Alam. Apa nama pasar tu ye, ada yang panggil Pasar Tani, ada yang panggil Pasar Karat. Kawan-kawan kata, di situ boleh intai-intai PML. Ketiga, ibu dah janji dengan seseorang untuk ambil barang di Amcorp Mall di Petaling Jaya.

Hmmm.. tanpa ayah macammana plan ibu? Takkan nak kena batal? Tidak!!!

Serius, semenjak ibu ada anak.. ibu tak pernah ke mana-mana tempat terbuka dan tempat yang ramai orang, hanya dengan anak-anak tanpa ayah. Anak-anak ibu, lasak woooo. Hehe.. kang tak cukup tanah mengejar.

Tapi kehendak ibu kali ini, ibu nekad teruskan juga. Jam 9.30 ibu dan anak-anak dah sampai di Seksyen 13. Itulah kali pertama ibu jejak Pasar Ahad Stadium Shah Alam. Parking? Huuwaaaa.. rasa nak nangis. Dah la kali pertama pergi, bawa anak-anak pula tu, suami tak ada pula tu, parking susah pulak tu... Ish, ish, ish.

Sudahnya ibu parking di sini..

v

v

v

Betul-betul dekat stadium. Pasarnya, nuuuuuun di sana.. (gambar ni ibu ambil masa dah nak balik)

Yeah! Test power kezooman kamera ku..

Selesai urusan parking, ibu pun.. sediaaaa.. mulaaa. Kiri pegang abang, kanan pegang adik. (Dah tak ada picas ye.. tak cukup tangan dah. hehe..).

Jalan-jalan jumpa mainan, jalan-jalan jumpa mainan lagi. Hmmm.. RM50.00 khas untuk anak-anak sahaja. Ibu belanja tak banyak mana pun. Satu, sebab tak banyak yang berkenan.. dua, tak boleh nak belek-belek sangat. Risau nak lepas tangan anak.

Semasa ibu belikan air untuk anak-anak, ibu dengar satu pengumuman tentang anak hilang. Abang yang jual air tu kata, pagini ni sahaja dah ada 3 pengumuman tentang kehilangan anak. Allahu Akbar!!  Ibu cepat-cepat heret anak-anak ke kereta. Jam 10.45 anak-anak dah duduk dalam kereta.
(Maaflah kalau tajuk di atas menyebabkan kekeliruan. Bukan anak ibu yang hilang tau!!)

Wajah-wajah riang. Walaupun panas, peluh meleleh-leleh, tapi mereka happy. Sebab dapat mainan!!

Selesai shooping mooping di pasar, ibu pecut pula ke Petaling Jaya. Yeay, Amcorp Mall pula.

Adik layan aiskrim @ McD.

Abang layan ayam goreng.. Filet O Fish tu ibu yang punya..

Jalan-jalan di tingkat atas. Kat bawah tak dan tangkap gambar, orang ramai sangat. Segan la pula.. Tengok-tengok je ye toys tu anak-anak.

Semasa di bawah, ibu jalan-jalan cuci mata. Tengok barang-barang antik. Ibu juga sempat bertegur sapa dengan rakan-rakan blogger sehobi.

Apa ibu beli? Taraaaa...

v

v

v

Teko cenonet motif Bunga Kangkung. Besarnya sama dengan saiz buah epal je.. Sukaaa!

Kami berada di AM dalam lebih kurang 3 jam. Jam 2.30 petang kami sampai di rumah, ayah dah balik kerja pun. Halamak!! Hehe.. Berjalan sakan ibu dan anak-anak!

Penat yang amat sangat, tapi ibu saaaaangat happy.. (mungkin bagi orang lain biasa je) Tapi, ini pengalaman pertama ibu jalan-jalan dengan anak-anak tanpa ayah. (Err.. tapi, ibu pernah bawa anak-anak balik kampung tanpa ayah tau). Cuma yang tu anak-anak duk dalam kereta sahaja dan ibu drive. Tak ada jalan-jalan di celah-celah orang ramai.

Jam 3.30 petang kami keluar lagi. Kali ini ayah ada bersama.. kami menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat ibu. (Ex office mate yang dah bersara).

Malam.. semua pengsan!! Haha..

Ps: Kemana kalian Ahad yang lepas?

Monday, March 28, 2011

Riadah Petang-Petang!

Assalamualaikum wbt!!

Sahabat-sahabat pengunjung blog kecil ibu yang dikasihi... ibu nak kongsikan di sini aktiviti riadah kami sekeluarga petang Sabtu yang lepas. Err.. ibu tak joint berpeluh pun. Ibu cuma bentang tikar dan makan-makan bekal. Hehe.. apalah ibu ni kan?

Lokasi kegemaran anak-anak dan En. Ayah beriadah adalah di padang lapang di hadapan Muzium Negeri Selangor. Tiba-tiba ibu tak ingat pula apa nama padang tu.

Layan gambar jom..


 Aktiviti pertama.. main bola. Gol tu En Ayah beli di Tesco dengan harga RM30.00 kalau tak silap..


 Hehe.. inilah penjaga golnya. Bergaya sungguh!!


 Ewahhh.. bukan main lagi dia..


Sakat abang.. adik nak bawa lari gol. Kihkih.. kelakar sungguh ibu tengok..


Aktiviti ke2.. main lumba lari. Masani tudung adik dah 'terbang'..


Aktiviti ke3.. 'kita minum duluuuu'.. hehe, ditikar inilah ibu bermalas-malasan..

Ps: sahabat-sahabat, ada yang suka ke sini juga ke? Sahabat-sahabat selalu beriadah di mana?

Saturday, March 26, 2011

Maryam Nabihah & Gap Dari AM Collections!!

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, sebahagian hadiah yang ibu menang dalam AM Photography New Year GiveAway 2011 telah pun ibu terima.

N3 penyertaan ibu di SINI dan N3 kemenangan ibu di SINI dan sahabat-sahabat telah pilihkan hadiah dalam N3 INI.

Pendekkan cerita.. taraaaa...

v

v

v

Cantikkan? Cuma modelnya masam je. Ada pic yang senyum tapi kabur la pula. Ada juga sehelai lagi berwarna merah.. possing kain kali lah!

Terima kasih yang tak terhingga buat AM Collection!!

Pss: kawan-kawan, jom la intai http://alishamardhiyah.blogspot.com/ menarik tau!

Friday, March 25, 2011

PML Bunga Kangkung Untuk Dijual!!

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat, ibu ada beberapa PML (pinggan mangkuk lama) bermotif Bunga Kangkung untuk di let go. Hobi ibu kan hunting kedai apek.. bila jumpa hasil ibu beli lebih dari keperluan sendiri. Jadi, bolehla panjangkan ke kawan-kawan yang mungkin berminat atau mula nak berminat. Kan? Kan?
Inilah dia..

v

v

 Set A


Set B

Keterangan lanjut dan harga sila ke http://jemariasmaraonlinebiz.blogspot.com/

Terima kasih!!

Thursday, March 24, 2011

Gara-Gara Beli Perabut Dari Katalog!!

Assalamualaikum wbt..

Gara-gara hobi baru ibu, seantero 'Baiti Jannati' dipenuhi pinggan mangkuk lama (PML). Bawah meja, atas meja, bawah kerusi, atas kerusi, bawah katil, atas katil je tak ada. Hehehe..

Maka ibu mengambil keputusan untuk menambah lagi almari dalam 'Baiti Jannati'. Dan ini lah dia..

v

v

v

 Ibu suka designnya yang ringkas, tidak terlalu berkerawang-kerawang. Kalini ibu pilih yang berlantai kayu, sebab dah ada yang berlantai cermin. Tuuuu. yang nampak sikit di sebelah kanan tuuuuu...


 Ibu pun suka pemegangnya, biasa-biasa sahaja.. tapi nampak klasik pada pandangan mata ibu..


 Lacinya yang juga ibu suka.. bahagian depan semua solid wood dan luaran yang sangat kemas buatannya.


 Lantai dan dinding.. haaa, yang ni ibu tak suka..


 Kekemasan dalaman? Tak sukaaaaa... Keutuhan? Takutttttt... waaaa.. PML ibu bernilai ribu-ribu tau.. huhu.. (bukan riak, tapi nak bagi tahu yang PML tu bernilai..)

Semuani berlaku gara-gara ibu tak berkenan dengan perabot sedia ada yang ada di kedai yang ibu pergi tu. Belek-belek katalog, ibu berkenan yang ini.

Nak buat macammana.. dah beli. Terima sajalah. Sebagai langkah penyelesaian En. Ayah beli alat sokongan tambahan.


Harap-harap En Ayah cepat-cepat make over almari ibu. Tak sabar nak susun-susun.. hehehe..

Ps: Sahabat-sahabat pernah tak beli perabut main tengok katalog je?

Wednesday, March 23, 2011

Teko Aladin Bunga Kangkung!!

Senyum.. tak perlu kata apa-apa..

Antara koleksi PML kesayangan.. Teko Aladin Bunga Kangkung!!

Tuesday, March 22, 2011

Teko Telur Bunga Kangkung!!

Assalamualaikum wbt..

N3 pendek sahaja.. Ibu nak kongsi dengan kawan-kawan lagi pinggan mangkuk lama (PML) dalam koleksi ibu.. terbaru..

Teko Telur Bunga Kangkung..

Teko tu ibu beli dari sahabat FB ibu.. cawan-cawan hasil apek SINI dan lapiknya tu dapat dari apek yang paling ibu suka. Tapi apek kesukaan ibu ni dah tak ada barang nampaknya. Lama je menyepi.. hehe..

Sekian..

Monday, March 21, 2011

Jemari Asmara 2nd GiveAway - Update 3!!

Assalamualaikum wbt..


Update! Update! Update!

Alhamdulillah, sehingga 21 Mac 2011 Jemari Asmara 2nd GiveAway telah menerima sebanyak 127 penyertaan. Sila semak senarai peserta di SINI ye sahabat-sahabat. Maaf pada peserta yang belum dilawat. Masih ada 10 hari lagi untuk GA ini berlangsung dan masih menunggu 33 lagi penyertaan untuk menentukan samada 10 hadiah akan ditambah atau tidak. Jom joint!!! Ada masa lagi..

Sila klik banner di atas!! Terima kasih!!

Sunday, March 20, 2011

Kisah Hunting: Apek Sombong & Najis Tikus - Part 2

Assalamualaikum wbt..

Sambungan dari Part 1 ye sahabat-sahabat..


Haaa.. ini rupa asalnya.. siapa-siapa tak tahu cerita sila klik SINI ye..

Ini pula selepas.. 'Bertukarrrrrr!!"..

v

v

v

Sudah putih bersih serta wangi.. hati ibu menyanyi.. lalalala...

Close up beberapa cawan.. zassss..











Sekian!!

Saturday, March 19, 2011

Kisah Hunting: Apek Sombong & Najis Tikus - Part 1

Assalamualaikum wbt..

Kisah pinggan mangkuk lama (PML) lagi.. Jangan marah ya!! hehe.. Tetapi percayalah, apa yang ibu hendak kongsikan ini agak menarik.

Semalam (Jumaat), ibu mula bertugas setelah bercuti selama 6 hari (Ahad - Khamis). Pagi Khamis kami sampai dari kampung ayah di Terengganu. Jasad ibu di pejabat, tetapi hati ibu di rumah, sebab? Sebab, anak-anak di rumah. Khamis ayah kerja, ibu cuti.. Jumaat ibu kerja ayah cuti. Gilir-gilir jaga anak-anak. Kenapa tak hantar Taska? Extra kos maaaa.. Anak-anak ibu kan berstatus transit sebab dah sekolah.. Jadi bila hantar full day kena kos lah!!

Mood ibu yang ke laut tiba-tiba berubah ceria.. seorang staf di pejabat ibu memberi berita gembira. "Puan, saya jumpa satu kedai, memang old school lah rupa dia. Tapi saya tak tahulah yang puan cari tu ada ke tak". Ibu dah mula tersengih-sengih. Hehe.. Nampanya ada misi 'menghunting' tengahari ni.

Ibu dengan semangat waja menapak ke kedai yang dimaklumkan. Malas nak bawa kereta, sebab ibu tahu kawasan tu susah nak parking. Sampai je ke kedai tu, dalam hati ibu.. "Mak aiii, buruknya kedai ni". Mata ibu melilau.. Haaa, nampak teko BK.

"Mau apa?" Ehhh.. sombongnya cara apek ni tanya pelanggan. Ibu dengan senyuman yang menawan (perasan) menyatakan hasrat hati. Dengan suara angkuh si apek jawab, "Tak ada, tak ada, tak ada". Ibu tunjuk ke Teko BK. Tuuuuu...

Si apek jawab, "Lu tengok ini tempat, macammana mahu ambil?" memang nak ke tempat teko tu banyak halangan dengan barang-barang.

Pendekkan cerita, si apek tu malas nak layan ibu. Siap halau lagi. Tapi ibu buat hati kering. Misi ibu mesti diteruskan, jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Muahaha!! Dalam apek tu bebel-bebel kat ibu, ibu seeeeenyummmm je. Mata terus melilau. Wahhhhh!! Ternampak sesuatu.. Ini dia..

v

v

v

 Nampak? Ada beran nak ambik? haha..

Ibu dengan senyuman menawan tegur apek tu lagi... "Taukey, saya tanya jangan marah aaa.. saya nampak cawan, boleh saya ambik? Saya nak beli..".

Apek tu sergah ibu, "Hah, macam mana mau ambik?" Memang kedudukan tempat tu agak terperosok. Ibu jawab, "Tak apa taukey, saya ambik sendiri".

Apek tu sergah ibu lagi, "Hey! Lu tau ka, dalam itu kotor.. campur-campur taik tikus maa..". Ibu jawab, "Tak apa taukey, saya sanggup". Wahhh!! Semangat betul kan ibu ni? Haha..

"Suka hati lu lah". Yeay!! Dapat lampu hijau. Ibu hulur tangan nak ambik cawan-cawan tu. Huwaaaa!!! Tak sampai!! Ibu menonggeng pulak! Huwaaa!! tak sampai juga!

Akhirnya, ibu terpaksa membuat gerakan badan yang tak boleh diceritakan di sini. Kih kih kih.. Pakai baju kurung dan tudung labuh tu. Tak senonoh betul!!

Alhamdulillah, atas kegigihan ibu, ini hasilnya:

v

v

v


 31 cawan lama pelbagai motif dan bentuk.. Bunga apa di cawan tu pun dah tak nampak. Berkeladak sangat..

Pendekkan cerita lagi.. rasanya apek tu pun kagum dengan kesungguhan ibu. Dia minta maaf dari ibu atas kekasarannya terhadap ibu. Hehe.. Dia tak tahu ramai lagi collectors yang lebih tegar dari ibu dan sanggup buat lebih dasyat dari ini.. Hehe..

Pendekkan cerita lagi, ibu bawa balik rumah. Rendam dalam bilik air. Ibu pun kene berendam juga sebab dah berkubang dengan &^%$#@. Hahaha..


Sesi membuang kekotoran sebelum direndam. Bilik air ibu bersih tau... tu hitam-hitam sebab cawan tau!! Hehe.. (berapa banyak hehe.... daaaaa....)

Ps: Agak-agak cawan tu boleh ke bersih? kita sambung part 2 lah ye.. tak pun, intai aje FB ibu..

Wassalam!

Friday, March 18, 2011

Menanam Bunga Padi - Part 2!!

Asalamualaikum wbt..

Maaf ya sahabat-sahabat, ibu nak cerita tentang pinggan mangkuk lama (PML) lagi. Ibu faham, bukan semua pengunjung blog ibu suka PML. Tapikan, tak kenal maka tak cinta. Mana tahu, dngan baca n3 ibu ni, timbul minat pula. Tak rugi menghargai sesuatu yang lama. Kerana 'lama' itulah meingkat nilainya.

N3 ini adalah sambungan dari Menanam Bunga Padi - Part 1. Dalam n3 terdahulu ibu kongsikan bagaimana ibu mula mengumpul PML motif Bunga Padi.


 Koleksi Bunga Padi ibu semakin membiak.. semasa ibu ke Sabak Bernam 2 minggu lepas, ibu sempat singgah 'menghunting' di kedai apek. Semuanya new old stock.. Set di atas adalah hasilnya yang terdiri dari 2 teko tinggi, 6 set cawan V shappe, 6 platter sederhana dan 1 platter besar. Dapat dari 2 buah kedai yang berbeza..


Terkini, teko padi ibu tinggal satu. Satu ibu dah barter dengan sugar pot dan creamer hasil persetujuan dengan Kak Taslimah, sahabat FB ibu. InsyaAllah, dalam perjalanan lah tu agaknya.

Ps: semasa n3 ini ditulis, Bunga Padi ibu semakin membiak. Ibu dah ada teko Aladdin, teko Mrs Pot, 6 set cawan gemuk, 6 platter lagi dan 6 pinggan mengkum. InsyaAllah, ibu akan kongsikan kemudian.

Hunting PML @ Cuti Sekolah: Part 1

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat yang mengikuti blog ibu pasti tahu, ibu mempunyai hobi mengumpul pinggan mangkuk lama. Kebanyakan koleksi ibu, ibu 'hunting' sendiri di kedai-kedai lama. Tapi susah juga, sebab banyak yang dah tak jual. Sebahagian lagi, ibu beli secara online dari kawan-kawan yang mempunyai hobi yang sama.

Sempena cuti sekolah minggu ini kami sekeluarga balik kampung En. Ayah di Pulau Bahagia, Kuala Terengganu. Ibu apa lagi, menyelam sambil minum air lah.. Perjalanan dari Selangor ke Terengganu menjadi lebih panjang gara-gara ayah melayan hobi ibu yang suka singgah kedai apek. Hehe..
Kami sampai di Terengganu jam 1.00 pagi Ahad 13.03.2011. Pagi-pagi lepas matahari terbit ibu dah ajak ayah ke Kampung Cina cari PML. Seperti biasa En. Ayah turutkan aje. Hehe.. dalam hati tak tau le..

Ini hasil hunting singgah menyinggah dan Kampung Cina..

Hari Isnin, tiada pergerakan 'hunting'. Ayah pun tak tahu kat mana nak cari PML di Kuala Terengganu. Kami mengambil kesempatan ziarah saudara mara. Ibu pun tak sangka En. Ayah akan buka mulut pada mak saudaranya tentang PML. En. Ayah tanya je.. tapi alhamdulillah dapat 2 cawan lama dari Mok Dayang, warisan dari Tok Nyang katanya.

Hari Selasa, ibu ajak En. Ayah ke Selising, Pasir Puteh. Mula-mula En. Ayah macam taknak pergi sebab jauh tau. Lebih kurang 250km pergi dan balik dari rumah mak. Sebenarnya, ramai dah kawan-kawan kata kat Selising tu mahal. Tapi, desakan hobi ibu cukup kuat. Nak juga pergi! Hehe.. akhirnya seperti biasa, En. Ayah turutkan juga.

Harganya memang mahal.. tapi alang-alang dah datang dari jauh, ibu rembatlah juga beberapa barang. Inilah hasilnya..

Balik dari Selising, wah!! Cawan pemberian Mok Dayang dah berkawan. Sudah ada lapiknya. Rupanya MIL kesayangan ibu minta dari Mok Nun, mok saudara seorang lagi. Hehe.. Terima kasih mok! Terima kasih Mok Dayang! Terima kasih Mok Nun..


Inilah cawannya. Mungkin coraknya tidak menarik, tetapi status 'lama' itu amat berharga.


Ini pula acuan kuih lompang pemberian my MIL.. nampak gaya kumpul bunga peonis la pula lepas ni..

Hari Rabu, kami bertolak balik ke Shah Alam selepas zuhor. Walaupun hujan lebat dari pagi masih belum reda, ibu ajak juga ayah ke Kampung Cina lagi. Tapi, tak ada rezeki ibu, kedai tu tutup.

Kami meneruskan perjalanan dan al hamdulillah selamat sampai pada 17.03.2011 jam 1.00 pagi.

Itulah penutup kisah 'Hunting PML @ Cuti Sekolah: Part 1'. Tapi cuti sekolah tak habis lagi. Nantikan sambungannya ye..

Ps: Ada sapa-sapa ke yang ternanti n3 dari ibu? Hehehe.. Perasan betul ibu ni kan?

Wednesday, March 16, 2011

Pantai Rhu Sepuloh, Setiu, Terengganu: Part 2

Asalamualaikum wbt..

Hujan lebat sedang mencurah-curah di Pulau Bahagia.. ibu mencuba nasib dengan kelancaran internet pagi ini. Harap-harap gamar-gambar dapat diupload lebih dari 1.. hehe.. sambungan dari n3 mlm tadi yang hanya berjaya memaparkan 1 pic.


Maryam Nabihah.. mula-mula takut, lama-lama macam dah tak takut.. lepas tu takut balik.. hehe..


Mula-mula air tak sampai situ.. elok kami tengah berposing.. alamak!! habis basah kain ibu.. adik tengah ketakutan lah tu..


Maryam Nabihah dan Mak Ucu.. pagi sebelum bergerak ke Kelantan sempat ambil Mak Ucu di UNIZA (dulunya KUSZA)


Yusuf dan Mak Ucu..

Alhamdulillah, keboringan anak-anak, ayah dan mak ucu gara-gara melayan hobi ibu terubat juga. Anak-anak sangat riang di sini sampai ajak balik pun taknak.

Secara jujur, ibu risau sebenarnya. Ini bukan masa yang sesuai untuk bermain di pantai. Balik rumah pun, kena 'sound' dengan Ayah Long sebab ke pantai dalam orang sebuk-sebuk isu Tsunami.

Syukur.. tiada apa-apa yang buruk berlaku.

Tuesday, March 15, 2011

Pantai Rhu Sepuloh, Setiu, Terengganu..

Assalamualaikum wbt..

Masih lagi bersiaran dari Terengganu. juga masih berperang perasaan dengan cabaran internet yang slow.. namun dengan semangat n3 mesti dibuat juga. Maaf sahabat-sahabat, walaupun ibu tiada kekangan kerja pejabat ibu masih tak dapat BW lagi. Sungguh, internet sangat lembab. Di kampung ibu guna Maxis Broadband.. InsyaAllah, pulang ke Shah alam nanti ibu akan lawat blog sahabat-sahabat dengan line Streamyx yang berdesup tu.. :-)

Hari ini seharian masa ibu sekeluarga habis di atas jalan. Gara-gara memberi sokongan kepada hobi baru ibu 'menghunting' pinggan mangkuk lama (PML). Hari ini ayah memandu sejauh 250km perjalanan pergi dan balik Kuala Terengganu - Selinsing, Kelantan. Tentang 'hunting' ibu cerita kemudianlah ya..

Semasa pejalanan balik, kami singgah di Pantai Rhu Sepuloh, Setiu.. Layan pics jomm!


Hmmm.. sekeping sahaja yang berjaya diupload. Sabar ajelah..

Bersambung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...