Follower

Showing posts with label Catatan umum. Show all posts
Showing posts with label Catatan umum. Show all posts

Thursday, December 18, 2014

Jualan Gudang Simply Siti di Anggerik Mall Shah Alam

Alhamdulillah, kami baru sampai rumah. Tadi ibu, Yusuf dan Maryam berjimba-jimba di Anggerik Mall Shah Alam. Ada apa di Anggerik Mall?

image
Simply Siti buat jualan gudang..

Jualan Gudang Simply Siti berlangsung dari 17-19 Disember 2014, dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang..

Ware house sale ni berlangsung serentak didua tempat; Anggerik Mall Shah Alam dan Bangunan Komtar Pulau Pinang..

image
Semua dijual murah-murah..

Barang yang dijual semua di bawah harga pasaran, diskaun hingga 80% katanya..

image
Pilih kak, jangan tak pilih..

image
Masa nak bayar beratur panjang la juga..

Masing-masing teruja memborong.. Tapi pilih-pilih juga ya. Setiap barang ada tarikh pengeluaran, yang ada tarikh luput pun ada. Kebanyakannya luput tahun 2015 - 2016. Yang cuma tertera tarikh pengeluaran pun ada, kebanyakannya 2010-2011. Jadi kalau nak beli banyak-banyak sebagai stok sendiri, kira dulu berapa lama anggaran penggunaan setiap item.

Walaupun ini bukan barang makanan, tapi bagi ibu tarikh luput tu perlu diambil kira. Dah nama pun penghabisan stok, mesti ada sebab stok-stok tu nak dihabiskan dan dijual dengan harga murah..

Tapi dari segi harga memang berbaloi-baloi. Kepada kawan-kawan yang nak sama-sama memeriahkan jualan, sempat lagi ni. Harini hingga besok..

image
Gambar sebagai penutup. Ini aje hasil capaian ibu tadi.. :D

Saturday, November 22, 2014

Cuti Dah Mula Jom Simpan Baju Sekolah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam hari terakhir persekolahan bagi tahun 2014. Anak-anak sekolah dah boleh hip hip horey!! Yusuf dan Maryam belum boleh lagi, mereka hari ini masih kena hadir kelas tafiz hujung minggu mereka.

Kelas tu ibu ada cerita dalam entry Anakanda Yusuf dan program Tahfiz Hujung Minggu. Tak lama lepas tu Maryam pun menyusul ikut serta, tapi tak ada la pula entrynya. 

Kami dijangka bercuti (holiday) dan balik kampung bulan 12 nanti. Sementara itu, ibu dah rangka 5 aktiviti harian untuk anak-anak. Jemput baca di SINI (klik) untuk kita kongsi-kongsi idea.

Harini ibu dah mulakan operasi menyimpan pakaian sekolah anak-anak. Mana yang boleh pakai lagi, mana yang tidak..

Baju dan tudung Maryam semua elok lagi dan boleh sambung pakai untuk tahun depan. Cuma kainnya dah senteng sebab anak ibu dah makin tinggi. Alhamdulillah, anak ibu sihat dan membesar dengan baik..

Yusuf pula, 100% baju baru nampaknya. Sebab kalaupun masih muat semuanya dah lusuh dan lunyai. Belum hujung tahun pun dah banyak kali beli seluar baru sebenarnya, sebab tang lutut rajin berlubang. Hahaha.. Almaklum kanak-kanak lelaki sebenar. Alhamdulillah, anak lelaki ibu ini sihat, cergas dan aktif. 


Baju-baju yang hendak disimpan..

Ibu-ibu, mari kita bersiap sedia fizikal dan mental menghadapi kerenah anak-anak sepanjang cuti sekolah. Semangat!!

Ps: Terima kasih singgah di Jemari Asmara. Tinggalkan jejak ya, insyaAllah akan berkunjung balas :D

Friday, November 14, 2014

Tips Mudah Mengurus Kain Baju Belum Berlipat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Salah satu kelemahan ibu yang nyata ialah kurangnya kerajinan melipat baju. Basuh baju, sidai baju, angkat baju dari ampaian memang wajib buat hari-jari. Nak lipat? Alaaaaaaahai..

Masa mula-mula cuti tanpa gaji tempoh hari, punyalah semangat nak memastikan tiada gunung ganang kain dalam rumahku syurgaku ini. Tapi kelaut juga. Hahaha..

Lepastu mulalah berangan-angan, alangkah bagusnya kalau ada mesin lipat kain. Mesin lipat kain sebenar tau, bukan yang pakai kotak tu.

Tapi ibu percaya, bukan ibu sorang je yang berangan mesin lipat kain tu. Ramai je ada angan-angan yang sama. Betul tak? 

Baru-baru ini ada perbincangan dalam sebuah group dekorasi di FB. Beberapa orang rakan memberikan pandangan tentang;

Tips Urus Kain Tidak Berlipat

1. Letakkan kain di dalam bakul supaya kain tidak bersepah-sepah

2. Asingkan bakul untuk setiap ahli keluarga untuk memudahkan pencarian baju

3. Sediakan bilik khas untuk mengurus baju-baju yang belum dilipat dan digosok. 

4. Sidai baju menggunakan penyangkut (hanger), jadi tak perlu lipat. Kering je kain boleh terus angkat dan sangkut dalam almari.

Secara umumnya 4 tips itu adalah tips yang bagus dan boleh dipraktikkan. Tips no 1 hingga 3 akan memstikan baju tidak bersepah-sepah walaupun belum dilipat. 

Cuma tips no 3 tu hanya praktikal untuk yang mempunyai rumah besar atau ada bilik yang tidak digunakan. Macam rumah kami ni ada 3 bilik sahaja. 1 ibu ayah, 1 Yusuf dan 1 Maryam, maka bilik untuk baju adalah tiada. Tips no 4 yang paling mudah cuma perlukan hanger yang banyak dan ruang almari yang besar.

Tapi kan, ibu sebenarnya ada tips ibu sendiri. Nak tau?

Kita tengok gambar-gambar ni ye..


 Sebelum..


Selepas..

Hehehe.. Tips ibu lepas angkat kain dari ampaian terus longgok atas sofa. Bila pemandangan tercemar dengan gunung ganang kain maka motivasi untuk menarahnya menjadi tinggi. Cepat-cepat lipat dan simpan..

Bila duduk dalam bakul, haaaaa.. Berhari-harilah jawabnya dalam bakul tu kan. Bila pakai hanger pula, masih perlu diperbetulkan gaya menyangkutnya. Kalau tak, tak muat almari nanti. Jadi, apa-apa hal, parking atas sofa dulu.

Cuma tips ibu ni banyak la kelemahannya. Kalau tak sempat lipat, memang sakit mata memandang. Bila ada tetamu datang, kelam kabut nak sorok baju-baju tu..

Jadi sebelum praktikkan tip yang ibu bagi, fikir-fikirkan dulu ye. Hehehe..

Okey, ibu nak sambung lipat kain ni, hingga di sini dulu tarian jemari ibu ni. Kalau ada tips dan cadangan tambahan, sila tinggalkan dikotak komen ye. Nanti ibu edit di entry, mana tahu dapat membantu kawan-kawan yang lain.

Hingga jumpa lagi..

Saturday, October 25, 2014

Salam Ma'al Hijrah 1436H/ 2014M

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam, 1435H telah sampai ke penghujung dan menjelang Maghrib 1436H telah memunculkan diri. 




Semoga kita diberi kesempatan untuk bernaung di bawahrahmatNya dan dikurniakan umur yang panjang bagi meneruskan perjuangan sebagai khalifah Allah menjelang tahun 1436H ini. Semoga azam yang disemai, akan terus subur berkembang hingga terhasil buahnya..



Tema sambutan Maal Hijrah 2014:  
"Perpaduan Nadi Transformasi Negara"

Akhir kata, Jemari Asmara mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua pembaca dan pengunjung blog kecil ini. Semoga jemari ini akan terus diberi peluang untuk merakamkan segala kebaikan yang dilalui untuk dikongsi bersama. 

Friday, March 7, 2014

Macadamian Nuts


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini terajin sikit, jalan-jalan rumah maya kawan-kawan. Blog walking 3-4 blog buat melepas rindu. 

Antara yang sempat singgah tadi rumah Kak Yati hidang cekodok gebu, rumah Mama Qs dapat santapan ilmu, rumah Ummi Iman dapat info tentang tablet keluaran Malaysia Cariku, rumah Kak Nza cerita pasal anaknya hadiah telekung, dan last sekali tadi singgah rumah Yayans Mum cerita pasal Chicken Macadamia Wrap..

Haaa, bila sampai rumah YM tu ada tanda soal sikit. Chicken wrap tu tahulah, tapi apakah macadamia itu? Hasil baca entry YM tu tahulah bahawa macadamia tu sejenis kekacang. Tapi bagaimanakah rupanya? maka ibu Yusuf pun gigih menggoogle. Hehehe.. 

Hasilnya oooooo, ini macadamia..











Itulah tadi sebahagian hasil googlelan ibu Yusuf. Tulah rupanya kacang Macadamia tu..

Tanda soal tak habis lagi sebenarnya. Dalam bahasa Melayu panggil apa ye? Cer komen sikit.. ;-)

Hingga jumpa lagi..


Friday, February 28, 2014

KOLEKSI KEY CHAIN IBU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semangat nak buat entry tu ada, tapi nak tulis apa tak tau. Hehe.. Toleh kiri, toleh kanan, pastu menung sekejap.. Idea tu ada cuma masa nak mengarang tak ada.. Hasrat hati nak buat entry pendek je..

Godek-godek gambar dalam tab jumpa gambar ni..

v

v

v

v


Maka terhasillah idea nak buat entry Koleksi Key Chain Ibu. Hehe.. Sempoi kan?

Sebenarnya, ibu bukan penggemar key chain. Tapi itu bukan alasan untuk tidak menghargai pemberian orang lain. Kadang-kadang kawan bagi, kadang-kadang dapat masa buat program.Dapat je simpan, sedar-sedar dah penuh sekotak kecik. Ini yang di pejabat je, yang kat rumah ada lagi..

Baru-baru ni kemas-kemas terjumpa balik kotak yang dah lama simpan tu. Dari tersimpan je, ibu pun gantung dan susun cantik-cantik.. Dalam gambar tu lah hasilnya. Sila abaikan kertas-kertas yang bersepah itu ye..

Sekian entry pendek untuk harini. Semoga besok ada entry lagi. Hehehehe..


Wednesday, April 11, 2012

MAKANAN KITAR SEMULA: APA KATA ANDA?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari Rabu yang buat ibu menyanyi lalalala.. Haha.. Seronoklah sebab cuti. Tak payah nak fikir hal kerja di pejabat. Semalam punyalah penat, seharian di Pusat Gerakan Marin Pulau Indah. Hadir program anjuran KDN.

Pagi tadi ibu buat nasi goreng. Nasi goreng ringkas je, goreng nasi semalam yang tak habis, campur dengan ikan goreng yang dah dua hari dalam peti sejuk. Kih kih.. Inilah yang dinamakan 'makanan kitar semula'.


 Nasi goreng ibu yang sempoi.. Tapi nampak kelas kan? Haha..

Lantas, ibu teringat cerita ayah Yusuf tentang kawannya yang tak akan makan nasi goreng bila sarapan dikedai. Alasannya, tu nasi semalam yang yang tak habis. 

Memang betulpun, rata-rata kedai makan memang buat macam tu. Sebabtu, kedai makan belakang pejabat ibu tak ada menu nasi goreng setiap pagi Isnin. Sebab Sabtu Ahad memang tak buka kedai..

Bukan nasi je.. Biasanya ikan dan ayam goreng / bakar yang tak habis juga akan dikitar semula. Besoknya, jadilah ayam atau ikan masak sambal. Ikan bakar jadi masak lemak cekur, atau apa-apa menulah. Kawan ibu seorang tokey restoran mengaku, memang kitar semula makanan tak habis.

Apa pandangan kawan-kawan tentang perkara ini?

Ibu tengok keadaan.. Kalau setakat makanan dirumah, tak ada masalah. Yang penting masih elok dan belum basi.

Kalau di kedai, memilih lah juga. Kadang-kadang kita tak perasan pun itu makanan kitar semula. Cuma, ibu makan je nasi goreng kat kedai.


Nasi goreng dengan teh o yang telah habis dingap!!

Sebagai penutup, kita kembali kepada tajuk entry:

Makanan kitar semula: Apa kata anda?

Jumpa lagi.. :D



Thursday, March 15, 2012

ISU IBUBAPA CUAI & HENTAM MENGHENTAM; PANDANGAN IBU YUSUF


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari berturut-turut, negara digemparkan dengan isu 'duka' yang melibatkan kematian kanak-kanak kecil yang dilibatkan dengan kecuaian ibubapa. Kisah kematian Dirang, kisah anak lemas ketika ibu basuh kain dan kisah mayat kanak-kanak ditemui terapung di Tasik Titiwangsa ada ibu kongsikan di Jemari Asmara.

Pada mulanya, ibu kongsikan berita-berita tersebut di Jemari Asmara adalah sekadar mengisi ketandusan idea untuk mengisi Jemari Asmara dengan entry baru. Juga dengan harapan, agar kisah yang dibaca dapat menjadi pengajaran dan tauladan kepada pembaca agar lebih berhati-hati ketika bersama anak-anak.

Kemudian, bila ibu pingkan entry-entry tersebut di beberapa group FB, ianya seakan-akan 'panas' terutamanya dalam kes Dirang. Masing-masing melepaskan geram dengan hal kecuaian yang menjadi sebab awal tragedi berlaku. Alhamdulillah, masih ada juga yang mengingatkan kawan-kawan tentang apa yang berlaku adalah ketentuanNya. Ibu akhirnya sekadar menjadi pemerhati tanpa sebarang komen..

Jujurnya, ibu sentiasa takut dengan kejadian-kejadian seperti itu. Ibu kira semua ibubapa juga mempunyai perasaan yang sama. Dan hakikatnya, kami juga pernah berhadapan dengan kejadian yang menakutkan seperti yang pernah ibu kongsikan di Tragedi Anggerik Mall.

Setelah apa yang berlaku, setelah membaca semua komen dan pandangan, termasuklah entry teman-teman blogger, ibu punya pandangan sendiri yang ibu rumuskan di sini.

1. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran. Jika cuai dilihat sebagai sebab, berusahalah kita menjadi ibubapa yang tidak cuai..

2. Apapun sebab berlaku apa-apa kejadian, janganlah sampai kita lupa bahawa setiap yang berlaku adalah ketentuanNya..

3. Jangan terlalu mudah melulu membuat tafsiran sendiri hanya dengan berita-berita yang disampaikan. Jangan menghentam sesuka rasa.Cuba bayangkan, jika kita berada ditempat mereka

4. Sama-samalah kita doakan agar keluarga yang menerima musibah sabar dan sedekahkan al fatihah jika mangsa seorang Muslim..

Bukanlah ibu nak membela ibubapa yang cuai.. (mentang-mentang lah dia pun pernah cuai kan?), namun sesungguhnya bercakap itu adalah mudah. Namun siapa kita untuk melawan ketentuanNya..

Sama-sama kita berusaha untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik dan bertanggungjawab.

Ps: Entry ini ibu tulis selepas peristiwa petang tadi. Bawa Yusuf dan Maryam mandi di Wet World. Mata ibu sentias mengekori pergerakan Maryam. Namun dek keligatannya, ada juga pandangan ibu terputus juga dengan kelibatnya barang sesaat dua. Dalam sesaat dua, macam-macam boleh berlaku. Aduhaiii..


Permata hati ayah dan ibu..

Pss: Apa yang kena cover tu? Kisah di sebalik gambar ada dalam entry INI..




Friday, March 2, 2012

A VERY OLD & RARE PICTURE OF HOLY KABA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Sumber: FB


Friday, February 3, 2012

BERTEMU KEKASIH LAMA..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Beberapa hari yang lepas, masa ibu selongkar almari cari filem gambar kahwin.. Ibu jumpa diari ibu masa zaman belajar dulu. Alaaa.. diari masa zaman remaja.

Sempat juga belek-belek, selak-selak, dan baca sekali lalu.. Ngeh, ngeh, ngeh.. senyum-senyum kambing dibuatnya. Upss.. Jangan salah sangka, tak ada kaitan dengan tajuk di atas. Ibu dulu masa belajar tak ada kekasih tau. Ayah Yusuf tu lah kekasih pertama ibu Yusuf, tu pun jumpa selepas habis belajar..

Serius, ibu dulu belajar tak ada kekasih ye. Orang nak tu adalah, tak adalah ibu Yusuf ni tak laku langsung.. Kah kah kah.. Perasan pulak bunyinya. Bukan apa, dulu prinsip ibu Yusuf adalah tak mahu bercintan cintun masa belajar..

Wah.. Intro dah lari tajuk. Full stop!! Kita balik pada tajuk di atas..

Sahabat ibu bercerita tentang kawannya masa belajar dulu yang ada masalah rumahtangga. Masalah semakin buruk dan rumit bila kawannya tu bertemu semula dengan kekasih lama juga masa belajar dulu. Bila dah bertemu, bibit-bibit cinta lama bertaut semula. Hingga nekad nak minta cerai dari suami. Aduh, duh!! Ini bukan nak mengumpat ya, cuma marilah kita berpesan-pesan di sebalik sebuah cerita.

Ibu teringat semula, kenangan menjawat jawatan di Unit Perundangan Keluarga, sebuah pejabat agama beberapa tahun dulu. Setiap hari berhadapan dengan bermacam-macam isu dan masalah rumahtangga. Cerita dalam kain, luar kain, pun hari-hari ibu dengar.

Malah, hampir kebanyakan yang datang dah bawa keputusan nak berpisah.. Bila dipanggil untuk sesi rundingcara, dah tak ada ruang untuk pembimbing bersuara. Masing-masing nak menegakkan kebenaran sendiri. Yang saling 'lepuk melepuk' depan pembimbing pun ada.. Maka berpeluanglah ibu Yusuf menyaksikan drama realiti..

Rata-rata kebanyakan masalah bermula dengan masalah dalaman pasangan, iaitu tiada persefahaman. Masing-masing ego dengan fahaman masing-masing. Tiada yang mahu mengaku kalah. Sepatutnya, bincang elok-elok dari hati kehati. Di mana silap kita yang tidak disukai pasangan, juga sebaliknya. Saling mengalah dan bertoleransi. Tutup buku lama, buka buku baru..

Jangan keruhkan keadaan dengan masalah luaran. Contohnya, menceritakan masalah pada pihak ke tiga yang bukan sepatutnya. Berlainan jantina pula tu.. Lain pula ceritanya nanti, samalah ceritanya macam kawan-kawan kepada ibu tadi.

Mula-mula masalah, kemudian jumpa kekasih lama, kemudian minta cerai..Cerai adalah satu perkara yang halal, namun paling dimurkai oleh Allah swt.. 

Semoga kita tabah andai diberi dugaan, kerana tiada hidup yang tidak diuji. Semoga kita mampu berfikiran waras dan matang dalam menyelesaikan masalah.


Semoga kita semua dijauhkan dari musibah sedemikian rupa. Semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan berpanjangan hingga ke syurga sana.. Amin ya rabbal 'alamin..

 Sekadar gambar hiasan.. :D




Sunday, January 15, 2012

LAMAN WEB: Dari Hati Wardina Safiyyah


Assalamualaikum wbt..

Pagi Ahad yang hening.. Heningla sekarangni sebab Yusuf dan Maryam belum mula gaduh. Nanti bila bibit-bibit bercakar tu muncul, maka gamatla rumah ni. He he..

Pagi tadi ibu sambung BW rumah kawan-kawan. Masa singgah blog Mama Amana terbaca tentang laman web Wardina Safiyyah.. Maka ibu Yusuf terus terjah sana..

Ibu prt sc header laman web Wardina.. Cantik..

Ibu belum berkesempatan nak jelajah semua, baru baca tentang biodata tentang Wardina dan anak-anak. Juga catatan tentang trauma yang dialami selepas rumahnya dipecah masuk.. Nanti-nanti boleh jelajah lagi..

Cuma... (jangan gelak sekiranya ini soalan tidak bijak), macammana nak tahu sebarang update tentang web ni? Maksud ibu nak follow macammana? Tolong jawab ya..

Ps: Jelajah Jemari Asmara akan berakhir malamni tepat jam 12.00 tengah malam. Penyertaan tak ramai sebab ibu tak buat promosi dan jarang update tentangnya. Tapi ibu berpuas hati.. sebahagian peserta memahami konsep yang ibu mahukan. Belum serta? Jom!! Sempat lagi.. :D

Thursday, September 22, 2011

Hantu Bonceng: Dari Pandangan Seorang Anak Kecil..

Assalamualaikum wbt..

Minggu lepas ayah ada langgan cerita Hantu Bonceng di Astro First. Sekadar nak tengok filem yang berjaya mengutip juta-juta RM ni... Ayah dan anak-anak yang mengadap, ibu layan juga sikit-sikit, sambil mata lebih tertumpu kepada skrin laptop.. :D

Ibu bukanlah nak buat ulasan cerita ke, bukan tentang Zizan yang dah minta maaf ke atau bukan tentang kebodohan Ahmad Idham menjawab tentang isu-isu yang dilontarkan padanya. Tapi secara jujur, ibu memang 'hangin' dengan jawapan si Ahmad Idham tu. Apapun status kedudukan cerita tu, menghina ke, tak menghina ke, tapi jawapan dia memang tidak bijak. (Err.. terbabas pula. Tadi kata tak nak komen pasal dia. Kih kih kih..)

Tentang isu agama pula, ramai bijaksana yang sudah buat komen. Tadi ibu singgah blog Ustaz Love, beliau ada buat n3 tentang Berhentilah Bercakap Wahai Ahmad Idham. Antara isi kandungannya ialah pandangan Ustaz Azhar Idrus dan ulasan Ustaz Love sendiri.

Sebab ramai sangat orang dewasa bagi ulasan, harini ibu nak kongsikan ulasan cerita ini dari pandangan seorang anak kecil. Seorang anak yang berusia 6 tahun 10 bulan, siapa lagi kalau bukan anak ibu sendiri; Muhammad Yusuf Nabhan yang sama-sama ikut ayah layan cerita Hantu Bonceng ni.

Secara mata kasar, tafsiran pada anak kecil ini.. dia seronok dengan cerita ini. Sekejap-sekejap ketawa, sekejap-sekejap ketawa. Gelak-gelak, dan sekali sekala tutup mata Takutla kononnya tu ye.. hehe..)

Namun, ibu melihat dia dari sudut yang lain. Dari mula cerita sungguh banyak soalan-soalan yang diajukan berkaitan dengan cerita tu. Soalan-soalan itu timbul kerana dia tak faham. Dia tak faham kerana cerita itu banyak menyimpang dari ajaran-ajaran baik yang diterapkan kepadanya.

Antara soalannya,

"Deorang (mereka) ni Islam ke ibu?"

"Masuk kelab malam dosa kan ibu? Orang Islam tak boleh masuk kelab malam kan ibu? Tapi kenapa deorang boleh masuk"

"Minum arak haramkan ibu?"

"Lumba motor haramkan ibu? Kalau nak berlumba kena pergi stadium (litar lumba) kan ibu?"

Dan baaaaanyak lagi kan ibu? kan ibu? kan ibu? yang ibu pun dah tak ingat masa nak taip n3 ni.

Maka rumusan ibu, yang ibu ambil dari soalan-soalan anak ibu, nampak sangat cerita-cerita ciptaan manusia ni banyak menyeleweng dari cara hidup sebenar kita sebagai Muslim khususnya. Kesannya, adalah pengaruh yang tidak baik kepada anak-anak. Hingga ada sesetengah ibubapa, begitu kuat bermujahadah dengan tidak membenarkan anak-anak menonton tv langsung. Sila kagumi mereka, kerana ibu tidak mampu untuk menjadi seperti mereka..

Ibu mengambil pendekatan, sebagai orang dewasa kita mesti bersama-sama anak-anak dalam menonton cerita-cerita sebegini. Jelaskan kepada mereka, apa yang betul, apa yang salah. Jawab soalan mereka dengan sabar dan logik.. (walaupun kadang-kadang soalan-soalan tu buat ibu dan ayah hilang kosentrasi dan tertinggal jalan cerita.. hehe..)

Apapun, ibu mengharapkan agar penulis skrip, penerbit, pengarah, hatta Lembaga Penapisan Filem, dan yang paling utama KERAJAAN akan lebih celik mata selepas ini. Ibu tak mau komen panjang-panjang lagi, takut terbabas.. :D

Ps: Ibu buat segmen Main Teka2 @ Jemari Asmara di link http://jemariasmara.blogspot.com/2011/09/main-teka2-jemari-asmara.html. Tengok je gambar tu dan teka apa dia. Kalau betul dapat hadiah!!

Saturday, August 20, 2011

Risau @ Kedai Bahan Kek..

Assalamualaikum wbt..

Hari ahad yang lepas, ibu ke kedai bahan-bahan membuat kek. Bukanlah ibu nak membeli bahan-bahan buat kek pun, tetapi mencarai bekas yang boleh guna dalam mikrowave.

Alang-alang dah ke situ, ibu ronda-ronda dan mengintai apa bahan-bahan yang ada. Mengikut pemerhatian ibu, sebahagiannya tiada bertanda halal. Tapi, subhanallah, masyaAllah, astaghfirullah, orang-orang kita memborong tanpa mengambil kira semua itu.. dan ibu sebagai seorang pengguna, sangat-sangat risau dengan keadaan ini.

Mungkin salah satu cara menangani kerisauan ini adalah dengan buat kuih atau kek sendiri. Namun untuk mengawal pemakanan anak-anak ketika di sekolah atau ketika bertamu di rumah orang adalah sukar!! Ya Allah, peliharalah kami..

Ibu sangat menekankan mesti ada tanda halal sebelum membeli sesuatu. Ibu pernah berperang dengan Maryam Nabihah di sebuah kedai gara-gara dia meminta sekotak coklat yang tiada tanda halal!!

Ps: Ibu copykan di sini petikan akhbar tentang mentega Goldern Churn yang dikatakan tidak halal. Tu ada tanda halal tu.. (tapi bukan JAKIM la..)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

  
JAKIM Sahkan Mentega Goldern Churn Tidak Halal..

Sumber: Malaysia Kini


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.
Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

 

@@@@@@@@@

Pss: Ngeri..

Tuesday, August 9, 2011

Pemandu BKF 5420!! Pemanduan Anda Berbahaya!!

Assalamualaikum wbt..

Ini cerita petang semalam.. Semasa ibu sedang memandu, tiba-tiba sebuah lori sampah meluru dengan sangat laju dari arah belakang dan memotong kereta ibu hingga hampir menghimpit. Kemudian memotong beberapa kenderaan lain sedangkan jalan tersebut adalah jalan satu lorong. Kemudian keluar pula ke lorong bercabang dengan sangat laju.

Mungkin penceritaan ibu sukar difahami.. dipendekkan cerita, pemandu lori sampah itu memandu dengan sangat laju dan BERBAHAYA!

Insiden itu mengingatkan ibu pada kejadian bertarikh 10.10.2006.. dah 5 tahun pun berlalu. Ibu terima satu sms yang berbunyi, 'Hafizi meninggal kemalangan'. Sampai harini ibu simpan sms tu. Arwah adalah rakan sekerja ibu..

Ajalnya telah ditentukan Ilahi.. namun sebabnya adalah berlanggar dengan lori sampah ketika pulang bersahur. Kejadian berlaku di bulan Ramadhan..

'Berhati-hatilah Ketika Memandu'


Terima kasih google..

Thursday, July 21, 2011

Klinik Cure & Care 1 Malaysia..

Assalamualaikum wbt..



Sahabat-sahabat pengunjung blog ibu yang dikasihi. Pernah dengar nama klinik ni tak? Atau pernah tengok lambang ni tak? Kalau shabat-sahabat nak tahu lebih lanjut, boleh klik SINI ya..

Jumpa lagi.. salam sayang buat semua.

Wassalam!

Tuesday, December 28, 2010

Stop!! Dah Tak Follow Dah!!



Buat kali pertama..

Sejak ibu jadi blogger..

Ibu berhenti dari ikut blog yang dah ibu ikut..

(ada juga yang stop follow ibu tau!!! - lepas habis GA.. tapi ibu +ve je..)

Opss.. balik topik asal..

Harap tuan punya blog tu tak kecik hati..

Bukan apa..

Semenjak duani..

Blog dia asyik tunjuk gambar pelik-pelik..

Rajin update pulaktu.. asyik keluar kat papan pemuka kita..

18sx.. 18 sg..

Tak lalu ibu tengok

Maka..

Sekian..

Tuesday, December 14, 2010

Tisu Basah Antibakteria!! - Perlukah?

Salam semua..

Ini bukan iklan Dettol yer.. Saya nak cerita bahawa ini adalah Anti-Bacterial Wet Wipe yang sentiasa ada di dalam tas tangan saya. Saya akan bawa ke mana-mana sahaja.

Apabila bersama anak-anak ia sangat-sangat berguna. Almaklumlah anak-anak yang sedang membesar dan lasak sering terdedah dengan kekotoran. Dan tidak semua tempat kita akan menemui air dengan segera untuk membersihkan kekotoran terutama ketika dalam kereta.

Tisu basah antibakteria ini juga sangat penting dalam hari-hari saya di tempat kerja. Tugasan saya mewajibkan saya berhadapan dengan insan-insan yang sebahagiannya adalah pembawa penyakit berjangkit. Namun, saya tidak boleh mengelak untuk menemui mereka kerana itu adalah tanggungjawab saya. Jadi, tisu ini sedikit sebanyak adalah sebagai satu usaha perlindungan kepada saya.

Gambarni diambil semalam.. mula berkerja selepas 11 hari tinggalkan pejabat.. habis semua ku tenyeh.. hehe..

Apa pandangan kawan-kawan pula? Adakah tisu ini berguna atau sekadar satu pembaziran?



Saturday, December 11, 2010

Tolonglah Kami..

Salam semua..

Saya tidak suka rokok.. Alhamdulillah, En. Ayah tidak merokok (sebelum ini dia adalah perokok, sehingga dia menyunting saya sebagai suri dalam hidupnya..) dan saya terpanggil untuk menyertai Segmen: Tolonglah Kami anjuran Ben Ashaari..

Segmen ini mudah saja .. Segmen ini aku dibuat untuk menyedarkan mereka yang gemar merokok ditempat tempat terbuka..

1. Letakkan gambar ini..


2. Ceritakan satu kenangan yang pernah anda lalui melibatkan isu merokok ditempat awam

Sebenarnya banyak kenangan yang pernah saya lalui melibatkan isu merokok di tempat awam, namun yang terkini adalah apabila saya melihat seorang bapa yang sedang mendokong anaknya yang masih bayi sambil merokok ditempat awam yang sesak dengan orang ramai. Luluh hati keibuan saya melihat keadaan itu. Kejadian  berlaku  di Zoo Melaka. Kejadian kedua juga di Zoo Melaka tetapi pada waktu malam, apabila saya melihat seorang lelaki dengan 'selamba' merokok ketika sedang beratur untuk menaiki traim.

3. Pernahkah anda menegur mereka yang merokok ditempat awam dan apakah tindakan yang diambil mereka ?

Saya tidak pernah menegur sesiapa secara terbuka, namun anak-anak saya sering melakukan isyarat dua tangan di mulut dan menggoyangkannya apabila ternampak sesiapa merokok di tempat awam. kebiasaannya, para perokok hanya akan tersenyum dan berlalu bergitu sahaja.

Saya pernah menulis satu N3 berkaitan isu ini sebagai satu teguran tidak langsung.

4. Rayuan anda pada mereka yang suka merokok ditempat awam ..

Tolonglah.. sayangi nyawa anda. Sayangi orang disekeliling anda. Ingatlah, anda mungki seorang pembunuh!

Sekian, wassalam.

Friday, December 10, 2010

Buntu.. Buat Kali Pertama!!

Salam semua..

Alhamdulillah, hari ini Jemari Asmara telah berusia 18 hari dengan sebanyak 23 n3 dipaparkan (dengan purata 1 hari 1 n3). Saya bukan blogger tegar yang mengemaskini blog berkali-kali dalam sehari. Namun hakikatnya saya mula merasai manisnya menjadi seorang blogger.

Lahirnya Jemari Asmara menautkan jalinan-jalinan ukhwah di antara saya dan sahabat-sahabat blogger. Sehingga saya tidak ragu-ragu menganjurkan Salam Ukhwah GA seawal 10 hari usia blog ini. Dalam masa 8 hari seramai seramai 60 peserta telah turut sama.. satu jumlah yang tidak terjangkau dek pemikiran saya sebagai seorang blogger baru. Kepada peserta-peserta GA dan pengikut blog ini, terima kasih saya ucapkan..

Kepada sahabat-sahabat, berilah saya tunjuk ajar. Terlalu banyak yang saya masih tidak tahu..

Hmm.. berbalik kepada tajuk di atas, n3 ini ditulis sebab tak tau nak tulis apa. Buntu.. buat kali pertama nak buat n3 apa sejak ada blog. Hehehe..


Gambarni tak ada kena mengena dengan n3.. saja nak kongsi, ini bunga yang saya gubah sendiri untuk Aidilfiri 1431h.. 

Jumpa lagi, wassalam.

Thursday, December 9, 2010

Bila Kanak-kanak Lebih Bijak Dari Orang Dewasa!!

Salam semua..

Catatan Jemari Asmara kali ini mungkin sedikit sensitif untuk dibaca dan di tatap. Tetapi ini adalah kisah realiti yang terjadi di hadapan saya dan suami. Kisah 'silapnya manusia' yang sering berlaku di mana-mana. Namun sejauh mana, kita sebagai seorang dewasa mampu membetulkan kesilapan? Sehingga ianya dilakukan oleh seorang kakak-kanak berumur 6 tahun, tanpa arahan sesiapa, tetapi lahir dari akal bijak kurniaan Ilahi.

Kejadian berlaku semasa kami mengunjungi zoo malam di Melaka. Ketika itu kami sedang melihat beberapa spesis harimau yang dari balik sebuah tembok bercermin. Sebuah keluarga yang terdiri dari dewasa dan kanak-kanak mengetuk-ngetuk cermin dengan kuat mungkin dengan tujuan untuk menarik perhatian harimau supaya menghampiri mereka. Perbuatan mereka jelas melanggar amaran bertulis yang dipaparkan. Tiada siapa menegur mereka, termasuklah saya dan suami. Sehinggalah tiba-tiba seorang budak lelaki berumur 6 tahun membaca 'TOLONG JANGAN KETUK CERMIN' dengan kuat sehingga menyedarkan keluarga tersebut bahawa perbuatan mereka itu salah.

Gambar ini diambil di zoo Melaka tetapi bukan di tempat kejadian..

Sebelum itu lagi, kami telah melihat banyak silapnya manusia.. paling jelas adalah sikap membuang sampai merata-rata.. mungkin termasuk kami.. kami juga manusia biasa.. (Alhamdulillah, saya berjaya mengutip sampah-sampah yang dibuang oleh anak-anak di atas tanah).

x x x x x
Gambar ini telah dikeluarkan untuk tidak menyinggung sesiapa.
x x x x x


Gambar ini 'terambil' ketika saya menguji flash kamera hanset saya. Saya kira tak perlu diperjelaskan apakah kesalahan yang berlaku digambar ini.. (di tempat awam)

Kepada saudara di atas, maaf saya pohonkan. Semoga catatan dan paparan saya pada n3 ini (lebih kepada peringatan kepada diri saya sendiri) akan membuka mata kita semua, agar tidak menunjukkan kesilapan diri kita pada orang lain. Setiap manusia tidak akan lari dari kesilapan, namun jangan jadikan kesilapan itu satu kebanggan untuk dipamerkan kepada orang lain. Saya paparkan kesalahan itu di sini adalah sebagai satu pengajaran kepada kita semua.

Ingin saya tegaskan di sini, catatan ini adalah merupakan pandangan peribadi saya. Gambar diambil secara tidak sengaja melalui kamera telefon bimbit milik saya tetapi ditempat yang terbuka.. (no ngendap-ngendap or skodeng-skodeng k..)

Jumpa lagi.. wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...