Follower

Showing posts with label Syawal 1433H. Show all posts
Showing posts with label Syawal 1433H. Show all posts

Monday, August 27, 2012

DAIL NOMBOR TALIAN KECEMASAN @ 7 SYAWAL 1433H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Subhanallah, masyaAllah, alhamdulillah.. hari 8 Syawal 1433H sudah. Jemari Asmara terus terbiar sepi nampaknya. Bukanlah tuannya terlalu raya sakan, namun ibu Yusuf telah kehilangan rentak dalam berblog. Jemari ini bagai kaku untuk menarikan irama penulisan..

Amboi, ayat akhir perenggan pertama tuu. Hahaha.. sehari dua ni rancak join contest yang kena buat slogan. Jadi terbawa-bawa lah pula. Semoga ada lah rezeki harapnya. Alhamdulillah terbaru menang  "Raya Wishes For Your Loved One" contest anjuran ASADI. Walaupun hadiahnya cuma seliper angry bird, tapi seronoknya bukan main lagi. Hehe..

Entry terakhir sebelum ini sebenarnya ditulis di Shah Alam. Kami bertolak balik dari Terengganu hari Selasa dan sepatutnya terus balik kampung ibu di Sekinchan. Tapi hati tergerak nak balik Shah Alam dulu. Betullah gerak hati ibu, bekalan elektrik terputus mungkin disebabkan petir. Rumahni memang macamtu, petir kuat sikit memang terus 'terkejut' suiz utama tu. Alhamdulillah, isi peti sejuk masih selamat walau pun dah cair 100%.

Hari Rabu bergerak balik Sekinchan dan malam Sabtu kembali semula ke Shah Alam sebab ibu dah mula bertugas esoknya. Bertugas dalam cuti, sebab ibu ambil cuti sampai besok (Selasa)..

Err.. Panjangnya menceceh tapi tak ada kaitan dengan dengan tajuk pun ye. Ini kisah semalam (Ahad), pagi-pagi lagi dah ada bunyi bising tepi rumah. Intai-intai dari dalam rumah tak nampak apa. Nak keluar tak berani sebab bunyinya menakutkan. Bunyi anjing menyalak dan ala-ala bergaduh gitu. Tapi ada bunyi kucing. Dalam kepala ibu, ada anjing kerjakan kucing.

Habis semua tingkap ibu intai. Mula-mula tingkap ruang tamu, tak nampak. Masuk bilik, tak nampak. Akhirnya, nampak dari bilik Maryam. 2 ekor anak anjing dan terperangkap dalam longkang dan tak pandai keluar. Oooo.. bunyi anak anjing ni ada iras-iras bunyi kucing rupanya. Dah tu ibu buat dek je, dengan harapan dapatlah anjing tu keluar nanti. Tapi sudahnya tak keluar-keluar juga..

Ibu suruh ayah call pasukan penyelamat. Ayah kata tak ada kredit. Laaaaaa, suami ku itu tak tahu pasal talian kecemasan 112 rupanya. Hehehe..

Untuk pengetahun buat sesiapa yang belum tahu, jika kita menggunakan telefon bimbit, kita hanya boleh call 999 kalau ada kredit sahaja. Kalau tak ada atau ada kredit boleh dail 112.


 JPAM datang tak lama lepas panggilan dibuat. Pantaslah jugak.. Tapi sementara JPAM datang, seekor dah berjaya keluar..


Sila abaikan baju yang nak bergambar juga tu. Yelah, ibu Yusuf tangkap gambar nyorok-nyorok. Malu you..

Tu lah seekor dari dua 'hanjing' yang terperangkap dalam longkang sebelah rumah kami. (Maryam suka sebut anjing 'hanjing') Anggota JPAM India tu siap mandikan lagi anjing yang comot tu..

Salah seorang anggota JPAM tu bergurau dengan ibu, katanya anjing-anjing tu nak tengok tv. Hehe.. Tv tu dah rosak, tak tahu nak letak mana. Letaklah dulu kat situ.. Tv tu cap ayam je, ibu dapat tahun 2006 menang pertandingan teka biji betik.

 Ibu pujilah JPAM, walau taklah cepat sangat sampainya tapi taklah lambat sangat. Cuma masalah negaranya, lepas mereka keluarkan mereka tinggal je kat situ. Ye lah, takkan nak bawak anjing-anjing tu naik ambulan kan? Menyalak-nyalak membingitkan telinga. Grrrrr..

Lepas tu ibu nampak jiran belakang keluar, kat tangannya ada ranting. Deret rumah ibu, dan deret belakang rumah ibu semuanya Melayu. Tak tahulah dia buat apa, tak lama tu senyap dah tak ada bunyi menyalak-nyalak dah. Fuh, lega.. :D

Tu jelah ceritanya.. Terima kasihlah kerana sudi membaca catatan ibu Yusuf dan Maryam ni. Setidak-tidaknya, buat yang belum tahu, dapat juga info tentang nombor 112 tu kan.

Wassalam

Wednesday, August 22, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ~ CATATAN 1-3 SYAWAL 1433H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini 4 Syawal 1433H, belum terlewat kiranya ibu, ayah, Yusuf dan Maryam mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua. Mohon ampun dan maaf andai ada tutur kata di alam nyata, mahu pun tulisan menerusi Jemari Asmara ada yang mengguris hati sesiapa. Mudah-mudahan dengan hadirnya Syawal ini semakin tertaut kasih dengan ikatan ukhuwah sesama kita kerana Allah Taala.

4 hari Jemari Asmara berehat dek penangan hari raya. Kami bergerak pulang ke kampung halaman ayah di Terengganu pada hari Jumaat jam 7.00 petang dan selamat tiba di Selangor Darul Ehsan  pada hari Selasa jam 10.00 malam. Tiba giliran untuk berhari raya di kampung halaman ibu pula.

Tak mahu membiarkan Jemari Asmara terus sepi, ibu selitkan sedikit gambar kenangan di pagi 1 Syawal 1433H. Gambar biasa-biasa sahaja, tak ada sesi bergambar sakan pun..


 Gambar kenangan sebelum ke masjid untuk solat sunat hari raya.. Bergambar cepat-cepat, tak perasan di belakang baju-baju bergantungan..


 Maryam bam-bam yang solat sunat hari raya di Masjid Kampung Pulau Bahagia..


 Ayah, ibu dan Yusuf depan rumah Tok.. Maryam masa ni dah naik rumah Tok Su, tak sabar-sabar nak beraya..


 Ehehe.. Perasan pengantin baru kejap..


Gambar di rumah Tok Yang.. Ibu seorang yang mesra kamera nampaknya masani. Huhu..

Tu je lah pun gambar yang ada. Hari raya pertama kami cuma beraya di 5 buah rumah. Tu pun semuanya depan tangga. Tak perlu naik kereta, jalan kaki sahaja..

Hari raya kedua, sambung beraya lagi hingga ke malam. Tapi sempat juga sambil-sambil melayan tetamu yang datang. Hari raya ke 3, kami cuma beraya di rumah kakak ayah Yusuf dan terus bergerak balik ke Selangor. Tak ada gambar pun..

Tahunni ibu Yusuf tak ada baju raya, tapi alhamdulillah ayah, Yusuf dan Maryam merasa pakai baju baru. Ibu pakai je jubah yang ada, matchkan dengan tudung pun yang sedia ada. Janji masih nampak sedondon sekeluarga.

Lagi nampak asli, ibu Yusuf tertinggal benda yang boleh ditepek di muka. Hahaha.. berhari raya hanya dengan bedak baby je. Sempoi gitu..

Hmmm.. semua tu tak penting. Janji dapat pulang kepangkuan keluarga, bertemu sanak saudara dan saling maaf bermaafan. Betul tak?

Okeylah, sekian dulu catatan ibu Yusuf. Panjang umur kita jumpa lagi.

Wassalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...