Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang menemui hari Isnin lagi. Hari ini ibu Yusuf dipaksa menghadiri mesyuarat di luar daerah. Ha ha ha.. dipaksa tu. Yelah, siapa yang suka pergi mesyuarat? Dah la jauh, kena drive sendiri pula tu.. Apa nak buat, saya yang menurut perintah, kan? Maka, entry yang sedang sahabat-sahabat tatap ini sebenarnya adalah entry autopublish.
Berbalik pada tajuk, alhamdulillah kedua-dua anak ibu, Yusuf dan Maryam sedang berada dalam landasan perjalanan mencari redha Ilahi. Sedang dalam jihad menguasi kitab suci Al Quran seiring dengan rakan-rakan seumur yang lain.
Yusuf, 7 tahun 1 bulan 16 hari (Tahun 2) sedang gigih menguasai Al Quran Juzuk 1, setelah setahun ibu 'tahan' dia melangkah kebacaan Al Quran. Hampir setahun dia mengulang juz 'amma.. Alasan kenapa ibu tahan dia naik Al Quran ada ibu kongsikan di SINI. Kesan yang sangat positif adalah dia telah menghafaz 25 surah lazim dengan baik.. Alhamdulillah, anak yang seorang ini walau selalu berlinang air mata masa mengaji (sebab ibu garang.. hi hi..), namun jarang timbulkan masalah.
Maryam, 4 tahun 5 bulan sedang berjuang mempelajari Iqra' tahap 3. Solehah ibu ini agak kehadapan berbanding abangnya, namun dia juga punca ibu pening kepala.. Hu hu..
Maryam bermula dengan sangat baik, sangat rajin dan sangat mudah menerima apa yang diajar. Namun bila sampai ke Iqra' 3, dia mula 'liat'. Alasannya, Iqra' 3 susah.. Ya, ibu akui Iqra' 3 agak susah untuk anak seusianya. Mula perlu mengenal bunyi untuk baris bawah dan depan. Maryam tiada masalah dalam mengenal bunyi dan baris, tapi ibu teka, dia sedikit tertekan bila ibu selalu tegur tentang panjang dan pendek. Asyik kena ulang banyak kali.. Bab panjang pendek bacaan memang dia sangat lemah..
Situasi itu menjadikan dia kurang gembira membaca Iqra', namun itu bukan alasan untuk ibu biarkan dia. Kalau anak kata taknak, dan kita sebagai ibubapa biarkan, HABISLAH!!
Ibu nak kongsikan cara ibu mengatasi Maryam yang tak mahu mengaji. Ini cara ibu ya.. sesuai dengan 'peel' anak ibu. Jika sahabat-sahabat ada masalah yang sama, kena sesuaikan juga dengan perangai anak masing-masing:
MENGATASI ANAK TIDAK MAHU MENGAJI: CARA IBU YUSUF
1. PUJUK
Cara ini kadang-kadang berkesan, kadang-kadang tidak. Sebab Maryam agak keras perwatakannya. Tapi ibu tidak pernah menjanjikan apa-apa untuknya sekiranya dia mahu mengaji. Contohnya; "..jika adik mengaji ibu belikan gula-gula/ mainan". Sesungguhnya, Al Quran itu sangat agung untuk dibandingkan dengan gula-gula atau mainan.
2. PAKSA
Cara ini sangat berkesan untuk Maryam patuh. Walaupun patuh, adakalanya berkesan untuk dia mengaji dengan baik, namun adakalanya dia tetap mengaji namun tunjuk protes bila mengaji dalam keadaan dipaksa. Dia tak akan menangis seperti abangnya, tapi dia akan buat-buat 'slow' sedangkan dia anak yang pintar.
3. UGUT
Ini adalah pakej dengan cara ke 2. Tak adalah ibu ugut; ".. tak ngaji tidur luar" atau "tak ngaji ibu pukul".. tapi ibu ugut: "Tak mengaji, tak boleh tengok tv!!"..
4. AJAK MENGAJI KETIKA MOOD ANAK CERIA.. WALAU DI MANA JUA..
Cara ini juga sangat berkesan untuk Maryam. Bila-bila masa, atau walau di mana, bila moodnya ceria, ibu ajak mengaji dia pasti mahu. Kadang-kadang, ibu tengah buat kerja rumah, dan dia mahu mengaji, ibu akan berhenti buat kerja dan ajar dia mengaji. Jangan lepaskan saat dia mahu.. Jika ke mana-mana, Iqra' dan Muqadam ibu akan bawa sekali.. Dalam kereta, bila dia boring, salah satu aktiviti yang dia mahu adalah mengaji..
Gambarni ibu curi-curi ambil masa ajar Maryam mengaji dalam perjalanan balik kampung..
Nota ibu:
Cara ke 2 dan ke 3 mungkin agak kasar bunyinya. Namun sebagai seorang ibu yang berkerjaya, masa ibu bersama anak-anak sangat terhad. Balik rumah, mana nak masak lagi, nak basuh baju lagi, nak kemas rumah lagi, nak siapkan baju dan kelengkapan untuk besok pula, bla bla bla.. (Itupun ayah bantu pantau kerja sekolah Yusuf).. Maka ibu tak ada banyak masa nak pujuk memujuk..
Cara ke 4 tu, jujurnya ibu hanya mampu praktikkan di hari cuti..
Ps: Bagaimana cara sahabat-sahabat pula?















