Follower

Wednesday, February 27, 2013

WW: BUAH BINJAI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Monday, February 25, 2013

INSTAPLACE, MAIN HUJAN DAN TOM YAM BELUT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tajuk macam best je kan? Hihi.. Apalah agaknya Ibu Yusuf dan Maryam nak ceritakan dalam entrynya kali ni kan?

Tapi rasanya yang paling menarik perhatian adalah Tom Yam Belut. Betul tak? Haaa.. Adalah tu yang mula rasa geli-geleman. Ish.. Janganlah geli-geli, makanan tu tau..

Ibu cuma nak bagi tau, ibu dah ada instagram. Haha.. kan, tu dah ada yang gelak guling-guling ketawakan ibu. Ye, ibu tahu.. awak semua dah lama ada, ibu baru nak ada.. Hihi..

Kemudian ibu juga ada instaplace. Alaa, tangkap je gambar kemudian keluarlah nama tempat yang kita berada tu. Tapi kadang-kadang tak menjadi juga.. Punyalah kena refresh banyak kali baru keluar nama tempat yang baru.

Ada satu lagi ibu tengok kawan-kawan selalu guna, instaweather. Yang tu tangkap gambar keluar maklumat cuaca. Yang tu pun tak berapa nak betul kadangnya. Cuaca tengah panas terik pun boleh dia kata mendung. Adehh..

Itu je pun ibu nak cerita. Ehehe.. Ibu kongsikan kat sini 2 keping gambar yang ibu ambil guna instaplace..


Ini gambar semalam, kami balik kampung. Ibu bagi peluang anak-anak main hujan. Alhamdulillah, antibodi mereka kuat.. tak demam..


Ini pulak gambar malam tadi. Dalam perjalanan balik ke Shah Alam kami singgah makan kat Jeram. Padahal kat rumah mak, dah makan pun.. Haha.. Sebabtu kami sekeluarga 'sihat-sihat' belaka..

Owh ya, dalam mangkuk tu Tom Yam Belut. Ibu sudahi entry kontot ni dengan soalan;

Berani ke makan belut?

Ahahaha.. Jawab kat komen yer..


 

Friday, February 22, 2013

PETUA HILANGKAN JERAGAT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam ibu sembang-sembang dengan kawan-kawan seusia. Hehe.. usia yang bukan lagi muda. Kamini 5-6 tahun lagi masuklah 4 series..

Antara yang kami bincangkan adalah tentang jeragat.. Alaa, bintik-bintik hitam kat muka tu. Banyak faktor penyebab, antaranya genetik dan usia yang semakin meningkat. Pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia pun antara faktor penyebab munculnya jerawat.

Kemudian cerita kami meleret pasal supplemen lah, pasal collagen lah.. lepas tu tiba-tiba melencong cerita lain. Kemudian sembang-sembang pasal jeragat tu habis macam tu je..
  
Gambar dari Google
 
Tadi saja-saja jelajah en. google. Ibu search pasal petua hilangkan jeragat. Ibu kongsi di sini ya..

 Petua hilangkan jeragat 1:

Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.

 

Petua hilangkan jeragat 2:

Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk p
aste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit. Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.
Sumber

Siapa-siapa yang rajin tu, boleh la cuba ya. Apa-apa saja petua, atau pun apa-apa saja supplemen yang kita amalkan.. antara syaratnya ialah istiqomah. Kalau sekejap buat, sekejap tak buat, kita pun boleh agak petua yang kita amalkan tu akan berkesan atau tak. Betul tak?

Baiklah, selamat mencuba. Tapi, ibu nak syer juga tentang kehebatan Collagen Powder Shaklee.. :D


Untuk keterangan lanjut klik:



Friday, February 15, 2013

MENGATASI MASALAH KANAK-KANAK OBESITI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari yang lepas, ibu terpandang di FB gambar yang dikongsikan oleh seorang kawan tentang seorang kanak-kanak dari Cina yang berbadan sangat besar dalam usia 4 tahun. Keadaan ini lebih popular disebut obesiti.
 


 Gambar sekadar hiasan dari google

Hmmm.. Obesiti tu apa ya?

 Ibu google makna obesiti; Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. (Sumber)

Risau juga kan? Dengan gaya pemakanan dan gaya hidup serba moden ni, kemungkinan untuk anak-anak zaman sekarang untuk obesiti adalah tinggi.


Ibu teruskan pencarian maklumat dan terjumpa satu entry yang sangat bagus di blog Kevin Zahari tentang;

Obesiti Kanak-Kanak? 10 Tips Untuk Ibu Bapa: 

1. Biar kasih sayang bertempat: Ramai ibu bapa gunakan makanan sebagai tanda kasih dan sayang. Tapi kalau anda betul-betul sayang, janganlah masak atau beli makanan yang menggemukkan sepanjang masa. Nanti yang susah anak tu juga. Kesian dia.

2. Teladan yang baik: Kalau anda sendiri mengalami masalah berat badan, cubalah untuk kurangkan berat badan dan menjadi contoh teladan kepada anak anda.


3. Tetapkan peraturan pemakanan: Disiplin dalam pemakanan kanak-kanak tu penting. Macam cikgu sekolah juga, anda perlu tetapkan waktu-waktu makan, bila makanan ringan dibenarkan dan aktiviti riadah. Pastikan anda enforce peraturan dan garis panduan anda denga konsisten.


4. Makanan ringan untuk hujung minggu: Biarlah makanan sepanjang Isnin-jumaat sihat dan seimbang. Ganjaran makanan ringan seperti ais krim, chips, kuih dan lain-lain sesuai untuk hujung minggu dan cuti sekolah.


5. Masa riadah setiap hari: Di zaman cyberworld, penting untuk memaksa kanak-kanak anda untuk keluar rumah dan melibatkan diri dalam aktiviti2 fizikal seperti bersukan, bermain dengan jiran dan lain-lain lagi. Jangka masa yang sesuai adalah 60 minit setiap hari!
 

6. Kawal masa untuk PS3 dan telefon bimbit: Macam dalam tip di atas, pastikan anda mengawal waktu dan penggunaan alat permainan dan telefon bimbit kerana kedua-duanya penggalak MALAS!
 

7. Sediakan snek yang sihat: Sarapan, makan tengah hari dan malam mungkin lebih mudah untuk dikawal, tetapi makanan di antara hidangan atau snek adalah pencetus kegemukkan kerana ia selalu TIDAK dikawal dan dipenuhi makanan yang TIDAK sihat. Jadi pastikan anda sediakan snek yang mudah dan sihat untuk kanak-kanak anda. Contoh adalah sandwich tuna, cereal oat, buah-buahan.
 

8. Ketahuikah keperluan kalorie anak anda: Setiap individu mempunyai keperluan kalori yang berbeza, termasuklah kanak-kanak. Ia bergantung kepada jantina, umur dan paling penting kadar aktiviti harian kanak-kanak tersebut.
 

9. Buang tabiat lama: Kalau anak anda mengalami masalah kegemukkan, cuba buang tabiat-tabiat yang kurang sihat untuk jangka masa panjang. Pastikan perubahan pemakanan dan gaya hidup adalah kekal supaya ia menjadi tabiat yng baru untuk sepanjang hayat.
 

10. Ia tanggungjawap anda: Jangan serahkan tanggungjawap kesihatan kanak-kanak anda kepada pihak ketiga seperti pengasuh, cikgu sekolah mahupun orang gaji. Kalau lah anda betul-betul sayangkan anak anda, pastikan berat badannya pun dalam kawalan anda.

Tips yang sangat-sangat berguna kan? Semoga berguna kepada kita sebagai panduan dan rujukan.
 
Syukur alhamdulillah, walaupun Yusuf dan Maryam kategori agak berisi tapi tidaklah sampai tahap obesiti.  Ya, kami 4 beranak memang 'sihat-sihat' semuanya. Hihihi..

 Yusuf dan Maryam kesayangan ibu..

Antara ibu dan ayah, ayah lebih tegas dalam pengawalan makanan anak-anak. Cuma tegas-tegas ayah, ayah mudah sangat 'cair' la pulak dengan anak. Huhu.. 

Realitinya, dalam zaman serba iklan di sana dan di sini, kehendak anak-anak terhadap itu dan ini sukar untuk disekat. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu lebih bertegas. Bertegas untuk kebaikan anak-anak juga. Kan?

Dan, bukan semua makanan dapat membekalkan khasiat yang secukupnya buat anak-anak. Kami suami misteri mengangkat makanan sunnah sebagai makanan tambahan anak-anak. In sya Allah, ibu akan kongsikan tentang makanan sunnah di entry yang lain pula.

Selain makanan sunnah, ibu juga beri Yusuf;

Omega Guard* dari Shaklee..

Bahasa mudahnya Omega Guard ni minyak ikan. Tapi bukan sembarangan minyak ikan. Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

Secara ringkasnya Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee: 

* Mengawal masalah obesiti
* Mengurangkan risiko penyakit jantung
* Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
* Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak.
*Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
*Membantu menyihatkan paru-paru
*Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll

 Subhanallah.. MasyaAllah.. Besar dan banyaknya nikmat Allah beri dalam Omega 3. Ini baru sebahagian kecil, kalau nak cerita tentang Omega Guard Shaklee ni saaaaaaangat banyak kelebihannya. Untuk lebih lanjut boleh KLIK SINI. Omega Guard Shaklee sesuai untuk semua peringkat usia bermula dari umur 12 bulan ke atas.

Errr.. Ada yang pening ke dengan entry ni. Mula-mula cerita pasal obesiti, lepas tu masuk tentang Omega pulak? Apa kes?

Hehehe.. Kan ibu ada tulis tu, Omega 3 mengawal masalah obesiti. Bukan untuk kanak-kanak sahaja ya, tapi untuk orang dewasa juga.

  
Jadi, jika anda sayangkan kesihatan anda dan keluarga anda.. Jom sama-sama kita ber Omega Guard. Tak mahal pun, in sya Allah mampu beli.

Untuk pembelian dengan HARGA TERBAIK boleh email ibu sebagai pengedar sah Shaklee di zefa_asmara@yahoo.com atau pm ibu di FB: Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam)

Terima kasih.. 

   
 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Wednesday, February 13, 2013

KEPERLUAN KALSIUM WANITA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tahun ini ibu bakal menginjak usia 35 tahun. Lagi 5 tahun bakal menginjak angka 40.. Allahu Rabbi, semoga terus diberi kesempatan untuk menambah amal ibadah buat bekalan ke sana kelak.

Dalam usia begini, ibu sudah dikelilingi oleh beberapa sahabat yang mempunya beberapa masalah kesihatan yang antaranya berpunca dari kekurangan kalsium. Risau juga melihatnya..

Semalam, ibu baca satu artikel tentang Keperluan Kalsium Wanita. Apa penyakit yang berkaitan dengan kekurangan kalsium dan cara mencegah penyakit tersebut. Ibu salin semula di sini untuk perkongsian bersama.

***********   

 Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.
 
Sempena sambutan Hari Osteoporosis Sedunia pada 20 Oktober 2008 lalu, wanita Malaysia diingatkan untuk menjaga kesihatan tulang mereka bagi menghindari osteoporosis. Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.

Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak. Walaupun banyak berlaku di kalangan wanita, tidak bermakna lelaki terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki mempunyai kelebihan yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut di mana kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.

Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050. Oleh itu, penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat. Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari. (Sumber)


 Google

Bercakap tentang kalsium, automatik kita akan teringat susu. Betul tak? Dalam artikel di atas pun ada disebut tentang susu. Alhamdulillah, ibu penggemar susu. Tapi tu lah, suka macammana pun bukan mampu nak minum hari-hari. Kadang-kadang lupa, kadang-kadang tak sempat. Dua gelas pula tu.. 

Dan, ramai juga kawan-kawan ibu yang tak suka susu. Jadi bagaimana ya orang-orang seperti kami nak memastikan kalsium untuk kami mencukupi keperluan? 

 Mari ibu perkenalkan salah satu supplemen Shaklee yang hebat dengan izin Allah. Ini OsteMatrix*.. Ianya istimewa kerana ia lebih daripada sekadar kalsium.

Jom baca kelebihan OsteMatrix secara ringkas;

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Jadi, jika anda sayangkan tulang anda.. Jom sama-sama kita berOsteMatrix. Tak mahal pun, in sya Allah mampu beli.

Untuk pembelian boleh email ibu di zefa_asmara@yahoo.com atau pm ibu di FB: Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam)

Terima kasih..  

HEADER BARU JEMARI ASMARA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Hasil keras tangan ibu, maka bertukarlah lagi header Jemari Asmara. Okey tak? Ibu rasa macam okey. Maaf ye, masuk bakul angkat sendiri.. Hihihi..

Header yang ibu buat seringkas mungkin namun tetap mahu memberi gambaran tentang Jemari Asmara itu sendiri. Sebuah blog peribadi yang mencatatkan suka duka bersama yang tercinta; ayah, Yusuf dan Maryam. Buat yang baru mengenali Jemari Asmara, Asmara itu nama ibu sendiri. Ya, nama betul bukan nama olok-olok tau.. ;-)

2013 juga ibu mula serius dengan bisnes online.. In sya Allah. Header baru ni juga merupakan tapak promosi kepada biz ibu. Ya, biar semua orang tahu ibu adalah pengedar kepada produk Felinna Beauty dan juga Shakle Indipendent Distributor. Doakan ibu sukses dalam biz ya..

Terima kasih..



Sunday, February 10, 2013

MENINGKATKAN KESUBURAN LELAKI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Untuk meningkatkan kesuburan lelaki disamping mengurangkan kesan buruk stress, makanan juga penting. Makanan yg berkhasiat dan berzat sangat penting, makanan segar dan mentah iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai sumber vitamin dan antioxidants. 

Berhenti merokok dan minum arak, kurangkan kopi, minum lebih jus buah dan green tea. Supplement vit C dan E, folic penting. Oyster, blackcurrent, bijan, mustard dan celery menjadi sumber logam zinc dan kecang saperti brazil nuts jadi sumber selenium, keduannya penting untuk suburkan benih lelaki. 

Jauhkan cheese, krim, daging berlemak, coklat, dan makanan diproses. Makanan yg mengadungi Omega3 saperti walnuts, flax seeds oil, sayur bayam, asparagus avacado dan kekacang, buah-buahan citrus saperti oren, lada merah, keledek merah perlu sering dimakan. akhirnya ambil vitA yg penting utk maturasi sel-sel benih lelaki.

 
 Google

Kenyataan di atas ibu salin semula dari FB Dr Hamid Arshad, seorang Dr dalam bidang yang ibu kira tidak perlu diperkenalkan lagi. Umum mengenali beliau sebagai seorang pakar sakit puan yang punya nama di negara kita.

 Ini pula adalah Zinc Complex dari Shaklee. Zinc adalah salah satu unsur yang disebut dalam topik kesuburan lelaki. Mari ibu kongsikan serba sedikit tentang Zinc dan lelaki:

 Salah satu fungsi zinc yang paling penting dalam badan lelaki ialah ia membantu dalam meningkatkan kualiti sperma. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai tahap zinc yang rendah dalam badan, mempunyai sperma yang kurang kualiti, manakala lelaki yang mengambil suplemen zinc, mempunyai sperma yang berkualiti dan subur.

Satu lagi peranan penting zinc di dalam badan adalah bahawa ia membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat dan membantu mengurangkan potensi mendapat kanser prostat dan pembesaran prostat.

Bekalan zinc dalam badan juga membantu dalam peningkatan paras testosteron dalam badan yang penting untuk kehidupan seksual yang baik. Faedah lain zinc termasuk mengelakkan rambut gugur, mengurangkan kemandulan dan mencegah mati pucuk. 

Tahukan anda, pengambilan zink juga membantu menghalang pertumbuhan hormon wanita dalam badan lelaki dan secara lansung merencatkan pertumbuhan buah dada pada lelaki. (Sumber)

 *Produk ini tidak bertujuan untuk diagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk pembelian Zinc Complex dari Shaklee ini jemput pm ibu di Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam) atau email ke zefa_asmara@yahoo.com

Terima kasih. 

Thursday, February 7, 2013

TESTIMONI FELINNA INCHLOSS LOTION - PART 3


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sila ambil perhatian, bahawa ini entry penuh kejujuran. Ahahaha.. Kenapa? Kalau testimoni ada unsur-unsur penipuan ke?

Bukanlah begitu maksud ibu, cuma lumrah dan adat orang berniaga hanya akan memaparkan yang baik-baik sahaja. Kalau testimoni pun, testimoni yang berjaya je. Kan?

Ahad lepas, FB rasmi Felinna Beauty buat survey tentang pengalaman pengguna Inchloss Lotion. Ibu print screen dan crop untuk jadikan testimoni.

Tapi untuk testimoni kalini, ibu masukkan dua-dua. yang berjaya dan yang tak berjaya. Sebagai pengguna yang bijak, anda boleh buat penilaian sendiri ya..



 3 komen pertama, 2 komen positif dan 1 komen bukan positif (tetapi ibu tidak melihatnya sebagai komen negatif tau..)


 Komen-komen yang semakin hangat.. Sila baca sendiri untuk merasa kehangatannya. Hahaha.. Yang ibu tanda merah tu maknanya komen positif.. Juga sila baca komen Ayuni Ayumi yang menjawab komen Farizan Rashid..


Lagi komen-komen.. banyak komen sebenarnya tapi tak semua ibu print screen. Yang lain-lain tu sebahagiannya komen iklan...

Tapi ibu suka dengan kenyataan yang ibu gariskan tu. "Scratch mark sy da hampir hilang sepenuhnya".. Wow!!

Senang kata beginilah, setiap tubuh badan manusia tu tak sama. Sebab tu ada yang kata berkesan, ada yang kata tak berkesan.

Seorang yang kata TIDAK BERKESAN tidak boleh dianggap sebagai kenyataan yang menggambarkan produk itu tidak berkesan. Betul tak?

Tetapi ibu sebagai penjual, yang berjaya menjual beratus-ratus botol dengan sebahagian besar pelanggan mengulang order, maka ibu dengan yakin mengatakan produk ini BERKESAN!! Ahaha.. percayalah kenyataan ibu ni. Ini adalah kenyataan penuh kejujuran tau!!  

Jom beli Felinna Inchloss dengan ibu. Pm ibu di Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam) ya..

Terima kasih..  
 


Monday, February 4, 2013

SHOPPING DI BIN NURDIN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Banyak kali dah sebenarnya ibu ternampak tentang Bin Nurdin ni di beberapa majalah. Mula-mula ibu ingat Bin Nurdin ni sekadar jenama baju, hinggalah ibu ke kedai mereka di Seksyen 15 Shah Alam, 2 minggu lepas.

Masuk je premis Bin Nurdin, tafsiran pertama ibu ialah ianya one stop centre. Memang betullah, sebab macam-macam ada. Dalam satu kedai 2 tingkat ada jual buku-buku agama, ada jual CD/ DVD Islamik (mengaji, nasyid, zikir, doa dan lain-lain), ada jual keperluan haji dan umrah, ada jual baju dan yang agak lain dari yang lain ada juga cafe di dalamnya..

Untuk lebih jelas tentang Bin Nurdin ni boleh ke laman web mereka www.binnurdin.com atau ke FB mereka https://www.facebook.com/binnurdin


 Poster ni ibu copy dari laman web Bin Nurdin..



 Gambar cafe ni pun ibu ambil dari laman web mereka. Tapi masa kami datang tak ada orang pun..

Oh ya, kami datang sini buat apa sebenarnya ya? Hihi.. kami teman ayah shopping.. Ayah offer ibu ambik apa yang ibu nak, tapi sayangnya tak ada busana yang ibu berkenan. Nak beli buku, yang baru beli pun tak terbaca lagi. Untuk Maryam pun tak ada apa yang sesuai, Maryam cuma dapat coklat je..

Tapi aura kedaini kuat menggamit lambaian kaabah. Bila tengok keperluan-keperluan haji dan umrah yang dijual, ibu rasa tak sabar-sabar nak menjejak kaki ke sana. In sya Allah, mudah-mudahan suatu hari nanti akan sampai juga kami ke sana. Amin..

Sudahnya, apa hasil shoppingan kami. Bukanlah kami ye, ayah dan Yusuf je yang dapat hasil di kedai ni. Taraaaa..

v

v

v

 Hahaha.. Muka tu nampak sangat kena paksa bergambar. Gambar ni di ambil masa ayah dan Yusuf nak pergi masjid..

Tu lah hasil shopping di Bin Nurdin. Sehelai jubah untuk Yusuf, sehelai untuk ayah.. 

Sekian cerita santai dari ibu Yusuf dan Maryam. terima kasih sudi singgah membaca.. :D

ps: Jom shopping di Asmara Collections (Zefa Ibu Maryam). Produk Felinna Beauty ada promosi sekarang, jemput like dan pm untuk harga terbaik.. Tqia.. 


Friday, February 1, 2013

PROMOSI FELINNA INCHLOSS LOTION SEMPENA TAHUN BARU CINA 2013


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Berita baik!! Alhamdulillah, semalam HQ umumkan tempoh promosi lagi. Kali ni sempena Tahun Baru Cina 2013.

 Tempoh promosi adalah bermula dari 2 Februari 2013 hingga 11 Februari 2013. (10 hari sahaja)..

Promosi kalini khas untuk pembelian Inchloss Lotion. Beli 2 botol hanya RM120.00 sahaja (harga asal RM75.00 sebotol).

Untuk pengeposan hanya tambah RM6.00 (Semenanjung) dan RM9.00 (Sabah Sarawak). Harga masih berbaloi-baloikan?

Jom order!!



Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:


Puan Zefa Nor Asmara Jubir

Sms: 012 3659728 
WhatsApp: 011 11537821




Terima kasih. 
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...