Follower

Showing posts with label Diari Ibu. Show all posts
Showing posts with label Diari Ibu. Show all posts

Thursday, December 17, 2015

Bercuti Tanpa Sengaja ke Seremban 2 N9

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, muncul juga entry baru akhirnya. Sawang pun dah berjuntai-juntai. Huhu.. Terima kasih pada yang masih singgah di sini. Maaf, komen-komen sejak entry terakhir pun baru berkesempatan publish tadi..

Sebenarnya nak cerita tentang percutian yang tak dirancang, tapi sekarang kan tengah hot cerita 'Cinta Tanpa Sengaja' di Astro. Sesaje lah buat tajuk macam tu..

Alkisahnya, dah tahu dah En Ayah nak ke Seremban hari Jumaat sampai Ahad sebab ada Karnival Sukan. Dan asalnya memang tak plan pun nak bawak family. Tapi Jumaat tu juga tiba-tiba En Ayah tanya, nak ikut tak? Kebetulan Jumaat tu cuti umum di Selangor sempena keputraan Sultan. Pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya. Haha..

Lepas Asar kami bertolak sebab anak-anak ada kelas tahfiz cuti sekolah sampai jam 5.00 petang. Sempat singgah jumpa kastemer hantar barang Shaklee lagi. Sampai di Seremban 2 dalam 7.30 malam macam tu. Kami bermalam di Hotel Sutera, Seremban 2. Sampai dah malam, nak mengejar Maghrib bagai, tak sempat pun nak snap gambar bilik..

Malam tu ayah ada majlis perasmian, kami 3 beranak bertapa kat bilik je. Ayah balik dah lewat juga, terus bawak anak-anak yang dah kelaparan keluar makan. Cari tempat makan pun main redah je sebab tak biasa pun dengan Seremban 2 tu. Sudahnya kami makan di Nasi Ayam NOAH tak jauh dari Mydin Mall Seremban 2. Boleh tahan sedap la rasanya..

 Dataran Centrio Seremban 2

Dah makan kami ke Dataran Centrio Seremban 2, betul-betul bersebelahan Mydin Mall. Memang happening kat sini, meriah. Ramai ibu bapa bawak anak-anak untuk beraktiviti santai malam-malam. Ada juga yang main kasut roda dan motor kecil. Maaf la ibu tak tahu nama saintifiknya apa..

Yusuf dan Maryam main belon je. Satu stick RM3.00, ambik 2 stick RM5.00. Dapat sekali 2 besen kecik sabun. Besen dan stick tu kena pulangkan ye, bukan ambik terus tau.

Gelap, gambar pun blurr je..

Dah habis belon, tengok macam-macam gelagat orang, pusing-pusing area dataran jap, terus balik hotel dan zzzzz. Dah tangah malam pun masa tu. 

Besoknya pagi-pagi En Ayah dah keluar untuk aktiviti sukannya. Ibu bawak anak-anak sarapan kat bawah, lepas tu apa lagi. Kolam la..

Sekadar di pinggiran..

Mandi tepi-tepi je, sebab dorang tak pandai berenang. Pelampung apa bagai memang tak bawak. Ibu teringin gak nak mandi, tapi malu. Nanti seksi you, aww..

Lepas Zuhor kami keluar makan tengahari. Sebab tak tahu nak makan kat mana, kami pergi ke Nasi Ayam NOAH lagi. Tapi entahla, malam tu makan rasa sedap. Bila datang sekali lagi, ehhh macam-macam tak kena. Ayam keras la, hangit la, air pun cair je. Sabar aje lah. Dan entah kenapa, selesai je makan Maryam muntah. Habis keluar semula apa yang dia makan..

Lepastu kami jalan-jalan ke Mydin Mall Seremban 2 pulak. Tak ada plan nak beli apa pun, cuma nak jalan-jalan cuci mata. Kebetulan ada Lisa Surihani, apa lagi. Meh skodeng dari jauh..

 Sodeng dari tingkat atas..

Masani baru keluar Mydin, beli pelampung dan bola untuk Maryam. Sebenarnya dia ada benda-bendatu tapi tak bawak. Dan tiba-tiba nak jugak-jugak beli. Sabar ajelah..

 Bergambar dengan Lisa Surihani..

Tapi bergambar dari jauh ajelah. Sorang di tingkat atas, seorang atas pentas. Budak cantik ni mintak nak bergambar dengan Lisa Surihani sebenarnya. Tapi beratur punyalah panjang, eh.. tak kuasa ibu..

 Lisa menunggu peminat..

Lepas snap gambar dari atas kami turun pergi depan pentas. Dapat la tengok Lisa Surihani tu dekat-dekat. Lupa pulak nak ambik gambar orang-orang yang beratur tunggu giliran nak ambik gambar dengan Lisa..

Lisa dari pandangan sisi..

Pic ni Maryam yang snap, zoom dari tepi pentas. Lisa ni kan baru lepas bersalin, masih nampak berisi lagi. Berisi-berisi pun, menten gojes uollsss. Cantik sangat..

 Mandi lagi..

Balik dari Mydin Mall, lepas Asar budak-budak ni terjun kolam lagi. Kali ni lebih happy sebab En Ayah pun ada. Jadi tak lah sekadar di pinggiran macam pagi tadi. Budak Maryam pun dah ada pelampung, lagi la dia happy..

Pelampung dan bola baru..

Tahu tak? Setengah nyawa tau ibu tiup dua benda alah tu. Nak pecah paru-paru rasa. Bila dah kembang dua-dua tu ibu rasa nak nangis. Haha.. Serius letih. Bukan macam tiup belon tu tau, ni beratus kali ganda dengan tenaga tiup belon. Anak punya pasal, layan ajelah..

Ginilah bila percutian tak dirancang, kalau tau awal dah bawak siap-siap pelampung yang kat rumah tu. Pam pun ada, tak payah tiup-tiup bagai.

Malam kedua kami tak ke mana-mana, Maryam dah tertidur awal. En Ayah dan Yusuf keluar tapaw makanan, dan ibu terpaksa layan bola. Tak pernah-pernah ibu layan bola, nasib baik Selangor menang dan Isnin diishtihar cuti. Hoyeeeh!!

Besoknya awal-awal pagi kami dah bergerak balik Shah Alam. Memang awal, sampai sarapan pun kat Shah Alam. Tapi eloklah, sebab besoknya Isnin anak-anak nak ke Melaka untuk kem 2 hari 1 malam. Sempat la dorang berehat dan ibu kemas-kemas barang dorang..

Berakhirlah kisah cuti tanpa sengaja ke Seremban 2. Harap-harap ada la entry baru lagi lepas ni supaya jemari Asmara tak bersawang lagi. Hehe..



Thursday, September 17, 2015

Gajet Baru Dapur Ibu ~ Noxxa Pressure Cooker

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Mempersembahkan, periuk baru ibu ~ Noxxa Pressure Cooker (PC)

Baru tak baru sangatlah, beli sebelum raya tahunni. Dah pakai beberapa kali pun. Beli periuk noxxa ni 100% hasil dari pengaruh rakan sebaya. Hebat ke tak hebat pengaruh tu?

Adala 3-4 orang dalam group wassap ex-sekolah menengah ada Noxxa PC ni. Masing-masing bercerita masak itu, masak ini. Asyik cerita yang best-best je pasal Noxxa PC ni. Walhal, tak ada seorang pun dealer aktif Amway dalam tu. Maksudnya masing-masing bercerita dengan ikhlas dan tak ada niat menjual.
 
Setahun tau ibu bertahan dengan godaan kawan-kawan dalam group wassap tu.Ibu fikir-fikir, ibu ni bukan 'ahli masak-masak' pun. Rajin tu datang sekali sekala, takut beli jadi tukun pulak. Hehe..

Dah tu macammana boleh terbeli? Entahla, kena pukau kut. Hahaha.. Gurau je, marah kawan yang jual tu kalau baca ni.

Beli sebab ada kawan jadi ahli dan offer harga istimewa. Dan masatu nak raya, kawan-kawan pulak hasut boleh masak rendang 8 minit, pulut 6 minit, nasi arab 7 minit. Akhirnya, beli la jugak..

Noxxa PC ni ada pelbagai fungsi

Periuk ni ada fungsi high pressure, slow pressure, kukus, stir-fry, slow cook, reheat-warm.


 Dalam periuk

Periuk ni besar, boleh masuk 2 ekor ayam saiz sederhana. Boleh masak 2 kg beras. ini cerita kawan-kawanla. Setakat ni ibu pernah masak paling banyak sekilo beras je dan seekor ayam.

Walaupun beli sebab terpengaruh, saje-saje beli dan bukannya keperluan mendesak, setakat ni ibu belum menyesal beli periuk mahal ni. Serius tak menyesal..

Dan serius periuk ni memang best, walau ibu tak cuba lagi resepi-resepi yang berlambak-lambak kat luar sana. Setakatni ibu baru guna Noxxa PC ni untuk masak;

- nasi arab 7 minit (2 kali)
- sup kambing 30 minit (2 kali)
- pulut kuning 6 minit
- kari kambing 30 minit
- ayam panggang 5 minit (3 kali)
- nasi goreng tomyam 5 minit

Baru 10 kali guna tapi dah berdentum-dentum dalam hati kebestannya. Hihi..

Ok lah, tu je ibu nak share pasal Noxxa PC ibu setakat ni. Lain kali kalau rajin boleh la tayang hasil masak-masak. Setakat yang dah masak tu, tak ada gambar closed up. Gambar masa tetamu tengah makan adalah..

Oh ya, periuk ni harga pasaran RM788.00, tapi ibu beli RM600.00 ++ je. Ada yang berminat nak beli ke? Boleh email nama dan no telefon ke zefa_asmara@yahoo.com. Nanti ada pihak yang akan hubungi anda semula..

Hingga jumpa lagi, salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam

Wednesday, September 9, 2015

16.8.2015 ~ Birthday Maryam, Jalan-jalan Port Dickson & Potong Kek

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Lagi cerita 'lontar belakang'. Alon-alon asal kelakon, tak pe lambat buat entry janji masuk blog juga akhirnya. Hehe..

Alhamdulillah.. 16 Ogos 2015 yang lepas anakanda solehah ibu, Maryam Nabihah genap umurnya 8 tahun. Syukur, anak ibu membesar dengan baik dan sihat. Sebagaimana harapan semua ibu-ibu, ibu juga mengharapkan Maryam akan terus membesar sebagai anak yang solehah, beriman, bertaqwa, berbudi pekerti mulia, berakhlak terpuji, sihat dan mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Aamiin..

Sempena birthday Maryam, ibu dan ayah bawa anak-anak berjalan ke Port Dickson. Short vacation je, pergi Sabtu balik Ahad. Birthday girl nak mandi kolam, jadi ibu dan ayah bawak duduk hotel yang boleh mandi 24 jam sampai kecut. Aumm..

Gambar dari Google

Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki kami untuk bawa anak-anak menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson. Hotel ni baru lagi dibuka (tahun ni juga tak silap), berada atas air, bertaraf 5 bintang, mempunyai private pool dan sauna. 

 Lagi gambar dari Google

Saje try hotel ni pulak sebab sebelumni dah pernah duduk yang Grand Lexis. Boleh tengok entry lama ibu pasal Grand Lexis di SINI (klik)..

Rasanya dua hotel ni adik beradik je, company yang sama. Cuma bagi ibu Lexis Hibiscus lebih moden dan segar tatahiasnya. Grand Lexis pula kelebihannya lebih privacy..

InsyaAllah entry penuh dan review tentang hotel tu ibu dah buat di blog satu lagi. Jemput singgah ke blog wordpress ibu www.keluargasihat.comIbu dah catatkan Kenangan Percutian Di Lexis Hibiscus PD di sana.

Dalam entry tu akan ibu bongkarkan, best ke tak sebenarnya hotel tu. Benar-benar 5 bintang atau macammana? Sampai ada 1 insiden tu, duty manager keluar bila ibu pok pek pok pek di kaunter. Hehe..
Di Lexis Hibiscus ni kami ambik bilik yang paling murah sekali di bahagian daun, RM899.00 untuk semalam dan deposit sebanyak RM200.00, jadi standby RM1k++. Kalau yang bahagian kelopak tu lagi la mahal..


Ini sebahagian koleksi gambar-gambar kenangan kami di Lexis Hibiscus. Kami memang habiskan kebanyakan masa dalam bilik sahaja. Check in, terjun kolam, keluar makan malam, terjun kolam balik, tidur, bangun tidur, terjun kolam balik, sarapan tepi pool, masuk kolam balik, kemas-kemas, lepas tu check out. Ye lah, bayar mahal-mahalkan jadi guna sepenuhnya. Hehe..


Gambar kenangan depan bilik yang kami duduk..

Eksited benar rupa ibu dalam gambar tu kan? Tu gara2 setting kamera, pastu lari sambil gelak-gelak, tekan break kaki, kamera terus klik! Tu yg jadi macam tu tu. Haha..

Lepas check out, kami pergi ke Rumah Terbalik Port Dickson. Tiket masuk RM15.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Jadi kami nilai tiket kami berlima berjumlah RM50.00 sekali masuk. Best ke masuk rumah terbalik ni? Jom layan gambar Yusuf dan Maryam dulu..









Secara keseluruhannya, Yusuf dan Maryam happy masuk dalam ni. Berbaloi bayar tiket, sampai yang part ibu tak bagi masuk pun dorang masuk. Tuuu, yang dalam toilet tu. Eiii, geli ibu..

Tapikan, nampak sangat muka Ayah Yusuf tak happy dalam ni. Kesimpulannya, tempat ni sesuai untuk mereka yang riang ria dan suka ambik gambar. Memang fun la.. Tapi yang jiwa 'veteran' macam Ayah Yusuf agaknya dalam hati "Ek eleh.. Entah apa-apa". Keh keh keh..

Cuma suasana dlm ni agak suram. Ambik gambar pulak dengan kamera phone biasa-biasa, jadi gambar tak berapa nak cantik lah..


Ini gambar hadapan rumah terbalik tu, bangunan rumah kedai. Rumah ni beralamat di No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk kemang batu 9 (Near Ostrich Park & Politeknik), Port Dickson

Siap menjelajah dalam rumah terbalik, kami jalan-jalan cari makan. Tak tahu pun nak makan apa dan kat mana. Start kereta, jalan, nampak macam best kami berhenti. Tapi tat kala entry ni ditulis, ibu dah tak ingat pun nama kedai tu. Yang ibu ingat, Yusuf dan Maryam makan nasi ayam, ibu dan ayah makan nasi putih dan asam pedas. 


Dan masa kat tempat makan tu hanya ini yang sempat disnap.. Lepas makan terus balik, menjelang petang kami dah sampai rumah..

Sampai rumah, birthday girl tanya kek. Alamak! Ingat dah bawa bercuti dah tak payah kek. Ekeke.. Malam tu keluar la balik pergi kedai kek. Tapi dah malam kan, kek dah tak banyak pilihan..

Sebab birthday girl baik, pujuk punya pujuk dia kata ok la potong kek malam besok aje..


Dan hari Selasa berikutnya, inilah kek untuk birthday Maryam. Kek biasa-biasa je, kami memang tak pernah tempah kek yang beria-ia sangat..


Anak solehah ibu yang dah besar. Tapi nape dik senyum macam tu? Ekeke..


Ibu dan anaknya. Abaikan ibu yang serabai itu..



Ayah dan abang yang cuma fokus dengan makan nampaknya. Huhu..


Begitulah kisah birthday Maryam tahunni. Ayah kata macam puteri raja, sambut birthday 4 hari 4 malam (Sabtu - Selasa). Hihi.. Kami memang tak pernah buat majlis atau party untuk birthday anak-anak, tapi kami sambut dengan cara kami sendiri. Yang penting, rasa bersyukur yang dipanjatkan kepada Ilahi..

Sekian catatan ibu, hingga jumpa lagi..

Salam mesra;
Ibu Yusuf & Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

Wednesday, August 26, 2015

31 Julai 2015 ~ Birthday Ibu dan Adik Beradik Datang Beraya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Masih cerita pasal raya dan cerita yang dah lama berlalu, hehe. 31 Julai 2015 yang lepas genap umur ibu 37 tahun. Syukur alhamdulillah, masih dipanjangkan usia hingga kehari ini..

31 hb tu hari Jumaat dan ibu dengan gembiranya mohon cuti raya. Yeay! Mana tak happy dah 15 Syawal baru dapat cuti. Dalam entry sebelum ni ibu ada cerita tentang ibu menanggung tugas seorang pegawai yang berpindah bermula tarikh 1 Julai 2015. Jadi antara syarat kelayakan menanggung tugas ialah tidak boleh bercuti selama 28 hari. Tu lah kisah kenapa ibu tak dapat cuti raya..

Ikutkan 29 hb tu dah boleh cuti dah, tapi 30 hb ada program di pejabat. Jadi tangguh 31 hb baru cuti. Kebetulan tarikh tu birthday ibu. Alang-alang cuti, masak-masak lah sikit ajak adik beradik datang beraya..

Masak simple-simple je. Nasi Mandy kambing, sos harrah, sup kambing, puding ABC dan tambahan beli ayam bakar Ayamas. Tu je kut ceritanya, selebihnya kita layan gambar la ye. 

Yang tanya tentang deko-deko rumah ibu boleh lah intai-intai dalam ni. Sama je dengan tahun-tahun lepas jadi insyaAllah tak ada entry khas untuk deko-deko. Hehe..


 31 hb tu hari closing bulanan Shaklee. Sambil-sambil masak sambil intai biz. Tu yang sampai sudah laptop pun masih ada atas meja..
 
 Rezeki adik-beradik, ipar duai dan anak-anak buah malam tu. Nasi mandy kambing. Mbekkk.. Hihi..
 
 Mak-mak yang melayan anak-anak makan..

 Meja ada 8 kerusi je. Makan berganti-ganti jawabnya. Tapi ok lah, dorang tak datang serentak pun..

 Acara santai-santai selepas makan-makan..
 
 Geng-geng anak bujang yang tak sudah-sudah dengan gadjet masing-masing..


Possing lagi..
 
Alhamdulillah, hari tu ibu happy sangat sebab kami 5 beradik dapat berkumpul. Sebab raya tak semua balik serentak, ada yang beraya di kampung dulu dan ada yang beraya di rumah mertua dulu..
 
Tu je lah cerita ringkas kenangan 31 Julai 2015 yang lepas. Semoga bertemu Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Semoga dipanjangkan usia dalam keberkatan dan dengan kesihatan yang baik. Aamiin..
 
Hingga jumpa lagi..
 
Salam mesra;
Ibu Yusuf & Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

Wednesday, June 24, 2015

Status FB Ibu Yusuf & Maryam Menjadi Viral

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari ini ibu menerima banyak permintaan rakan di muka buku. Cuma sedikit musykil bila sebahagiannya adalah anak-anak sekolah. Tengok profile, rasanya pelajar sekolah menengah..

Bila dah mushkil, tulis la kat FB. Kemudian ada kawan komen, kata ada status FB ibu dah viral kat group wassap kampung dia. Group wassap kampung? Ekeke..

Pada hari yang sama, seorang lagi kawan bagi tahu status yang sama diprintskrin dan diupload oleh satu page ni..

Harini pun ada yang bagi tau, status ibu tu di print skrin dan diupload oleh sebuah lagi page yang mempunya pengikut seramai 2 juta orang. Wah?

Apakah status yang sungguh kontroversi itu?


Ini lah status tu..

Ianya bermula bila ada seorang ahli dalam group wassap yang ibu sertai bercerita alkisah anaknya. Sekarang ni pelajar-pelajar tingkatan 3 seluruh Malaysia kena buat kajian lapangan untuk subjek Geografi. Mereka diberi lokasi dan diminta menemubual beberapa orang (ramai juga) untuk kajian tersebut..

Malangnya anak beliau tidak mendapat kerjasama yang baik oleh mereka yang berada di kawasan berkenaan. Bukan sahaja tak dapat kerjasama malah dihalau. Kejadian berlaku disebuah bandaraya bernama Shah Alam..

Ibu bersangka baik, mereka yang tak nak bagi kerjasama ni tak tahu sebenarnya tentang tugasan ni. Mereka mungkin dibayangi oleh sendiket-sendiket minta sedekah yang didalangi sindiket-sindiket jahat melalui perantaraan kanak-kanak dan remaja. Mungkinlah, tu tekaan ibu je..

Jadi ibu pun buatla status dengan niat baik nak mewar-warkan tentang kajian lapangan tingkatan 3 tu. Tak dapat bagi tahu 1 Malaysia, dapat bagi tahu kawan-kawan FB pun jadi lah kan?

Rupanya jadi viral. Alhamdulillah, benda baik dan elok. Jangan viral yang mengarut-mengarut sudah..

Tapi rasanya sekarang kajian tu dah selesai kut. Tak silap status tu ibu buat sebelum puasa. Bila cari balik tak jumpa pulak. Yang atas tu copy dari page yang viralkan tu. Hehe..

Apapun, ibu doakan semua anak-anak berjaya menyelesaikan tugasan tu dengan baik dan berjaya dengan dalam semua matapelajaran. Amiinn..

Hingga jumpa lagi..

Tuesday, February 17, 2015

Maryam dah pandai nak cantik-cantik dan berhias ~ Cabaran ibu lebih besar!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 

Pagi ni belek-belek gambar-gambar dalam phone, tersenyum ibu. Banyak gambar Maryam possing. Ada yang ibu ambik, ada yang dia selfie sendiri. Situasi ni buat ibu terdetik dalam hati; besar dah anak ibu, dah pandai nak cantik-cantik, nak lawa-lawa. 

Dalam bab cantik dan berhias, ibu bukanlah idola bagi dia. Ibu bukan jenis bergaya, bukan jenis bermake up bagai. Siapa kenal ibu tahu, yang ibu ni sempoi aje orangnya. 

Tapi rasa ingin cantik itu fitrah. Semua orang terutama wanita (termasuk ibu) sukakan sesuatu yang cantik. Benda-benda ni datang secara sendiri tanpa perlu diajar dan tanpa perlu idola. 


Jujurnya, ibu tak menghalang pun bila dia suka pakai bedak, kadang-kadang pakai lipstik ibu, sekarang pakai tudung pun dah minta yang belit-belit. Ibu suka tengok dia cantik, tapi pada masa yang sama bermulanya cabaran yang lebih hebat untuk ibu membentuk anak ini terutama tentang aurat, tentang batasan berhias.

Walaupun ibu tidak mampu menjadi idola kepada Maryam dalam bab cantik dan berhias, tapi ibu mahu Maryam faham konsep aurat melalui penampilan ibu. Maka tugasan ibu adalah terus istiqomah dalam menutup aurat, selain sebagai satu kewajipan ia juga supaya menjadi contoh dan tauladan kepada Maryam.

Di sekolah, anak-anak diajar tentang konsep aurat iaitu menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi sejauh mana kita sebagai ibu bapa menterjemahkan apa yang mereka pelajari melalui pemakaian kita? Jom sama-sama muhasabah diri.

Hingga jumpa lagi, salam sayang;
Ibu Yusuf dan Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

Friday, January 9, 2015

Ibu Yusuf & Maryam Kembali Bertugas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pejam celik, pejam celik.. Cuti tanpa gaji selama 5 bulan telah pun berakhir. 1 Januari 2015 secara rasmi ibu bergelar suri bekerja semula dan 2 Januari 2015 secara rasmi melangkah ketempat kerja ditahun baru.

Hari ini 9 Januari 2015, sudah 7 hari ibu kembali bertugas. 7 hari termasuk kerja hujung minggu sebab 3 Januari 2015 ibu terlibat sebagai wakil pejabat ke Majlis Program Pelancaran Misi Bantuan Skuan Muda KDN (Kementerian Dalam Negeri)..

Perasaan? InsyaAllah gembira dan kembali bertugas dengan penuh semangat. Ikut hati memang berat, dah lama duduk rumah dengan anak-anak kan. Tapi ibu dah tanamkan dalam diri awal-awal bahawa ibu akan menjadi seorang yang lebih positif. Tak mahu malas-malas, tak mahu emosi-emosi sangat. Apapun kehidupan perlu diteruskan.

Dan tahun ini ibu ada tagline untuk diri sendiri; "Suri, kerjaya dan bisnes seiring". Rasa semangat pula bila ada tagline untuk diri sendiri. Ibu mahu menjadi seorang isteri, ibu, wanita bekerja dan seorang 'bussineswomaen' yang seiring kejayaannya. InsyaAllah..

Syukur Ya Allah, syukur sangat-sangat atas nikmat 5 bulan yang terindah. Kenangan yang tidak akan ibu lupakan sampai bila-bila. Ada peluang, kita cuti lagi. Hehehe..



Belanja gambar pagi tadi sekeping..

Hingga jumpa lagi..

Friday, October 10, 2014

Kenangan Aidiladha 1435H dan Garis Panduan Ibadah Qurban

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, Aidiladha 1435H kami 5 beradik, mak dan abah telah diizinkan Allah swt melaksanakan ibadah qurban. Seekor lembu dikorbankan dengan seorang 1 bahagian.

Kita sedia maklum, ibadah qurban merupakan amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Tujuannya adalah sebagai amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Sedikit perkongsian info, ibadah qurban telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Dalil pensyariatannya disabitkan dengan Al Quran dalam surah al Kauthar ayat 2 dan surah al Hajj ayat 36.

Hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Dalil pensyariatan berasaskan sunnah ialah daripada hadith Aisyah yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Majah dan hadith Anas yang diriwayatkan oleh Muslim.

Ianya dilaksanakan setiap tahun apabila tiba hari raya 'Aidiladha atau hari raya qurban pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Lembu yang telah ditumbangkan, disembelih dan sedang dilapah..

Ini antara foto terawal yang dapat ibu rakam. Gambar-gambar sebelum semua dalam handphone Ayah Yusuf. Kurang kerajinan pula ibu untuk men'transfer'nya. Maaf, atas ayat yang dirojakkan itu. Huhu..


3 saudara berbaju hijau..

Tidak dirancang sebenarnya, kebetulan jejaka-jejaka dari keluarga kami memakai t-shirt dengan warna yang sama. Dari kiri berbaju hijau adik ipar ibu, adik ibu dan Ayah Yusuf. Ada seorang lagi tiada dalam gambar, abang ipar ibu.

Kami 5 beradik, 4 sudah berumahtangga. Jadi ada 4 jejaka dalam keluarga kami..


Proses melapah kulit sedang dibuat..


Adik beradik perempuan, anak-anak dan anak-anak saudara ibu..

Semua turun padang walau hanya sebagai pemerhati. Tak ramai pun kaum wanita yang datang. Oh ya, di kampung kami kebiasaannya semua haiwan yang bakal diqurbankan akan dikumpul di1-2 tempat, disembelih dan dilapah secara bergotong royong oleh penduduk kampung.


Pemandangan di sekitar lokasi qurban..

Tahun ini, sembilan ekor lembu dikorbankan tidak termasuk beberapa ekor lagi yang di qurbankan di kawasan masjid. 


Lagi pemandangan di sekitar lokasi qurban..


Berkerusi roda tulah abah ibu..

Semangat beliau turun padang walau berkerusi roda. Alhamdulillah, untung ada menantu yang gagah mengangkatnya..


Ini team memotong daging..

Anak-anak muda dan belia ramai yang membantu menumbangkan lembu, membantu semasa proses penyembelihan dan melapah. Kemuadian serah pula kepada kumpulan pemotong daging yang rata-rata terdiri dari warga emas untuk memudahkan pengagihan. Alhamdulillah, semua golongan dari peringkat umur berganding bahu..


Lagi pemandangan di sekitar lokasi qurban..

Di bawah khemah sana pelbagai juadah disediakan untuk menjamu penduduk kampung yang bergotong royong. Semua juadah disediakan dan disedekahkan oleh wakil-wakil yang membuat qurban. Senang cerita konsep 'pot luck', begitulah lebih kurang..

Selain tu, ada beberapa bahagian daging yang terus dimasak dilokasi gotong royong untuk dihidangkan kepada penduduk kampung yang bergotong royong. Sudah pastinya sup tulang. Slurrrppp.. Hihi..

Alhamdulillah, selesai untuk tahun 1435H. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki kami untuk melaksanakannya lagi dan lagi di tahun-tahun akan datang.

Menyebut tentang Garis Panduan Ibadah Qurban, di antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah:


1) Tatacara Pelaksanaan Ibadah Qurban

-Tafsiran
-Hikmah Ibadah Qurban
-Hukum Berqurban
-Jenis Qurban
-Status Hukum Daging Qurban 
-Pembahagian Daging Qurban
-Individu Yang Dituntut Melakukan Ibadah Qurban
-Syarat Sah Berqurban
-Tempoh dan Masa Berqurban
-Syarat Sah Haiwan Ternakan Untuk Qurban
-Syarat Penyembelih Haiwan Qurban
-Syarat Sah Sembelihan
-Syarat Alat Menyembelih
-Perkara Sunat Ketika Berqurban
-Perkara Makruh Ketika Berqurban
-Cara Menyembelih Haiwan Qurban
-Agihan Daging Qurban

2) Pengurusan Qurban

-Tafsiran
-Pihak Wakil Melantik Wakil Lain (Tawkil) Melaksanakan 
Qurban
-Lafaz Niat Wakalah Untuk Pelaksanaan Qurban
-Perkara Yang Mesti Diketahui Sebelum Mewakilkan Urusan 
Qurban
-Pengurusan Qurban Oleh Persatuan, Agensi atau Syarikat 
Dalam Negara
-Pengurusan Qurban Oleh Persatuan, Agensi atau Syarikat Luar Negara
-Penyerahan Wang Kepada Wakil Bagi Qurban di Luar Negara
-Qurban Yang Bercampur Dengan Aqiqah, Hadiah, Nazar dan Sembelihan Biasa
-Pemberian Haiwan Qurban Oleh Orang Perseorangan, 
Persatuan atau Agensi
-Pemberian Haiwan Qurban Oleh Orang Bukan Islam

Semua info lengkap perkara-perkara di atas boleh dibaca di http://www.islam.gov.my/sites/default/files/e-penerbitan/garis_panduan_pelaksanaan_ibadah_qurban.pdf

Semoga bermanfaat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...