Follower

Wednesday, June 29, 2011

7 Bulan 6 Hari..

Assalamualaikum wbt..

N3 autopublish.. semasa n3 ini diterbitkan ibu sedang ronda-ronda Ibu Negara. Bukan untuk berjimba-jimba (err.. main sebut je, maksudnya berseronok-seronok kan? Betulkan ibu kalau silap..) tapi untuk satu misi temuseru.. memujuk insan-insan tertentu yang berpeleseran di lorong-lorong sana.. mudah-mudahan misi berjaya.

Berbalik kepada tajuk.. apakah yang sudah 7 bulan 6 hari? Mengandungke? Hehe.. bukan lah! Tapi, itu adalah usia blog kesayangan ibu ni.

N3 ini sekadar untuk ingatan ibu sahaja. Sebenarnya dah tak ingat dah berapa lama ibu berblog. Bila buat n3 ni barlah teringat!!

Salam sayang buat semua. Jumpa lagi!!



Err.. tak tahu nak tepek pic ape... Hehe..

Ole-Ole dari Turkmenistan..

Assalamualaikum.. wbt..

Wordless Wednesday!! N3 tepek gambar lagi.. Ole-ole dari seorang sahabat yang bertugas di Laut Caspia Turkmenistan.. tapi tidakle ole-ole tu dibeli dilaut ye kawan-kawan. hehe.. 

Layannnn..








Jumpa lagi. Salam sayang..

Pengarang Jantung..

Assalamualaikum wbt..

N3 tepek gambar autopublish.. harini mungkin tak sempat berblog hingga malam. Siang ibu ada bengkel dan malam ibu ada out reach @ salah satu jalan yang 'panas' di KL.. mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan tiada masalah.

Anak-anak pengarang jantung..


 Muhammad Yusuf Nabhan.. 7 years old..


Maryam Nabihah.. 4 years old..


Senyum simpul.. dalam mulut ada nasi goreng.. hehe..

Gambar di ambil sebelum kami bertolak ke Pusat Sains Negara, Ahad lepas..

Bila Hutang Telah Terlunas.. Lega Rasanya!!

Assalamualaikum wbt..

Salam sayang buat semua yang sudi berkunjung ke blog kecil ibu ini.

Malamni ibu nak cerita pasal hutang, kita berhenti dulu cerita tentang PSN ye. Hmm, sebenarnya kan.. ibu rasa kagum pada mereka yang tak ada hutang langsung atau pun mereka yang tak banyak hutang. Betapa zuhudnya mereka, dan betapa bijaknya mereka mengurus kewangan. Tapi, ada ke yang tak ada hutang langsung?


Ibu tak malu mengaku, ibu dan ayah banyak hutang. Banyaktu, keliling pinggang! Mudah-mudahhan kami dipermudahkan untk membayarnya. Kalau tidak, nauzubillah kesannya 'di sana' nanti.


Kami banyak hutang dengan bank.. Hutang paling besar 2 buah rumah dan 2 biji kereta. Huwaaa.. banyak tu. Tapi kalau tak berhutang, tidaklah kami berumah.. tidaklah ada pelaburan (rumah yang sebiji lagi tu untuk invest..) kalau tak berhutang, tak mampu la kami suami isteri nak berkereta.

Cuma, kerisauan berhutang dengan bank sedikit berkurangan dengan adanya insuran. Apa-apa jadi pada kita, insuran akan langsaikan.


Kalau hutang dengan orang? Dan kita 'pergi' sebelum melunaskannya.. dan orang tu tak halalkan, macammana? Sebabtu ibu sangat takut berhutang dengan orang (hutang bank pun takut juga.. huhu..)


Sebenarnya, ibu ada berhutang dengan beberapa orang kawan. Risau dihati ibu, hanya Allah yang tahu. Ada beberapa halangan yang buat ibu tertangguh melunaskannya. Sebabnya, biarlah hanya ibu yang tahu..

Syukur alhamdulillah, hari ini telah terlunas hutang ibu..

Hutang kepada peserta-peserta Jemari Asmara 2nd GiveAway!!
 Atas sebab-sebab tertentu, penghantaran hadiah telah tertangguh. Ibu dah hantar email kepada semua pemenang (kecuali BSB sebab berhubung di FB) tentang kelewatan ini. Harap-harap sahabat-sahabat dapat memaafkan ibu..


Hadiah-hadiah telah dipos semalam. Mudah-mudahan selamat sampai..

Maaf zahir batin!!

Tuesday, June 28, 2011

Foam Factory

Assaamualaikum wbt..

Wah! Wah! Wah! Ibu nampak sungguh-sungguh marathon publish n3 tentang lawatan yang menyeronokkan di Pusat Sains Negara. Macam ibu pernah katalah.. benda best dan menarik perlulah dikongsi. Ibu harap, n3-n3 yang ibu dah buat boleh menggambarkan sedikit sebanyak tentang PSN.

Tengaharini, ibu nak kongsikan gambar-gambar keseronokan anak-anak bermain dalam 'Foam Factory'.. Jom layannn..


 Inilah rupanya Foam Factory tu.. binaannya bertingkat-tingkat, dipenuhi beratus-ratus foam ball dan boleh main tembak-tembak..


 Budak kecikni sebuk nak masuk juga.. sebenarnya Foam Factory ni untuk kanak-kanak 7 tahun ke atas. Tapi penjaga di situ benarkan Maryam masuk, cuma tak boleh panjat ke atas..


 Abang Yusuf naik ke atas, main tembak-tembak.. kejap je sebab dia takut bunyinya yang kuat.. (bunyi angin je pun.. ala-ala bunyi kalau kita pam tayar kereta tu.. hehe..)


 2 beradik sedang berkerjasama memasukkan bola dalam alat tu.. ibu pun tak tahu apa namanya. Masuk bola banyak-banyak kemudian alat tu akan semburkan bola tu ke atas dan bola-bola jatuh menimpa kita..


 Aik abang! Sempat menung pula..


Inilah rupanya bila bola-bola tu disemburkan.. seperti biasa, kamera biasa-biasa ibu gagal menggambarkan kemeriahannya..

Paling best, ibu joint sekali masuk dalam ni.. tapi takdela sampai guling-guling atas bola tu.. hehehe..

Entah kali berapa ibu ulang, ibu tetap nak ulang lagi.. best sangat-sangat ke Pusat Sains Negara. Ibu harap kawan-kawan jangan bosan ye.. ada beberapa lagi n3 tentangnya. Hehehe..

Wassalam! Jumpa lagi!

Peneroka Comel..

Assalamualaikum wbt..

Selasa yang ceria (walau pun sedikit stress dengan tugasan yang menimbun.. hidup perlu diteruskan.. senyummmm!!). Hahaha..

Nak tau tak, dari semalam ibu kecoh tentang pergi Pusat Sains Negara.. di blog cerita pasal PSN, di pejabat pun ibu kecoh juga. Benda best kan, mestilah kongsi dengan kawan-kawan. Betul tak?

Harini ibu nak syer picas di PSN.. satu sudut yang menarik, khusus untuk kanak-kanak kecil..

Peneroka Kecil..











Semua gambar Maryam nabihah je.. sebab sudut Peneroka Comel ni untuk kanak-kanak umur bawah 4 tahun je..

Ps: Teringat-ingat lagi kenangan manis di PSN.. ibu happy sbab anak-anak happy..
Horeyyy!!

Monday, June 27, 2011

Celup-Celup & Gigit-Gigit Manja @ PSN..

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah n3 autopublish..

Best, boleh main celup-celup dan kita akan digigit-gigit manja. Mula-mula rasa geli geleman, lama sikit rasa seronok pula. Hehe..

Celup apani? Siapa yang gigit? Apa yang kena gigit? Hehe.. ini adalah sambungan n3-n3 catatan perjalanan kami ke Pusat Sains Negara. Klik aje 3 sebelum ini..

Masuk sahaja ke dalam PSN kita di pertontonkan dengan pelbagai spesis ikan. Tak lah banyak spesisnya, namun cukup menarik.


 Yusuf dan Maryam masa mula-mula sampai. Takut-takut nak celup tangan dalam air, datang ikan apa lagi! Cabut lari.. tapi lama-lama bila dah biasa, tempatni la paling susah nak ditinggalkan..


 Ibu pun nak merasa juga.. hehe..


Kita zoom sikit.. nampak tak ikan di tangan ibu?

Ps: Ada beberapa lagi kenangan menarik yang buat ibu dan anak-anak rasa tak rugi datang sini dan rasa nak datang lagi. InsyaAllah ibu akan buat n3 lagi..

Jumpa lagi! Wassalam..

Pertunjukan Menyelam @ Akuarium Ikan Air Tawar, Pusat Sains Negara

Assalamualaikum wbt..

Ini adalah n3 autopublish dan sambungan kepada n3 Jom Ke Pusat Sains Negara dan Explores Science With Us @ Pusat Sains Negara..

Salah satu aktiviti menarik di PSN adalah Akuarium Ikan Air Tawar..  Macam-macam ikan ada, besar dan kecil, berwarna warni.

Lebih menarik, setiap hari Sabtu dan Ahad, pada jam 11.30 pagi ada pertunjukan menyelam. Ada bahagian yang boleh kita celup-celup tangan.. ikan-ikan akan gigit-gigit manja tangan kita. Awww.. geli u!!

Jom layan picas yang ibu 'pukul'...


 Laluan masuk ke akuarium..


 Ikan-ikan yang boleh tahan besarnya.. akuarium ni melengkung di atas kita. Ibu tak snap pula gambar di atas..


 Pertunjukan menyelam yang bermula jam 11.30 pagi.. gambar blurr sebab pencahayaan yang kurang dan ibu off kan flash..


 Ayah dan Nabhan berpeluang snap foto dengan 'si tukang selam'.. hmm, gambar ni jadi gelap pula sebab ibu on flash.. ada sapa-sapa nak komen?


Haaa.. inilah Ucu yang comel lote. Kecik je orangnya.. hehe..

Mana picas celup-celup dan gigit-gigit manja? Kita sambung n3 lain ye..

Jumpa lagi!!

Sunday, June 26, 2011

Explores Sciense With Us @ Pusat Sains Negara!!

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hajat ayah nak bawa anak-anak ke Pusat Sains Negara (PSN) tercapai juga. Pagi tadi ibu, ayah, Yusuf, Maryam dan mak ucu (adik bongsu ibu) telah meneroka alam sains di sana.

Pengalaman yang sangat menyeronokkan. InsyaAllah ibu akan kongsikan secara berperingkat, setidak-tidaknya sebagai rakaman catatan perjalanan kami sekeluarga.. hehe, kut-kutla tak ada yang sudi baca. :-(

PSN terletak di Persiaran Bukit Kiara. Boleh tengok panduan lokasi di SINI ye kawan-kawan. Pada sesiapa yang naik kenderaan awam boleh menaiki bas Rapid KL no U83 laluan KL Sentral - Kompleks Kerajaan Jalan Duta.

Kami sampai di sana lebih kurang jam 10.00 pagi. Masa operasi PSN adalah dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Walaubagaimanapun, masa terakhir pelawat boleh masuk ialah pada jam 4.00 petang.

Tiket bagi dewasa adalah RM3.00 seorang dan kanak-kanak 7 tahun ke bawah RM2.00 sahaja. Murah kan?


Gambar kenangan kami sekeluarga sebelum masuk ke dalam. Anak-anak kurang selesa sebab mengadap matahari..


Jom ibu kongsikan jadual aktiviti di PSN!!

Science Show

Lokasi: Pentas Science Show @ Level 1
Masa: 10.00 am, 12.00 pm dan 3.00 pm

Let's Xperiment

Lokasi: Galeri Laluan Alam Sains @ Level 1
Masa: 9.00 am - 1.00 pm dan 2.30 pm - 4.30 pm

Nature Secrets

Lokasi: Nature Secret's Lab
Masa: 10.00 am - 11.00 am dan 3.00 pm - 4.00 pm

Diving Show

Lokasi: Akuarium Ikan Air Tawar
Masa: 11.30 am (Sabtu & Ahad sahaja)

Subterranean Journey

Lokasi: Science Wonderland
Masa: 10.00 am - 12.00 pm dan 2.30 pm - 4.30 pm


Kami hanya sertai sebahagian aktiviti sahaja. Apapun, semuanya sangat menerujakan dan menyeronokkan! InsyaAllah ibu akan sambung di n3 yang lain.

Sebahagian lagi picas kenangan kami @ Pusat Sains Negara..

 Berlatarkan PSN..


 Ibu lupa apa nama area ni.. tapi sangat seronok buat anak-anak..


 Dua sejoli.. hehe..

Thanks Ucu.. bila bawa Ucu barulah ada picas sekeluarga. Kalau tak mesti sekerat-sekerat aje. mana gambar Ucu? InsyaAllah ada di n3 akan datang..

Ps: Serius, enjoy sangat di sini. Banyak ilmu akan yang diperolehi. Jom ke sana lagi!!


Penangan Anak Jiran..

Assalamualaikum wbt..

Petang tadi, semasa ibu khusyuk menulis n3 autopublish untuk blog ibu ini.. ibu terdengar bunyi kuat di luar rumah. Bunyinya seperti sesuatu yang terjatuh dah diikuti dengan suara-suara bising.

Ibu bergegas membuka pintu untuk melihat apa yang terjadi. Sekumpulan budak-budak berbasikal sedang begegas meninggalkan kawasan rumah ibu. Tengok!! Apa dah jadi?

v

v

v

v

 3 biji pasu berderai sudah.. menyembah longkang!! penangan budak-budak tadi.. hmm, nak kata macammana, anak-anak jiranku juga..


Togel sudah!! Huhu..

Jom Ke Pusat Sains Negara!!

Assalamualaikum wbt..

Nampaknya, kadar peng'update'tan blog ibu semakin merudum. Nak kata malas tidak juga sebab ibu sayang sangat-sangat dengan blogni. Tapi sebenarnya, lebih banyak perkara yang mesti didahulukan. Maka blog sudah jauh tertinggal berbanding kepentingan-kepentingan yang lain.

Pagi Ahad yang ceria buat anak-anak, ayah nak bawa ke..

v

v

v

Gambarni ibu search di google.. main ambik je sebab nak cepat.. Masa ibu buat n3 ni, ayah dah pun hidupkan enjin kereta. Hehe.. Ibu tak kira, ibu nak update blog juga..

Pagi tadi ayah dah cati maklumat tentang Pusat Sains Negara di internet. Almaklum, semenjak kami berkeluarga, ini bakal lawatan kami yang pertama.

Untuk maklumat tentangnya kawan-kawan boleh klik..

v

v

v


Baiklah, anak-anak dah menjerit-jerit di luar tu. Ibu pergi dulu. Jumpa lagi, insyaAllah.

Wassalam..

Friday, June 24, 2011

Chicken Pox @ Minggu Pereksa: Apa Nasib Yusuf Nabhan.. Part 2

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat pengunjung blog ibu yang dikasihi.. dah 2 hari ibu tak menjengah blog. Bebanan tugas di pejabat membuatkan ibu benar-benar letih setibanya di 'Baiti Jannati'.. makanya blog jauh tertinggal di belakang jika dibandingkan dengan perkara-perkara lain yang lebih utama.

Hari ini juga hari yang betul-betul meletihkan. Walaupun masa rehat yang agak panjang (Jumaat) tapi ibu sedikit pun tidak berhenti berkerja. Hanya 10 minit ibu tinggalkan tugasan semata-mata ibu sangat-sangat lapar. Lagi-lagi sahabat baik ibu telah menjelma, lagilah keletihan itu sangat-sangat terasa. Apapun, malam ini ibu gagahkan juga menulis sesuatu di sini.

Tiada apapun yang ibu sambung tentang nasib YusufNabhan. Semua baik-baik sahaja.. keputusannya tidaklah mengecewakan. Alhamdulillah.. Cuma semasa ibu buat n3 sebelum ini, ibu gagal untuk upload picas. Malam ni cuba-cuba, alhamdulillah boleh pula..

Layannnkan je lah ye..




 Saja-saja 'pukul gambar' buat kenangan..


 Pose cap ibu dan anak.. Nabhan buat muka, silau katanya..


Anak ayah niiii..

Jumpa lagi. wassalam!!

Wednesday, June 22, 2011

Chicken Pox @ Minggu Periksa: Apa Nasib Yusuf Nabhan?

Assalamualaikum wbt..

Malam yang tenang.. ibu baru berpeluang melabuhkan punggung melepaskan lelah. Seharian berkejar sana sini, balik rumah mengurus anak-anak, masak, suap anak-anak (malam ni manja pulak budak-budakni.. selesai semua, akhirnya berkesempatan juga ibu mengupdate blog kesayangan ibu ini. Terima kasih buat ucu kesayangan ibu yang tolong ibu basuh pinggan-pinggan di sink.. :-)

Hari ini hari terbuka kedua-dua sekolah Yusuf Nabhan.. sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Berdebar-debar juga ibu, apakah agaknya 'nasib' anakanda ibu? Buat pengetahuan sahabat-sahabat semua, Yusuf 'bercuti' sepanjang minggu periksa kerana chicken pox.. Yusuf menduduki PKSR (Penilaian Kendalian Sekolah Rendah)selepas kembali sihat.

Syukur alhamdulillah, walaupun keputusannya tidak membuat ibu girang.. namun ibu tidak kecewa. Setidak-tidaknya dia tidak gagal.

Bayangkan!!!!!

Yusuf menduduki 7 kertas soalan hanya dalam tempoh setengah hari! Sedangkan rakan-rakan yang lain menduduki PKSR dalam tempoh 7 hari!

Allahu Akbar! Kasihan anak ibu..

Sebelah petang pula, ibu dan ayah ke sekolah agama. Cerita yang sama, periksa bukan dalam tempoh minggu peperiksaan.. Syukur, keputusannya tidak mengecewakan ibu..

Allahu Akbar! Syukur alhamdulillah..

Errr.. ibu cuba upload gambar beberapa kali tapi gagal. Kenapa agaknya ya?


Monday, June 20, 2011

Sambal Tumbuk Ikan Goreng..

Assalamualaikum wbt..

Malam yang sedikit panas.. kipas ligat berputar namun bahang tetap terasa. Bilalah agaknya ayah nak betulkan aircond di ruang tamu ni.. dah berbulan-bulan rosak. Ibu pula tak rajin nak angkut lappy ni masuk bilik..

Anak-anak sedang melayan astro ceria.. bagi lah can sekejap selepas usai mengaji dan makan malam. sekejap lagi masa untuk mereka tidur.

Ibu sekadar nak kongsi salah satu hidangan makan malam sebentar tadi.. Sambal tumbuk ikan goreng.. subhanallah, sedap sangat-sangat walaupun ianya adalah sekadar resepi 'elak pembaziran'.. hehe..


Inilah hasilnya.. kamera biasa-biasa ibu gagal menzahirkan kelazatannya.. blurr aje.. mari ibu kongsikan resepinya yang sangat-sangat sempoi..

Bahan-bahannya:

3 ekor ikan selayang saiz kecil digoreng dan ambil isinya, apa-apa ikan pun boleh juga (ibu guna ikan goreng semalam yang tak habis je.. elak pembaziran.. hehehe.. errr, kalau nak buat macam ibu pastikan ikan tersebut belum xpired yerrr..)
10 biji cili padi (boleh kurangkan atau lebihkan.. ikut tahap kepedasan masing-masing lah ye..)
1 cm belacan (goreng atau bakar dahulu.. mentah-mentah pun boleh juga.. ikut suka selera masing-masing..)
1 sudu teh gula (ibu tak letak garam sebab ikan goreng dah cukup rasa masinnya..)
1 biji limau nipis (nak guna limau kasturi atau cuka boleh juga, tapi bagi ibu limau nipis lagi ummmp..)

Cara-caranya:

Tumbuk cili, belacan dan gula dengan menggunakan lesung batu.. setelah separa lumat masukkan isi ikan dan tumbuk lagi hingga lumat. Masukkan air perahan limau (pastikan biji limau tidak termasuk sekali) dan gaul rata. Sedia dihidangkan..

Ps: Boleh juga guna dry blender tapi rasanya mungkin tidak sama dengan lesung batu..

Selamat mencuba!!


Saturday, June 18, 2011

Apam Pisang Milo..

Assalamualaikum wbt..

Sabtu yang indah.. ibu baru selesai bersilat di dapur. Bukan masak hidangan tengahari, tetapi baru selesai 'mengapam'.. hehe..

Minggu lepas kami balik kampung Sekinchan. Mak bawakan dua sikat pisang yang sampai sekarang tak habis-habis.. Pagi tadi selepas jemput Yusuf Nabhan balik tuisyen ibu rasa nak mengerjakan pisang-pisang tu.

Sebenarnya daya kerajinan tersangatlah kurang, tapi sebab kesian dengan pisang-pisang tu, ibu gagahkan jua. Resepi, ibu ambil dari blog Nieza, tapi ibu dah derhakakan lebih 40% atas dasar guna apa yang ada dan dasar kemalasan yang sedang melanda..

Hasilnya sangatlah tidaklah menarik, nak tunjuk pun malu.. tapi alhamdulillah, rasanya sedap dan boleh tahan juga.. hehehe.. (masuk bakul angkat sendiri)..


 Alhamdulillah, apam pisang ni lembut je.. tu kat atas tekstur dalamnya.. kamera biasa-biasa ibu gagal menggambarkan kegebuannya.. hehe..


Hehe.. tang ini malu nak tunjuk. Tak comey langsung..

Ps: Bolehke dipanggil apam? Ibu tak kukuspun! Masak dalam mikrowave jerrrr.. hehehe..

Friday, June 17, 2011

Gelagat Klienku: Macam-macam Ada..

Assalamualaikum wbt..

Malam Sabtu yang hening.. waktu untuk ibu mencoret sesuatu di sini. N3 ringan-ringan sahaja.. tak perlu memerah otak untuk mengarang. Hehe.. Ibu cuma nak syer tentang gelagat segelintir klien-klien ibu. Macam-macam ada..

Ada yang datang dengan badan berbau, ada yang datang berpakaian seksi (terjojol u mata i.. hehe.. gatai!), ada yang datang suka usung satu famili dan macam-macam lagi lah.

Ada seorang anak muda.. ibu pun tak tahu nak sebut apa gaya yang dia gayakan tu. Tapi dia selalu pakai seluar diparas lutut. Ibu dah tegur, kalau datang jumpa saya tolong jangan pakai seluar 'sekerat'. Lutut tu aurat..

Semalam dia datang, ada kemajuan! Walaupun pakai seluar sekerat, tapi dah tutup lutut. Tapi bila disuruh duduk dia malu-malu, tarik-tarik baju. Suruh juga duduk, akhirnya dia terpaksa duduk..

Sekali dia duduk.. huk alohhh. dia londehkan seluar daaaa.. habis nampak seluar dalam daaaa.. huh! Macam-macam le korang niiiiiiiiiii..

Kadang-kadang ibu rasa nak fengsann lah!!
Sekadar gambar hiasan ehsan google.. trend seluar londeh!!

Wednesday, June 15, 2011

Open Ladies Toilet!!

Assalamualaikum wbt..



Tahu tak ini tingkap apa?

Terbuka luas.. boleh nampak langit membiru, pohon-pohon menghijau dan bangunan-bangunan lain samada yang rendah atau tinggi.

Ini adalah tingkap TANDAS WANITA yang ibu pernah jumpa dan guna di sebuah bangunan di Negeri Selangor. Tak perlu lah ibu sebutkan di mana. Takut juga kut-kut boleh kena saman.. hehe..

Ibu rasa geli hati.. siapalah arkitek bangunan ni kan?

Oh ya, untuk makluman tingkap ini di bahagian dalam tandas kecil. Bukan ruang luar yang ada sink tu. Lagi satu tingkap tu bukan di atas aras kepala, tetapi pada aras dada. Hehehe..

Ps: ada berannnn guna? Ibu dah guna dah.. uppss..

Tuesday, June 14, 2011

Peti Surat Itu.. Siapa Pemiliknya?/ Rela Dalam Terpaksa.. Meredah Laluan Pacuan 4 Roda..

Assalamualaikum wbt..

Malam ni ibu nak kongsikan satu pic.. ori dari kamera biasa-biasa ibu..

v

v

v

v

Hmmm.. memang tiada rumah di sini. Hanya pokok-pokok getah.. Tapi ada sebiji peti surat. Buat ibu tertanya-tanya siapa pemiliknya?

Bermula kisah, ibu merancang untuk melaksanakan satu kem. Ala-ala kem motivasi gitu.. khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah. Dah namapun kem kan, maka tempatnya harusssssssssss mencabar. Hehe.. mencabarke?

Hasil maklumat yang diterima dari seorang teman, ibu meredah 'hutan belantara'.. (ladang getah dan kelapa sawit je sebenarnya) mengintai lokasi kem yang sesuai.

Maaf.. Lokasi kem ibu  tidak dapat sebutkan di sini sehinggalah kem berlangsung dan selesai.

Perjalanan sedikit mencabar kerana laluan yang perlu diredah seharusnya dilalui dengan kenderaan pacuan 4 roda. Tapi ibu dengan rela (rela dalam terpaksa.. hehe..) redah jua dengan viva elite kesayangan ibu. Apapun, ibu sanggup lakukan demi melihat program yang ibu rancang berjalan lancar.

Ibu bawa 3 orang body guard utuk langkah-langkah keselamatan. Tempatni tidaklah jauh sangat, tapi agak jauh masuk ke dalam..

Jom layan picas.. tapi picas yang ibu dapat ambik nampak tak berapa mencabar la pulak..


 Laluan yang becak dan berlumpur.. baru lepas hujan..


 Jalan tanah merah.. habis calar balar siputih kesayangan ibu dek pelepah kelapa sawit.. ada sekali tu bawah kereta ibu tersagat di jalan..


 Sebahagian suasana kem.. dan 3 body guard ibu.. hehe.. staf kat opis ibu ler..


Selut yang berjaya sampai di Shah Alam.. calar balar jangan ceritalah.. huhuhu..

Ps: Doakan program ibu sukses ya..

Pss: terus tertanya-tanya, milik siapakah peti surat itu??

Gegar Lagi!! Gempa Bumi di Sumatera Utara Rupanya

Assalamualaikum wbt..

Baru sekajap tadi rasa gegar lagi.. ibu buat carian di internet..

Subhanallah.. ada gempa bumi di Sumatera Utara rupanya.. 330 km dari barat daya Klang, Malaysia

Maaflah kawan-kawan, tak boleh copy linknya.. cuba kawan-kawan search di Malaysian Meterorological Department.

Rasa Bergegar Tak?

Assalamualaikum wbt..

N3 ringkas tanpa gambar.. baru naik semula ke pejabat. Semua staff berpusu-pusu turun kerana pejabat kami rasa bergegar..

Kawan-kawan ada rasa gegar tak? Lebih kurang jam 8.00 tadi..

Monday, June 13, 2011

PML: Kekwa Hitam

Assalamualaikum wbt..

N3 cuci-cuci mata, ibu kongsikan sedikit koleksi Kekwa Hitam yang ibu ada. Bagi yang baru berkunjung ke blog ibu, PML adalah singkatan bagi 'pinggan mangkuk lama'. Ibu adalah seorang collector PML secara kecil-kecilan sahaja.. hehe.. untuk menjadi seorang collector tegar, RMnya juga perlu tegar! :-)


Sedikit koleksi PML, kekwa hitam yang ibu ada.. jom kita zoom satu-satu okey.. :-)


 Teko bulat saiz sederhana.. NOS..


 Cawan ML.. juga NOS..


 Cawan bujang berlekuk.. ibu padankan dengan piring leper 6 inci.. semuanya NOS.. cawan bujang adalah cawan yang memang tiada lapiknya..


 Cawan bujang jenis bulat.. hmm, dapat di apek, tapi tak tahu layak dipanggil NOS ke tidak.. hehe..


Haa.. yang ini extra, ibu nak letgo. Set terdiri dari sebiji teko, sepasang cawan ML dan sekeping piring 7 inci.. berminat?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...