Follower

Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014


Ini adalah entry melekat sehingga 5 Syawal 1435H

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini 29 Ramadhan 1435H, hari terakhir kita menjalankan ibadah puasa untuk tahun ini. Semoga dipanjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan di tahun hadapan.

InsyaAllah, besok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dikesempatan ini, ibu sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca Jemari Asmara andai ada tulisan ibu yang menyinggung perasaan kalian.

Ibu juga memohon maaf, khusus buat sahabat-sahabat blogger andai ada komen-komen ibu yang mungkin kurang disenangi.


Terimalah e-kad raya ini ikhlas dari Keluarga Sihat; ibu, ayah, Yusuf & Maryam..

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin


Sunday, February 5, 2012

SALAM MAULIDURRASUL: 12 RABIULAWWAL 1433H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..



Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha 1432H


Assalamualaikum wbt..

Bersiaran secara langsung dari Pulau Bahagia Kuala Terenganu, di rumah keluarga mertua tersayang. Bahagia rasanya menemui insan-insan yang dirindui, walau hakikatnya kerisauan terus menggunung dalam jiwa. Ibu lepaskan sebentar tanggungjawab urusan abah pada adikberadik yang lain sementara ibu menunaikan tanggungjawab bersama suami menemui keluarga di sini pula. Mudah-mudahan mereka di kampung sana baik-baik sahaja..

Sekadar satu entry ringkas dari ibu Yusuf dan Maryam.. ibu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1432h buat semua teman-teman pengunjung blog Jemari Asmara. Maafkan segala keterlanjuran yang ibu telah lakukan andainya ia menimbulkan rasa tidak senang pada semua. Smoga ukhuwah yang terjalin berpanjangan dan terus mewangi disirami haruman keikhlasan..

Salam sayang buat semua.. :D

Gambar hasil carian di google

Tuesday, August 30, 2011

1 Syawal 1432H: Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wbt..




Bersiaran di 1 Syawal 1432H, ibu mengucapkan;

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.. buat semua pengunjung Jemari Asmara.


Salam sayang buat semua.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...