Follower

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, March 6, 2015

Tip Berkesan Agar Suami Menjadi Lebih Rajin dan Multitasking

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Beberapa hari yang lepas, ibu terbaca satu diskusi di sebuah group fb tentang kerenah para suami. Bila ister-isteri mula bercerita tentang suami masing-masing, macam-macam la cerita yang keluar. 

Sebenarnya isu tu timbul, selepas video ini diupload:


Macam mana, dah dengar dah video ni? Sama tak situasinya dengan suami kalian semua? Rata-rata kawan-kawan ibu yang dah tengok video ni kata; Eh, samalah. Suami dorang memang macam tu.. Contoh-contoh yang dibagi pun, rata-rata kata memang berlaku pada suami masing-masing.Tapi ada juga yang kata tak sama..

Ibu senyum je, jujurnya En Ayah kadang-kadang pun macam tu juga. Tapi kadang-kadang je.. Selebihnya dia memainkan peranan yang besar dalam urusan rumah tangga kami. Terlebih rajin dan multitasking pun iye jugak..

Sebenarnya, tip yang disebut dalam video tu ibu dah praktik lama, memang menjadi. Cuma tip tu ibu bukan sengaja buat, tapi terpaksa buat. Hihi..

Apa tip yang berkesan tu? Haaa, kena la dengar video tu betul-betul. Dan bukti ibu dah buat, ada dalam entry lama yang INI (klik).

 Sekadar gambar hiasan. Ada gambar En Ayah tengah sidai baju, tapi tak payah tunjuklah. Hehe..

Friday, November 14, 2014

Tips Mudah Mengurus Kain Baju Belum Berlipat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Salah satu kelemahan ibu yang nyata ialah kurangnya kerajinan melipat baju. Basuh baju, sidai baju, angkat baju dari ampaian memang wajib buat hari-jari. Nak lipat? Alaaaaaaahai..

Masa mula-mula cuti tanpa gaji tempoh hari, punyalah semangat nak memastikan tiada gunung ganang kain dalam rumahku syurgaku ini. Tapi kelaut juga. Hahaha..

Lepastu mulalah berangan-angan, alangkah bagusnya kalau ada mesin lipat kain. Mesin lipat kain sebenar tau, bukan yang pakai kotak tu.

Tapi ibu percaya, bukan ibu sorang je yang berangan mesin lipat kain tu. Ramai je ada angan-angan yang sama. Betul tak? 

Baru-baru ini ada perbincangan dalam sebuah group dekorasi di FB. Beberapa orang rakan memberikan pandangan tentang;

Tips Urus Kain Tidak Berlipat

1. Letakkan kain di dalam bakul supaya kain tidak bersepah-sepah

2. Asingkan bakul untuk setiap ahli keluarga untuk memudahkan pencarian baju

3. Sediakan bilik khas untuk mengurus baju-baju yang belum dilipat dan digosok. 

4. Sidai baju menggunakan penyangkut (hanger), jadi tak perlu lipat. Kering je kain boleh terus angkat dan sangkut dalam almari.

Secara umumnya 4 tips itu adalah tips yang bagus dan boleh dipraktikkan. Tips no 1 hingga 3 akan memstikan baju tidak bersepah-sepah walaupun belum dilipat. 

Cuma tips no 3 tu hanya praktikal untuk yang mempunyai rumah besar atau ada bilik yang tidak digunakan. Macam rumah kami ni ada 3 bilik sahaja. 1 ibu ayah, 1 Yusuf dan 1 Maryam, maka bilik untuk baju adalah tiada. Tips no 4 yang paling mudah cuma perlukan hanger yang banyak dan ruang almari yang besar.

Tapi kan, ibu sebenarnya ada tips ibu sendiri. Nak tau?

Kita tengok gambar-gambar ni ye..


 Sebelum..


Selepas..

Hehehe.. Tips ibu lepas angkat kain dari ampaian terus longgok atas sofa. Bila pemandangan tercemar dengan gunung ganang kain maka motivasi untuk menarahnya menjadi tinggi. Cepat-cepat lipat dan simpan..

Bila duduk dalam bakul, haaaaa.. Berhari-harilah jawabnya dalam bakul tu kan. Bila pakai hanger pula, masih perlu diperbetulkan gaya menyangkutnya. Kalau tak, tak muat almari nanti. Jadi, apa-apa hal, parking atas sofa dulu.

Cuma tips ibu ni banyak la kelemahannya. Kalau tak sempat lipat, memang sakit mata memandang. Bila ada tetamu datang, kelam kabut nak sorok baju-baju tu..

Jadi sebelum praktikkan tip yang ibu bagi, fikir-fikirkan dulu ye. Hehehe..

Okey, ibu nak sambung lipat kain ni, hingga di sini dulu tarian jemari ibu ni. Kalau ada tips dan cadangan tambahan, sila tinggalkan dikotak komen ye. Nanti ibu edit di entry, mana tahu dapat membantu kawan-kawan yang lain.

Hingga jumpa lagi..

Sunday, July 20, 2014

Tips Kekal Cergas Walau Berpuasa


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini dah 22 Ramadhan 1435H, maknanya termasuk harini tinggal 8 hari aje lagi nak raya. Masanilah ramai antara kita mula mengoperasi rumah masing-masing. 

Sapu sawang, mop lantai, lap cermin, tukar langsir, vakum karpet, nak masak untuk berbuka pulak, dan macam-macam lagi lah. Semua tu guna tenaga.. Dah lah malam berjaga sebab merebut peluang 10 malam terakhir Ramadhan. Ada juga yang berjaga malam sebab buat kuih raya kan? Hihi..


 Gambar hiasan dari Google

Tu belum nak sambung shopping keperluan raya di siang hari sebab malam kan terawih. Dengan cuaca sekarang yang paaaanas terik. Lagi-lagi yang memang berkerja tengah panas. Fuh! Mesti letih dan lembik dibuatnya.


Sekadar gambar hiasan (sumber)

Ibu nak kongsikan Tips Kekal Cergas Walau Berpuasa yang selalu ibu amalkan. Nak tahu tak?


Set Puasa Bertenaga Shaklee

Inilah supplemen yang ibu amalkan semasa bersahur untuk kekal cergas walau berpuasa. Memanglah ibu kerja dalam pejabat yang ada aicond, tapi sejak Ramadhan setiap tengahari ibu berulang alik Klang - Shah Alam - Klang sebab ambik dan hantar anak sekolah. Cuaca sangatlah paaaaaanas sampai kalau buka aircond paling kuat pun masih terasa panas dan bahang..

Alhamdulillah, dengan izin Allah set ni berkesan dan banyak membantu ibu untuk kekal cergas walau berpuasa.

Set Puasa Bertenaga Shaklee ni terdiri dari ESP, Meal Shakes dan Performance Drink. Apa kelebihannya?

Energizing Soy Protein (ESP) - sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama. (Info lanjut di SINI)

Meal Shakes - sumber multivitamin yang terbaik. Bila kita berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi.
(Info lanjut di SINI)
 
Performance Drinks - minuman seperti isotonik tetapi tanpa gas. Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan, dan justeru badan kekal rasa segar. Dengan itu, anda tidak akan rasa mudah dahaga. Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.
(Info lanjut dan testimoni di SINI)

Dapatkannya sekarang, mudah-mudahan dapat membantu anda untuk kekal cergas walau berpuasa.

Jika perlukan konsultasi atau bantuan, jangan malu-malu hubungi:

Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
Email: zefa_asmara@yahoo.com
Wassap ke 011-1153 7821

Saturday, July 19, 2014

Tips Berkesan Mudah Bangun Malam (Qiamullail)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, harini dah 21 Ramadhan 1435H. Tak sampai 10 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Sepuluh hari terakhir Ramadhan merupakan saat di mana Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan  dengan bangun malam (qiamullail), beriktikaf, dan mengejutkan ahli keluarga untuk bersama dengannya melaksanakan ibadah-ibadah sunat.  


Qiamullail, bangun malam, tahajjud
 Gambar hiasan. Imej dari Google..

Apa yang Rasullullah saw tunjukkan itu mencerminkan betapa tinggi nilai dan harga detik-detik terakhir Ramadhan di sisi Allah swt. Lebih manis lagi apabila Allah SWT turut menjanjikan kehadiran malam Lailatulqadar (iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan) pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.  


Lailatulqadar
 Imej dari Google..

 Mari sama-sama kita manfaatkan baki-baki hari yang ada ni dengan menambah amal ibadah kepada Allah swt.. Tapi, nak bangun malam ni bukannya mudah kan? Rasa malas, mengantuk dan letih lebih menguasai diri dari kehendak hati..

Mari ibu kongsikan Tips Berkesan Bangun Malam (Qiamulail) yang ibu baca dari Majalah Q&A Bil. 31 terbitan Galeri Ilmu.. 

1. Bertasbih 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali semasa hendak tidur.

Rasulullah saw bersabda kepada Fatimah ra dan pembantunya yang bermaksud: 

"Mahukah kamu berdua aku tunjukkan sesuatu kebaikan yang lebih baik daripada seorang pembantu? Apabila kamu berdua hendak tidur, bertasbihlah sebanyak 33 kali, dan bertahmidlah 33 kali dan bertakbirlah 34 kali.." 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Tidur sekejap sebelum atau selepas Zuhur

3. Meminimakan dosa dan kesalahan untuk mengelakkan rasa malas untuk melakukan qiamullail.

4. Jangan berjaga sehingga larut malam. 

Selain itu, kita perlulah memasang niat untuk bangun semula sebelum tidur. Niat itu sendiri akan mendorong kita untuk bangun menjalankan ibadah..

Pengambilan supplemen juga merupakan salah 1 pendorong untuk bangun dengan cergas. Ye lah, kadang-kadang kita memang bangun dah, tapi sebab masih mengantuk, badan pun rasa lesu, maka potensi nak tidur semula adalah tinggi..

Untuk bangun malam atau pagi dengan cergas ibu cadangkan Ostematrix Shaklee. Ostematrix membantu kita untuk tidur lena dan bangun semula dengan cergas.
 Ostematrix Shaklee
 OsteMatrix ni kalsium, jadi bagaimana ia boleh membantu tidur lena dan bangun semula dengan cergas? 

OsteMatrix bukan sekadar kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga membekalkan nutrien-nutrien harian seperti magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
 
Magnesium ini mampu menggalakkan penyerapan dan penyimpanan kalsium sekaligus membantu merehatkan otot-otot kita. Apabila otot kita semua dapat berehat dengan baik, maka badan juga akan dapat berehat seterusnya kita secara keseluruhannya akan mendapat rehat yang secukupnya dan berkualiti. Maka dengan ini, kita akan mampu bangun malam untuk qiamullail atau setiap pagi dengan segar untuk memulakan segala pekerjaan kita untuk sepanjang hari. 

Kelebihan Ostematrix yang ibu kongsikan adalah sekadar faktor pembantu. Pokok pangkalnya adalah kehendak diri untuk membanyakkan lagi amal ibadah di penghujung Ramadhan ini. Bukan sekadar di bulan mulia ini sahaja, tetapi usaha-usaha berterusan untuk istiqomah bangun malam di lain-lain bulan juga.


Bangun malam, qiamullail, tahajjud, membaca al quran
 Gambar hiasan. Imej dari Google..

Sekiranya berminat untuk mendapatkan sebotol Ostematrix Shaklee, jangan malu-malu hubungi ibu ya:
 Puan Zefa Nor Asmara Jubir
Shaklee Independent Distributor [ID No : 909824]
WhatsApp: 011 11537821
FB: Ibu Yusuf Dan Maryam
Page: Kiosk Keluarga Sihat

 

Wednesday, July 9, 2014

Tips Penyusuan Semasa Berpuasa


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Banyakkan Susu Ibu


Kerisauan ibu-ibu yang  menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Pelbagai persoalan bermain di kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. 

Bolehkah saya berpuasa? 

Adakah susu saya akan berkurangan? 

Nak makan apa untuk berbuka dan bersahur?

Adakah anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:


  • Disiplin waktu makan
Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.
 

  • Kurma, kurma, kurma
Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.
Banyakkan Susu Ibu 

  • Makanan seimbang dan suplemen
Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.
 
Banyakkan Susu Badan

  • Minum banyak air
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.
 
Banyakkan susu badan

  • Bertenang dan yakin
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.
 

  • Kerap menyusu dan mengepam
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.

Sumber 

Tuesday, May 20, 2014

Tips Keselamatan Kanak-Kanak Di Tempat Awam


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tadi masa jalan-jalan di muka buku ternampak gambar Ayah Yusuf dalam 1 page Jabatan Kerajaan ni. Gambar tu di share dari salah satu page PDRM. Membawa ibu jalan-jalan ke page tu pulak. Nampak page tu share tentang Tips Keselamatan Kanak-Kanak Di Tempat Awam. Wah, panjang lebar penerangan asal usul info entry ni.. Hihi..

Sebab tips tu bermanfaat, maka ibu kongsikan di Jemari Asmara. Jemput baca ya.. 

Tips Keselamatan Kanak-Kanak Di Tempat Awam

SHARING IS CARING: 
Keselamatan Kanak-Kanak Di Tempat Awam

Berikut disertakan beberapa tips keselamatan untuk ibu bapa dan anak-anak supaya lebih berhati-hati ketika berada di tempat awam.

1. Sentiasa perhatikan pergerakan anak anda. Tahu di mana dan dengan siapa mereka bersama.

2. Ajar anak anda untuk mengingati nama penuh mereka, alamat penuh dan nombor telefon rumah.

3. Adakan satu kod khas yang hanya digunakan di kalangan ahli keluarga. Beritahu anak anda untuk tidak semudahnya mengekori orang yang tidak dikenali dan tanyakan kod khas tersebut jika benar orang tersebut diminta bantuan oleh ahli keluarga untuk mengambilnya.

4. Jangan biarkan anak anda keluar bersendirian tanpa ditemani ahli keluarga yang lebih dewasa.

5. Jangan tinggalkan walaupun sebentar anak anda di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup ketika anda sedang berurusan di luar kenderaan.

6. Jangan lewat mengambil anak anda apabila selesai waktu persekolahan atau di lain-lain tempat awam.


Semoga bermanfaat.. :D

Wednesday, May 30, 2012

TIPS MEMILIH BEKAS KUIH RAYA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Amboi ibu Yusuf!! Baru Rejab dah cerita pasal bekas kuih raya? Kih kih kih.. Teruja nak raya le tew. Maaf, kalau entry ibu ni nampak hover sikit ye, tapi ibu rasa kita dah kena mula buat persiapan raya sedikit demi sedikit terutama persiapan baju raya. Persiapan awal sangatlah digalakkan supaya Ramadhan nanti kita dapat menumpukan sepenuhnya pada amal ibadah.

Tahunni, insyaAllah ibu akan tukar bekas kuih raya. Yang ada selamani dah diguna selama 8 kali raya. Terima kasih pada yang menghadiahkannya pada kami 9 tahun yang lalu. Bukanlah dah tak akan guna langsung, cuma nak menambah lagi.

Mari ibu kongsikan Tips Memilih Bekas Kuih Raya yang terlintas difikiran ibu. Jika ada yang ibu tertinggal, silalah kongsi buah fikiran di bahagian komen ya..


1. Bertutup rapat

Kita sedia maklum, bekas makanan yang baik adalah bekas makanan yang bertutup. Ianya penting dari sudut kebersihan selain mengelakkan makanan didatangi serangga seperti semut.

2. Kedap udara

Bekas kedap udara penting supaya makanan yang diisi kedalamnya tidak lemau (masuk angin).

3. Transparent

 Bekas transparent memudahkan tetamu melihat isi bekas kuih kita. Jadi tak perlulah tetamu buka satu-satu bekas yang ada. Jika guna bekas transparent, tetamu hanya perlu buka bekas kuih yang diplih sahaja.

4. Menarik

Dah namanya raya kan, jadi seboleh-bolehnya nak lah yang cantik untuk dihidang pada tetamu. Tak perlu mahal, yang penting bekas tu mampu menceriakan suasana.

5. Mudah dibasuh

Trend masa kini, bekas kuih dihias dengan renda, manik dan pelbagai aksesori. Tapi pastikan bekas tersebut masih boleh dibasuh untuk menjamin kebersihannya.

6. Tidak mudah pecah

Tetamu kita datang dalam pelbagai usia. Hari raya sinonim dengan kehadian tetamu cilik. Jadi, eloklah kita gunakan bekas yang tidak mudah pecah. Bukannya kanak-kanak, kadang-kadang tetamu dewasa pun ada yang tumpahkan air dan jatuhkan bekas.

6 sahaja yang terlintas difikiran ibu pagini. Ada tambahan? Sila tinggalkan buah fikiran anda di bahagian komen ya..

Dengan gumbiranya ibu Yusuf nak tayang bekas kuih raya tahunni. Taraaaaaaaaaaaaaaaaa..

v

v

v


Hek eleehh!! Balang macamni je? Apa kelas balang seringget ni..

Hohoho.. Sabar tuan-tuan dan puan-puan. Nanti ibu Yusuf make up la lawa-lawa bekastu..

Ibu tahu tak ada siapa pun cakap macam tu. Ibu tahu pembaca Jemari Asmara baik-baik semuanya. Saja je ibu Yusuf cakap macam tu.. Jangan marah ya.. :D



Antara yang ibu dah hasilkan. Cantik tak?


Pandangan sisi. Balang sengaja ibu biarkan kosong tanpa hiasan untuk memudahkan ianya dicuci..



Close up hiasan di atas penutup. Bunga Ros tu (ada rupa bunga ros tak?) ibu buat sendiri dari gulungan riben.

Sebenarnya, ini adalah projek bisnes ibu untuk raya tahunni. Ibu buka untuk tempahan bagi yang berminat.

Untuk maklumat harga, sahabat-sahabat boleh ke http://jemariasmaraonlinebiz.blogspot.com/

Terima kasih sudi singgah ke Jemari Asmara.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...