Follower

Wednesday, December 30, 2015

Cuti-Cuti Terengganu ~ Pantai Tok Jembal

Assalamualaikum wbt

Berakhir sudah cuti-cuti 2015 ibu. Habiskan cuti ganti, campur sabtu Ahad 2 kali, cuti umum 2 hari, dapat la 10 hari. 2 hari uruskan keperluan sekolah, 3 hari balik kampung Sekinchan, 3 hari balik kampung Terengganu dan 2 hari bercuti di Kuantan.

Balik kampung Sekinchan tak ada apa nak cerita sangat. Santai-santai kat rumah, bawak mak pergi shopping kat Sungai Besar, petang-petang lepak kat pantai BM Sungai Nibung, makan-makan. Pejam celik habis 3 hari.

Khamis kami bertolak balik Terengganu. Balik kalini kami diuji dengan kereta rosak di Bukit Besi, syukur alhamdulillah Allah datangkan orang yang baik-baik membantu kami.

Balik Terengganu kalini pun banyak duduk di rumah, yelah 3 hari je pun. Ada sekali pergi rumah kakak En Ayah, dan bawak anak-anak mandi manda di Pantai Tok Jembal.

Kali pertama ibu menulis tentang Pantai Tok Jembal ni pada tahun 2013. Tajuk entry tu Ombak mengganas di Pantai Tok Jembal.Masatu tak sangka pun pantai ni akan jadi tempat mandi manda.

Tahun 2013 kami tahu pantai ni boleh buat mandi. Tambak dah dibina jadi ombak kuat dah tak sampai pantai. Sejak tu pantai ni jadi lokasi wajib setiap kali balik terengganu.

Meh layan gambar suasana petang di Pantai Tok Jembal, Kuala terengganu..

 Ramai keluarga berkelah dan mandi manda di sini. Angin petang sepoi-sepoi bahasa, mahu terlena jadinya..


   Pemandangan Pantai Tok Jembal dalam suasan mendung..

Pantai ni sebenarnya tempat nelayan-nelayan kecil berlabuh, tapi sekarang musim tengkujuh. Nelayan kecil jarang turun ke laut dan sampan di tarik hingga ke darat.. Pada musim-musim biasa, pantai ni penuh dengan sampan-sampan nelayan. Boleh tengok dalam entry lama ibu di sini.


 Nampak tak dua orang budak berbaju merah dalam air tu? Yusuf dan Maryam sedang bersukaria. Ibu dan ayah tengok je..


Zoom sikit. Pantai tok Jembal ni dah di tambak dengan batu-batu besar untuk menghalang hakisan. Jadi pinggiran pantai selamat dari ombak besar..


Zoom lagi..

Habis mandi manda, tak lama lepas tu terus Maghrib. Kami solat Maghrib di masjid berhampiran sebelum balik rumah. Tak jauh pun, lebih kurang setengah jam perjalanan kalau tak jem. Jem Kuala Terengganu ni dah macam di KL juga bila cuti sekolah.

Almaklum ramai yang balik kampung, dan ramai yang menjadikan Terengganu Darul Iman sebagai destinasi percutian. Tapi cuti di Pantai Timur hujung-hujung tahun ni faham-faham ajelah.

Kami di Terengganu hingga Ahad. Pagi tu kami menuju ke Kuantan, sebelum meneruskan perjalanan balik ke Shah Alam. InsyaAllah akan ibu catatakan percutian kami di Swiss Garden Beach Resort Kuantan dalam entry yang seterusnya.

Sampai sini dulu catatan ibu, hingga jumpa lagi.


Monday, December 21, 2015

Penutup Kem Pra Tahfiz Cuti Sekolah

Assalamualaikum wbt..

2 hari lepas kita digemparkan dengan berita kematian 5 sekeluarga yang lemas di Air Terjun Belukar Bukit, meninggalkan seorang ahli keluarga yang terselamat. Mereka bukan kenalan ibu, tapi peristiwa ini sangat meninggalkan kesan dihati. Bila-bila masa kita boleh dijemput oleh Yang Maha Pencipta. Dan juga Air Terjun Belukar Bukit adalah tempat percutian yang kami sering kunjungi bila balik terengganu. Boleh baca catatan lama ibu di sini dan di sini tentang perkelahan kami ke Air Terjun Belukar Bukit.

Semoga Allah mencuri rahmat ke atas arwah Haji Halim, isteri dan 3 orang anak perempuannya. Dan semoga Allah terus melindungi adik Hasif, anak bongsu keluarga ini yang terselamat. Sama-sama kita sedekahkan Al fatihah kepada mereka..

Alhamdulillah, 2 hari lepas juga berakhir Kem Pra Tahfiz Cuti Sekolah yang dihadiri oleh Yusuf dan Maryam. Kem bermula dari 30 November 2015 dan berakhir pada 19 Disember 2015 bertempat di Masjid Al Hidayah Seksyen 18 Shah Alam. 

Alhamdulillah, cuti sekolah anak-anak kali ini terisi dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang, Isnin hingga Jumaat. Anak-anak peserta juga dilibatkan dengan aktiviti luar dan berombongan ke Melaka.

Sabtu 19 Disember 2015 merupakan penutup program dan ibu bapa turut terlibat. Jom kita tengok beberapa keping gambar yang ibu sempat ambik.

 Penyampaian sijil..

Sijil disampaikan sendiri oleh ibu atau bapa anak-anak peserta. Mana-mana peserta yang ibu bapanya tak hadir, sijil disampaikan oleh Ustaz.


 Yusuf dan Maryam terima sijil..


 Sebahagian keluarga yang hadir..

Ramai yang hadir tapi duduk jauh-jauh, almaklum masjid kan besar. Ustaz pun tak panggil suruh ke depan, jadi ada yang duduk di hujung-hujung. Ibu pun tak pasti berapa jumlah anak-anak peserta, tapi masa ke melaka hari tu 1 bas, 1 van dan beberapa buah kereta urusetia.


 Khusyuk dengar ceramah..

Masani tengah ucapan Ustaz penganjur. Ustaz mengingatkan tentang pentingnya mengulang-ulang surah-surah dan ayat-ayat Al Quran yang telah dihafal agar tidak lupa. Ustaz juga megingatkan anak-anak tentang kewajiban menghormati dan taat kepada ibu bapa.

Ada aktiviti yang mana peserta diminta duduk bersama keluarga masing-masing. Kena salam, peluk dan cium ibu bapa masing-masing untuk menzahirkan kasih sayang.


 Kami sekeluarga..

Alhamdulillah, ada juga gambar kami sekeluarga. Susah sebenarnya nak ambik gambar berempat. Gambar ni kawan Yusuf yang tolong ambikkan gambar. 


Banner program..

Kem Pra Tahfiz ini merupakan program musim ke 2 anjuran Masjid Al Hidayah. Kemungkinan tahun depan ada lagi. Jadi pada ibu bapa yang berminat, boleh lah roger-roger jawatankuasa masjid. Tapi tunggu tahun depan lah ye. Hehe..

Sekian catatan ibu. Hingga jumpa lagi..

Thursday, December 17, 2015

Bercuti Tanpa Sengaja ke Seremban 2 N9

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, muncul juga entry baru akhirnya. Sawang pun dah berjuntai-juntai. Huhu.. Terima kasih pada yang masih singgah di sini. Maaf, komen-komen sejak entry terakhir pun baru berkesempatan publish tadi..

Sebenarnya nak cerita tentang percutian yang tak dirancang, tapi sekarang kan tengah hot cerita 'Cinta Tanpa Sengaja' di Astro. Sesaje lah buat tajuk macam tu..

Alkisahnya, dah tahu dah En Ayah nak ke Seremban hari Jumaat sampai Ahad sebab ada Karnival Sukan. Dan asalnya memang tak plan pun nak bawak family. Tapi Jumaat tu juga tiba-tiba En Ayah tanya, nak ikut tak? Kebetulan Jumaat tu cuti umum di Selangor sempena keputraan Sultan. Pucuk dicita ulam mendatang la jawabnya. Haha..

Lepas Asar kami bertolak sebab anak-anak ada kelas tahfiz cuti sekolah sampai jam 5.00 petang. Sempat singgah jumpa kastemer hantar barang Shaklee lagi. Sampai di Seremban 2 dalam 7.30 malam macam tu. Kami bermalam di Hotel Sutera, Seremban 2. Sampai dah malam, nak mengejar Maghrib bagai, tak sempat pun nak snap gambar bilik..

Malam tu ayah ada majlis perasmian, kami 3 beranak bertapa kat bilik je. Ayah balik dah lewat juga, terus bawak anak-anak yang dah kelaparan keluar makan. Cari tempat makan pun main redah je sebab tak biasa pun dengan Seremban 2 tu. Sudahnya kami makan di Nasi Ayam NOAH tak jauh dari Mydin Mall Seremban 2. Boleh tahan sedap la rasanya..

 Dataran Centrio Seremban 2

Dah makan kami ke Dataran Centrio Seremban 2, betul-betul bersebelahan Mydin Mall. Memang happening kat sini, meriah. Ramai ibu bapa bawak anak-anak untuk beraktiviti santai malam-malam. Ada juga yang main kasut roda dan motor kecil. Maaf la ibu tak tahu nama saintifiknya apa..

Yusuf dan Maryam main belon je. Satu stick RM3.00, ambik 2 stick RM5.00. Dapat sekali 2 besen kecik sabun. Besen dan stick tu kena pulangkan ye, bukan ambik terus tau.

Gelap, gambar pun blurr je..

Dah habis belon, tengok macam-macam gelagat orang, pusing-pusing area dataran jap, terus balik hotel dan zzzzz. Dah tangah malam pun masa tu. 

Besoknya pagi-pagi En Ayah dah keluar untuk aktiviti sukannya. Ibu bawak anak-anak sarapan kat bawah, lepas tu apa lagi. Kolam la..

Sekadar di pinggiran..

Mandi tepi-tepi je, sebab dorang tak pandai berenang. Pelampung apa bagai memang tak bawak. Ibu teringin gak nak mandi, tapi malu. Nanti seksi you, aww..

Lepas Zuhor kami keluar makan tengahari. Sebab tak tahu nak makan kat mana, kami pergi ke Nasi Ayam NOAH lagi. Tapi entahla, malam tu makan rasa sedap. Bila datang sekali lagi, ehhh macam-macam tak kena. Ayam keras la, hangit la, air pun cair je. Sabar aje lah. Dan entah kenapa, selesai je makan Maryam muntah. Habis keluar semula apa yang dia makan..

Lepastu kami jalan-jalan ke Mydin Mall Seremban 2 pulak. Tak ada plan nak beli apa pun, cuma nak jalan-jalan cuci mata. Kebetulan ada Lisa Surihani, apa lagi. Meh skodeng dari jauh..

 Sodeng dari tingkat atas..

Masani baru keluar Mydin, beli pelampung dan bola untuk Maryam. Sebenarnya dia ada benda-bendatu tapi tak bawak. Dan tiba-tiba nak jugak-jugak beli. Sabar ajelah..

 Bergambar dengan Lisa Surihani..

Tapi bergambar dari jauh ajelah. Sorang di tingkat atas, seorang atas pentas. Budak cantik ni mintak nak bergambar dengan Lisa Surihani sebenarnya. Tapi beratur punyalah panjang, eh.. tak kuasa ibu..

 Lisa menunggu peminat..

Lepas snap gambar dari atas kami turun pergi depan pentas. Dapat la tengok Lisa Surihani tu dekat-dekat. Lupa pulak nak ambik gambar orang-orang yang beratur tunggu giliran nak ambik gambar dengan Lisa..

Lisa dari pandangan sisi..

Pic ni Maryam yang snap, zoom dari tepi pentas. Lisa ni kan baru lepas bersalin, masih nampak berisi lagi. Berisi-berisi pun, menten gojes uollsss. Cantik sangat..

 Mandi lagi..

Balik dari Mydin Mall, lepas Asar budak-budak ni terjun kolam lagi. Kali ni lebih happy sebab En Ayah pun ada. Jadi tak lah sekadar di pinggiran macam pagi tadi. Budak Maryam pun dah ada pelampung, lagi la dia happy..

Pelampung dan bola baru..

Tahu tak? Setengah nyawa tau ibu tiup dua benda alah tu. Nak pecah paru-paru rasa. Bila dah kembang dua-dua tu ibu rasa nak nangis. Haha.. Serius letih. Bukan macam tiup belon tu tau, ni beratus kali ganda dengan tenaga tiup belon. Anak punya pasal, layan ajelah..

Ginilah bila percutian tak dirancang, kalau tau awal dah bawak siap-siap pelampung yang kat rumah tu. Pam pun ada, tak payah tiup-tiup bagai.

Malam kedua kami tak ke mana-mana, Maryam dah tertidur awal. En Ayah dan Yusuf keluar tapaw makanan, dan ibu terpaksa layan bola. Tak pernah-pernah ibu layan bola, nasib baik Selangor menang dan Isnin diishtihar cuti. Hoyeeeh!!

Besoknya awal-awal pagi kami dah bergerak balik Shah Alam. Memang awal, sampai sarapan pun kat Shah Alam. Tapi eloklah, sebab besoknya Isnin anak-anak nak ke Melaka untuk kem 2 hari 1 malam. Sempat la dorang berehat dan ibu kemas-kemas barang dorang..

Berakhirlah kisah cuti tanpa sengaja ke Seremban 2. Harap-harap ada la entry baru lagi lepas ni supaya jemari Asmara tak bersawang lagi. Hehe..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...