Follower

Showing posts with label Idea Dekorasi Ruang Makan. Show all posts
Showing posts with label Idea Dekorasi Ruang Makan. Show all posts

Wednesday, August 26, 2015

31 Julai 2015 ~ Birthday Ibu dan Adik Beradik Datang Beraya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Masih cerita pasal raya dan cerita yang dah lama berlalu, hehe. 31 Julai 2015 yang lepas genap umur ibu 37 tahun. Syukur alhamdulillah, masih dipanjangkan usia hingga kehari ini..

31 hb tu hari Jumaat dan ibu dengan gembiranya mohon cuti raya. Yeay! Mana tak happy dah 15 Syawal baru dapat cuti. Dalam entry sebelum ni ibu ada cerita tentang ibu menanggung tugas seorang pegawai yang berpindah bermula tarikh 1 Julai 2015. Jadi antara syarat kelayakan menanggung tugas ialah tidak boleh bercuti selama 28 hari. Tu lah kisah kenapa ibu tak dapat cuti raya..

Ikutkan 29 hb tu dah boleh cuti dah, tapi 30 hb ada program di pejabat. Jadi tangguh 31 hb baru cuti. Kebetulan tarikh tu birthday ibu. Alang-alang cuti, masak-masak lah sikit ajak adik beradik datang beraya..

Masak simple-simple je. Nasi Mandy kambing, sos harrah, sup kambing, puding ABC dan tambahan beli ayam bakar Ayamas. Tu je kut ceritanya, selebihnya kita layan gambar la ye. 

Yang tanya tentang deko-deko rumah ibu boleh lah intai-intai dalam ni. Sama je dengan tahun-tahun lepas jadi insyaAllah tak ada entry khas untuk deko-deko. Hehe..


 31 hb tu hari closing bulanan Shaklee. Sambil-sambil masak sambil intai biz. Tu yang sampai sudah laptop pun masih ada atas meja..
 
 Rezeki adik-beradik, ipar duai dan anak-anak buah malam tu. Nasi mandy kambing. Mbekkk.. Hihi..
 
 Mak-mak yang melayan anak-anak makan..

 Meja ada 8 kerusi je. Makan berganti-ganti jawabnya. Tapi ok lah, dorang tak datang serentak pun..

 Acara santai-santai selepas makan-makan..
 
 Geng-geng anak bujang yang tak sudah-sudah dengan gadjet masing-masing..


Possing lagi..
 
Alhamdulillah, hari tu ibu happy sangat sebab kami 5 beradik dapat berkumpul. Sebab raya tak semua balik serentak, ada yang beraya di kampung dulu dan ada yang beraya di rumah mertua dulu..
 
Tu je lah cerita ringkas kenangan 31 Julai 2015 yang lepas. Semoga bertemu Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Semoga dipanjangkan usia dalam keberkatan dan dengan kesihatan yang baik. Aamiin..
 
Hingga jumpa lagi..
 
Salam mesra;
Ibu Yusuf & Maryam
zefa_asmara@yahoo.com

Sunday, October 7, 2012

DECO-DECO DAPUR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ahad nan syahdu tapi penuh kebahagiaan. Huhu.. Pagi tadi sedih sangat, ibu ajak ayah balik kampung tapi ayah tak nak. Alasannya, anak-anak nak periksa. Ibu sedar alasan tu sangat logik dan benar, tapi nama pun manusiakan? Berlinang juga lah air mata ibu pagi tadi.

Tapi harini juga ibu bahagia dengan keadaan dirumahni. Sunyi sepi je.. Tiada tv, tiada PS2. Yang kedengaran hanya suara ayah mengajar Yusuf dan suara Maryam menghafaz surah-surah lazim. Errrmmm, garang juga En. Ayah tu jadi cikgu ye. Hehehe..

Ibu mengasingkan diri membawa hati nan sendu di dapur. Bukan masak pun, tapi mengemas-ngemas apa yang patut. Moh lah layan hasilnya..



 Ini ruang makan..

Baru kemas sesuku sebenarnya. Tempat-tempat lain sepah lagi sebenarnya. Ibu tunjuk yang kemas je ye.. Hehehe.. 


 Koleksi Peonis kesayangan ibu..

Asalnya set ni duk dalam almari, tapi mingguni topik perbincangan di APC (Antique Porcelin Collector @ FB) adalah Peonis. Jadi ibu dengan rajinnya keluarkan dan basuh semula. Yelah, duduk dalam almari pun berhabuk sebenarnya.


 Decorasi atas mikrowave..

Mikrowave tu jarang guna sebenarnya, pakai sekali sekala je bila ibu malas masak. Keluarkan apa-apa produk beku dalam peti sejuk, keluar mikrowave dah boleh makan.

Tu je gambar yang ada yang boleh ditunjuk. Tak boleh tunjuk semua, nanti pecah rahsia. hahaha..

Errr, ada yang pening ke ibu edit gambar macam tu. Sebab, memang ada juga orang tak boleh tengok pic blur-blur ni. Dia pening. Saje je ibu buat macam tu, konon nak bagi cantik. Lalalala..

Tapi hakikatnya, ini haaaa...

v

v

v

v




Ibu tahu, lain orang lain citarasa. Ada yang suka dapur yang lapang je, senang nak lap habuk. Tapi apa nak buat, dah ibu Yusuf suka yang macamni. Layan ajelah ye..

Lagipun, kabinet rumah ni fesyen lama punya. Beli rumahni, kabinet tu dah ada. Ibu terima seadanya, gunanya apa yang ada. Belum berkeperluan dan juga belum berkemampuan nak tukar kabinet baru. Jadi nak cover mata, deco lah apa-apa yang patut. Kan?

Okey, ibu nak sambung deco lagi. Sebelah tempat makan ni tempat ibu berkarya dan berkreatif (kreatif la sangat.. hohoho..) Nanti dah siap kemas ibu tunjuk ya. kalau tak tunjuk tu, maknanya tak kemas-kemas lagi lah tu. Hahaha..

Sampai juga lagi..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...