Follower

Showing posts with label Diari Yusuf Nabhan. Show all posts
Showing posts with label Diari Yusuf Nabhan. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

2015 ~ Yusuf & Maryam Kembali Ke Sekolah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam, Isnin 12 Januari 2015 secara rasminya anak-anak ibu Yusuf dan Maryam dah kembali bersekolah setelah cuti yang panjang. Alhamdulillah, kedua-duanya memulakan persekolahan ditahun baru dengan semangat dan ceria.

Yang bestnya, ibu belum bangun Maryam dah bangun dulu. Semangat betul dia. Hihi..

Sesi persekolahan 2015 juga bermulanya kembali mereka menjadi anak-anak taska. Macam ibu cerita sebelumni, ibu dah kembali bekerja maka mereka juga mula perlu lebih berdikari.

Semalam ibu tak cuti, jadi tak ada gambar-gambar skodeng di sekolah. Sejak 2009 (Yusuf mula tadika), inilah kali pertama ibu tak ke sekolah diawal sesi persekolahan. Selagi anak ibu tadika dan tahun 1, ibu akan ikut ke sekolah walaupun sekadar hantar. Tak tunggu pun, tapi entahla. Best sangat hantar anak ke sekaolah lagi-lagi dihari pertama. Hehe..

Tahun ni dah tak ada yang tadika dan tahun 1, maka ibu dah tak perlu ke sekolah kut. Lagi pun dah lama cuti, bagi peluang la pulak untuk kawan-kawan yang lain bercuti.

Tak ada gambar skodeng, tapi ada 3 gambar yang ibu sempat ambik sebelum mereka ke sekolah. Ibu tampalkan di Jemari Asmara, buat kenangan dihari kemudian.
 

2015 ~ Yusuf dah tahun 5 dan Maryam tahun 2..


Hari pertama persekolahn yang serba sederhana..

Tahunni tak ada istilah serba baru. Sebab pakaian dan kelengkapan sekolah tahun lepas masih ada yang elok.

Yusuf berkasut, seluar dan baju baru tapi bag lama. Maryam berbag, kasut, botol air baru tapi baju dan tudung lama. Oh ya, kain pun baru sebab yang tahun lepas dah senteng..


Dua beradik yang ceria nak pergi sekolah..

Sekian catatan ringkas ibu, tapi mungkin menjadi catatan yang penting suatu hari nanti. Banyak terakam kenangan-kenangan manis yang lalu dalam blog ni.. 

Hingga jumpa lagi, salam sayang..


Wednesday, December 17, 2014

Ulang Tahun Muhammad Yusuf Nabhan ke 10 Tahun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sudah 17 hari berlalu cerita itu, tapi tak apa.. Kita cerita juga di Jemari Asmara sebagai kenangan dihari kemudian kelak.

30 November 2014 baru-baru ni, ulangtahun anakanda Muhammad Yusuf Nabhan yang ke 10 tahun. Alhamdulillah, anakanda membesar dengan sihat dan baik.

Harapan ibu semoga anakanda terus membesar sebagai anak yang soleh, beriman, bertaqwa, sihat, berjaya didunia dan diakhirat. Amin..

Seperti tahun-tahun lepas, tiada sambutan beria-ia. Hanya makan-makan kami sekeluarga 4 beranak..

image
Birthday boy dan ayahnya..

30 November tu, kami sekeluarga makan-makan pizza hut. Kek pun beli kek comel je. Hihi.. Beli yang besar takut tak habis sebab besoknya kami nak balik kampung pula..

image
Ini adik birthday boy..

Seperti biasa, adik mesti nak lebih. Birthday dia ke, birthday abang ke, dia tetap 'watak' utama. Nasib baik abang jenis cool, jadi layankan aje lah..

Gambar ibu? Tak ada dalam phone sendiri, semua ada dalam phone ayah, jadi tak apalah. Letak je mana gambar yang ada..

Besoknya, kami bergerak balik ke kampung halaman ayah di Terengganu. Tapi tiba-tiba, terjadi percutian tidak dirancang..

image
De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang..

Ini percutian main terjah namanya. Tak booking, tak apa dan keputusan dibuat sangat last minit.

Rezeki Yusuf tiap-tiap tahun dapat bercuti ke hotel dihari ulang tahun. Tahun lepas di Grand Lexis Port Dickson, tahun ni De Rhu Beach Resort Kuantan pula.

InsyaAllah, ada kelapangan ibu buat entry tentang percutian kami. Laptop tengah pening sekarang ni, jadi update blog guna soffice je. Kalau nampak tak tersusun tu, abaikan ye. Jumpa pc nanti, ibu edit semula..

Hingga jumpa lagi..

Monday, July 14, 2014

Yusuf & Maryam Ikut Ibu Pergi Pejabat


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini sekolah agama anak-anak cuti sempena Nuzul Al Quran besok. Jadi harini ibu bawa Yusuf dan Maryam pergi pejabat. Emm, anda-anda pernah ke bawak anak-anak pergi pejabat? Ibu selalu je, lagi-lagi masa cuti sekolah. Lagi pun mereka dah besar, tak usik ibu buat kerja. Yang penting bos tak marah. Hehe..


Pose istimewa dari Maryam Nabihah..

Maryam sekolah agama sesi pagi. Jadi pagi tadi dia yang ikut ibu dulu..



Aktiviti utama Maryam setiap kali ikut ibu ialah berkreatif. Dia akan godek apa yang ada dan buat sesuka hati dia. Ibu biarkan je, dari dia asyik main handset baiklah dia mengasah bakat yang ada. Harini dia buat kad raya untuk cikgu katanya.

Menjelang tengahari ibu hantar dia ke sekolah kebangsaan. Baju, bag, kasut sekolah semua dah bawa siap-siap pagi tadi letak dalam kereta. Hantar Maryam, ambik pula Yusuf. Bawa pula Yusuf ke tempat kerja.. Begitulah ceritanya..

Gambar Yusuf? Tak ada.. Kesian, huhuhu..



Tuesday, July 8, 2014

Kisah Terlebih Muatan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, dah 10 Ramadhan harini. Semoga dipanjangkan usia untuk meneruskan ibadah puasa hingga ke penghujungnya..

Setakat puasa kali ni di Jemari Asmara tak pernah lagi buat entry tentang juadah puasa kan? Hehe.. Ada sekali, itu pun cerita pasal mangkuk tingkat. Sendiri punya masak tak ada, sebab mood nak ambik gambar setiap lepas masak tak ada.

Takpelah, kita tak payah cerita pasal makan. Kita cerita pasal terlebih muatan. Apakah?





Ini gambar beberapa hari lepas. 

Inilah rutin setiap pagi 2 beradik pergi sekolah. Abang sekolah kebangsaan dan adik sekolah agama di sesi pagi. Dan sebaliknya di sebelah petang..

Biasanya tak hantar serentak pun, hantar abang dulu sebab abang masuk lebih awal. Kemudian baru ayah hantar adik pulak sebab adik masuk lewat sikit dari abang.

Bila bulan puasa, sebab dah bangun awal sejak bersahur dua-dua bersiap awal. Lagi-lagi Maryam, kadang-kadang Yusuf belum balik dari masjid solat Subuh pun, dia dah cepat-cepat pakai baju sekolah siap berstokin dah. Semangat betul. Hihi..

Bila dah bersiap awal, Maryam tak nak tunggu la. Ayah hantar abang pergi sekolah dia nak ikut sekali. Layankan ajelah, tapi kesannya;

Motorsikal ayah terlebih muatan. Hehehe..


Thursday, March 6, 2014

ANAKANDA YUSUF & PROGRAM TAHFIZ HUJUNG MINGGU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dah lama tak tulis cerita tentang anak-anak. Kali terakhir buat cerita tentang anakanda Yusuf pun entry ww je. Kesiaaaann kan? Hehehe.. 

Berbalik pada cerita di atas, kami memang mencari kelas sedemikian rupa untuk mengisi hujung minggu Yusuf. Hasil carian di internet, hasil maklumat dari kawan-kawan, hasil rondaan kami dari surau ke surau, kami mengumpulkan beberapa maklumat institusi-institusi yang menganjurkan program tahfiz hujung minggu.

Tapi ayah akhirnya buat keputusan nak hantar anakanda Yusuf menghadiri Program Tahfiz Hujung Minggu anjuran Pondok Al Furqan (Pusat Didikan Al Quran Shah Alam). 


Program Tahfiz Hujung Minggu di Shah Alam
 Entry ni tak ada gambar sangat, tapi ada pulak gambar jubah Yusuf ni. Selit jelah..

Ok, jom kita tengok apa lagi maklumat yang berkaitan denga Program Tahfiz Hujung Minggu anjuran Pondok Al Furqan ni..

Objektif
  • Memperbaiki bacaan Al Quran para remaja dengan tajwid yang betul.
  • Menanamkan dalam diri remaja kecintaan kepada kitab Al Quran.
  • Menggalakkan remaja menghafaz Al Quran.

 Silibus
  • Bacaan Iqra / Al Quran.
  • Hafazan Juzuk ‘Amma, surah-surah amalan (Al Mulk, Wa’qiah, As Sajdah, Yasin dsb).
  • Solat Dhuha berjemaah dan kaifiatnya.
  • Modul Tajwid Asas.
  • Modul Tafsir Al Quran.
  • Modul Hadis.

Sasaran
  • Remaja berumur 8 – 17 tahun
  • Terhad kepada 30 peserta terawal.
 
Jadual kelas
  • Pada hari sabtu minggu pertama, kedua, dan ketiga setiap bulan
  • 9.00 Pagi – 12 Tengah Hari

Yuran
Pendaftaran  : RM 40 (sekali sahaja)
Bulanan        : RM 60  






Owh, ada rupanya gambar kenangan.. Gambar edit ni ya, hihi..

Gambar ni diambil dalam perjalanan ke program tu masa mula-mula daftar dulu. Program ni tak terlalu berat, juga tidaklah boleh dikatakan santai. Tapi pada pandangan ibu, ianya cukup baik untuk mengisi aktiviti hujung minggu anak-anak.

Oh ya, lokasi program adalah di Shah Alam. Khusus kepada warga Shah alam, sekiranya berminat (yang sungguh-sungguh berminat sahaja) dan nak tahu lokasinya boleh bisik-bisik dengan ibu di email zefa_asmara@yahoo.com

Okey, sekian dulu catatan ibu. Hingga jumpa lagi.. :D



Wednesday, January 22, 2014

WW; ABANG DAN ADIK

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Ibu jemput Yusuf di KAFA, kemudian baru ambik Maryam pula di Sekolah Kebangsaan. Memandangkan kereta banyak, ibu parking jauh sikit. Abang jalan kaki jemput adik di pagar. Ibu follow dari belakang..

Pendekkan cerita (kata ww.. hehe..) ni gambar candid.. Mereka tak sedar ibu perhati dari jauh..

Sekian.. :D

Sunday, January 19, 2014

ENTRY PEMBUKA TIRAI 2014

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, harini sudah 19 Januari 2014. Bermakna sudah 19 hari kita berada di tahun baru 2014. Tapi ini merupakan entry pertama Jemari Asmara, tertinggal keretapi sudah. Hehe..

Tertinggal bukan alasan untuk terus terkebelakang. Kan? Marilah kita berkejaran untuk mengaktifkan blog kita semula. Kita tu maknanya semua blogger yang dah suam-suam kuku macam ibu nilah. Ayoh, jom bangkit! Kih3x, bukan main semangat. Kita tengok aje berapa lama bertahannya semangat Ibu Yusuf dan Maryam ni.

Bercakap tentang pembuka tirai 2014, sudah pastinya tentang persekolahan Yusuf dan Maryam.

  
Anak bujang ibu dah melangkah ke tahun 4. Sesi persekolahan 2014, Yusuf melangkah ke sekolah sebagai lelaki sejati. Hehehe.. Yelah, kan dia dah berkhatan cuti sekolah baru ni..



Dan terbukti anak ibu, kanak-kanak lelaki yang cergas. Haha.. seminggu sekolah seluar sekolah KAFA dah rabak. Adeh..

 

Paling teruja, Maryam sudah melangkah ke Tahun 1. Alhamdulillah, permulaan yang sangat baik. Melangkah alam persekolahan sejak usia 4 tahun, Maryam cukup matang untuk ke Tahun 1..

 

Pose menarik dari maryam. Ini kelas KAFA sesi pagi berkain hijau. Gambar di atas tu sekolah Kebangsaan sesi petang..


Tengok! Walaupun Maryam dah Tahun 1, dia tetap baby ibu dan ayah. Hehehe..

Tapi sebenarnya dia duduk depan bila naik motor, kalau ayah bawa ibu atau abang sekali. kalau Maryam dengan ayah je dia duduk belakang la..

Berjasa besar motor ayah ni. Selain sebagai tunggangan utama  En Ayah pergi kerja, motor nilah yang ambik dan hantar anak-anak pergi sekolah. Eh, masuk cerita motor la pulak..

Baiklah, sekian dulu catatan ringkas ibu, untuk entry pembukaan 2014 yang ketinggalan sudah. Hihihi..

Hingga jumpa lagi.. :D

Wednesday, December 4, 2013

MUHAMMAD YUSUF NABHAN SELAMAT BERKHATAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

2 Disember 2013, dua hari selepas ulangtahunnya yang ke 9 anakanda Muhammad Yusuf Nabhan selamat dikhatankan.

Ibu punyalah dup dap dup dap menjelang tarikh tu. Macam ibu pulak yang nak kena 'potong'. Yang empunya diri selambe je.. Adoi la ibu ni.. Hihi..

Sehingga entry ni ditulis, telah lebih 48 jam berlalu dan Yusuf dijaga sepenuhnya oleh ayah. Besok baru giliran ibu, kami suami isteri cuti berganti-ganti. Tak tahulah besok ni macammana, sebab ibu lemah lutut setiap kali tengok dia. Baru tengok orangnya, belum tengok bahagian yang sakit tu. Apapun, semoga dipermudahkan semuanya.

Masa di klinik, ibu ada ambik gambar. Tak banyak pun, adalah 2-3 keping..


 Ini masa tunggu giliran.. Pakai tab je, gambar blurr..

 Ini masa sebaik sahaja selesai dan keluar dari bilik Dr.. Ayah yang temankan masuk. Ibu dan Maryam tunggu di luar..

 
Ini masa baru sampai rumah. Bentang tilam kat luar bilik. Hehe.. Ada juga guna ibu simpan mainan Maryam masa baby tu..

Semua ni satu pengalaman baru bagi kami. Almaklum, anak lelaki sulung (dan tunggal setakat ni). Ibu memang tak ada pengalaman. Adik lelaki pun seorang je dan masa dia khatan pun ibu budak lagi. Jadi bergantung pada pengalaman ayah ajelah.. Hehe.. 

Kisah Yusuf berkhatan ni ada ibu kongsikan di FB. Ibu ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan agar semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Alhamdulillah, dah pun selesai. Doakan Yusuf cepat sembuh ya..

Salam sayang. Hingga jumpa lagi..

 

Sunday, December 1, 2013

MUHAMMAD YUSUF NABHAN 9 TAHUN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Semalam 30.11.2013, tahun ulang tahun kelahiran anakanda Muhammad Yusuf Nabhan yang ke 9. Syukur alhamdulillah, anugerah Allah swt ini membesar dengan baik dan sihat. Semoga anakanda diberikan kesihatan yang baik, menjadi anak soleh dan dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat oleh Yang Maha Esa..


 Birthday cake yang ibu order di Shah Alam, tapi jalan jauh sebelum dipotong dan dingap.. Hehe.. Jalan kemana agaknya ya? 


 Birthday splash tepi kolam.. Memang splish splash la. Haha.. Tapi birthday boy dalam kolam, berendam tak mahu naik-naik. Hehe.. Kat mana ni ya?


 Kat sini je.. Tiada lagi rahsia. Siapa yang friend dengan ibu di FB rasanya tahu dah kami bercuti di sini..

Alhamdulillah, setelah sekian lama mendengar cerita orang, membaca catatan-catan blogger tentang hotelni, akhirnya kami sampai jua. InSyaAllah ada entry khas untuk percutian kami di sini.

Salam sayang. Hingga bertemu kembali..




Wednesday, January 23, 2013

WW: BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang






Ps: Permintaan anakanda soleh Muhammad Yusuf Nabhan yang menemukan ibu dengan buku ni. Banyak kali dia minta nak memiliki bukuni. Alhamdulillah, ibu dah tunaikan. Semoga memberi manfaat untuk kami sekeluarga. InSyaAllah..


Monday, December 10, 2012

HARI-HARI BAHAGIA SEORANG WANITA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Harini ibu cuti, wah.. cuti lagi. Memang melampau rekod cuti ibu tahunni. Sepanjang 2012 termasuk harini ibu dah cuti sebanyak 36 hari. Syukur ada cuti ganti, kalau tidak.. potong gaji sudah. 
Dikesempatan ini ibu nak rakamkan, beberapa detik bahagia yang ibu lalui baru-baruni. 29 November 2012 kami sekeluarga bermusafir ke negeri kelahiran ayah membawa misi serampang 2 mata. Balik kampung ayah merangkap hadir majlis konvokesyen Ucu, adik bongsu ibu.

30 November 2012 - Ulang tahun kelahiran anakanda Yusuf yang 8 tahun masihi. Syukur alhamdulillah.. Tiada yang lebih bahagia buat seorang ibu selain melihat anak yang dikandung membesar dengan sihat.

Tiada sambutan, tiada kek hari jadi.. Sekadar ucapan berserta doa dari ibu dan ayah..
  
 1 Disember 2012, Cik Ayu adik kedua bongsu ibu sampai ke terengganu untuk sama-sama hadir di majlis konvokesyen Ucu. Cik Ayu belanja birthday boy makan Radix Fried Chicken (RFC). Ibu ayah birthday boy tumpang sekaki.. Hehehe..


Makan-makan @ RFC, Kuala Terengganu.. Terima kasih Cik Ayu..

2 Disember 20012, hari bersejarah buat Ucu dihari konvokesyen setelah bertahun-tahun bertungkus lumus di UNIZA demi menggenggam segulung ijazah, dan tiada yang lebih bahagia buat seorang kakak, selain melihat adik-adiknya berjaya.



Kenangan bersama.. Kesian Ucu, mak abah tak dapat bersama di hari bahagianya (macam hari kawin la pulak bunyinya.. hehe..)



Ada iras tak? 

Tiba-tiba teringat zaman kecik-kecik dulu budak-budak lelaki ejek ibu keling sebab ibu hitam. Sadis betul.. Tapi sekarang, ada siapa-siapa berani nak kata? See my kulit now la.. Yang ejek ibu tu lagi gelap dari ibu sekarang. Hahaha.. Tetiba emo pulak teringat zaman kecik-kecik..


Like dis pic.. Ayah, Yusuf dan Maryam yang sentiasa bersama ibu di saat suka dan duka..

Selesai majlis konvo, kami ke UNIZA pulangkan jubah. Sebelum tu kami ke studio tangkap gambar (studio la sangat.. bawah khemah je..) Semua orang tangkap dengan mak ayah masing-masing. Tapi ucu dengan kakak-kakak je.. Sob sob sob.. Ibu kata kat orang studio tu, ibu ni mak kepada Ucu. Dia tak percaya la pulak. Hahahaha..

Selesai urusan di UNIZA kami berjimba-jimba di Pasar Payang la pulak. Bawa orang KL jalan-jalan (KL la sangat Cik Ayu ye.. hehe..)



Makan bihun sup perut.. Sedappp..


Alolo.. Tomelnya anak ibu. Cik Ayu pun tomel juga.. Muahaha.. Err.. Cik Ayu memang comel pun.. :D



Shopping time.. habis untung jual produk felinna buat shopping.. Kih kih..


Kekasih hati ibu.. Yang selalu melimpahi ibu dengan rasa bahagia.. tapi kadang-kadang berlinang juga air mata kerana dia. Err.. Sedangkan lidah lagi tergigit. Kan?

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan pergi, balik dan sepanjang kami di Terengganu. Kami sampai di Shah Alam pada pagi 4 Disember 2012. Syukur, amanat mak abah untuk mewakili mereka ke majlis konvokesyen Ucu terlaksana.

Tahniah buat Ucu. Ibu doakan Ucu dimurahkan rezeki untuk dapat kerja yang baik-baik nanti. Amin..

Sekian, catatan kebahagiaan seorang wanita..

Iklan:


Ibu adalah pengedar produk Felinna Beauty yang terdiri dari InchLoss Lotion dan Vitamin C Plus Pure Collagen

Penghantaran ke Seluruh Malaysia menggunakan Pos laju dan serahan tangan di sekitar Shah Alam, Bukit Raja Klang dan Tesco Extra Ampang.

Hubungi 012 3659728 (Zefa) :D

  


Saturday, November 10, 2012

SESEJUK PERUT IBU MENGANDUNGKAN MUHAMMAD YUSUF NABHAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini 10.11.12.. Cantik tarikh tu kan? Harini akan berlangsung konvokesyen tadika Maryam. Ibu teruja nak pergi sebab harini Maryam terlibat dengan persembahan di pentas. Cuma ibu tak pasti pelajar 5 tahun dapat hadiah ke tidak. Alhamdulillah, Maryam dapat no. 1 kali ni.. Sejuk perut ibu mengandung.

Tapi entryni khas untuk abang Yusuf.. Cerita Maryam ibu simpan dulu ya. Beberapa hari yang lepas berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah sekolah agama Yusuf. Seperti tahun lepas, ibu tetap berusaha untuk datang. Tahun lepas terkejar-kejar datang selepas ibu selesai ceramah, tahunni ibu siap ambil cuti lagi. Semangat nak bagi sokongan moral pada anak bujang kesayangan ibu ni..

Yusuf tak dapat no terbaik pun dalam kelas di sekolah agama. Sama juga di sekolah kebangsaan, dia pun tak pernah dapat nombor terbaik.Tapi sebagai ibu, ibu tetap berbangga dengan pencapaiannya sebab ibu tak meletakkan nombor sebagai ukuran. Alhamdulillah, peratusan markah di kedua-dua sekolah adalah cemerlang dimata ibu.

Cuma selamatlah duit ibu kan, sebab ibu janji kalau dapat no 1 atau 2 atau 3, ibu akan belikan PSP. Hehehe..

Ibu kongsikan di sini beberapa keping gambar kenangan majlis penyampaian hadiah sekolah agama anakanda Yusuf yang berlangsung di Masjid Negeri Shah Alam..


 Hati ibu mana yang tak tersentuh, hati ibu mana yang tidak gembira.. bila anak yang dikandung selama 9 bulan duduk di atas pentas membacakan ayat-ayat suci al quran dan diperdengarkan untuk semua hadirin yang datang dalam usianya belum pun lagi mencapai 8 tahun.

Tahniah sayang, Yusuf tanpa ibu lihat ada rasa gentar pun berada di hadapan. Suaranya terkawal dan bacaan baik sekali. Cuma tidaklah berlagu bagai.. Baru tak sampai seminggu belajar taranum.



 Beratur tunggu giliran untuk ambik hadiah. Walaupun tak dapat no 1 - 3, tapi Yusuf tetap dapat hadiah sebab dia pelajar Mumtaz (cemerlang)..



 Tahniah Muhammad Yusuf Nabhan bin Muhamad Roslan..



 Ibu pun nak interframe jugak.. Hehehe..



 Amboi, riangnya anak ayah ni..



Bukan nilai hadiah jadi ukuran..

Ibu doakan semoga anak ibu terus cemerlang dan akan perbaiki lagi di masa hadapan. Ibu teringin juga nak tengok abang naik pentas di sekolah kebangsaan. Harap-harap tahun depan tercapailah impian ibu ni ya..

Semoga anak-anak ibu berjaya di dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal 'alamin..


Tuesday, October 23, 2012

MAIN HUJAN LALALA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu tengah pening.. Berhenti sekejap buat kerja, update blog hilangkan pening. Alasan serius ni tau, bukan buat lawak. Harini ibu kerja call orang je, sampai habis lebih 100 minit kredit ibu. Ce bayangkan berapa RM. Gara-gara pejabat baru ibu tak ada talian telefon lagi. Tapi kerja kena buat juga. Kan?

Salah satu terapi bila ibu stress dengan kerja ialah menatap wajah anak-anak. Walaupun tak dapat nak tatap secara langsung, dapat tengok gambar pun jadilah. Maka timbullah entry ni..

Ahad lepas kami balik Sekinchan. Rutin kami, tiap-tiap minggu pun balik kecuali ada urusan-urusan yang tak boleh dielakkan. 

Sekarangkan musim hujan, tiap-tiap hari hujan. Ibu suka je hujan bila balik kampung, bolehlah duduk diam sikit Maryam hujan-hujan ni. Kalau tak, dia suka jelajah satu kampung. Kalau boleh panjat pokok kelapa sawit tu, dia dah panjat agaknya. Hehehe..


 Sekadar di tepian. Merenung hujan lebat yang membasah bumi dan menghalang niat suci murni dia nak ajak ayah pusing-pusing kampung naik motor..


 Yusuf dan dunianya.. Si abang ni kalau tak hujan pun memang suka duduk dalam rumah je. Cuma adalah gadget-gadget sesiapa yang akan jadi mangsanya..

Sekali ibu tengok, cerita sudah 'bertukar' daaaaaa...

v

v

v

v

v


 Hahaha.. Dua-dua dah main hujan dah.. Suka hati kau orang lah..


 Amboi.. Punya mesra posing. Biasanya gaduh aje..


 Hari semakin gelap.. dan mereka semakin basah lenjun.. Tapi mereka nampak sangat happy, jadi ibu tak sampai hati nak marah. Sebab tu ibu biarkan sahaja..


 Tengok.. bawah pokok pisang pun mereka redah. Maryam punya idealah tu, kalau Yusuf seorang dia tak kan sampai situ punyalah..


Oooo.. ada sampan. Ucu dan cayu yang buatkanlah tu..

Okey, tu gambar last. Sebab dah masuk waktu Maghrib, jadi semua dikerah mandi. Sabun bersih-bersih dan yang penting kepala kena shampoo betul-betul.

Alhamdulillah, anak-anak ibu tak demam. Dah lama sebenarnya mereka tak main hujan macam ni. Dulu tahun 2010 ibu ada buat entry tentang Menguji Antibodi Anak-Anak. Tu cerita mereka main hujan sebenarnya, cuma kejadian berlaku di kampung Tok, yang ini kejadian berlaku di kampung Mbah.

Ibu copy ayat dari entry tersebut:

Pada pandangan suami saya (dan saya bersetuju), adakala anak-anak perlu diberi peluang dalam mencipta keriangan di alam mereka sendiri. Walaubagaimanapun, pengawasan dan kawalan dari ibubapa atau orang yang lebih dewasa adalah WAJIB!!!!

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca di Jemari Asmara. 

 
Oh ya, iklan sekejap. Ibu sekarang jadi agent Inchloss Lotion. Berminat sms/ call ibu ditalian 012-3659728.

Keterangan lanjut sila klik SINI ya.. :D 

Terima kasih.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...