Follower

Wednesday, December 31, 2014

2000 Periuk Nasi Untuk Pantai Timur

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, dengan izinNya dapat ibu update blog harini. Lamanya tak jengah blog sendiri. Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan blog ni sunyi, tapi tak apalah. Tak payah cerita sebab-sebabnya, nanti nampak macam beralasan pula. Hehe..

Malam ni ibu nak tulis sesuatu yang berkaitan dengan apa yang berlaku di Pantai Timur sekarang. Kita semua tahu Pahang, Terengganu dan Kelantan dilanda banjir besar. Juga beberapa tempat di Perak turut dilanda banjir.

Ibu mengikuti perkembangan banjir di sana hampir 80% melalui fb. Ramai kawan-kawan fb ibu sendiri adalah mangsa banjir. Cumanya bila di fb ni kita kena pandai menapis maklumat yang kita terima, sebabnya ada juga perkara-perkara yang tidak benar dan fitnah yang tersebar.

Allahu, luluh rasanya hati melihat gambar-gambar yang dikongsikan rakan-rakan fb. Belum lagi gambar-gambar banjir yang tersebar luas di media sosial. Tak tertanggung rasanya..

Alhamdulillah, rakyat Malaysia ramai yang prihatin. Banyak NGO dan individu yang menggerakkan tabung sumbangan. Banyak sumbangan dapat dikumpul dan diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir. Wang ringgit, pakaian, makanan, keperluan dan sebagainya.

Melalui kawan-kawan fb, banyak sumbangan makanan, beras, telur, dan lain-lain tapi mereka tiada dapur untuk memasak. Jika sudah pulang ke rumah sekalipun, semuanya sudah musnah. Dapur dan alatan elektrik kemungkinan sudah tidak boleh digunakan.

Maka ibu tertarik dengan usaha dari Dewan Pemuda Pas Johor yang menggerakkan misi 2000 periuk nasi untuk Pantai Timur. Misi mereka untuk mengumpulkan 2000 periuk nasi untuk disumbangkan kepada 2000 keluarga. Jika sebuah keluarga mempunya 4 orang ahli, bantuan sebenarnya disalurkan kepada 8000 orang. InsyaAllah, lebih ramai dapat dibantu.


Setiap periuk nasi dianggarkan berharga RM100.00 dan kita disarankan untuk menyumbang sekurang-kurangnya seunit.

Tapi ibu berpendapat, sumbanglah semampu kita. Jangan pula tak mampu menyumbang RM100.00 terus tak jadi menyumbang. 

Andaikan kita menyumbang RM20.00 dan ada 4 orang lain juga menyumbang RM20.00, insyaAllah dapat juga membeli seunit periuk nasi. Kan?

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank Dewan Pemuda Pas Negeri Johor 551191102820. Masukkan email 2000periuknasi@gmail.com atau isikan maklumat di www.2000periuknasi.com

Semoga sumbangan kita mampu meringankan bebanan mereka yang menerima ujian dan semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala yang besar kepada penyumbang-penyumbang. Amin..

Jom sama-sama menyumbang. Ketepikan sebentar ideologi politik masing-masing. Kita menyumbang demi kemanusiaan.

Thursday, December 18, 2014

Jualan Gudang Simply Siti di Anggerik Mall Shah Alam

Alhamdulillah, kami baru sampai rumah. Tadi ibu, Yusuf dan Maryam berjimba-jimba di Anggerik Mall Shah Alam. Ada apa di Anggerik Mall?

image
Simply Siti buat jualan gudang..

Jualan Gudang Simply Siti berlangsung dari 17-19 Disember 2014, dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang..

Ware house sale ni berlangsung serentak didua tempat; Anggerik Mall Shah Alam dan Bangunan Komtar Pulau Pinang..

image
Semua dijual murah-murah..

Barang yang dijual semua di bawah harga pasaran, diskaun hingga 80% katanya..

image
Pilih kak, jangan tak pilih..

image
Masa nak bayar beratur panjang la juga..

Masing-masing teruja memborong.. Tapi pilih-pilih juga ya. Setiap barang ada tarikh pengeluaran, yang ada tarikh luput pun ada. Kebanyakannya luput tahun 2015 - 2016. Yang cuma tertera tarikh pengeluaran pun ada, kebanyakannya 2010-2011. Jadi kalau nak beli banyak-banyak sebagai stok sendiri, kira dulu berapa lama anggaran penggunaan setiap item.

Walaupun ini bukan barang makanan, tapi bagi ibu tarikh luput tu perlu diambil kira. Dah nama pun penghabisan stok, mesti ada sebab stok-stok tu nak dihabiskan dan dijual dengan harga murah..

Tapi dari segi harga memang berbaloi-baloi. Kepada kawan-kawan yang nak sama-sama memeriahkan jualan, sempat lagi ni. Harini hingga besok..

image
Gambar sebagai penutup. Ini aje hasil capaian ibu tadi.. :D

Cuti-cuti Malaysia di De Rhu Beach Resort Kuantan Pahang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyang

Ini adalah percutian yang tidak dirancang. Perancangan asal nak balik kampung Terengganu, tapi tiba-tiba kami singgah di Kuantan.

De Rhu Beach Resort ni pun kami main terjah je, tak ada buat booking bagai. Sebenarnya, ini je pun hotel yang kami tahu di area sini. Itupun sebab pernah datang untuk hari keluarga Pejabat Agama Islam Daerah Petaling tahun 2005. Masa tu Yusuf kecik lagi, lebih kurang setahun macamtu.

Selepas 9 tahun, kami datang lagi. Keadaan hotel masih sama, cuma nampak semakin uzur. Tak ambik gambar pun hotel ke, lobi ke, bilik ke. Suram je..

Kalau diukur dari sudut bilik hotel, kami tak datang kut sini. Tapi persinggahan kami ni lebih nak layan kehendak anak-anak nak mandi kolam. Kolam De Rhu Beach Resort ni memang best. Luasnya pun boleh tahan..

Kalau dah terjun kolam dia yang awesome tu, lupa terus kat hotel yang suram tu. Percayalah.. Hihi..

image
Belanja dulu sekeping gambar De Rhu Beach Resort dari arah pantai. Yang bestnya, hotel ni tepi pantai..

Kami check in dah petang juga, dalam jam 4.00 pm macamtu. Masuk bilik je terus siap-siap nak mandi kolam.

image
Tuuu, cubaan Yusuf nak usik adiknya. Sudahnya, dia balik yang kena. Huhu..

Bilik ni ada 'bunyi-bunyi' walau disiang hari. Bunyi kerusi diseret-seret gitu. Tapi wallahua'alam samada memang bunyi kerusi atau apa, sebab tak ada perasaan takut pun masa tu.

Lebih mendukacitakan, bilik airnya sumbat dan mengeluarkan bau busuk. Tapi entahla, petang tu ibu relaks dan positif je. Tak ada nak bising-bising ke, bebel-bebel ke.

Masa turun bawah bawak budak-budak ni ke kolam, ibu singgah ke kaunter depan dan maklumkan masalah bilik air tu. Cuma ibu ada sebut juga, kalau boleh kami naik nanti masalah bilik tu dah dapat diatasi..

Jom layan gambar-gambar sepetang di kolam..

image
Kolam untuk kanak-kanak..

image
Ada buaian lagi tu..

image
Tiga beranak ni je mandi manda. Ibu tukang ambik gambar je..

image
Nak kemana agaknya tu? Kolam ni luas, jadi boleh pindah-pindah..

image
Terjun kolam sini pulak..

image
Nampak laut dari kejauhan..

image
Dua beradik yag mandi sampai tak ingat nak naik..

Hampir Maghrib juga budak-budak ni naik, itu pun setelah dipaksa. Naik bilik, alaaaaa masih sumbat. Sudahnya kami dapat bilik lain, kena mengangkut segala beg la pulak berpindah randah.

Lepas bersihkan diri dan solat, kami keluar jalan-jalan cari makan. Pun main terjah je kedai yang ada sebab bukan tau pun mana kedai yang best. 

Cerita makan-makan ibu buat entry lain, nanti banyak sangat la pulak gambar dalam entry ni..

Siap makan, kami pusing-pusing sekejap dan terus balik hotel. Tengok tv cerita 'Ikan Bakar' di Tv9 lepas tu masing-masing pun beradu. Zzzzz..

Besok paginya, celik je mata yang budak-budak ni ingat cumalah nak mandi kolam lagi. Hmmm.. Apapun, kita sarapan dulu.

image


image


image


image


image


image
Sambung mandi dihari kedua sampai tengahari. Habis gelap anak-anak ibu..

image
Ibu tak mandi pun, duduk-duduk tepi kolam aje..

Ketika jam hampir 12.00 tengahari, walau dengan hati yang berat dua berdik ni terpaksa juga keluar dari kolam tu. Masa untuk check out pula..

image
Masa ni ibu baru siap berkemas-kemas..

Sementara ibu berkemas, sempat lagi dua beradik tu bergusti atas katil. Hmmm.. Sabar aje lah..

Kami check out dari De Rhu Beach Resort ini lebih kurang jam 1.00 petang 2 Disember 2014 dan meneruskan perjalanan ke Terengganu Darul Iman.

Kami berada di Terengganu sehingga Sabtu 6 Disember 2014 dan kembali sampai ke Shah Alam awal pagi 7 Disember 2014.

Syukur alhamdulillah, selamat pergi dan kembali.

Wednesday, December 17, 2014

Ulang Tahun Muhammad Yusuf Nabhan ke 10 Tahun

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sudah 17 hari berlalu cerita itu, tapi tak apa.. Kita cerita juga di Jemari Asmara sebagai kenangan dihari kemudian kelak.

30 November 2014 baru-baru ni, ulangtahun anakanda Muhammad Yusuf Nabhan yang ke 10 tahun. Alhamdulillah, anakanda membesar dengan sihat dan baik.

Harapan ibu semoga anakanda terus membesar sebagai anak yang soleh, beriman, bertaqwa, sihat, berjaya didunia dan diakhirat. Amin..

Seperti tahun-tahun lepas, tiada sambutan beria-ia. Hanya makan-makan kami sekeluarga 4 beranak..

image
Birthday boy dan ayahnya..

30 November tu, kami sekeluarga makan-makan pizza hut. Kek pun beli kek comel je. Hihi.. Beli yang besar takut tak habis sebab besoknya kami nak balik kampung pula..

image
Ini adik birthday boy..

Seperti biasa, adik mesti nak lebih. Birthday dia ke, birthday abang ke, dia tetap 'watak' utama. Nasib baik abang jenis cool, jadi layankan aje lah..

Gambar ibu? Tak ada dalam phone sendiri, semua ada dalam phone ayah, jadi tak apalah. Letak je mana gambar yang ada..

Besoknya, kami bergerak balik ke kampung halaman ayah di Terengganu. Tapi tiba-tiba, terjadi percutian tidak dirancang..

image
De Rhu Beach Resort, Kuantan Pahang..

Ini percutian main terjah namanya. Tak booking, tak apa dan keputusan dibuat sangat last minit.

Rezeki Yusuf tiap-tiap tahun dapat bercuti ke hotel dihari ulang tahun. Tahun lepas di Grand Lexis Port Dickson, tahun ni De Rhu Beach Resort Kuantan pula.

InsyaAllah, ada kelapangan ibu buat entry tentang percutian kami. Laptop tengah pening sekarang ni, jadi update blog guna soffice je. Kalau nampak tak tersusun tu, abaikan ye. Jumpa pc nanti, ibu edit semula..

Hingga jumpa lagi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...