Follower

Showing posts with label Tempat Menarik di Melaka. Show all posts
Showing posts with label Tempat Menarik di Melaka. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Medan Selera Ikan Bakar Pangkalan Balak


Jalan-jalan cari makan @ Melaka

Sambungan cerita jalan-jalan lagi. Jangan jemu ya aduhai pengunjung setia Jemari Asmara. Izinkan ibu Yusuf merakamkan detik-detik istimewa dalam perjalanan hidupnya.. (walaupun kadang-kadang ada yang buat spoil juga.. ngee..)

Contoh spoil? Baca n3 ni sampai habis ya..

Acara wajib bila jalan-jalan adalah cari makan. Ye lah, takkan ibu nak masak dalam bilik resort kut. Hehe.. Untuk yang baru singgah di blog ibu. kami bercuti di Tanjung Bidara dan bermalam di Samudera Bidara Resort. Macam ibu katalah, bila duduk di Tanjung Bidara kene la keluar untuk cari makan.

Kawan ibu yang selalu bercuti di Melaka cadangkan kalau nak makan ikan bakar, pergi ke area Pantai Kundur Klebang atau ke Kampung Pantai Kuala Sungai Baru. Tapi kami tak tahu tempat tu, tak nak ambik risko sesat larat kami minta cadangan dari pihak resort. Pihak resort cadangkan kami ke sini..

v

v


Medan Selera Ikan Bakar Pangkalan Balak, dekat je dengan resort kami. Naik kereta dalam 10 minit macamtu. Kalau duduk di resort Pangkalan Balak boleh datang jalan kaki je. Maaflah, kamera ibu gagal ambil gambar yang bercahaya.. :-(


Ada 4 gerai semuanya, tapi rasanya gerai nombor 3 tu jual air je. Kedai nombor 2 tidak beroperasi. Kami makan di gerai nombor lima. Geraini pandai, siapa-siapa yang datang terus dia tarik masuk kedai dia. Tak bagi can orang nak ke kedai sebelah..


Antara seafood yang sedia untuk dimasak atau dibakar. Ada siakap, ada ikan serekut, pari, sotong, pahat, kerang, cencaru.. dan lain-lain..


Kami ambik ikan serekut (yang warna putih tu). Saje nak rasa sebab tak pernah rasa lagi. Kami ambik seekor dan minta di bahagi 2. 1 bahagian bakar, 1 bahagian masak 3 rasa.


Harga ikan semasa.. Sama je harga serekut dengan siakap. Tapi siakap kami dah biasa makan..

Meh layan apa yang kami order. Sedap ke tak?


Ni namanya pahat ye kawan-kawan. Rasanya lebih kurang mentarang juga. Kami minta masak halia, tapi tak rasa halia pun...


Ikan serekut 3 rasa. Bolehlah masakannya.. Cuma ikan siakap lagi sedap pada pandangan ibu..


Ikan serekut bakar.. Kerang bakar.. Tomyam sotong..

Tomyam sotong biasa-biasa je, okeylah. Kerang bakarnya kering sangat sampai kecut-kecut kerang tu. Hmmm, tak best.
Ikan bakarnya mengecewakan. Mungkin style di situ, tapi memang tak kena dengan selera kami. Ikan tu dibakar tanpa dibuang sisik dan dibakar kosong. Maknanya tak ada apa-apa rempah pun. Air asamnya pun mengecewakan, entahlah ibu rasa macam busuk. Cuma kicap cicli tu menyelamatkan keadaan. Tapi ini dari penilaian kamilah, mungkin bagi orang lain sedap. Tak sedap bagi kami, tak semestinya tak sedap bagi orang lain. Sekadar komen jujur..

Untuk 4 pinggan nasi putih, 1 mangkuk tom yam sotong, 1 pinggan kerang bakar, 1 pinggan pahat masak halia, separuh ikan serekut masak 3 rasa, separuh ikan serekut bakar, 2 gelas teh o ais, secawan teh panas, segelas air suam dan 3 biji otak-otak semuanya RM74.00 sahaja..

Harga tu jika dibandingkan dengan kuantiti makanan memang rasa berbaloi. Tapi denga rasanya, jujur ibu keciwa. Huhuhu...

Jadi lain kali pergi mungkin kami akan cuba gerai no. 1 pula. Tak pun, cari tempat yang kawan ibu cadangkan tu..

Sekian catatan jalan-jalan cari makan. Jumpa lagi.. :D



Sunday, December 18, 2011

Semalam di Tanjung Bidara Melaka


Rakaman percutian berserta sedikit info tentang resort..

Seperti yang ibu ceritakan sebelum ini, selepas dua malam di Johor bahru kami beredar pula ke Melaka untuk menikmati percutian di tepi pantai. Rakaman kami bercanda di tepian pantai tanjung Bidara ibu dah kongsikan pada n3 sebelum ini.

Untuk n3 yang ini, ibu nak kongsikan tentang penginapan kami di Tanjung Bidara. Kami menginap di sini..

v

v

Samudera Bidara Resort.. Yang ni semua bilik superior. Ada roof top lagi..

Sebelum ibu ceritakan tentang resortni, ibu nak kongsikan pandangan sekiranya kawan-kawan nak bercuti di sini.

Jika anda memilih lokasi yang tenang tanpa hiruk pikuk, ibu cadangkan pilihlah resort atau chalet di Tanjung Bidara. Cuma resort atau chalet di sini agak tersorok dan perlukan kenderaan kalau nak keluar makan. Cari je papan tanda Komplek Falak Al Khawarizmi Jabatan Mufti Melaka, selepas kompleks tu akan jumpa banyak resort atau chalet. Tinggal pilih je yang mana satu.. Samudera Bidara Resort tu kami main terjah je, ada kosong terus check in.

Jika anda memilih, lokasi yang senang nak ke pantai, senang nak cari makan, ibu cadangkan pilihlah resort di Pangkalan Balak. Cuma suasana agak bising sebab betul-betul tepi pantai peranginan. Chalet dan resortnya juga bersusun rapat-rapat. Kalau tak nak leceh, baik di Pangkalan Balak berbanding Tanjung Bidara. Semua ada di sini..

Lagi satu, kalau pergi bukan di waktu puncak (cuti sekolah atau hujung minggu) tak perlulah book dulu. Datang, tengok dan pilih. Sebab ada setengah chalet tu dalam internet bukan main, sekali datang rupa rumah kampung je. Harga pun kedebabom.. Tapi, kalau pergi di waktu puncak dan tak book dulu, jangan marah kalau tak dapat bilik. Hihi..

Okeylah, itu pandangan dari mata kasar ibu je. Meh ibu cerita tentang SBR ni, best ke tak nilai lah sendiri ye..


 Pemandangan dari roof top. Antara kelemahan resort ni, dia tak ada pantai berpasir, pantai dia tambak batu. Kalau nak mandi kena jalan kaki jauh sikit atau keluar ke pantai yang dekat dengan Kem Terendak yang kami pergi tu..


 Resort yang sama cuma semua tu bilik standard.. RM130.00 semalam termasuk makan pagi untuk 2 orang.. Bilik superior RM150.00 semalam termasuk makan pagi untuk 3 orang..


3 kekasih ibu, ibu paksa ambil gambar atas roof top.. Hihi..


 Ni nak panggil apa ek? Lobi resort ke?


 Ahha.. ini sarapan yang disediakan. Ada juga sampingannya, sosej dan wedges, roti bakar pun ada. Buah pun ada. Air teh dan kopi serta oren kordial. Bukan fresh oren tau..


 Gelanggang bola tampar. Ayah tu saje tunjuk skill lepas gian. Kalau siapa-siapa yang datang buat family day dan nak buat BBQ kat sinilah tempatnya..


Resortni ada swimming pool.. Tuuu, Maryam dah sain kontrak jadi model swimming pool resort ni. Hihi...

Bilik? Tak yah tunjuklah. Sangat biasa-biasa.. Katil pun dah uzur dan senget sebelah. Karpet dia pun berbau hapak. Ibu rasa tak sesuai sebenarnya resort tepi pantai dan ada swimming pool macamni guna karpet. Orang basah-basah terus naik bilik sebab swimming pool dia tak sediakan tuala mahupun penjaga.. Oh ya, keadaan tu mungkin untuk bilik yang kami dapat je kut, bilik 602.. Ayat cover nih. Haha..

Wi Fi? Masa check in dia kata ada, dah malam dia kata tak ada pula. Hmm tak apa, sepanjang di Tanjung Bidara memang tak ada masa nak berinternet pun.

Cuma ada satu insiden yang buat ibu hangat hati, pekerja dia masuk bilik tanpa ketuk pintu dengan alasan nak ambil tuala. Masatu ibu cuma lock je tanpa pasang selak. Mujur ibu lengkap berpakaian, kalau tengah berkemban? Takke naya?

Secara keseluruhannya, jika tidak mengambil kira insiden hangat hati tu, resortni okeylah. Nama pun resort, tak perlulah mengharap standard hotelkan?

Baiklah, sampai di sini sahaja. Ada masa nanti ibu buat n3 tentang ikan bakar di Pangkalan Balak pula.

Jumpa lagi, salam sayang buat semua!!




Bercanda Dipasiran Pantai Tanjung Bidara Melaka..


Lagi catatan perjalanan ibu Yusuf sekeluarga..

Selepas 2 hari 2 malam di Johor Bahru untuk percutian 2 dalam 1 yang tidak dirancang dengan teliti, kami mengambil keputusan mengejut untuk menambah lagi percutian kami.

Ibu cadangkan pada ayah nak bawa anak-anak mandi pantai. Ibu cadangkan je tapi nak kemana tak tahu pun. Akhirnya ayah buat keputusan nak ke Tanjung Bidara, Melaka.

Tanjung Bidara? Tahu ke? Hahaha.. Dalam hati ibu mesti sesat larat lagi lah ni, sebab kami tak pernah pergi pun. Namun alhamdulillah, dengan maklumat melalui telefon dari kawan ayah kami sampai juga ke Tanjung Bidara.

Petunjuk jalan yang membawa kami ke Tanjung Bidara adalah:

Dari arah Johor Bahru keluar di tol Ayer Keroh. Terus hingga jumpa simpang MITC (ada Mydin) belok kanan. Jumpa bulatan kecil ambil jam 12 dan terus hingga jumpa lebuh SPA. Terus lagi hingga jumpa penjara Sungai Udang, terus hingga jumpa traffic light dan belok kanan. Selepas kanan kami ikut panduan dari papan tanda sahaja sehingga jumpa destinasi yang dituju. Pantai Tanjung Bidara terletak bersebelahan dengan Kem Terendak, sebuah kem tentera.

Ibu abadikan di sini beberapa keping gambar kenangan di Tanjung Bidara, Melaka. Semua gambar agak gelap kerana diambil dari jam 6.00 hingga 7.00 petang. Layan..










Maaf, gambar-gambar tanpa kapsyen ya.. biarlah gambar-gambar itu sendiri yang berbicara. Cewahh!!

Kami tinggalkan pantaini dalam jam 7.00 petang menuju ke penginapan. Di mana kami menginap tunggu n3 seterusnya ye. Jumpa lagi..

Ps: tiba-tba teringat lagu Anita Sarawak, "Bercanda di pasiran pantai, kita bersama memadu asmahara, cinta setia... lalalala...". Hahahaha..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...