Follower

Showing posts with label Balik kampung Tok. Show all posts
Showing posts with label Balik kampung Tok. Show all posts

Wednesday, December 30, 2015

Cuti-Cuti Terengganu ~ Pantai Tok Jembal

Assalamualaikum wbt

Berakhir sudah cuti-cuti 2015 ibu. Habiskan cuti ganti, campur sabtu Ahad 2 kali, cuti umum 2 hari, dapat la 10 hari. 2 hari uruskan keperluan sekolah, 3 hari balik kampung Sekinchan, 3 hari balik kampung Terengganu dan 2 hari bercuti di Kuantan.

Balik kampung Sekinchan tak ada apa nak cerita sangat. Santai-santai kat rumah, bawak mak pergi shopping kat Sungai Besar, petang-petang lepak kat pantai BM Sungai Nibung, makan-makan. Pejam celik habis 3 hari.

Khamis kami bertolak balik Terengganu. Balik kalini kami diuji dengan kereta rosak di Bukit Besi, syukur alhamdulillah Allah datangkan orang yang baik-baik membantu kami.

Balik Terengganu kalini pun banyak duduk di rumah, yelah 3 hari je pun. Ada sekali pergi rumah kakak En Ayah, dan bawak anak-anak mandi manda di Pantai Tok Jembal.

Kali pertama ibu menulis tentang Pantai Tok Jembal ni pada tahun 2013. Tajuk entry tu Ombak mengganas di Pantai Tok Jembal.Masatu tak sangka pun pantai ni akan jadi tempat mandi manda.

Tahun 2013 kami tahu pantai ni boleh buat mandi. Tambak dah dibina jadi ombak kuat dah tak sampai pantai. Sejak tu pantai ni jadi lokasi wajib setiap kali balik terengganu.

Meh layan gambar suasana petang di Pantai Tok Jembal, Kuala terengganu..

 Ramai keluarga berkelah dan mandi manda di sini. Angin petang sepoi-sepoi bahasa, mahu terlena jadinya..


   Pemandangan Pantai Tok Jembal dalam suasan mendung..

Pantai ni sebenarnya tempat nelayan-nelayan kecil berlabuh, tapi sekarang musim tengkujuh. Nelayan kecil jarang turun ke laut dan sampan di tarik hingga ke darat.. Pada musim-musim biasa, pantai ni penuh dengan sampan-sampan nelayan. Boleh tengok dalam entry lama ibu di sini.


 Nampak tak dua orang budak berbaju merah dalam air tu? Yusuf dan Maryam sedang bersukaria. Ibu dan ayah tengok je..


Zoom sikit. Pantai tok Jembal ni dah di tambak dengan batu-batu besar untuk menghalang hakisan. Jadi pinggiran pantai selamat dari ombak besar..


Zoom lagi..

Habis mandi manda, tak lama lepas tu terus Maghrib. Kami solat Maghrib di masjid berhampiran sebelum balik rumah. Tak jauh pun, lebih kurang setengah jam perjalanan kalau tak jem. Jem Kuala Terengganu ni dah macam di KL juga bila cuti sekolah.

Almaklum ramai yang balik kampung, dan ramai yang menjadikan Terengganu Darul Iman sebagai destinasi percutian. Tapi cuti di Pantai Timur hujung-hujung tahun ni faham-faham ajelah.

Kami di Terengganu hingga Ahad. Pagi tu kami menuju ke Kuantan, sebelum meneruskan perjalanan balik ke Shah Alam. InsyaAllah akan ibu catatakan percutian kami di Swiss Garden Beach Resort Kuantan dalam entry yang seterusnya.

Sampai sini dulu catatan ibu, hingga jumpa lagi.


Monday, September 22, 2014

Berangan Jadi Cinderella Tapi Jadi Isteri Shrek la Pulak

Cuti sekolah minggu lepas, kami balik kampung Ayah Yusuf di Kuala Terengganu. Seperti biasa balik kampung merangkap jalan-jalan. Salah satu aktiviti kami semasa di Kuala terengganu, naik kereta kuda ala Cinderella di Pantai Batu Buruk.


 Inilah kereta kuda ala Cinderella tu..

Tapi yang kelakarnya, bila ibu kata ini kereta kuda Cinderella, Maryam kata bukan. Maryam kata ini kereta kuda Shrek. Hahaha.. Ibu baru berangan nak jadi Cinderella dah kena tukar jadi Puteri Fiona..


 'Keluarga Sihat' berkereta kuda..

Masa mula-mula nampak kereta kuda ibu terus teringin nak naik. Cuma risau juga kut-kut mahal tambangnya. Bila tanya, owh murah aje. RM5.00 untuk dewasa, RM3.00 untuk kanak-kanak. Kami sekeluarga ngam-ngam muat satu kereta kuda dengan tambang RM16.00..


 Kuda ku lari gagah berani (sila menyanyi ye)..

Alaa, mana ada lari. Jalan lenggang lenggok je. Pusing 2-3 kali kat situ-situ juga. Bila difikir balik, alahai RM16.00 untuk pusingan secoet tu. Tapi bila difikir dari sudut lain pula, ianya adalah satu pengalaman manis buat kami terutamanya anak-anak. Sekurang-kurangnya, kalau cikgu tanya siapa pernah naik kereta kuda; Yusuf dan Maryam boleh angkat tangan. Ehehe..


 Ibu dan Maryam bertudung bawal ala Henglish..

Ini kali pertama Maryam ibu pakaikan tudung bawal. Baru beli semalamnya di Terminal Bas KT. Alkisahnya, dah lama dia teringin nak bakal 'tudung belit-belit', shawl gamaknya yang dia maksudkan. Tapi ibu mana tau belit shawl, jadi ibu belikanlah tudung bawal lepas tu belitkan. Hihi..

Tudung yang ibu pakai tu bidang 55 dan tudung Maryam bidang 45. Cantik-cantik tudung bawal bercoraknya. Ikut hati nak borong banyak-banyak, tapi ibu sedar ibu tak ada gaji sekarang. Cukuplah sorang sehelai..


Maryam possing ala model kengkononnya..

Lepas naik kereta kuda, layan budak-budak ni main buai sekejap. Di Pantai Batu Buruk ni ada taman permainan. Jadi kalau petang-petang bawak anak-anak main di sini memang best. Sambil teman anak main, sambil menikmati suasana tepi pantai. 

Oh ya, kalau tak nak naik kereta kuda, nak naik kuda sahaja pun boleh. Harganya sama je, RM5.00 dewasa dan RM3.00 kanak.

Cuti sekolah panjang hujung tahunni pun dah tak lama. Bagi yang merancang nak bercuti ke Kuala terengganu, Pantai Batu Buruk ni antara yang menarik untuk dikunjungi. Tapi pantaini tak sesuai mandi tau! Kalau nak mandi boleh ke Pantai Tok Jembal (klik). Cuma tengok juga keadaan dan cuaca masa tu.

Kalau nak shopping atau cuci mata, tak sah datang Kuala Terengganu kalau tak ke Pasar Payang. InsyaAllah lepas ni ibu buat entry pasal Pasar Payang. 

Setakat ini dulu catatan ibu kalini, sesungguhnya ini adalah cuti sekolah pertama pertama dalam sejarah hidup ibu. Ha, apakah? Jemput baca entry Cuti Sekolah Pertama Dalam sejarah (klik).

Hingga jumpa lagi :D


Saturday, May 25, 2013

MANDI MANDA @ PANTAI TOK JEMBAL, KUALA TERENGGANU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Yusuf dan Maryam memang suka aktiviti mandi manda, lebih-lebih lagi bila balik Terengganu. Terakhir catatan ibu tentang aktiviti mandi manda sebelum ni adalah di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu.

Balik kali ni tiada perancangan mandi manda sebenarnya. Tapi tiba-tiba terjadi. Ehehe.. Boleh pulak tiba-tiba terjadi ye?

Petang tu kami cuma merancang nak jalan-jalan tepi pantai je. Tapi Bak (abang ipar ayah Yusuf) bagi tau ada tempat boleh mandi di pantai Tok Jembal. Wah! Teruja kami sebab setahu kami kebanyakan pantai di Kuala Terengganu ni tak sesuai untuk mandi manda.

Maka dengan apa pakaian yang ada budak-budak tu terjun dalam air dengan Bak mereka. Ibu dan ayah tukang tengok je. Jom layan gambar yang ada..


 Ibu tak tahu nak bagi tau tempat ni kat mana. Tapi kalau kita menyusur Pantai Tok Jembal, ni lokasi terakhir boleh naik kereta. Sampai sini terus jalan mati dah..


 Budak Maryam yang teruja boleh mandi. Terjun dalam air dengan pakaian yang memang itu adanya. Balik rumah camane? Hihi.. Agak-agak sendiri..


Tempatni sebenarnya lokasi nelayan dengan sampan atau bot kecil berlabuh. Tapi memandangkan ada tambakan batu yang dibuat, pantai ni agak selamat dari ombak besar. Pesisiran pantainya juga landai dan sesuai untuk aktiviti mandi manda..


 Yusuf dan Maryam bukan main suka.. mandi dengan Bak dan sikecik Faqehah sepupu mereka..



 Ambik gambar dengan tab je.. tak boleh zoom..


Airnya bersih..


 Pemandangan indah waktu senja yang ibu sempat rakam.. Tapi taklah senja sangat, nanti kata ibu Maghrib kat pantai pulak.. Hohoho.. ;p


Yang ni pemandangan yang ibu snap dari gerai yang kami duduk. Tak ingat nama gerainya, tapi murah. Kami makan ikan goreng tepung, pisang goreng dan air untuk 5 orang baru RM18.00.. Ikannya besarrrrrrr dan segarrrrrr.. Sampai ibu belek-belek ikan tu, teruja tengok ikan selar besar tu. Tapi tak ada gambar. Lupa nak ambik. Hehehe..

Okey, sampai sini dulu catatan ibu kalini. Hingga jumpa lagi..



Wednesday, April 3, 2013

BERKELAH DI AIR TERJUN BELUKAR BUKIT, HULU TERENGGANU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Cuti sekolah yang lepas, kami balik Terengganu. Cuaca di sana sangatlah panas terik.. Kesian dengan anak-anak yang kepanasan dalam rumah, ayah bawa kami mandi sungai. Bukan sungai belakang rumah tau, tapi sungai yang kena meredah perjalanan sejauh 60 km. Hehe.. Semangat tul nak mandi sungai..

Kami dah pergi sungai ni tahun lepas. Ibu ada buat entry kat SINI. Cuma dulu kami pergi dua keluarga, tapi kalini keluarga kami sahaja. 

Kalini juga, kami dapat port yang lebih best. Ibu boleh duduk je tepi sungai, sambil jaga barang dan tengok-tengokkan Maryam. Maryam kecik lagi, jadi duk je tepi sungai. Ayah dan Yusuf je pergi jauh sikit..


 Pemandangan Air Terjun Belukar Bukit dari lensa kamera ibu. Subhanallah, indah sangat-sangat..


 Ayah dan Yusuf.. Walaupun airnya cetek, tapi agak deras lah juga..


 Maryam hanya memerhati dari tepi.. Best port Maryam dan ibu, teduh je. Bawah pokok.. Hihi..


 Tengok, air dia jernih sangat. Maryam dan aksi jari didagunya..


 Maryam yang sangat peramah, semua orang ditegurnya termasuklah pakcik yang sedang menjala ni..


 Dengan selambanya dia mintak ikan kat pakcik tu.. Hadoilah Maryam, tapi ikan tu dah nyawa-nyawa ikan dah. Huhu..

 
 Ibu dan Maryam..



 Ibu dan Yusuf..




 Ibu dan ayah..

Buat kawan-kawan yang ke Terengganu, tak rugi ke sini. pemandangan indah, airnya sejuk dan jernih, sesuai untuk keluarga yang ada anak kecil. Untuk yang suka cabaran, ada juga kawasan yang dalam airnya dan sesuai untuk trjun tiruk. Tapi awas, sudah ada kejadian lemas di kawasan yang dalam tu.

Cuma, ibu rasa kecewa dengan kemudahan yang ada. Tandas dan suraunya sangat, sangat, sangat tidak terjaga. Owh, tidak sanggup nak ceritakannya di sini. Amatlah ibu harapkan agar pihak-pihak tertentu yang berkaitan mengambil tindakan.

Sayang, tempat cantik dan indah tapi dicemarkan dengan kemudahan yang tidak terjaga dan tidak terurus.

Hehe.. Penutup yang agak kedengaran membebel. Okey, hingga di sini dulu. Sampai jumpa lagi.. :D  


Monday, December 10, 2012

HARI-HARI BAHAGIA SEORANG WANITA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Harini ibu cuti, wah.. cuti lagi. Memang melampau rekod cuti ibu tahunni. Sepanjang 2012 termasuk harini ibu dah cuti sebanyak 36 hari. Syukur ada cuti ganti, kalau tidak.. potong gaji sudah. 
Dikesempatan ini ibu nak rakamkan, beberapa detik bahagia yang ibu lalui baru-baruni. 29 November 2012 kami sekeluarga bermusafir ke negeri kelahiran ayah membawa misi serampang 2 mata. Balik kampung ayah merangkap hadir majlis konvokesyen Ucu, adik bongsu ibu.

30 November 2012 - Ulang tahun kelahiran anakanda Yusuf yang 8 tahun masihi. Syukur alhamdulillah.. Tiada yang lebih bahagia buat seorang ibu selain melihat anak yang dikandung membesar dengan sihat.

Tiada sambutan, tiada kek hari jadi.. Sekadar ucapan berserta doa dari ibu dan ayah..
  
 1 Disember 2012, Cik Ayu adik kedua bongsu ibu sampai ke terengganu untuk sama-sama hadir di majlis konvokesyen Ucu. Cik Ayu belanja birthday boy makan Radix Fried Chicken (RFC). Ibu ayah birthday boy tumpang sekaki.. Hehehe..


Makan-makan @ RFC, Kuala Terengganu.. Terima kasih Cik Ayu..

2 Disember 20012, hari bersejarah buat Ucu dihari konvokesyen setelah bertahun-tahun bertungkus lumus di UNIZA demi menggenggam segulung ijazah, dan tiada yang lebih bahagia buat seorang kakak, selain melihat adik-adiknya berjaya.



Kenangan bersama.. Kesian Ucu, mak abah tak dapat bersama di hari bahagianya (macam hari kawin la pulak bunyinya.. hehe..)



Ada iras tak? 

Tiba-tiba teringat zaman kecik-kecik dulu budak-budak lelaki ejek ibu keling sebab ibu hitam. Sadis betul.. Tapi sekarang, ada siapa-siapa berani nak kata? See my kulit now la.. Yang ejek ibu tu lagi gelap dari ibu sekarang. Hahaha.. Tetiba emo pulak teringat zaman kecik-kecik..


Like dis pic.. Ayah, Yusuf dan Maryam yang sentiasa bersama ibu di saat suka dan duka..

Selesai majlis konvo, kami ke UNIZA pulangkan jubah. Sebelum tu kami ke studio tangkap gambar (studio la sangat.. bawah khemah je..) Semua orang tangkap dengan mak ayah masing-masing. Tapi ucu dengan kakak-kakak je.. Sob sob sob.. Ibu kata kat orang studio tu, ibu ni mak kepada Ucu. Dia tak percaya la pulak. Hahahaha..

Selesai urusan di UNIZA kami berjimba-jimba di Pasar Payang la pulak. Bawa orang KL jalan-jalan (KL la sangat Cik Ayu ye.. hehe..)



Makan bihun sup perut.. Sedappp..


Alolo.. Tomelnya anak ibu. Cik Ayu pun tomel juga.. Muahaha.. Err.. Cik Ayu memang comel pun.. :D



Shopping time.. habis untung jual produk felinna buat shopping.. Kih kih..


Kekasih hati ibu.. Yang selalu melimpahi ibu dengan rasa bahagia.. tapi kadang-kadang berlinang juga air mata kerana dia. Err.. Sedangkan lidah lagi tergigit. Kan?

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan pergi, balik dan sepanjang kami di Terengganu. Kami sampai di Shah Alam pada pagi 4 Disember 2012. Syukur, amanat mak abah untuk mewakili mereka ke majlis konvokesyen Ucu terlaksana.

Tahniah buat Ucu. Ibu doakan Ucu dimurahkan rezeki untuk dapat kerja yang baik-baik nanti. Amin..

Sekian, catatan kebahagiaan seorang wanita..

Iklan:


Ibu adalah pengedar produk Felinna Beauty yang terdiri dari InchLoss Lotion dan Vitamin C Plus Pure Collagen. 

Penghantaran ke Seluruh Malaysia menggunakan Pos laju dan serahan tangan di sekitar Shah Alam, Bukit Raja Klang dan Tesco Extra Ampang.

Hubungi 012 3659728 (Zefa) :D

  


Wednesday, November 7, 2012

AIDILADHA 1433H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sesungguhnya ini kisah yang 'terperam'.. Dah nak masuk 1 Muharam dah ibu weiiii, cerita raya haji baru nak keluar. Hihihi..

Inilah yang berlaku kalau asyik bertangguh, dari sehari kesehari.. walhal gambar-gambar dah lama upload. Jangan contohi perangai ibu ni ya, buat kerja tak elok tangguh-tangguh..

Alkisahnya, raya haji tahunni kami balik Terengganu. Raya di kampung ayah.. Alhamdulillah, tahunni Allah beri rezeki untuk ayah dan Tok Ki Yusuf untuk menjalankan ibadah korban.

Kalau di kampung ibu di Selangor, semua ibadah korban di satu-satu qaryah akan dikumpulkan di masjid. Orang kampung akan bergotong royong dari mula sampailah selesai pengedaran.

Lain pula di kampung ayah.. Bahagian masing-masing perlu diuruskan oleh pihak keluarga masing-masing. Dari mula sampailah keurusan edar daging. Semua sendiri buat.. Syukur alhamdulillah, tahunni semua adik beradik ayah berkumpul.. banyaklah sikit tenaga yang digabungkan.

Nak cerita panjang pun dah tak berapa seronok sebenarnya, almaklum cerita dah lama. Kita layan gambar ajelah ye..
  

Lembu yang berjaya ditumbangkan dengan bantuan kenderaan pacuan 4 roda. Lembuni saiznya agak besar.. dan yang hebatnya sigagah ni berjaya melarikan diri beberapa minit sebelum dikorbankan. Nasib baik tuan punya lembu berjaya 'menawan' semula lembu ni..



Allahu Akbar Allahu Akbar.. Ibu pandang dari balik screen kamera. tapi nampak jugalah darah tu memancut-mancut..



Lokasi korban dijalankan.. tepi sungai Kampung Pulau Bahagia..



Alhamdulillah.. berjalan lancar. Lembu selamat dikorbankan..



Ehh.. ayah Yusuf nak buat apa tu? Nak angkat lembu tu ke? Tak lah, dia nak betulkan kayu tu je..


 
Ececeh.. sempat lagi Ayah Long Yusuf dan Maryam beraksi depan kamera ye?



Anak-anak dan mak-mak bersantai siap bentang tikar lagi. kesian orang tudung hitam tu, asyik tangkap gambar lembu gambar dia ilek..



Baby pun join juga.. Ada minum-minum, makan-makan. Macam berkelah la pulak..

Proses menyembelih, melapah dan membahagikan kepada 7 bahagian selesai menjelang zuhur. Kemudian tugas ibu dan kakak-kakak ipar untuk memotong daging ke bahagian-bahagian yang lebih kecil untuk diagih-agihkan.

Siap bungkus dalam plastik, Yusuf tolong ayah long hantar daging-daging tu kerumah-rumah yang tok dah senaraikan.
 


Petang, acara santai. Yusuf dan Maryam ikut menyibuk tengok tok bakar kaki lembu..

Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan lancar pada hari tersebut. Walaupun penat dan ibu mabuk daging, tapi rasa lega bila dah selesai. Mabuk sebab dari pagi bau lembu, makan lembu, jadi kepala pun ada sedikit pusing.

Semoga dipanjangkan umur untuk sampai ke Aidiladha tahun hadapan dan semoga dimurahkan rezeki agar dapat menjalankan ibadah korban lagi. 

Tapi sesungguhnya tiada anganan yang lebih indah di Aidiladha selain impian berada di tanah suci Mekah melaksanakan ibadah haji. Semoga jejak kaki ibu sekeluarga di sana kelak. Amin Ya Rab..

  


Wednesday, August 22, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ~ CATATAN 1-3 SYAWAL 1433H


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari ini 4 Syawal 1433H, belum terlewat kiranya ibu, ayah, Yusuf dan Maryam mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua. Mohon ampun dan maaf andai ada tutur kata di alam nyata, mahu pun tulisan menerusi Jemari Asmara ada yang mengguris hati sesiapa. Mudah-mudahan dengan hadirnya Syawal ini semakin tertaut kasih dengan ikatan ukhuwah sesama kita kerana Allah Taala.

4 hari Jemari Asmara berehat dek penangan hari raya. Kami bergerak pulang ke kampung halaman ayah di Terengganu pada hari Jumaat jam 7.00 petang dan selamat tiba di Selangor Darul Ehsan  pada hari Selasa jam 10.00 malam. Tiba giliran untuk berhari raya di kampung halaman ibu pula.

Tak mahu membiarkan Jemari Asmara terus sepi, ibu selitkan sedikit gambar kenangan di pagi 1 Syawal 1433H. Gambar biasa-biasa sahaja, tak ada sesi bergambar sakan pun..


 Gambar kenangan sebelum ke masjid untuk solat sunat hari raya.. Bergambar cepat-cepat, tak perasan di belakang baju-baju bergantungan..


 Maryam bam-bam yang solat sunat hari raya di Masjid Kampung Pulau Bahagia..


 Ayah, ibu dan Yusuf depan rumah Tok.. Maryam masa ni dah naik rumah Tok Su, tak sabar-sabar nak beraya..


 Ehehe.. Perasan pengantin baru kejap..


Gambar di rumah Tok Yang.. Ibu seorang yang mesra kamera nampaknya masani. Huhu..

Tu je lah pun gambar yang ada. Hari raya pertama kami cuma beraya di 5 buah rumah. Tu pun semuanya depan tangga. Tak perlu naik kereta, jalan kaki sahaja..

Hari raya kedua, sambung beraya lagi hingga ke malam. Tapi sempat juga sambil-sambil melayan tetamu yang datang. Hari raya ke 3, kami cuma beraya di rumah kakak ayah Yusuf dan terus bergerak balik ke Selangor. Tak ada gambar pun..

Tahunni ibu Yusuf tak ada baju raya, tapi alhamdulillah ayah, Yusuf dan Maryam merasa pakai baju baru. Ibu pakai je jubah yang ada, matchkan dengan tudung pun yang sedia ada. Janji masih nampak sedondon sekeluarga.

Lagi nampak asli, ibu Yusuf tertinggal benda yang boleh ditepek di muka. Hahaha.. berhari raya hanya dengan bedak baby je. Sempoi gitu..

Hmmm.. semua tu tak penting. Janji dapat pulang kepangkuan keluarga, bertemu sanak saudara dan saling maaf bermaafan. Betul tak?

Okeylah, sekian dulu catatan ibu Yusuf. Panjang umur kita jumpa lagi.

Wassalam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...