Follower

Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Thursday, September 17, 2015

Gajet Baru Dapur Ibu ~ Noxxa Pressure Cooker

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Mempersembahkan, periuk baru ibu ~ Noxxa Pressure Cooker (PC)

Baru tak baru sangatlah, beli sebelum raya tahunni. Dah pakai beberapa kali pun. Beli periuk noxxa ni 100% hasil dari pengaruh rakan sebaya. Hebat ke tak hebat pengaruh tu?

Adala 3-4 orang dalam group wassap ex-sekolah menengah ada Noxxa PC ni. Masing-masing bercerita masak itu, masak ini. Asyik cerita yang best-best je pasal Noxxa PC ni. Walhal, tak ada seorang pun dealer aktif Amway dalam tu. Maksudnya masing-masing bercerita dengan ikhlas dan tak ada niat menjual.
 
Setahun tau ibu bertahan dengan godaan kawan-kawan dalam group wassap tu.Ibu fikir-fikir, ibu ni bukan 'ahli masak-masak' pun. Rajin tu datang sekali sekala, takut beli jadi tukun pulak. Hehe..

Dah tu macammana boleh terbeli? Entahla, kena pukau kut. Hahaha.. Gurau je, marah kawan yang jual tu kalau baca ni.

Beli sebab ada kawan jadi ahli dan offer harga istimewa. Dan masatu nak raya, kawan-kawan pulak hasut boleh masak rendang 8 minit, pulut 6 minit, nasi arab 7 minit. Akhirnya, beli la jugak..

Noxxa PC ni ada pelbagai fungsi

Periuk ni ada fungsi high pressure, slow pressure, kukus, stir-fry, slow cook, reheat-warm.


 Dalam periuk

Periuk ni besar, boleh masuk 2 ekor ayam saiz sederhana. Boleh masak 2 kg beras. ini cerita kawan-kawanla. Setakat ni ibu pernah masak paling banyak sekilo beras je dan seekor ayam.

Walaupun beli sebab terpengaruh, saje-saje beli dan bukannya keperluan mendesak, setakat ni ibu belum menyesal beli periuk mahal ni. Serius tak menyesal..

Dan serius periuk ni memang best, walau ibu tak cuba lagi resepi-resepi yang berlambak-lambak kat luar sana. Setakatni ibu baru guna Noxxa PC ni untuk masak;

- nasi arab 7 minit (2 kali)
- sup kambing 30 minit (2 kali)
- pulut kuning 6 minit
- kari kambing 30 minit
- ayam panggang 5 minit (3 kali)
- nasi goreng tomyam 5 minit

Baru 10 kali guna tapi dah berdentum-dentum dalam hati kebestannya. Hihi..

Ok lah, tu je ibu nak share pasal Noxxa PC ibu setakat ni. Lain kali kalau rajin boleh la tayang hasil masak-masak. Setakat yang dah masak tu, tak ada gambar closed up. Gambar masa tetamu tengah makan adalah..

Oh ya, periuk ni harga pasaran RM788.00, tapi ibu beli RM600.00 ++ je. Ada yang berminat nak beli ke? Boleh email nama dan no telefon ke zefa_asmara@yahoo.com. Nanti ada pihak yang akan hubungi anda semula..

Hingga jumpa lagi, salam mesra;
Ibu Yusuf dan Maryam

Tuesday, May 20, 2014

Budu Dengan Cili, Bawang dan Mangga Muda


Dengan Nama Allah Yang maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini cerita malam semalam. Ibu masak ikan masak stim, ayam dan kacang panjang goreng kunyit, serta budu. Semua tak ada gambar kecuali budu. Hoho..

Pasal budu tu, ada kisahnya. Ibu copy apa yang ibu tulis kat FB je lah ye..

Potong2 cili, potong2 bawang..
Racik mangga muda..
Sekali tuang budu, laaaaaa..
Tinggal sikit.. Sabar ajelah..

Budu Dengan Cili, Bawang dan Mangga Muda

Ini sebenarnya budu tak cukup budu. Hehehe..

Sekian..

Thursday, January 3, 2013

WHIPPED CREAM DENGAN LOGO HALAL JAKIM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tahun lepas (padahal baru beberapa hari yang lepas.. ekekeke..), ibu buat entry tentang Choclova Tiramisu. Tiramisu simple dimple yang nampak sungguh cantik dan pastinya sangat sedap (kecuali anda bukan penggemar krim keju).

Bila tayang di blog biasanya ibu tayang juga di FB. Ada kawan tanya ibu guna whipping cream jenama apa? Ibu guna jenama ini..

v

v

v


Jenama Mauri..

Jujurnya ini kali pertama ibu jumpa yang bertanda halal JAKIM. Biasanya kalau ada pun, halal luar negara, kalau tak pun tak ada tanda halal langsung.

Oh ya, untuk resepi tiramisu biasanya orang guna dairy whipping cream, tapi teruja jumpa yang ada tanda halal JAKIM, ibu guna yang non dairy ni.

Apa beza di antara Non Dairy Wipping Cream ( Krim putar bukan Tenusu) dan Dairy Wipping Cream (Krim Putar Tenusu)? Ibu jumpa jawapannya dalam blog Kak Ita Masam Manis. Untuk baca klik SINI ya..

Sampai sini dulu catatan ibu, hingga jumpa lagi.

Wassalam..

Monday, December 31, 2012

CHOCLOVA TIRAMISU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Salinan dari status ibu di FB pagi tadi:

Salam pagi Isnin.. Mulakan hari terakhir ditahun 2012 ini dengan cas2 +ve.. Warnai dengan keceriaan.. Raikan dengan senyuman.. Taburi dengan keikhlasan.. Semoga hari ini dan hari2 yg mendatang lebih baik dari semalam.. InsyaAllah :-)

Beberapa jam lagi 2012 akan meninggalkan kita semua dan menjelang pula tahun baru 2013. Banyak perkara pahit dan manis yang telah berlaku dalam hidup ibu. Yang pahit biarlah tersimpan dalam lipatan memori dan insyaAllah yang manis akan ibu kongsikan jua nanti.

Sebagai entry penutup di tahun 2012, terima lah entry penuh kemanisan, entry air tangan ibu Choclova Tiramisu.


Choclova Tiramisu

Suka-suka bagi nama sendiri sebab ianya diinspirasikan dari tiramisu dan taburan buah-buahan import laksana pavlova.. Ahahaha..


Ada kawan komen di FB, macam hidangan kat hotel katanya..

Hakikatnya, nak buatnya semudah 1, 2, 3.. memang sengaja ibu buat sesempoi habis..

RESEPI CHOVLOVA TIRAMISU

Bahan-bahannya:

1 kek coklat lembab secukupnya
250 g krim keju
1 cawan non dairy whipping cream
Buah-buahan secukupnya

Cara-caranya:

1. Susun kek coklat di dalam bekas
2. Pukul krim keju dan whipping cream
3. Ratakan di atas kek
4. Tabur buah-buahan
5. Sedia dihidang.. 

Ehehehe.. kan dah kata, sempoi je.. Selamat mencuba..


Iklan:


Promosi YES akan berakhir malamni. Pengeposan terakhir untuk YES order akan ibu buat pada 2 Januari 2013. Sempat lagi ni, cepat-cepat hubungi ibu tau!!

Call/ sms: 012 3659728 (Zefa)
WhatsApp: 011 11537821

 Terima kasih


Friday, November 16, 2012

POPIA SOSEJ BERKEJU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ibu nak tayang Popia Sosej Berkeju yang ibu buat dua  hari lepas. Tapi cop!! Jangan kutuk apa-apa ya pasal entry ni, pasal serabai ke, pasal plating ke, pasal gambar blurr ke. Haha.. Dasyat punya blogger, siap warning pembaca lagi tu.

Alkisahnya, ibu buat popia ni sambil masak lauk untuk makan malam. Entah kenapa teringin sangat-sangat nak makan benda ni. Lama dah teringin lepas tengok popia Kak Ida 1001 Resepi.. Tu gigih juga nak buat walau kelam kabut.

Alaaa.. Popia ni senang je buatnya. Cuma bila buat nak cepat-cepat, rupa parasnya tak lah comel. Walau nak cepat, tapi sempat juga ambik gambar masa buat. Ibu buat 4 ketul je pun, buat hilang rasa teringin..



Ibu guna kulit popia yang kecik. Jadi sosej potong dua, cheese pun potong dua. Sosej tu ibu rebus dulu..



Pastu gulung.. sila abaikan keserabaian gulungan tu. Kalau guna kulit popia yang saiz besar, gulungan akan dapat lebih kemas rasanya.. Hujung tu ibu gam guna air je..



Goreng dalam kuali tak melekat dan guna minyak sikit je.. Sebab masa goreng tu cheesenya cair dan terkeluar sikit. Pastikan kedudukan popia tidak rapat antara satu sama lain, sebab cheese yang mencair tu akan buat popia melekat kalau letak dekat-dekat..

Tapi kalau guna kulit popia yang besar, gulungan akan jadi lebih kemas. Jadi cheese tu tak la terkeluar..



Hasilnya.. memang sangat-sangat sedap. Tak payah cicah sos bagai. 4 ketul ibu makan sorang sebab anak-anak tak berapa nak gemar cheese. Ayah pun sama, tak berapa nak suka cheese. Haish, kampung betul. Kah kah kah.. Ampun bang..

Okey, selamat mencuba!! Buat lawa-lawa ye, jangan serabai macam ibu punya popia.. :D



Ps: Suka tak tudung macamni? Jom cuci mata di http://www.eqaseh.com


 

Wednesday, November 14, 2012

AYAM BERAROMA HERBA THAI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Yeay!! Kongsi resepi lagi. Update blog jam 1.00 pagi, wah.. semangat!! hehe.. Baru sampai dari kampung, tak mengantuk la pulak.

Alkisahnya, ibu join Fan Club Chef Ezani Masterchef kat FB. (Err, ke dah cerita pasal join tu?) Dah namanya peminatkan, maka haruslah cuba resepi-resepinya.

Beberapa hari yang lepas, ibu kongsikan air tangan ibu Salad Ayam Ala Thai (diinspirasikan dari Salad Daging Ala Thai Chef Ezani). Harini ibu kongsikan hasil air tangan ibu, Ayam Beraroma Herba Thai diinspirasikan dari Ayam Bersos Mentega Kacang Beraroma Herba Thai.

Dan hasilnya, taraaaaaaaaa..

v

v

v

v


Ayam Beraroma Herba Thai

 Seperti biasa, ada aje yang didurhakakan.Tapi Ezani tak marah tau.. Buktinya..

v

v

v

Kannnn.. Dah kata dia tak marah. Hehehe..

Ibu ikut resepi yang diberi cuma ibu tak letak mentega kacang tu. Sebab ibu tahu itu bukan citarasa ayah Yusuf. Macam sayur pun, ibu guna je apa yang ada dalam peti sejuk.. 


 Ini wajah sebenar air tangan Chef Ezani..

Ibu copykan resepinya di Jemari Asmara untuk tatapan semua.

Resepi Ayam Bersos Mentega Kacang Beraroma Herba Thai: 

500g daging ayam - potong kecil
sayur-sayuran (ikut selera - saya guna lada benggala, lobak merah, kacang panjang, broccoli)
4 helai daun limau purut hiris halus
segenggam daun ketumbar

Bahan tumisan:

1 biji bawang besar hiris
4 ulas bawang putih cincang kasar
2 inci halia hiris nipis
3 batang serai dititik
5 biji cili padi potong kasar
3 batang akar ketumbar

Bahan sos:

3/4 cawan (atau lebih kurang 4-5 sudu besar) mentega kacang kasar (chunky/crunchy peanut butter)
1 cawan air
5 sudu besar sos ikan (fish sauce/nampla)
2 sudu besar madu
perahan jus dari satu biji limau nipis
garam dan lada hitam secukupnya

1) Goreng potongan ayam dalam sedikit minyak hingga masak. Alihkan.

2) Goreng sayur-sayuran sehingga separuh masak. Alihkan.
* Saya suka goreng dulu ayam dan sayur-sayuran untuk senang nak dapatkan tahap masak yang saya suka.

3) Buat sos. Tumis bahan-bahan tumisan hingga naik bau. Masukkan mentega kacang, air, sos ikan, madu, jus limau, garam dan lada hitam secukupnya. Masak sehingga sos pekat, tambahkan air secukupnya (ikut nak kuah banyak mana) dan garam secukup rasa.

4) Masukkan semula ayam dan sayur-sayuran. Gaul sehingga sos rata. Akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.

5) SIAP! makan lah dengan nasi hehee..hidangan seimbang, cukup dengan sayur semua. masak satu lauk cukup :)
***************************
Nota ibu Yusuf: *Saya* dalam resepi di atas merujuk kepada Chef Ezani sendiri.. :D
Selamat mencuba!!


Monday, October 1, 2012

MASAK LEMAK CILI PADI SOTONG DENGAN CENDAWAN BUSUT


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Masak lemak cili padi sotong dengan cendawan busut. Hmm, gambar yang selalu gagal dek pencahayaan yang sangat romantik di rumah ini..

Pagi-pagi dah buat entry masak-masak. Tak apa ke? Tak apa kut, boleh cetus idea pada yang nak masak tengahari nanti. Tak pun masak untuk malam nanti. Kan?

Ini hasil main masak-masak minggu lepas sebenarnya. Tapi dah beralih minggu baru nak buat entry. Sebenarnya lah kan, kalau nak buat entry masak-masakni, hari-hari boleh buat. Sebab hari-hari masak. Cuma samada rajin snap gambar dan buat entry ke tidak je. Masalahnya, ibu Yusuf ni tak berapa rajin orangnya. Hehehe.. Kalau rajin pun kadang-kadang tak sempat.

Sebab tu ibu sangat respect pada blogger-blogger masakan, lagi-lagi pada mereka yang berkerja. Ye lah, kalau macam ibu buat ni, masak, tuang dalam mangkuk dan snap je. Tapi tengok kalau blogger masakan buat macammana, siap ada prop bagai. Kalau yang surirumah tu mungkin ada  juga lebih masa, yang berkerja? Malam je ada masa. Tapi hari-hari update masakan. Cayalah!!

Balik pada tajuk, ibu nak kongsikan resepi masak lemak cili padi sotong dengan cendawan busut. Resepi senang, ramai orang tahu. Tapi percayalah, ada juga yang tak tahu, macam ibu dulu-dulu. :D

RESEPI MASAK LEMAK CILI PADI SOTONG DENGAN CENDAWAN BUSUT

Bahan-bahannya:

1 mangkuk cendawan busut/ 1 peket cendawan tiram
3 ekor sotong dipotong 
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair  
10 biji cili padi ditumbuk
2 batang serai diketuk 
1 keping asam keping
garam secukup rasa
1 kiub ikan bilis (pilihan)
Serbuk kunyit secukupnya 

Cara-caranya:

1. Masukkan santan cair, cili yang ditumbuk, serbuk kunyit, kiub ikan bilis dan serai yang diketuk kedalam periuk dan masak hingga mengelegak..

2. Masukkan pula santan pekat, sotong, cendawan dan garam secukup rasa. Masak hingga menggelegak semula dengan mengacau sekali sekala..

3. Bila sotong dan cendawan sudah masak boleh matikan api. Sedia dihidang..

Nota ibu:

* Untuk rasa yang lebih asli gantikan serbuk kunyit dengan kunyit asli dan kiub ikan bilis dengan segenggam ikan bilis yang ditumbuk.. :D 


   Buat yang tak tahu cendawan busut tu macammana, macam ni lah rupanya.

Dalam gambar tu cendawan yang sudah dibersihkan cuma belum dibasuh. Cendawan ni tumbuh atas tanah.. Tapi kenapa dipanggil cendawan busut? Wallahua'alam bissawab, tak dapat ibu nak jawab. Hehehe.. Orang jawa panggil 'jamur barat'..

Ada yang tanya, mana ibu dapat cendawanni. Cendawan tu mak yang bagi masa ibu balik kampung minggu lepas. Mak kata tiba-tiba cendawan tumbuh dengan banyaknya kat kebun. Memang kenduri cendawan kami. Mingguni tak tahulah ada lagi ketidak, sebab semalam ibu tak balik kampung gara-gara urusan rumah sewa yang belum selesai..

Ikut hati, dengan keadaan kesihatan abah tiap-tiap minggu nak balik kampung. Tapi apakan daya, banyak perkara lain juga mesti diselesaikan. Kalau badan ni boleh dibahagi-bahagi untuk menunaikan tanggungjawab secara samarata, ibu dah dah buat dah. Tapi hakikatnya tak boleh.

Ehh.. lari tajuk dah ending entryni nampaknya. Dari tajuk masakan jadi luahan rasa pula. Hehehe.. Baiklah, sampai di sini dulu. Panjang umur kita jumpa lagi. Salam sayang buat semua.. :D 

Jom jana pendapatan dengan menjadi ejen pengiklanan kepada HZ Tours. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut.

   

Sunday, August 12, 2012

BEEF STROGANOFF WITH BROWN RICE PILAF


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Malam yang indah nan permai, ibu nak cerita pasal makanan yang sedap. Ibu minta maaf pada semua yang membaca entry INI di siang hari. Masing-masing komen tergoda, terliur dan sebagainya. Minta ampun minta maaf, ibu tak ada niat nak menggoda puasa kalian. Niat suci murni nak kongsi idea menu berbuka. Huhu.. Tapi kan, kalian gurau-gurau je atau memang tergoda?

Okeylah, malam ni ibu nak cerita pasal Beef Stroganoff With Brown Rice Pilaf salah satu produk myChef.


 Beef Stroganoff with Brown Rice Pilaf

Hidangan klasik rusia resepi dari Chef Zam. Hirisan daging lembu tanpa lemak yang ditumis dan dihidangkan bersama kuah krim dengan sos biji sawi, bawang dan hirisan cendawan Diiringi nasi beras perang. Hmmm... sedap.



 Close up..

Rasanya memang sedap. Hidangan nasi yang lain dari kebiasaan hidangan Melayu. Nama pun hidangan klasik Rusia. Jadi, pada sesiapa yang mahu bertukar selera namun masih dengan hidangan nasi, boleh cuma Beef Stroganoff dengan nasi beras perang ni..

Hidangannya agak berkrim, jadi untuk menepati selera Melayu kita mungkin kita boleh tambahkan sedikit lada hitam atau cili padi agar lebih pedas.

Dalam The Gourmet Blog Challenge anjuran myChef, sudah ada beberapa orang peserta yang menggunakan produk ini sebagai hidangan. Memang walla lah hasilnya, sebab Beef Stroganoff ni memang sedap.

Ibu Yusuf masih kekal dengan 2 penyertaan setakat ni. Murtabak Me Segera dan Cara Talam Berlauk. Dua-dua ibu guna Beef Keema Masala.

Mohon sokongan sahabat-sahabat untuk LIKE penyertaan ibu melalui link di bawah gambar ya..


 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=503748572985134&set=a.500918973268094.133327.214061348620526&type=3&theater




Terima kasih semua.. :D

Tuesday, August 7, 2012

RESEPI AYAM MASAK MERAH AROMA RENDANG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sila ambil perhatian, bahawa ibu Yusuf belum bercadang dan tak pernah bercadang, nak menukar Jemari Asmara menjadi blog masak-masak. Bukan apa, asyik cerita resepi je semenjak dua ni. Nanti ada pulak yang tanya; "sudah tukar ka?". Hehehe..

Cuti 3 hari berderet, ibu lepas geram di dapur. Siap sempat join contest masak-masak lagi. Memang semangat betul. Okey, tak mahu cerita panjang lagi.. Ibu nak kongsikan Resepi Ayam Masak Merah Aroma Rendang. Satu resepi suka hati dengan bahan main campak-campak je, tapi sedaplah pulak.



 Nampak sedap tak? Abaikan cili merah yang hampir mencocok hidung orang yang ambil gambar. Hahaha..

RESEPI AYAM MASAK MERAH AROMA RENDANG

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam dipotong sederhana
Minyak untuk menumis
4 helai daun limau purut diracik halus
1 sudu makan gula
2 mangkuk air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk dikisar:

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
3 sudu cili giling (lebihkan untuk lebih pedas dan merah)

Cara-caranya:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan giling hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan gula sewaktu menumis.

Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan air dan masak hingga ayam empuk. Jangan lupa garam secukup rasa..

Matikan api dan taburkan daun limau purut. 

Sedia dihidang.. Selamat mencuba... :D


Pucat sikit sebab letak cili sikit je.. budak-budak rumah ni tak makan pedas.


 Ini? Kuih cara ala talam berlauk yang ibu pertandingkan dalam myChef- the gourmet blog challenge.. Sokong ibu ya..


Terima kasih.. :D



Monday, August 6, 2012

KUIH CARA ALA TALAM BERLAUK myChef


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur alhamdulillah, penyertaan ibu dalam The Gourmet Blog Challenge anjuran myChef mendapat sokongan kawan-kawan. Terima kasih untuk semua LIKE dan komen-komen yang membina. Terima kasih tak terhingga buat Kak Ida yang memberi sokongan padu, siap ada entry khas untuk menyokong ibu di Koleksi 1001 Resepi. Terima kasih semua.

Yang sebenarnya itu entry 'segera'. Sesuai dengan menunya yang juga segera. Petang Sabtu tu ibu masak dan terus terfikir tentang challenge ni. Alang-alang ada menu yang berkaitan, ibu pun hantar penyertaan. Tengoklah gambarnya pun, alahai..

Mengambil kesempatan dengan cuti yang masih ada, ibu berusaha mengolah lagi. Jika bukan yang terbaik pun, sekurang-kurangnya mampu dilihat lebih baik dari entry sebelum ni. Terutama dari sudut persembahannya..

Maka dengan sukacitanya, ibu Yusuf dan Maryam mempersembahkan...

v

v

v


 Kuih cara ala talam berlauk myChef.. ibu guna Beef Keema Masala lagi untuk hidangan kali ini..



 Sedia maklum, cara berlauk comel-comel dan dimasak dengan acuannya di atas api. Talam berlauk pula dikukus dengan menggunakan loyang. Ibu gabungkan dua konsep hingga menjadi Kuih Cara ala Talam Berlauk myChef.. Harap dapat markah kreativiti di sini. Hehehe..

Hujah penggabungan, sebab ibu nak mepersembahkan hidangan yang cepat dan pantas disediakan namun tidak mengabaikan rasa dan kelazatan. Sesuai dengan myChef itu sendiri, makanan sedia hidang. Jadi, alang-alang kita guna produk myChef untuk mencepatkan proses masak memasak, biarlah makanan yang terhasil juga jenis yang mudah.

Jom tengok resepinya. 

RESEPI KUIH CARA ALA TALAM BERLAUK myChef

Bahan-bahannya:

Bahan A

1 kotak produk myChef Beef Keema Masala
1 biji telur didadar nipis
1 biji cili merah di dadu kecil
1/2 biji cili hijau didadu kecil
2 tangkai daun sup dihiris
1 sudu makan bawang goreng

Bahan B

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan santan pekat (ibu guna santan kotak tanpa kolesterol)
1/2 cawan air masak
1 sudu mentega dicairkan
1 sudu kecil garam halus
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-caranya:

1. Nyah bekukan produk myChef dan panaskan atas kuali sehingga ianya sedikit kering. Ketepikan..

2. Satukan semua bahan B di dalam pengisar dan adun hingga semuanya sebati. 

3. Panaskan kuali leper tidak melekat dengan sedikit mentega dan tuangkan semua bahan A ke dalam kuali. Terus taburkan bawang goreng ke atasnya. Tutup kuali dengan penutup periuk selama 2 minit.

4. Buka penutup dan ratakan Beef Keema Masala di atasnya. Taburkan pula telur dadar yang dihiris nipis, cili merah, cili hijau dan daun sup.

5. Tutup semula kuali hingga bahagian tepungnya benar-benar masak.

6. Sedia untuk dihidangkan.




 Sepotong untuk dijamah..



Alhamdulillah, sedap pada tekak ibu.


Semoga entry ini bukan sekadar satu entry penyertaan, harap ianya memberi manfaat pada semua. Setidak-tidaknya memberi idea nak masak apa untuk juadah berbuka.

Sokong ibu lagi ya.. Mohon berikan LIKE anda pada link di bawah:

 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=503748572985134&set=a.500918973268094.133327.214061348620526&type=3&theater

Terima kasih.. :D


Sunday, August 5, 2012

MURTABAK ME SEGERA DENGAN BEEF KEEMA MASALA myChef


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari Sabtu.. 15 Ramadhan yang penuh barakah dan indah. Hari cuti yang dinanti-nantikan oleh ibu yang berkerja seperti ibu Yusuf dan Maryam ini. Hari yang pastinya punya lebih kesempatan untuk menghidangkan sesuatu yang lebih untuk keluarga tercinta.

Jujurnya, pada hari-hari berkerja di bulan Ramadhan ini, ibu hanya sempat masak nasi dengan sejenis dua lauk saja. Kuih, manisan.. tunggulah hari cuti.

Harini, ibu buat murtabak me segera yang memang segera. Biasanya kalau buat murtabak ni ambil masa lah juga. Lagi-lagi kalau tambah daging, kena goreng dululah, kena tumis dululah. Tapi harini murtabak ibu siap dengan pantas. Sebab, ibu gabungkan dengan produk sedia hidang myChef, Beef Keema Masala.

Baiklah, kita tengok gambar hasil tangan ibu dulu ya.


Murtabak me segera dengan Beef Keema Masala myChef..


Keratan rentas murtabak ibu, secukup telur. Mee tak berderai..

Yusuf kata sedap, Maryam kata sedap, ayah kata sedap dan kakak ipar yang turut sama berbuka puasa pun kata sedap. Yusuf siap kata; "ibu ni boleh masuk rancangan Master Chef lah ibu". Hehehe.. Ibu terus sengih-sengih dalam hati (ehh.. ada ke orang sengih dalam hati? haha..)

Jangan terpedaya dengan kata-kata Yusuf. Itu hanyalah kata-kata seorang anak yang 'bahagia' dengan air tangan ibunya. Hakikatnya, ibu hanyalah chef di dapur sendiri.

Lantas, ibu teringat The Gourmet Blog Chalenge anjuran myChef. Ibu tersengih-sengih lagi dalam hati hati. Alang-alang dah ada masakan yang berkaitanni, join je lah. Biarlah pun jauh panggang dari api berbanding blogger-blogger masakan di luar sana, tak salah kalau kita mencuba. Kan?

Baiklah, mari kita tengok resepinya. Sangat senang dan ringkas. Tak tunggu hari cuti pun ibu Yusuf boleh buat sebenarnya.. :D

RESEPI MURTABAK ME SEGERA DENGAN BEEF KEEMA MASALA myChef

Bahan-bahanya: 

1 kotak produk myChef Beef Keema Masala
1 peket me segera dengan perencah kari
2 biji telur
1/4 bawang besar dihiris nipis
Serbuk lada sulah secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

Cara-caranya:

1. Rendam me segera dalam air panas sehingga lembut dan toskan
2. Panaskan produk myChef di dalam ketuhar gelombang mikro (tuang dalam kuali dan panaskan atas api pun boleh juga)
3. Masukkan me dalam mangkuk A dan gaulkan dengan 5 sudu makan Beef Keema Masala. Ketepikan..
4. Pecahkan telur dalam mangkuk B dan pukul sedikit dengan serbuk lada sulah dan sedikit garam. Masukkan pula bawang dan serbuk perasa kari, pukul hingga sebati..
5. Satukan bahan di dalam mangkuk A dan mangkuk B..
6. Panaskan kuali tidak melekat dengan sedikit minyak, dan tuang adunan ke atasnya. Cara masak adalah seperti masak telur dadar. Terbalikkan untuk memastikan atas dan bawahnya masak.

Senangkan? Selamat mencuba!!

Tips ibu: 

1. Jangan jadikan murtabak anda terlalu tebal untuk mengelakkan dalamnya lambat masak.
2. Gunakan kuali tidak melekat supaya kuantiti minyak dapat dikurangkan.
3. Untuk hidangan yang lebih sihat, boleh gantikan serbuk perasa kari dengan rempah kari.



Sedap dimakan begitu saja. Beef Keema Masala myChef sudah menguasai rasa. Tapi ada lebih, ibu jadikannya sebagai pencicah juga. Layan dengan Kari Ayam Nyonya Chef Florence pun sedap ni. Yummy!!


Yang ni penting. Bukti benar lagi nyata, memang ibu guna produk myChef untuk murtabak ni tau. Bukan yourChef ka, herChef ka, hisChef ka.. Hahaha.. Ibu Yusuf buat lawak ni, jom gelak ramai-ramai. Kih kih kih..


Beef Keema Masala signature series resepi dari Chef Liza..

Masakan daging kisar yang sungguh terkenal di Pakistan dan Utara India, dimasak dengan pelbagai rempah ratus yang aromatik bersama kacang pis. Hmmm.. Memang enak.

Jadi apa lagi, sila lah terjah bahagian sejuk beku pasaraya berhampiran anda dan dapatkan produk myChef sekarang. Masaklah ikut kreativiti masing-masing, kemudian jomlah kita meriahkan blog challenge ni.

Seperti biasa, kalah menang itu adat bertanding. Jangan lihat orang yang hebat hingga melihat diri kita terlalu kecil. Orang kecil tidak semestinya tidak boleh seiring dengan orang besar. Ayuh semua!!

Nota ibu: Ibu tidak melihat resepi semudah ini, persembahan gambar sesempoi ini mampu menang. Namun ibu percaya, penyertaan seperti ini adalah peluang untuk melangkah lebih jauh. Percayalah!! Setidak-tidaknya, seperti yang pernah ibu kongsikan di dalam entry INI.

Ps: Ibudah tanya di page myChef. Boleh hantar banyak penyertaan tau. Jom kita!! 

@@@@@@@@@@@

Update: Penyertaan ibu telah diterima oleh pihak myChef. Mohon sokongan kawan-kawan untuk LIKE page myChef dan penyertaan ibu di SINI. Terima kasih dan sayang kamu semua.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...