Follower

Showing posts with label Berita Harian. Show all posts
Showing posts with label Berita Harian. Show all posts

Friday, July 18, 2014

Penerbangan MAS MH17 Terhempas Di Ukraine


Dengan Nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Rasanya hampir semua orang dah tahu, tragedi yang baru sahaja terjadi ni. Pagi tadi ibu bw, rata-rata rakan-rakan blogger menulis tentang MH17 yang terhempas..

Ibu tahu pasal kejadian ni malam tadi. Allahu.. Tak terkata rasanya. Ujian Allah swt dibulan Ramadhan ini.


 Gambar yang ibu ambil diinternet..

Banyak lagi gambar, tapi tak sanggup ibu nak tengok. Terutama yang melibatkan jasad-jasad mangsa.

Ada maklumat yang mengatakan pesawat tersebut ditembak jatuh. Allahu Akbar! Ini ibu salin berita ringkas dari Berita Harian..

Kuala Lumpur: Pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia, malam tadi.


Ketika kejadian, pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu membawa 280 penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko, dalam laman Facebooknya berkata pesawat itu dipercayai ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara.


MAS melalui laman Facebooknya, mengesahkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat itu ketika kedudukan terakhir pesawat berkenaan di ruang udara Ukraine.

 Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini dan sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam.

Wednesday, March 21, 2012

KEPUTUSAN SPM 2011: 506 CALON DAPAT A+ UNTUK SEMUA MATAPELAJARAN

2012/03/21

PUTRAJAYA: Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata demikian pada majlis pengumuman Pembentangan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, di sini sebentar tadi. (sumber)


Nota ibu:

Tahniah buat semua.

Wednesday, March 14, 2012

Kanak-kanak lemas ketika ibu cuci pakaian

KOTA BAHARU: Gara-gara tidak menutup pintu rumah, sepasang suami isteri kehilangan anak bongsu mereka yang dijumpai lemas di Sungai Kuala Besar, dekat sini, petang semalam.

Nik Mohd Iqbal Azim Nik Roslan yang berusia setahun tiga bulan, dijumpai ibunya selepas didapati hilang kira-kira 1 tengah hari. 

"Saya tidak sedar anak bongsu saya hilang ketika saya mencuci pakaian dan dipercayai dia keluar rumah melalui pintu dapur yang tidak ditutup," kata ibu kanak-kanak itu, Lini Mat Noor, 22, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pantai Mek Mas hari ini.
Katanya, selepas puas mencari di sekitar rumah, dia mengesyaki Nik Mohd Iqbal terjatuh ke dalam sungai tidak jauh dari situ dan meminta bantuan jiran untuk mencari anaknya.

Tidak lama kemudian, anak bongsu daripada tiga beradik itu dijumpai di permukaan air dan disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang.


Ketika kejadian itu, bapa kanak-kanak malang itu, Nik Roslan Nik Mat@Hussin, 32, yang bekerja sebagai nelayan tiada di rumah.


"Saya diberitahu anak bongsu saya lemas di sungai oleh adik saya melalui panggilan telefon," kata Nik Roslan yang reda dengan pemergian anaknya itu.

Selain Nik Mohd Iqbal, dua lagi anak pasangan itu ialah Nik Mohd Ikram, sembilan, dan Nik Nadia Izati, 10, kedua-duanya murid Tahun Tiga dan Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Che Latiff, Pulau Kundur.

Jenazah Nik Mohd Iqbal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Latiff kira-kira 7 malam semalam. - BERNAMA 


Nota ibu:

Kisah Dirang belum pun reda, timbul lagi macam-macam berita. Apa yang berlaku ketentuanNya. Jangan saling salah menyalah dan hentam menghentam. Kita baca, ambil tahu dan jadikan pengajaran. 

 

Monday, March 12, 2012

Rangka manusia rentung disahkan Nurul Nadirah: Polis

PASIR GUDANG: Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, sejak 12 hari lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dijalankan. (sumber)

Nota ibu Yusuf:

Tak tergambar betapa duka dan sengsaranya perasaan ibunya ketika ini. Walaupun bukan kita yang melaluinya namun rasa perit tetap terasa, kerana kita juga adalah seorang ibu.

Apa yang telah terjadi adalah ketentuanNya. Namun sama-sama kita ambil pengajaran. Apa yang berlaku berpunca dari kelalaian. Sama-sama kita beringat, berpada-pada melayari internet. Jangan sampai lupa dengan tanggungjawab di sekeliling kita. 

Al Fatihah buat sikecil..


Wednesday, February 15, 2012

Isu SBPA: CUEPACS lega


Mari ambil tahu.. Surat khabar harini.. :D

PUTRAJAYA: Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversi isu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan. Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.

Katanya, Mohd Sidek memaklumkan lima tuntutan berkenaan perlu diberi pertimbangan, terutama yang membabitkan isu kritikal.

Selain itu, Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas semakan semula SBPA kali ketiga semalam menunjukkan maklum balas positif secara terbuka untuk menilai lima tuntutan berkenaan serta beberapa cadangan CUEPACS.

"Selepas tiga kali bermesyuarat dan dengan kemasukan tiga lagi anggota CUEPACS dalam pasukan itu, ada perkembangan positif ditunjukkan. Ada keterbukaan dalam mendengar maklum balas daripada kita.
"Berikutan itu, kita yakin perkara ini boleh diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang diberikan. Lima tuntutan CUEPACS bukan satu perkara yang menyulitkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, di sini semalam.

Sebelum ini, CUEPACS mengumumkan lima tuntutan, iaitu mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat gred 54 ke bawah, mengekalkan status kekananan penjawat awam dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), mengkaji semula tangga gaji maksimum, menyenaraikan penjawat awam yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar juga berkata, persetujuan kerajaan terhadap lima tuntutan CUEPACS itu akan memberikan keceriaan kepada kakitangan awam yang sebelum ini kurang puas hati dengan pelaksanaannya.

"Isu SBPA ini dapat diselesaikan secara perbincangan seperti yang diadakan hari ini kerana jika CUEPACS tidak dibawa dalam rundingan, ia akan terus menjadi isu di kalangan kakitangan awam," katanya.

Beliau juga memaklumkan satu bengkel Jawatankuasa Bertindak CUEPACS berhubung isu SBPA akan diadakan di ibu negara pada 17 dan 18 Februari ini bagi menyediakan kertas kerja komprehensif mengenai masalah skim baru itu.

"Bengkel ini akan dihadiri pelbagai pihak berkaitan, termasuk ahli akademik bagi membincangkan isu itu dan menyediakan satu kertas kerja komprehensif untuk penyelesaiannya," katanya.

Sementara itu, Ismail berkata, pasukan petugas khas masih meneruskan perbincangan dan semua maklum balas serta cadangan yang diterima akan diteliti.

Kerajaan sebelum ini memberikan tempoh tiga bulan yang berakhir 16 April ini kepada pasukan berkenaan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan SBPA selepas menerima arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya kedua-dua pihak berbincang bagi menyelesaikannya.

Saturday, January 21, 2012

PELUKAN TERAKHIR: Hati Ibu Yusuf Turut Terguris..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Pelukan terakhir

Mohd Faizal Jaafar bersama isterinya, Rohana Ahmad memangku jenazah anak mereka Muzaffar, 3 bulan, sebelum dikebumi semalam. Muzaffar dan seorang lagi bayi meninggal ketika dalam jagaan pengasuh di Taman Pertama, Ampang


Nota ibu:
Ibu tidak mengenali mereka, hinggalah musibah yang menimpa mereka tersebar di media.. Namun, rasa 'sakit' itu menjalar di dalam tubuh ibu. Sebagai seorang ibu, hati ibu luluh dengan apa yang terjadi. Redha dengan ketentuan Ilahi itu sesuatu yang wajib, namun bukannya alasan untuk membiarkan isu ini dari terus berulang. Ini bukan kali pertama.. Dan semestinya sebagai seorang ibu yang punya anak membesar di Taska, rasa bimbang itu tetap ada..

Hospital menyatakan kematian bukan disebabkan tersedak susu, dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkata jangan buat sebarang spekulasi terhadap perkara ini. Kita tunggu sahaja apa kata kementerian kesihatan nanti..

Semoga kita semua dilindungi dari musibah sedemikian rupa..

Semoga pasangan-pasangan yang menerima ujian ini tabah, sesungguhnya seseorang telah menunggu kalian di syurga sana..

AL FATIHAH..


Thursday, December 29, 2011

Hakisan Teruk di Pantai Terengganu


Assalamualaikum wbt..



TAMBAK pantai elak hakisan makin teruk. - Sebahagian pekerja menambak Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu, yang mengalami hakisan teruk walaupun keadaan ombak besar dan cuaca yang tidak menentu. Fenomena laut bergelora dan ombak besar ketika musim tengkujuh ini telah menyebabkan hakisan teruk di sepanjang pantai ini sejak beberapa minggu lalu. Sementara itu, orang ramai dinasihatkan tidak menghampiri pantai sehingga Mac depan. Sumber.

Ps: Baruje minggu lepas ke sini dan bercanda di Pantai Teluk Ketapang. Memang ombak besar dan angin kuat masatu. Alhamdulillah semuanya selamat. Kawan-kawan, jangan ke tepi pantai hingga Mac depan ya.. Yang di Dungun tu lagi menakutkan.


Thursday, November 10, 2011

Bantuan Persekolahan RM100 Dibayar Serta Merta

2011/11/10

KUALA LANGAT: Bayaran bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012, akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing serta merta.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi pelajar di Sabah dan Sarawak, bayaran akan dibuat selewat-lewatnya minggu depan.
Bagaimanapun, bantuan persekolahan itu akan disalurkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sementara pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012, pembayaran bantuan persekolahan akan dibayar pada Januari tahun depan bagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing bagi memudahkan pembayaran.

"Bila (pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu) sudah masuk sekolah, baru bayar. Kalau bayar awal, takut ada perubahan sekolah," katanya selepas menghadiri majlis "Menteri Pelajaran bersama warga pensyarah dan pelajar matrikulasi Kolej Matrikulasi Selangor" di kolej itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, pembayaran bantuan itu dibuat terus kepada akaun sekolah masing-masing melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) dan bagi sekolah yang tidak ada akaun BSN mereka bersetuju untuk buka akaun sementara.
Beliau berkata sekolah akan menguruskan pengagihan wang itu kepada ibu bapa atau pelajar.

Katanya, lebih lima juta pelajar akan menerima bantuan itu, termasuk 5,061,574 pelajar Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan dan 313,373 pelajar sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri Seramai 125,465 pelajar sekolah persendirian dan 32,235 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) akan menerima bantuan itu.

Muhyiddin berkata, semua pelajar layak mendapat bantuan persekolahan RM100 seorang tanpa mengira latar belakang keluarga bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak mereka masuk sekolah.


Ibu copy beritani dari Berita Harian Online..


Ps: Alhamdulillah.. Rezeki Muhammad Yusuf Nabhan. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...