Follower

Sunday, January 30, 2011

Asmara Collections @ Jemari Asmara Online Biz: Hampir jadi nyata..


Alhamdulillah.. 1 langkah kehadapan..

Masih dalam proses pembikinan.. gambar baru upload sikit..

Kawan-kawan, silalah ke http://jemariasmaraonlinebiz.blogspot.com/ dan tolong lah komen sikit.

Ada apa-apa yang patut ditambah?

HeartBeat & Valentine's Day: Mari Sorokkan!

Assalamualaikum wbt..

Ibu baru balik dari jalan-jalan blog Ustaz Love baca n3 baru.. terkedu dengan tulisannya.. ibu cepat-cepat balik blog sendiri & 'sorok' sesuatu..

Ibu sorok benda ni..



Ibu petik dari log Ustaz Love..

Ada apa dengan Valentine’s Day? Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa hukum meraikan Valentine’s Day adalah haram kerana ianya bukan daripada ajaran agama Islam dan sebenarnya berasal daripada ajaran Kristian.. maka itu, sebarang promosi untuknya hendaklah dihentikan..

Ps: ibu dah sorok iklan HB di blog ibu, err.. yang kat n3ni sebab nak tunjuk HB iklankan valentine day..


Teka Teki @ Jemari Asmara: Tutup Sudah!

Assalamualaikum wbt!!

Secara rasminya, Teka Teki @ Jemari Asmara ditutup.. berikut adalah senarai peserta..

1. http://mamiuyuncontest.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

2. http://threeq-threeq.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

3. http://sukasukimain2.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

4. http://seindahfarhana.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

5. http://zhayeshoppe.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

6. http://nanamrul-contest.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jejari-asmara.html

7. http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

8. http://dshireseden.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara_10.html

9. http://mamaaerishtwo.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

10 http://akmafaizal.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

11 http://tiefazatie.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

12 http://nettskerepek.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

13 http://allboutgancontest.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

14 http://bambam-addicted.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

15 http://whatrudoin-gaentries.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

16 http://nanakimie.blogspot.com/2011/01/eka-teki-jemari-asmara.html

17 http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

18 http://syu90contest.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

19 http://kehelan-contest.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

20 http://fa10-sekadarmencuba.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html

21 http://myapeapeaje.blogspot.com/2011/01/teka-teki-jemari-asmara.html


Kepada sesiapa yang tidak tersenarai, sila tinggalkan pada komen n3 ini.

Semua sudah diterjah!!

Ps: Mana2 yang diminta respon kembali, sila tinggalkan respon pd n3 ini.. Tq.

Saturday, January 29, 2011

Jalan-Jalan ke IKEA..

Assalamualaikum wbt.

Hari Sabtu 29.01.2011.. hari cuti dan masa untuk jalan-jalan. Ayah bawa ke IKEA dengan tujuan cari meja study untuk Yusuf Nabhan.

Tapi.. hmm.. ada adegan aneka ragam lah pulak. Ada aje perangai yang nak ditunjuk oleh budak nan sorang ni.. ibu pun terus tak ada mood nak tangkap-tangkap gambar.. jadi, tak adalah catatan perjalanan..

Moh la kita layan gambar budak beraneka ragam ni..


 Aksi-aksi ceria sebelum sampai ke destinasi..


 Aksi moncong yang masih ceria..


 Aksi tunjuk gigi..


 Ibu tumpang sekaki.. itu budak yang tangkap gambar ibu.. ini aksi cover lemak bawah dagu.. hehe..


Haa.. yang ini aksi setelah balik dari destinasi.. macam-macam ragam.. hmm..

Sudahnya, meja Yusuf Nabhan pun tak terbeli..

Aduhai anak-anak.. kalian lah penghibur hati ibu.. kalian jugalah yang selalu buat ibu 'bertukar!!!!!'.. huhu..

Syukur Ya Allah atas kurniaMu..

TeKa TeKi @ JeMaRi AsMaRa..

***********
Ini adalah n3 melekat.. sila ke bawah untuk n3 terbaru..
************
 Untuk maklumat lanjut sila ke n3 ini. Terima kasih!!

Friday, January 28, 2011

Kids & Kindergarden By Siapa Saya? Sayalah!!

Assalamualaikum wbt!!

Ibu bakal mengetengahkan puteri ibu lagi.. Kali ini GA berkaitan anak-anak & kindergarden..



Kategori A
Maryam Nabihah binti Muhammad Roslan, DOB: 16 Ogos 2007.. dengan uniform Genius Aulad

Jom kawan-kawan, kita meriahkan GA ini. Klik je banner di atas..

Jangan lupa follow http://kokoadik.blogspot.com/ dan http://littlemummydaddy.blogspot.com/ serta senaraikan dalam blog list kita..
dan letakkan banner GA di sidebar blog kita..

Semoga berjaya!!

Kalau En. Ayah Nak Berpoligami.. Ibu Izinke?


Assalamualaikum wbt..

Awas! Ini adalah n3 yang mampu menimbulkan gangguan emosi. Sila fahami bahawa ini adalah andaian hati saya. Tolong jangan timbulkan kontroversi.. Gulp! Muqaddimah yang menakutkan.

Semua ini bermula (dah lama dah) bila ibu baca satu n3 Ustaz Love bertajuk, Poligami: Huru-Hara?

Ibu saja-saja komen:

v

v

v


Tau apa Ustaz Love jawab balik?

v

v

v

Sabar je lah Ustaz Love tu.. Pastu ibu jawab balik..

v

v

v

Bergurau pulak lah Ustaz Love ni.. huhu..

Baiklah, itu sebenarnya hanyalah komen meninggalkan jejak di blog Ustaz Love.. tetapi apakah sebenarnya pendirian ibu tentang poligami? Ibu huraikan berdasarkan 4 faktor:

Faktor pertama: Hati & Perasaan

Pendirian: Tidak, tidak dan tidak. Tak mahu, tak mahu dan tak mahu.. huhuhu..

Faktor ke 2: Pengalaman

Ibu pernah bertugas selama 4 tahun di satu unit yang melibatkan pasangan bermasalah dalam rumah tangga. Poligami merupakan salah satu faktor berlakunya masalah rumahtangga.

Pendirian: Tidak, tidak dan tidak. Tak mahu, tak mahu dan tak mahu..

Faktor ke 3: Hukum agama

Pendirian: Mudah-mudahan saya tidak tergolong di atara mereka yang mempertikaikan hukum Allah

Faktor ke 4: Takdir

Pendirian: Semoga saya diberi kekuatan untuk menerima ketentuan Ilahi sekiranya itu takdir untuk saya..

* Semoga kita semua diberi kekuatan untuk membeazakan antara hati dan perasan, hukum Alla swt serta takdirnya.. Amin!!

* Anda bagaimana? Ada berani buat n3 macam ini?

* Ps.. Ustaz, terima kasih beri saya idea tulis n3 baru.. :-)

Thursday, January 27, 2011

Tidak Rugi Berkongsi Ilmu.. Maaf!

Assalamualaikum wbt..

Hari ini blog Jemari Asmara kesayangan ibu berusia 2 bulan 4 hari. Kasih yang disemai semakin bertunas dan berkembang.. Semangat untuk berblogging terus membara.. ewah! kemain lagi ayat..

Serius, ibu masih ada rasa rendah diri dalam dunia baru ini. Lantaran ilmu yang terlalu cetek dalam bidang ini. Alhamdulillah, melalui dunia blog.. ibu mengenali ramai sahabat-sahabat baru yang sudi membantu ibu menambah ilmu.

Semalam, ibu tulis satu n3 Membetulkan Tetapan Tarikh & Masa Blog. Niat asal, n3 itu untuk catatan peribadi ibu dan ditujukan buat seorang sahabat yang juga baru berblogging dan mengalami masalah tarikh & masa yang tak betul. Dalam hati ibu, siapalah ibu untuk berkongsi ilmu itu.

Hakikatnya, berdasarkan komen yang diterima.. n3 ibu semalam telah membantu beberapa sahabat yang lain juga. Alhamdulillah..

Pengajarannya, tidak rugi berkongsi ilmu. Rasulullah saw sendiri pernah berpesan: "Sampaikanlah (kebaikan) walaupun 1 ayat".. (betulkan kalau ibu silap)..

Maaf juga dari ibu.. atas penggunaan istilah 'rabun IT'. Ibu tujukan untuk diri sendiri sebenarnya..

Salam sayang buat semua...


Senyuman Ikhlas @ Tol Sungai Rasau!

Assalamualaikum wbt!!

Pagi yang ceria.. ups, N3 pendek sahaja. Ambil sedikit masa berkerja..

Hari ni ibu rasa teruja.. menerima senyuman ikhlas seorang gadis.. disusuli ucapan manis terima kasih.. yang jarang-jarang ibu terima di Tol Sungai Rasau..

Tahniah! Buat gadis tol bernama NORLIZAH.. (kalau tak silaplah nama tu.. lorong tunai kanan sekali.. menghala ke Klang.


N3 INI ada kaitan..

Wednesday, January 26, 2011

Membetulkan Tetapan Tarikh & Masa Blog!!

Assalamualaikum wbt..

Dua hari lepas, dalam n3 Mengembalikan Tarikh Jemari Asmara.. ibu kisahkan tentang ibu dah berjaya membetulkan setting tarikh dan masa blog ibu. Selamani tak betul!

Tup, tup.. ada sahabat blogger yang bertanya, macammana nak buat. Ni mesti kes sama dengan ibu. Tarikh blog dia pun tak betul. Hehe.. penangan orang rabun IT yang baru berblogging.. (Jangan marah ye sahabatku.. kita serupa.. lalala..)

Ibu kongsikan di sini di mana silapnya dan macammana nak betulkan..

Mula-mula..

 Klik 'tetapan' pada papan pemuka.. (maaflah, ibu setting dalam Bahasa Melayu..)


 Klik 'memformat'..


 Pastikan zon waktu seperti tertera dalam kotak merah.. hehe.. kat sinilah silap ibu sebelumni..


Jangan lupa klik 'simpan tetapan'..

Masalah dah pun selesai.. Selamat berblogging!

Errr.. kawan-kawan yang ada nak buat teguran, silakan! Silakan!

*************

Tuesday, January 25, 2011

Cute Baby Style Contest!!


Jom kawan-kawan, kita joint 'Cute Baby Style by Huda'. Buat kali pertama ibu menyerta GCL yang melibatkan anak-anak..

Mempersembahkan aksi candid puteri ibu yang hendak mengambil kamera di tangan makciknya..


Maryam Nabihah binti Muhamad Roslan, 3 tahun 5 bulan, 16 Ogos 2007
Anakanda kepada: Zefa Nor Asmara

Kawan-kawan, untuk turut serta.. sila klik banner di atas atau SINI sahaja.

Semoga Berjaya!!

************

Ps.. Huda, anak kak Zefa ni baby lagi ke? hehe.. tapi masih menepati syarat umurkan?

Maryam Nabihah @ Genius Aulad - Apa ada dalam beg?

***************

Assalamualaikum wbt..

Salam pagi Selasa buat sahabat-sahabat semua.. jam 4.56 pagi. Ibu baru selesai menyusun buku Yusuf Nabhan ke dalam bag mengikut jadual. Awal-awalni, ibulah buat semua. Sok-sok, anakanda kena buat sendiri lah ye..

Setiap hari ada 4 beg yang ibu perlu bagi perhatian. 2 beg Yusuf Nabhan, 1 beg Maryam Nabihah & 1 beg keperluan taska. Tu tak masuk lagi baju-baju sekolah yang tergantung dah siap bergosok. Hari-hari ibu usung pergi taska..

Harini, jom kita terjah beg Maryam Nabihah. Apa aje yang diusung ke GA tiap-tiap hari..


 Ini beg Mayam Nabihah.. hadiah dari Taska Afrilia Subang Perdana ketika kami meninggalkan taska itu pada tahun 2009 kerana berpindah ke Shah Alam.. anak-anak ibu dari habis pantang ibu hantar ke situ..


 Ini isinya..


 GA Bijak Bahasa.. buku terbitan GA sendiri.. digunakan untuk pembelajaran membaca dalam bahasa melayu..


 Fun At Home.. membaca dalam Bahasa Inggeris..


 Bacaan wajib.. Iqra'!


 Message Book.. sebagai medium perantara di antar GA dan penjaga..


Haaa.. yang ni tidak digunakan di GA. Tapi tetap ada dalam beg Maryam Nabihah.. sebab bukuni digunakan di taska. Alhamdulillah, pembelajaran sepanjang hari. Pagi dengan cikgu di taska, petang di GA dan malam dengan ibu.. Yusuf Nabhan dulu, boleh membaca dalam usia 5 tahun dengan menggunakan buku ini..

Wah.. dah jam 5.00 lebih. Ibu stop dulu.. sempat zzz kejap ke? Sebab semua dah siap.. tinggal bangunkan anak-anak, mandi, bersiap, sarapan dan 'jommmmm!!'.

Monday, January 24, 2011

Giveaway Eysha..


Jom kawan-kawan! Kita meriahkan Giveaway anjuran Eysha dari My Lovely English..

GA dianjurkan sempana ulangtahun perkahwinannya yang ke 6.. Syarat-syaratnya mudah sahaja..

1. Menjadi follower http://eysha-mylovelyenglish.blogspot.com/ (sudah)
2. Add blog http://eysha-mylovelyenglish.blogspot.com/ dalam blog anda (sudah tersenarai dalam Blog Deco-Deco)
3. Copy banner dan tepek pada n3 dan sidebar (sudah)
4. Buat n3 dengan tajuk 'Giveaway Eysha' (Inilah n3nya..)
5. Tag 3 orang kawan (Puteri Qis Balqis, eT & BSB)
6. Tinggalkan jejak kejoinan.. (jap lagi ye..)

hadiahnya? Jom ke SINI!

Semoga Berjaya!




Mengembalikan Tarikh Jemari Asmara..

*************
Ini adalah n3 autopublish..
*************

Sebenarnya.. selama Jemari Asmara muncul dipersada blogging.. (ceewah! kemain ayat..) tarikh dia tak betul. Ketinggalan zaman.. Orang dah sambut tahun baru, blog ni 31hb lagi.

Seperti biasa, ibu akan tanya kawan-kawan blogger. Kali ni sahabat blogger Ifa tampil memberi bantuan. Ifa kata cuba ke tetapan, pastu format. Godek punya godek.. hooyee! Tarikh dah betul.

Patutlah, orang guna zon waktu KL, Jemari Asmara guna Asia Pasific. Muahaha!!

Thanks Ifa.

Bila setting tarikh dan masa dah betul, barulah ilmu buat autopublish dapat dipraktikkan..

Harini Jemari Asmara dah berusia 2 bulan. Dah ada header hasil godek-godek sendiri juga..



Sekuntum Mawar Merah, Sebuah Puisi.. lalala..

**********
Ini adalah n3 autopublish..
**********

Salam Isnin sahabat-sahabat sekelian.. Hmmm, pagi-pagi sudah berpuitis. Apakah? Hehe.. sebenarnya ibu nak cerita tentang hobi ibu. Ibukan suka deco-deco.. selain decoupage, ibu suka gubah bunga.

Minat dah lama berputik, tetapi berkembang bila pindah ke 'Baiti Jannati' ni. Isteri pemilik asal rumah ni, taukey kedai bunga. Agaknya, dah terpercik aura dari dia kut.. hehe..

Jom ibu kongsikan beberapa gubahan yang ibu dah buat.. (kawan-kawan FB dah boring dah tengok..)

 Ini buat untuk rumah sendiri..

 Ini pun untuk rumah sendiri.. buat untuk Aidilfitri 1431H..

 Ini orang punya.. sempat juga possing atas meja ibu sebelum serah pada tuannya..

 Inipun orang punya.. sejibik bunga atas kabinet tv ibu..

Orang punya lagi..

Ni je pun gambar yang ada.. cukuplah buat cuci-cuci mata..

Terima kasih datang ke blog Jemari Asmara.. Saaaaayang korang semua!!

Sunday, January 23, 2011

Maryam dan Berus Cat..

*****

Semalam.. sabtu.. cuti. Ibu melepas gian dengan aktiviti-aktiviti decoupage. Mula-mula, ibu berjaya siapkan signage bilik tidur Maryam Nabihah. Petang sikit.. ibu mula mengecat kotak kunci pula.

Tapi, hmmm.. ada pembantu tak diundang. Sibuk nak mengecat juga.. mula-mula ibu tak bagi. Tiba-tiba teringat n3 dari blog eliza yang memberikan tips memegang pensil dengan betul. Mungkinkah ini juga salah satu cara untuk merangsang perkembangan pergerakan psikomotor halus? Jadi, ibu pun layan ajelah kehendak 'pembantu' ibu tu..

Alhamdulillah, sebenarnya Maryam Nabihah sudah boleh memegang pensil dengan agak betul sejak berumur 2 tahun lebih lagi.. semuanya bermula apabila dia akan buat apa yang abang buat.. Yusuf Nabhan mula bersekolah semasa Maryam Nabihah berusia 1 tahun lebih..

Mari kita intai puteri ibu yang kidal itu..

 Ups.. cekci.. nasib baik boleh tutup sikit.. hehe..

 Tenyeh je lah dik atas surat khabar tu.. kawan-kawan, jangan diintai lantai tu ye.. ini wet kitchen.. faham-faham je lah.. hehe..

Inilah projek dalam pembikinan ibu..


***************

Saturday, January 22, 2011

Maryam Nabihah's Room Signage..

******

Jemari Asmara berdeco-deco lagi.. kali ini signage untuk bilik puteri ibu..

Inilah hasilnya..

v

v

v

Gambar diambil sebelum divarnish..

Pss.. kawan-kawan. Apa macam hasil tangan ibu kalini? Bagilah komen sikit.. Terima kasihhhhhhh!

*****************

Membawa Anak Tiada masalah Gigi Ke Klinik Gigi: Perlukah?

********

Assalamualaikum.. Hari Sabtu yang ceria.. Hari ini kami bawa Yusuf Nabhan berjumpa Dr. gigi.. Tiada apa-apa masalah besar sebenarnya.. tiada rongak, tiada gigi hitam.. cuba gigi dia kecik-kecik.. jadi nampak jarang-jarang sikit. Kadang-kadang dia mengadu makanan terselit pada gigi.

Alkisah.. minggu lepas gigi susu Yusuf Nabhan mulai tertanggal. 3 batang gigi telah tercabut dalam masa seminggu. Sebagai ibu bapa yang hanya mendapat maklumat dari pembacaan, kami memerlukan seseorang yang arif untuk memeriksa gigi anak kami.

Maka kami ke sini..

v

v

Klinik Pergigian Daroyah, Seksyen 18 Shah Alam..

Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah dengan gigi yang telah tertanggal. Dr. juga memberi beberapa nasihat untuk dijadikan panduan. Tetapi Dr. telah mengesan satu lubang kecil di gigi geraham atas Yusuf Nabhan (sebab tu makanan selalu terselit). Sudah selamat ditampal dengan kemasnya..

Jadi, kejadian ini mengukuhkan pendapat ibu.. bahawa membawa anak ke klinik gigi walaupun tiada masalah adalah perlu. Sebab, kadang-kadang kita tidak sedar ada masalah pada gigi anak-anak kita. Ibu terasa kesal juga, kenapa ibu tak cek betul-betul gigi Yusuf Nabhan sebelum ni..
Lupa nak tanya nama Dr. tadi.. (Dr. perempuan). Secara peribadi, saya berpuas hati dengan perkhidmtan yang diberi. RM30.0 sahaja bayarannya..

Err.. ibu tak pernah pergi klinik gigi kerajaan. Kawan-kawan macammana?

Friday, January 21, 2011

25 Random Things About Me!!

*********

Salam semua.. hari ini ibu kena tag dengan sahabat blogger ibu BSB.. dan tugasan yang perlu dilaksanakan adalah..

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

Dengan malu-malu kucing dan tersipu-sipu.. mempersembahkan 25 random things about me..

1. Pemilik nama Zefa Nor Asmara.. tak ada nama samaran, tetapi selesa membahasakan diri ibu di dalam n3 yang ditulis..


3. Terjebak ke dunia blogger semenjak 23.11.2010.. (baru nak masuk 2 bulan)

4. Sudah berkahwin.. punya seorang putera, seorang puteri..

5. Berasal dari Selangor..

6. Jatuh centa dengan orang Terengganu.. hehe.. dia ngorat i dulu tau.. aww.. gatal!

7. Seorang isteri yang suka cari pasal.. hehe.. saje suka buat en ayah marah.. (tapi dia memang jarang marah..)

8. Sorang ibu yang garang.. hoho.. sebab en ayah lembut sangat dengan anak-anak..

9. Tak sorok umur.. lahir tahun 1978. Tahun ni dah 33 tahun..

10. Sudah hampir 10 tahun berkhidmat dengan kerajaan.. 5 tahun Kerajaan Negeri.. hampir 5 tahun dengan Kerajaan Persekutuan..

11. 70% dari tugasan dalam kerjaya adalah bla bla bla bla.. hehe.. bercakap la tu..

12.Mendiami 'Baiti Jannati' di Shah Alam, Selangor.. sejak penghujung tahun 2009.

13.Memilih ala-ala henglish dalam menghias rumah.. mix n match ajer..

14.Memegang pepatah 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit' dan 'ukur baju dibadan sendiri' dalam menghias 'Baiti Jannati'.. kadang-kadang terbabas juga.. hehe..

15.Suka cuci mata di Romantika dan KK Home Deco..

16.Suka terjah blog deco-deco..

17.Teringin nak shooping kat Nilai.. tapi belum berkesempatan..

18.Meminati seni decoupage..

19.Ada sedikit bakat dalam menggubah bunga dan hantaran..

20.Gagal dalam jahitan.. lencana sekolah anak suami yang jahit.. hihi..

21.Sangat meminati pinggan mangkuk Vantage..

22.Sedang mengumpul Vantage bunga F4..

23.Makan hari-hari pakai pinggan claytan.. pinggan cantik susun dalam almari.. :-)

24.Teringin nak tambah anak.. tapi sayang nak tinggalkan 'zon selesa' sebab dua-dua dah besar... dush! dush! dush!

25.Inilah saya..


Tag 25 kawan? Wah.. tag sikit-sikit dulu ye..




Anak Ibu Tanya: "Ibu, dadah tu apa?"

*******

Ibu ada sehelai tshirt yang tertulis 'Dadah: Anda Cuba Anda Sengsara'.. ibu pakai sejak tahun 2006 lagi.. masa tu Yusuf Nabhan baru setahun lebih.. bila umurnya 5 tahun dan pandai membaca, dia baca semua benda termasuk tulisan pada baju..

Maka terlontarlah soalan, "Ibu, dadah tu apa?"

Hmm.. kena jawab tu. Tapi takkanlah ibu nak jawab, 'Dadah ialah sejenis bahan kimia psikoaktif yang memberi kesan paling ketara ke atas bla bla bla.. hehe.. dia belum boleh faham lagi lah..

Maka ibu hanya jawab, "Dadah tu benda tak elok, benda kotor, Allah marah siapa yang ambik dadah'..

Respon anak ibu, "Ooo.. benda tak elok ye ibu. Siapa ambik masuk neraka ye?".

Ibu jawab, "Ya sayang"..


Inilah tshirtnya.. ibu pakai dari tahun 2006 sampai sekarang.. dah agak lusuh.. tapi selesa..

Untung pengetahuan bersama, ibu kongsikan disini..

Dadah dan Ciri-cirinya:

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

a.  Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat ( otak dan saraf tunjang)

b.  Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang

c.  Diperoleh secara haram

d. Membawa kepada pergantungan fizikal da psikologokal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah

e.  Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi soaial seseorang.

Makan-Makan Mentarang Bakar @ Sekinchan

******

Semalam cuti umum sempena Thaipusam.. kami ambil kesempatan balik kampung menjengah orang tua.. seperti biasa, catatan perjalanan kami tak sah tanpa makan-makan..

Kali ini ayah bawa kami makan mentarang bakar.. sangat banyak gerai jual mentarang sepanjang jalan dari Sekinchan menuju Sungai Besar. Kami singgah di...

v

v

v

Gerai ni terletak di Tali Air 7 (kalau tak silap).. dari arah Sekinchan sebelah kiri.. depan sikit selepas SK Sungai Leman..

Gerai ni sediakan tempat duduk atas air (parit).. hehe.. Yusuf takut nak seberang sorang-sorang.. apalah..

Mentarang mentah.. RM5.00 sekilo..

Mentarang yang sedang dibakar..

Mentarang bakar.. RM5.00 sepinggan.. minum air tebu.. slurrp..


Kawan-kawan, kalau jumpa cubalah. Sedap tau!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...