Follower

Monday, July 29, 2013

MARYAM & CABARAN RAMADHAN 2013


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur al hamdulillah, puasa tahun ni sangat bermakna buat ibu. Aktiviti bersahur dan berbuka cukup ahlinya. Bukanlah tahun-tahun lepas tak cukup ahli.. Ekekeke.. Tiba-tiba ibu rasa kelakar dengan ayat sendiri. Maksudnya, tahun ni semua ahli keluarga dah berpuasa penuh termasuk simanja ibu Maryam Nabihah.

Tahunni Maryam dah masuk 6 tahun. Sedikit sebanyak dia dah faham tentang kewajiban seorang Islam termasuk solat dan puasa. Jadi elok sangatlah ibu latih dia berpuasa.

Tahun lepas dia puasa separuh hari, puasa di Tadika tapi balik Taska dia makan. Tahunni, besarlah harapan ibu untuk lihat dia berpuasa penuh sehari.

Mula-mula ibu rasa risau.. Dapatke dia ni bertahan, yelah diakan manja. Risau ibu kalau dia merengek-rengek nanti..

Ini kad Cabaran Ramadhan 2013..

Semua pelajar 6 tahun Tadika Islam AlHidayah menerima sekeping kad untuk ditanda oleh ibubapa samada anak-anak ini berpuasa atau tidak. Kad ini sebenarnya sebagai galakan kepada anak-anak untuk gigih berpuasa.


Sehingga 19 Ramadahan 1434H, inilah prestasi Maryam..

Alhamdulillah, Maryam sangat mudah dalam perjuangannya belajar berpuasa. Kerisauan ibu selamani meleset sama sekali. Kemanjaannya itu tidak diguna langsung untuk minta buka puasa awal. Kadang-kadang tu adalah juga, nama pun budak-budak kan? Nak bangun sahur pun senang, nak buka lagilah senang. Hehe.. Memanglah. Bab berbuka, ibu pun nak cepat..

Tapi siren 'mengada' dia akan berbunyi dalam jam 6.00 petang macamtu. Hoho.. Masanilah dia akan paksa ayah bawa dia ke kedai dengan alasan nak beli air untuk berbuka puasa. Maka selama 19 hari berpuasa hampir keseluruhannya tiap-tiap petang pergi kedai beli air. Ada saja air pilihan dia, air botol lah, air kotaklah, air Vitagenlah, macam-macamlah. Tapi kebiasaannya, ayah akan layankan aje..

Tapi, apa jadi dengan hari pertama? Haha.. Yang tu memang ibu tak tau nak kata apa. Kalau kita yang dewasa ni mungkin ada istilah termakan atau tak sengaja. Tapi sebagai kanak-kanak? Wallahua'alam..

Ibu rasa ibu nak sambung pasal tu dalam entry lain. Macam biasa, entry ibu jarang yang panjang. Suka entry kontot-kontot je.. Ehehe..

Ok semua. Jumpa di siaran akan datang.. :D






Saturday, July 27, 2013

KISAH GIGI SUSU & KEKAL ANAKANDA MARYAM




Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Anakanda Maryam Nabihah ibu dah makin besar.. Makin cantik, makin manja dan makin bijak dimata ibu. Satu kegembiraan dan kesyukuran yang tak terhingga bila anak yang dikandung suatu masa dahulu semakin membesar dengan sihat..

Harini ibu nak buat catatan tentang gigi Maryam. Alhamdulillah, sehingga usia mencecah 6 tahun gigi Maryam cantik dan tiada yang rosak langsung. Walaupun Maryam penggemar tegar gula-gula, tapi giginya terjaga dengan baik. Cuma giginya agak kecik-kecik. Hehe.. Jadi bila dia makin besar dan ‘menembam’ giginya jadi agak jarang-jarang sikit. Tapi tak apa, tetap cantik dimata ibu.. ;-)

Terbaru, Maryam dah pun melalui pengalaman tercabutnya gigi susu. Dah dua batang dah pun dan dua-dua tercabut sendiri, dua-dua gigi depan sebelah bawah. Bila dah mula goyang, ibu dan ayah selalu pesan supaya dia rajin goyang-goyang, jadi cepatlah sikit tercabut. Bukan apa, takut yang kekal mula tumbuh sebelum yang susu tercabut.

Gigi pertama tercabut (ibu lupa tarikhnya) dalam bulan Jun 2013 bersamaan umurnya 5 tahun 10 bulan. Gigi kedua tercabut baru-baruni (Julai 2013) bersamaan umurnya 5 tahun 11 bulan.

Alhamdulillah, menjelang Ramadhan (pertengahan Julai 2013), kedua-dua tempat yang rongak dah tumbuh gigi kekal. Ibu berharap semoga gigi kekalnya akan tumbuh dan tersusun dengan baik.


Cantik tak gigi saya? Hihi..


Tuesday, July 23, 2013

SHAKLEE PERFORMANCE DRINK


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Shaklee, Shaklee Performance Drink, Kekal cergas dan bertenaga dibulan puasa


[✔] Performance Drink mempunyai rasa oren yang menyegarkan!

[✔] Ia menjadi pilihan ahli-ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga melalui:

[✔] Rumusan Ekslusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera

[✔] Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan

[✔] Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

******
Hubungi:
Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
Email: zefa_asmara@yahoo.com
011-11537821 (sms/whatsapp)

Sunday, July 21, 2013

KEKAL CERGAS DIBULAN PUASA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Bagaimana untuk kekal cergas walaupun berpuasa? Agar tiada alasan letih untuk berterawikh? Agar tetap bertenaga berjaga disepertiga malam?

Terutama kepada ibu-ibu hamil, ibu-ibu menyusu dan mereka yang berkerja menggunakan tenaga.

Kami di Kiosk Keluarga Sihat, mengesyorkan ESP dan Performance Drink sebagai penambah tenaga di bulan puasa.

Shaklee, ESP, Performance Drink, cara kekal cergas di bulan puasa


Apa itu ESP?
==========


1. Menyediakan 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
2. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
3. Setiap hidangan membekalkan 50% daripada nilai harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
4. Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
5. Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
6. Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
8. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.

 

Apa itu Performance Drink?
=====================


1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
3. Ia membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
4. Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
5. Ia sesuai untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, malah sesuai untuk semua, terutama yang berkerja di lapangan atau di tengah panas.
6. Juga sesuai untuk kanak-kanak yang demam dan hilang selera makan minum. Ia boleh membantu mencegah dehydration.


Kemaskini Mac 2014:
Promosi ESP beli 6 percuma 1.
Masa untuk menyimpan stok, berbaloi-baloi..
Beli 1 pun tetap boleh juga..

Hubungi:


Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
Email: zefa_asmara@yahoo.com

Wassap ke 011-1153 7821

Thursday, July 18, 2013

KEMBALINYA SEBUAH DIARI RAMADHAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Walaupun agak terlambat, ibu tetap mahu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada rakan-rakan blogger sekian.

Syukur alhamdulillah, atas nikmat usia kurniaan Ilahi. Hari ini 9 Ramadhan 1434H, bermakna telah 9 hari kita menjalani ibadah puasa. Semoga kita dipanjangkan usia untuk merebut segala kelebihan Ramadhan tahun ini, dan semoga kita dipanjangkan usia hingga menemui Ramadhan yang akan datang. Amin..



 Setiap tahun, sejak Jemari Asmara hadir dalam hidup ibu, ibu catatkan Diari Ramadhan kami untuk jadi kenangan dihari kemudian.


Tahun 2011, ibu banyak menceritakan tentang perjuangan Yusuf berpuasa dalam usia 7 tahun dan pengalaman pertama berpuasa dengan sekolah sepanjang hari. Masa 6 tahun puasa juga, tapi sekolah tadika kan sekejap je. Bila masuk tahun 1, cabaran berpuasa adalah lebih sebab dia kurang waktu berehat. 

Tahun 2012, semuanya berjalan lancar seiring dengan peningkatan usianya. Masatu umur Yusuf dah nak masuk 8 tahun, tiada lagi rengekan manja dahaga, tiada lagi kesusahan nak kejut sahur. Semuanya sangat-sangat senang. Terawikh yang tidak pernah tinggal, solat 5 waktu yang cukup. Semuanya cukup buat hati ibu cukup sejuk.
 
Tahun 2013, Yusuf dah 9 tahun. Sudah tiba masanya cerita tentang perjuangan Maryam yang berusia 6 tahun pula. Cuma ibu belum pasti nak cerita apa sebab Maryam sangat-sangat mudah. Setakat ni tak ada sangat adegan pujuk memujuk ke, adegan merengek-rengek ke.. Kalau ada pun sikit-sikit je..

Cuma adalah kisah di hari pertama. Hihihi.. Rasa kelakar pun ada. Tapi nanti ya, ibu cerita dalam entry akan datang. Harap-harap ibu rajinlah update blog ni ye. Nyah lah jauh-jauh penyakit malas ni. Hehe..

Salam sayang buat semua.. :D

Oh ya, siapa-siapa nak order produk Shaklee sms/ wassap je ibu di 011-1153 7821. Tqvm..


Tuesday, July 16, 2013

TESTIMONI: BERJAYA HAMIL DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu nak kongsikan, kegembiraan seorang pelanggan Shaklee yang berjaya hamil dengan usaha beliau dan suami mengambil Set Kesuburan Shaklee. Syukur alhamdulillah, semuanya terjadi dengan izin Allah swt..


Set kesuburan Shaklee

Hi Dearies,

Saja nk share testimoni kt sini... Saya berkahwin hampir setahun.... saya mula ambil produk shaklee utk kecantikan kulit bermula april tahun lepas.. selepas saya berkahwin saya ambil ESP, vitamin E & Shaklee Collagen.. ada juga ambil GLA Complex utk period saya.... sejak berkahwin saya dan suami memang selalu je travel... kadang2 atas urusan kerja... kadang2 jalan2 je... Belum terfikir nak ada baby.. walaupun kami x pernah merancang.. mungkin belum ada rezeki..

Tapi.. lepas tengok kawan2 yang baru je kawin... terus je preggy.. membuatkan saya mula merasa yang saya pun teringin utk mengandung. Memang tak nak tunggu lagi... April lepas...saya contact ibu saudara saya merangkap shaklee distributor.. dia cadangkan saya ambil vitalea, b complex dan vitamin C di samping meneruskan GLA complex... untuk suami ambil vitamin E & Zinc utk kesuburan lelaki...

Harini, sudah 1mnggu period saya lewat... tekak mula rasa mual, pinggang rasa lenguh2... saya rasa pelik.. pagi tadi... sebelum mandi... saya terdetik utk cuba buat upt... memang ada je simpan dalam laci, since saya ni memang bekerja di hospital. Lepas saya titikkan urine pada alat tu... saya biarkan je.. dan pergi mandi.... lepas dh siap mandi... saya lihat sekali imbas je alat tu..saya terkejut sbb 'positive' saya terus kejutkn suami saya...die sangat teruja..tak tau nak cakap apa...smpai je di tempat kerja..saya recheck,but still same 'positive'.... Then saya ke gyne dctor utk scan.. alhamdulillah... janin sudah terbentuk dan berkeadaan amat baik di dalam rahim saya...

Alhamdulillah sekali lagi.... saya hamil selepas 2 bulan selepas mengamalkan set kesuburan Shaklee utk suami & isteri... kawan2 yang sedang mencuba jangan berputus asa ya... lambat atau cepat itu semua atas rezeki masing2.. yang penting Usaha...


SET KESUBURAN SHAKLEE
=======================

[✔] Set ini mengandungi Vitalea, Chewable Vit C, B Complex, Vitamin E, Zinc dan GLA

[✔] Set ini adalah untuk kegunaan kedua-dua pasangan; suami & isteri

[✔] Penjimatan berganda kerana ia adalah bekalan sehingga 2 bulan

[✔] Bonus: Anda akan berasa lebih sihat dan kulit akan bertambah cantik

NOTA:

* Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana produk. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli.

* Produk-produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk konsultasi dan HARGA ISTIMEWA hubungi:

Puan Zefa Nor Asmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee ID No : 909824
WhatsApp: 011 11537821
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
Page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat

Sunday, July 7, 2013

TESTIMONI: CANTIK DENGAN ESP SHAKLEE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

ESP yang sentiasa hot dan mendapat permintaan di pasaran. Sebab, ianya bukan mendapat permintaan dari satu golongan sahaja, tetapi semua golongan mencari ESP.

Ibu-ibu hamil mencari ESP, ibu-ibu menyusu sukakan ESP dan nak catik pun cari ESP.

ESP itu apa? Anda boleh klik Faedah ESP Shaklee untuk maklumat lanjut..

Ibu kongsikan di sini, beberapa testimoni mereka yang berpuas hati dengan penggunaan ESP untuk kecantikan..
 

 Testimoni Cik Zuraini Hamdan..


 Testimoni Puan Salmeza Salih


Testimoni Cik Nurhidayah Salihun

NOTA:

* Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana produk. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli.

* Produk-produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Untuk HARGA ISTIMEWA ESP hubungi:

Puan Zefa Nor Asmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee ID No : 909824
WhatsApp: 011 11537821
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
Page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...