Follower

Showing posts with label Harian Metro. Show all posts
Showing posts with label Harian Metro. Show all posts

Tuesday, April 3, 2012

SIJIL HALAL BARANG HARAM

SHAH ALAM: Sebuah pasar raya di Seksyen 23, di sini, diarah menanggalkan sijil dan logo halal yang dipamerkan di premis mereka selepas pemeriksaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati ia tidak diiktiraf pihak berkuasa berkenaan, pagi semalam.

Penolong Pengarah Jakim, Adam Drahman berkata, pasar raya itu dikesan meletakkan sijil dan logo halal bersaiz besar di luar premis, padahal hanya beberapa bahagian jualan makanan di dalam premis itu yang memiliki sijil dan logo halal sah, pada jam 11 pagi.

Beliau berkata, tindakan pemilik premis mempamerkan logo halal bersaiz besar itu seolah-olah menunjukkan semua barang jualan di pasar raya berkenaan dijamin halal, walaupun terdapat barang dijual tidak halal.

“Setakat ini, kami memberi amaran kepada pemilik terbabit, namun tindakan tegas diambil jika mereka dikesan melakukan kesalahan sama pada masa depan.

“Kami kesal dengan sikap segelintir pihak yang mendakwa tidak menyedari peraturan baru itu meskipun Jakim sudah banyak kali mengumumkan sijil dan logo halal yang sah hanya dikeluarkan pihak kami,” katanya ketika ditemui di sini, selepas serbuan berakhir semalam.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan jam 1.30 tengah hari sama, Jakim mengeluarkan surat amaran kepada sebuah kedai makanan di Seksyen 7, di sini, kerana mencabar undang-undang dan gagal mempamerkan sijil serta logo halal selain hanya menampal ayat al-Quran bagi mengaburi pihak berkuasa dan pelanggan.


Katanya, apabila diarahkan menanggalkan ayat berkenaan, pemilik premis enggan, malah mencabar pihak Jakim menyaman mereka.

“Anggota penguat kuasa Jakim menyerbu kedai makan terbabit dan apabila diperiksa premis itu hanya mempunyai sijil halal menyembelih ayam

“Kami sudah mengeluarkan surat amaran. Jika pemilik premis masih berdegil dan gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. “Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua atau berikutnya RM10 juta bagi premis jenis pertubuhan atau perbadanan.

“Manakala, bagi yang bukan pertubuhan atau perbadanan, mereka boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya denda RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, Jakim sudah mengumumkan mengenai tiga fasa baru yang dijalankan iaitu fasa satu pada Januari hingga Mac, pihaknya memberi nasihat dan teguran, fasa dua bermula pada April hingga Jun termasuk memberi surat amaran dan fasa tiga pada Julai tindakan penguatkuasaan dijalankan dengan premis yang didapati masih melakukan kesalahan sama dikenakan tindakan tegas

Ps: Ibu tahu tu pasaraya mana. Ibu pernah tulis pasal pasarayatu masa mula-mula buka dulu. Pun ibu ada cerita pasal dah habis Syawal, tapi pasarayatu masih pasang lagu raya. Cuma kedai makan di Seksyen 7 tu, ibu tak pasti kedai mana. Ada siapa-siapa tahu?

Friday, March 23, 2012

BAYI PARAH DILENYEK KERETA IBU




JOHOR BAHRU: “Jantung saya hampir terhenti apabila melihat dia terperosok di bawah kereta dan tidak menyahut panggilan saya,” kata Salinda Kamisan, 38, menceritakan kemalangan menimpa anak bongsunya, Mohd Ilman Sadiq Mohd Abdul Hakim, 18 bulan, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak yang mesra dengan panggilan Ilman itu terperosok di ruang bawah kereta ibunya selama hampir lima minit sebelum berjaya dikeluarkan, namun cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Salinda berkata, pemeriksaan doktor mendapati anak keempatnya itu mengalami kecederaan dalaman yang serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua akibat insiden berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila Proton Iswara itu mengundur tanpa disengajakan selepas kakak Ilman, Norizati Nafisah, 14, tertolak brek tangan ketika ingin mengeluarkan makanan daripada dalam kereta.

Sebelum kejadian, kereta itu diparkir di depan rumah keluarga berkenaan di Jalan Cengal 3, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Sumber

Nota ibu:

Semoga anak itu cepat sembuh. Kejadian ini berlaku tanpa disengajakan dan ianya satu kemalangan. Sama-sama kita berdoa semoga kita dijauhkan dari kejadiaan yang sama. Nauzubillahi min zalik.

Wednesday, March 21, 2012

MISTERI VAN PUTIH: CULIK BAWA KE THAILAND




SHAH ALAM: Misteri ‘van putih’ kini kembali apabila mangsa culik Nazatul Fadiana Mohd Izwan, 14, yang ditemui di Bangkok 11 Mac lalu, dikatakan diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali menaiki van berwarna putih sewaktu berada berdekatan sebuah restoran di Seksyen 9, di sini pada hari kejadian 30 Januari lalu.

Perkara itu diceritakan mangsa kepada ibunya dalam perbualan telefon pada 12 Mac lalu selepas diselamatkan polis Thailand sewaktu ditemui di Stesen Kereta api Hualamphong, Bangkok, Thailand.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, apa yang diceritakan mangsa kepada ibunya belum cukup untuk polis mengaitkan kejadian berkenaan dengan motif sebenar mangsa dilarikan ke Thailand.
“Ini kerana buat masa ini polis belum mendapat sebarang maklumat daripada mangsa kerana dia masih dalam keadaan trauma dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.

Sebelum ini, sebuah van putih turut dikaitkan dengan kejadian penculikan Nurin Jazlin Jazimin, 8, di pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos, 2007

Ada saksi ternampak Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van sebelum mayat mangsa ditemui disumbat dalam beg berhampiran PJS1, Petaling Jaya, beberapa hari kemudian. Kejadian sama berulang apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang pada awal Januari 2008 selepas didakwa dilihat bersama seorang suspek dalam sebuah van putih di Cheras. Mangsa gagal ditemui sehingga kini

Zahedi berkata, Nazatul Fadiana atau lebih dikenali sebagai Nana akan terus mendapatkan rawatan di PPUM manakala lima warga Myanmar masing-masing tiga lelaki dan dua perempuan yang diselamatkan bersama mangsa kini masih berada di Bangkok, Thailand.

“Semua warga Myanmar terbabit berdaftar di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). Mereka dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu polis mengumpul bukti dan menjalankan siasatan menyeluruh,” katanya.
Menurutnya, Nana menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok dan tiba di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), di Sepang, dengan diiringi ibunya, selain beberapa pegawai polis dan imigresen Thailand, malam kelmarin.

“Sebaik mendarat, mangsa terus dikejarkan ke PPUM, Petaling Jaya untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya. Akhbar semalam melaporkan, Nazatul Fadiana dilaporkan hilang selepas dihantar ibunya ke perhentian bas di Seksyen 9, di sini bagi mengulang kaji pelajaran bersama rakannya, pada jam 3 petang, 30 Januari lalu.

Namun, sehingga malam hari kejadian, mangsa tidak pulang ke rumah sebelum ibunya membuat laporan polis di IPK Selangor. Selepas dua bulan dilaporkan hilang, mangsa diselamatkan polis Thailand yang menemuinya di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok, bersama lima warga Myanmar, 11 Mac lalu.





Sunday, March 18, 2012

BOGEL DI LEBUH RAYA


Assalamualaikum wbt..

Pagi tadi ibu buka My Metro. Terbeliak mata i, you.... Hahahaha.. Lakulah Harian Metro harini. Ada gambar orang bogel. Tanpa seurat benar gitu. 

Tapi tak kuasa lah ibu Yusuf nak mencemar Jemari Asmara dengan gambar orang bogel kan? Hahahaha..

Untuk cerita sebenar dan gambar yang jelas lagi nyata tu sila lah klik SINI..



Thursday, March 15, 2012

Waspada ‘Pegawai Sumber Manusia TNB’

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika menerima tawaran kerja daripada individu yang mendakwa Pegawai Sumber Manusia TNB dan meminta sejumlah wang sebagai ganjaran kerana mendapatkan pekerjaan itu.

TNB dalam satu kenyataan berkata, syarikat itu menerima laporan mengenai kes sedemikian, apabila pemohon ditunjukkan surat tawaran kerja daripada Pejabat Bahagian Sumber Manusia Kumpulan TNB atau Pejabat Sumber Manusia Bahagian-bahagian TNB tanpa menjalani proses sepatutnya.

Menurut kenyataan itu, permohonan pekerjaan di TNB memerlukan calon memohon melalui sistem dalam talian atau borang permohonan dan calon yang menepati syarat iklan akan disenarai pendek sebelum dijemput ke sesi temuduga melalui e-mel atau surat panggilan temuduga.

“Seterusnya pemakluman temuduga kepada calon yang berjaya atau simpanan atau gagal dibuat menerusi e-mel atau surat permakluman serta surat tawaran akan dikeluarkan kepada calon berjaya sama ada melalui pos atau diambil secara terus melalui pejabat Bahagian Sumber Manusia TNB,” kata kenyataan itu.

Orang ramai yang menerima tawaran kerja yang mencurigakan itu diminta menghubungi Nurul Haryanie Abd Razak dan Nurul Muzaleeza Mustapha di 03-22966921 dan 03-22966523 bagi mendapatkan penjelasan. - Bernama

(sumber)

Monday, March 12, 2012

Nurul Nadirah @ Dirang Disahkan Mati


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.

Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang hilang sejak 1 Mac disahkan dibunuh dan mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit berhampiran kediamannya.




Thursday, March 8, 2012

Najib umum batal SBPA, penjawat awam kembali kepada SSM yang ditambah baik

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Jan 2012 dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Perdana Menteri juga mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan untuk penjawat pada masa depan.
 Beliau juga mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.



Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Najib membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini. - BERNAMA

Ps: Tadi juga terus kira gaji baru.. Alhamdulillah, bersyukur dengan apa yang ada..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...