Follower

Monday, October 31, 2011

Telur Dadar Mayonis


N3 tunjuk makanan..  Sesuai untuk mereka yang TAK suka telur.. :D

Ini adalah n3 autopublish. Masa n3 ini diterbitkan ibu bawa abah ke klinik untuk cuci kakinya. Semalam ayah Yusuf ambik abah di kampung dan bawa tinggal bersama kami di Shah Alam. Kaki abah kena cuci dan tukar balutan setiap hari.. Ibu tak mampu nak berulang alik dari kampung ke Shah Alam setiap hari. RM mungkin boleh diusahakan, namun kudrat dan masa tak terjangkau oleh ibu..

Maaflah.. nak buat n3 makanan, tapi intro pasal orang sakit pula..

Ini lauk kami beberapa malam yang lepas..


Telur dadar mayonis...

Kali pertama ibu buat dadar mayonis ni dulu bukanlah sebab terpengaruh dengan iklan Sheila Rusly tu. Tapi sebab kesian tengok anak-anak makan telur dadar kosong. Mereka tak suka letak bawangke, sayur ke, apa-apalah dalam telur je. Telur semata-mata.. Jadi ibu saje cuba letak mayonis dalamnya, tak adalah rasa kosong sangat.

Rasanya? Mmmm.. sedapppp tau..

Untuk makluman, ibu tak suka telur dadar. Hehe.. Tapi telur dadar letak mayonis ni ibu makan la pulak.. Sebab? mayonis tu cover rasa telurnya. Ibu bukanlah tak makan makanan yang ada telur, cuma tak berapa suka rasa telur.

Cara buatnya macam yang anda semua buatlah, cuma letakkan sesudu mayonis atau lebih di dalamnya.

Senang dan sedap!!

Ps: Maaflah, sedang tiada idea untuk n3 baru. Terlalu banyak perkara nak difikir selain nak update blog. Telur dadar pun boleh jadi modal jugakan? Hehe.. 





Sunday, October 30, 2011

Nak Suami Rajin, Tingal-Tinggalkan!

Satu lagi n3.. dari wanita untuk wanita..

Biasanya kita dengar pepatah, 'sayang isteri tinggal-tinggalkan' kan? Harini ibu nak buat pepatah sendiri, 'nak suami rajin, tinggal-tinggalkan'. Boleh ke macam tu? Hehe..

Skop khusus untuk n3 ini ialah 'tahap kerajinan suami (di rumah)'. Mengikut pandangan ibu, berikut adalah kategori-kategori suami berkaita dengan bab kerajinan (di rumah):

Kategori Pertama: Suami Raja

Suami jenis ini menganggap tugas suami hanya cari duit. Semua kerja rumah dan jaga aanak baginya tanggungjawab isteri. Balik kerja, tengok tv, order air dengan isteri, baca surat khabar dan zzzzzzzzz.. Pendek kata hanya goyang kaki di rumah.

Kategori Kedua: Suami Hamba

Suami jenisni memanjakan isteri diluar logik akal. Semua benda isteri tak boleh buat. Bukan saja bak menatang minyak yang penuh, tapi bak menjaga setiap nafas isteri agar teratur. Hehe.. Pandai-pandai ibu tambah. Isteri nak suruh buat apa, cakap je.. suami tolong buatkan. Isteri goyang kaki je kat rumah. (Err.. ada ke suami macam ni?)

Kategori ini juga sesuai untuk suami yang membiarkan dirinya diperhambakan oleh isteri. Maknanya keadaan sama seperti tadi, tapi bukan isteri yang dimanjakan tetapi isteri suka mengarah-mengarah macam raja.

Kategori Ketiga: Suami Biasa-Biasa

Kategori yang ni dia tidaklah macam raja dan tidaklah macam hamba. Cuma dia boleh bertimbangrasa. Jenis yangni kalau dia nak buat, dia buat. Kalau tak nak, tak nak lah. Samada di suruh, atau pun tak di suruh oleh isteri.

Kategori Keempat: Suami Mithali

Suami yang ini adalah paling sempurna. Suami ini tahu apakah tugasan rumah yang perlu dibantu tanpa perlu isteri menyuruh-nyuruh. Semua tugasan di bahagi sama rata. Suami jenis ini adalah dambaan setiap wanita.

* Mungkin ada beberapa jenis lagi tentang tahap kerajinan suami di rumah. Tetapi ibu sekadar tulis mana yang terlintas difikiran ibu.

Apa pula kaitan dengan tajuk di atas? Ibu kaitkan dengan 2 kisah benar yang ibu akan kongsikan di sini:

Kisah Benar 1

Kisah tentang seorang kawan ibu.. Pada pandangan ibu, dia seorang ibu yang sangat berdikari. Semua urusan rumah dan anak-anak kebanyakannya dibuat sendiri. Ibu pun tak tahu nak kategorikan suaminya pada kategori mana, hanya isterinya yang boleh menilai.

Baru-baruni, kawan ibu tu menerima rezeki dari Allah swt dalam kerjayanya dan perlu bertukar lokasi tempat kerja. Atas beberapa faktor, anak-anaknya terpaksa ditinggalkan bersama suami.

Natijahnya? Kini suaminya telah 'bertukar'.. Lebih rajin dan lebih bertanggungjawab dalam urusan rumahtangga. Semua tugasan isteri kini dipikul sediri. Satu perubahan yang benar-benar membuatkan si isteri terharu.. kisahni memang sangat-sangat berkait rapat dengan tajuk n3 ni..

Ps: Buat pemilik kisah ini, jangan marah ya ibu berkongsi kisah di sini. Untuk pengajaran kita semua.. :D

Kisah Benar 2

Tadi dah cerita tentang orang, jadi mestilah nak cerita tentang diri sendiri la pulak. Kisah ibu dan ayah Yusuf la pulak ye.. hehe..

Alkisah ayah Yusuf dan Maryam ni.. alhamdulillah tak pernah pun dalam 8 tahun menjadi suami kepada ibu dia jadi suami raja. Dan ibu pun tak pernah merasa ada suami hamba. Kalau ada suami hamba makin gemuk gedempol la ibu Yusuf dan Maryam.. Haha..

Ayah Yusuf dan Maryam tergolong dalam 2 kategori. Kadang-kadang dia jadi suami biasa-biasa, kadang-kadang dia adalah suami mithali. Tak payahla ibu ulas lanjut, bacalah balik penjelasan 2 kategori tu. Macam tu lah dia..


Cuma, sepanjang Oktober 2011 ayah Yusuf dan Maryam adalah suami mithali. Mana taknya, setiap hujung minggu ayah kena tinggal. Ibu buat kemlah, joint outreach lah dan minggu ni ibu urus abah yang sakit. Petang tadi ibu balik rumah dengan lantai yg bersih berkilat. Ibu tanya Yusuf, ayah buat apa masa ibu tak ada. Yusuf kata ayah kemas rumah dan mop lantai. Baju dan kasut sekolah anak-anak pun ayah dah basuh. Pinggan kotor pun tak ada dalam sink. Hehe.. Terima kasih ayah!!


Moral of the story:

Nak Suami Rajin, Tingal-Tinggalkan!
Ps: Tapi janganla selalu sangat tinggal. Bahaya juga tau!! Haha..

Saturday, October 29, 2011

Final Piala Malaysia: Terengganu vs N9..


Ayah Yusuf dan Maryam adalah anak Terengganu Darul Iman..

Jujur, n3 ini bukan ditulis sebab ibu peminat sukan. Bukan juga sebab ibu prihatin isu terkini. Bukan sebab isu ini sedang mendahului keyword carian..

Tapi ibu buat n3 ini sebab ayah.. :D

Sepatutnya, tajuk n3 ini adalah 'Ayah dan Bola'..  haha..

Ayah suka bola..

Ayah suka main bola..

Ayah suka tengok bola..

Masa di ITM dulu ayah pemin bola..

Petang-petang ayah main bola..

Ayah suka ajak anak-anak main bola..

Tapi ayah tak lah fanatik sangat.. Ada ada, tak ada tak apa..

Petang tadi, ayah kata kat ibu..

Malamni ayah nak tengok bola..

Ibu tanya kat mana?

Saje tanya padahal tau dah tengok kat kedai mamak je..

Ayah tak pernah bersesak-sesak nak ke stadium pun..

Kat rumah ni ada 3 tv..

1 dah keluar gambar warna oren..

1 kat bilik Yusuf.. selalu hari cuti Yusuf main game..

1 kat ruang menonton Maryam sudah kongker tengok TViQ (semakin beralih arah dari Ceria nampaknya.. alhamdulillah..)..

Maka ayah mengalah tengok di mamak sahaja..

Lebih meriah agaknya..

Tapi sehingga n3 ini ditulis, ayah masih di rumah tengok dalam bilik Yusuf. Sebab dua beradik itu layan TViQ di luar.. hehe..

Sekian tentang ayah dan bola..

Terima kasih sudi baca.. Haha..

Wanita Perlu Kuat! Jangan terlalu bergantung Pada Lelaki!


Ini adalah n3 motivasi.. Dari wanita kepada wanita..

Petang Sabtu yang mendung.. sedikit sejuk dan damai. Ibu Yusuf dan Maryam melepaskan lelahnya smbil menarikan Jemari Asmaranya di atas papan kekunci. Ibu baru sampai dari kampung, berdua sahaja bersama Maryam, tanpa ayah dan abang Yusuf.
Kenapa? Semalam petang abah dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh. Sedangkan tengahari tu belum ada jawapan samada abah boleh keluar atau tidak. Mak baru saja balik kampung (balik sekejap tengok rumah). Satu-satunya adik lelaki ibu pula dalam perjalanan ke Ipoh untuk hadiri satu mesyuarat.

Makanya? Ini adalah tanggungjawab ibu.. Ibu hanya ada 5 beradik. Hanya 3 orang yang sudah berkenderaan. Tetapi kakak biasanya bergantung pada suami untuk perjalanan jauh. (N3 ini tidak berkait secara langsung dengan dia.. ini adalah perkongsian untuk kita bersama.. wanita untuk wanita..)

Selepas balik kerja semalam, ibu gigih masak untuk anak-anak. Selepas masak, mandi, solat ibu berehat sebentar. Sakit kepala menyerang.. tapi mengenangkan tanggungjawab sebagai seorang anak, ibu gagahkan juga. Selepas isyak ibu gerak ke Hospital ambil abah dan terus balik kampung.

Kenapa tak ajak sekali en ayah? Owh.. tak muat kereta. Abah berbadan besar dan ada Cik Ayu bersama untuk membantu. Lagipun besoknya (harini) Yusuf dijadualkan ada kelas Mental Arithmetik. Kami perlu bahagi tanggungjawab.. sebagai anak dan sebagai ibubapa.

Kenapa bawa Maryam? Tak susahke nak urus bapa yang sakit dan bawa anak? Owh.. sangat-sangat susah. Lagi-lagi abah tak boleh jalan. Tapi hati ibu tak sampai hati nak tinggalkan dia, sebab dia menangis nak ikut. Ibu sahut cabaran; Ibu Yusuf dan Maryam Yang Hebat. Ibu boleh, jika kata boleh!! (Bayangkan dua orang anak perempuan masukkan abah mereka yang tak boleh jalan dalam kereta tanpa bantuan lelaki..)

Alhamdulillah, ibu tinggalkan kampung dengan senang hati. Pagi tadi dah bawa abah ke klinik untuk cuci. Besok ibu akan balik kampung lagi membawa tanggungjawab seorang anak. (Terima kasih Cik Ayu yang menjadi 'misi' perbadi untuk abah sehingga besok)

Kenapa nak ulang alik. Kenapa tak duduk kampung je sampai besok? Owh.. ibu adalah seorang anak. Tapi ibu juga adalah seorang ibu dan isteri. Tanggungjawab di rumah sendiri juga perlu diberesi. (Terima kasih ayah, ibu balik tadi ayah dah basuk baju dan kasut sekolah anak)

Okey, itu sahaja cerita ibu.. :D

Mungkin itu adalah sekadar satu cerita peribadi. Tapi membawa mesej;
 Wanita Perlu Kuat! Jangan terlalu bergantung Pada Lelaki!
Walaupun en ayah yang ibu kenal tidak pernah sekali melepas tangan, namun ibu mahu berusaha segigihnya menjadi seorang isteri yang berdikari. Jangan terlalu bergantung harap pada suami. Jangan manja-manja sangat..

Ps: Kisah benar; seorang wanita, 'patah kaki' selepas ditinggal teman hidup selama-lamanya kerana semasa hayat suaminya terlalu 'melindunginya' dan wanita itu terlalu bergantung pada suaminya. Renung-renungkan..

Thursday, October 27, 2011

Kek Lapis Chese Persona

Assalamualaikum wbt

Selepas kegagalan rupa paras kek yang sama pada n3 INI, dengan bangganya ibu Yusuf dan Maryam mempersembahkan..

v

v

 Kek Lapis Cheese Persona versi menjadi.. :D (sila abaikan batu batanya yang senget benget..)


Ibu taburkan coklat urai warna warni di atasnya.. (ikut idea seseorang tapi ibu dah lupa blog siapa..)

Ibu kongsikan resepinya di sini..


KEK LAPIS CHEESE PERSONA
 
by : ryo@ryoazhar.blogspot.com

Bahan2: (Saiz 9x9)

A:

  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus
Caranya :
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.  



Nota ibu:

- Ibu gunakan separuh adunan sahaja
- Ibu tak panaskan pun susu sebab takut biskut terlembik mcm kes yang mula-mula dulu
- Ibu guna Biskut Marie Julies sebab terbeli Biskut jenama Lee yang dah tamat tarikh luput (kes cuai masa beli barang)
- Rasa biskut Marie Julies tidak menyerlah dan tenggelam dengan rasa cheese yang lebih power
- Cubaan kali pertama ibu dengan menggunakan biskut Tiger adalah lebih sedap walaupun rupa paras tak menjadi
- Lain kali ibu nak cuba lagi tapi guna biskut Tiger, tapi mesti pastkan rupanya menjadi!!



Ps: Hari ni ibu kurang bekesempatan untuk BW. Buat teman-teman, insyaAllah ibu akan slow-slow BW blog anda semuanya.. :D

Cara Selamat Hantar Anak Ke Taska


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Yusuf, Maryam dan Taska punya hubungan yang sangat rapat. Mereka membesar di Taska dan tidak pernah sekali pun dihantar ke rumah pengasuh ataupun dihantar pulang ke kampung. Bermula dengan Taska Afrilia di Subang Perdana selama 5 tahun kemudian berpindah ke Taska Quratul Ain di Shah Alam pada penghujung tahun 2009.

Maka selama 7 tahun ibu telah menjadi pemerhati kepada ibubapa yang menghantar anak-anak ke taska. (Juga mungkin ibubapa lain memerhatikan ibu.. ) Bermacam cara, bermacam ragam.

Tajuk di atas sedikit umum, tapi ibu nak kecilkan tentang KESELAMATAN MENGHANTAR ANAK-ANAK DARI KERETA KE DALAM TASKA.

Dulu, masa Yusuf dan Maryam sama-sama masih kecil.. Ibu dan ayah bahagi dua tanggungjawab menghantar anak ke Taska. Ayah hantar Yusuf dan ibu hantar Maryam. Jadi tak ada istilah 'tak cukup tangan' nak pegang barang dan anak.

Mengikut pemerhatian ibu, ada beberapa ibu/ bapa menghadapi masalah ' tak cukup tangan' kerana menghantar lebih seorang anak ke taska. Belum lagi bagnya, belum lagi bakulnya.

Lebih menggusarkan bila si ibu/ si bapa hantar dulu seorang anak dan barang-barang dengan meninggalkan lagi seorang anak di kereta dengan keadaan pintu kereta terbuka dan enjin tidak dimatikan.

Sangat bahaya keraana kereta hanya diletakkan di tepi jalan. Kadang-kadang bila terlalu ramai ibubapa datang serntak, maka terpaksa letak kereta jauh sedikit dari pintu pagar. Ada kala pula terpaksa letak kereta diseberang jalan.

Maka ini adalah saranan ibu:

Utamakan anak-anak dulu berbanding barang-barang. Hantar anak-anak ke dalam Taska dulu barulah ambil semula barang-barang dalam kereta.

Lagi satu, minimumkan penggunaan bag. Tak perlu banyak-banyak beg. Tak kanlah kalau 10 anak, nak hantar 10 bag ke Taska?

(lain la situasi ibu Yusuf dan Maryam sekarang, hantar beg banyak sebab guna 1 beg isi pakaian, 1 beg sekolah Maryam dan 1 beg sekolah agama Yusuf.. Kat atas tu ibu cerita untuk anak-anak yang belum sekolah..)

Sekian saranan dari Ibu Yusuf dan Maryam!!

Wednesday, October 26, 2011

Ibu Yusuf dan Maryam Yang Hebat!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Hari Rabu kian menghampiri penghujungnya.. Di luar sana kata-katak sedang berpesta suara setelah seharian hujan mencurah-curah. Cuaca mendung semendung hati ibu Yusuf dan Maryam.. Terlalu banyak perkara yang bercanda dalam kotak pemikiran. 

Bermula dengan risau keadaan abah.. Juga risau dengan emak. Pengalaman lepas-lepas mengisahkan emak juga akan jatuh sakit tak lama selepas abah sakit. Puncanya; kerana terlalu letih menjaga abah.

Tak habis memikirkan abah dan emak, hal anak-anak pula menerjah dalam kotak fikiran. Ibu rasa semakin jauh dengan anak-anak. Hujung minggu yang sering diragut kerjaya.. maka hanya kala malam mampu mengulit insan-insan tercinta. Namun aduhai, singkatnya masa..

Isu kerjaya pastinya satu isu yang sering buat ibu serabut. Bukan merungut.. namun adakala tak tertanggung dek tanggungjawab yang dipikul. Tahun 2011 tahun mewah bagi unit pencegahan di Jabatan Ibu. Mewah peruntukan bermakna bergandalah program-program yang perlu dilaksanakan. Sebagai pekerja yang diamanahkan untuk menngetuai unit pencegahan sudah pastinya ibu sentiasa gentar. Itu belum lagi tanggungjawab menyelia lebih 200 orang klien yang semuanya adalah pesakit.

Tiba-tiba ibu rasa mahu ketawa pula.. Apa sajalah yang ibu luahkan ini. Tapi natijahnya sedikit rasa lega meluah perasaan sendiri dalan 'diari terbuka' ibu ini..

Dalam keserabutan dan kecelaruan, alhamdulillah ibu masih mampu merasionalkan diri. Maka ilmu yang baru ibu cedok selama 3 hari 2 malam baru-baru ini ibu ambil dan aplikasikan.

Penceramah kata; "Untuk menjadi seorang yang berketerampilan, ianya tidak sahaja dilihat dari sudut luaran, namun juga akan dilihat dari sudut dalaman. Untuk menjadi seorang berketerampilan anda perlu menjenamakan diri anda"

Ibu sahut cabaran diri sediri; berketerampialan luaran dan dalaman!

Maka dengan ini diisytiharkan bahawa Zefa Nor Asmara adalah;

Ibu Yusuf dan Maryam Yang Hebat!!

Seorang ibu yang hebat tidak akan mudah kalah dengan mainan perasaannya sendiri, seorang ibu yang hebat akan sentiasa menyahut cabaran yang diberi, seorang ibu yang hebat sentiasa berkata boleh untuk sesuatu yang positif!!

Seorang ibu yang hebat akan melahirkan anak-anak yang hebat!!

Ibu yang hebat adalah ibu yang sentiasa mengejar redha Ilahi!!

Allahu Akbar!!

Semoga redha Ilahi akan sentiasa memayungi kita.. Amin ya Rabbal A'lamin.

Ps: Ini bukan n3 menunjuk-nunjuk kehebatan diri. Ini adalah n3 penyuntik semangat buat diri sendiri dan juga teman-teman. Ayuh jenamakan diri anda!!

Sebahagian dunia kerjaya ibu.. :D

Nasi Lemak Jemari Asmara..

Perhatian!! Ini bukan blog masak-masak.

Sekadar tayang menayang makanan sahaja.. hehe..
 

 Nasi Lemak Jemari Asmara..

Kenapa bagi nama Nasi Lemak Jemari Asmara? Bagi ibu, setiap makanan yang kita masak sendiri, air tangan sendiri, makak ita berhak letak jenama sendiri. Boleh macam tu? Haha..

Nasi lemak sambal sotong ni kegemaran anak-anak. Tak perlu ikan bilis, tak perlu kacang, sebab Yusuf dan Maryam tak makan semua tu. Timun tu pun perhiasan je, budak-budak tak makan. Tapi memandangkan ada stok di rumah, ibu letak je la..

 Alkisahnya, malam tadi anak-anak 'mencuka' gara-gara ibu masak Ikan Kerisi Masak Cuka. Masing-masing makan dengan kicap dan ikan goreng je. Jadi pagin ibu cover la dengan masak makanan kegemaran mereka.


Menjamah hidangan ditemani air teh o suam. Juga kegemaran anak-anak.. :D

Ps: Anda semua sarapan apa pagini?

Tuesday, October 25, 2011

Ikan Kerisi Masak Cuka


Ini bukan blog masak-masak ye..

Haha.. semenjak duani asyik tepek gambar makanan je. Bukan apa, bila dah tak ada idea sangat nak update blog, itu saja penyelamatnya. Sebab hampir hari-hari kita masak.. :D

Untuk menjadi seorang blogger masak-masak sangat la jauh dari jangkauan ibu. Sejujurnya, ibu tak berapa nak terror masak. Tapi keinginan untuk mencuba sentiasa ada.. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi. Cuma, ibu tak kisah nak tunjuk kat blog. Jadi ibu tunjuk, tak jadi pun ibu tunjuk.. Hehe..

Tang masak lauk pauk jarang tak jadi.. sebab bila masak lauk kita tak perlu terikat dengan resepi sangat. Tengok dua tiga resepi kemudian olah lah dengan cara sendiri. Tapi kalau tak jadi jangan salahkan resepi la pulak. Sape suruh durhaka? Kah kah kah..

Okeylah.. melalut pula. Ibu kongsikan di sini lauk kami malam ni..


Ikan kerisi masak cuka..

Sebenarnya, ini antara lauk feberet ibu. Tapi memandangkan ianya bukan citarasa anak-anak, ibu tak pernah masak. Selalu ibu dapat makan kalau balik kampung.. :D

Siang tadi, masa ibu BW ibu jumpa satu n3 dengan tajuk yang sama. Tak ingat blog sapa, tapi ibu ada bagi komen. Serius, baca n3 dia ibu terus 'trigger' dengan masak cuka.

Selalu ibu bagi kaunseling kat klien untuk menghadapi triger, sekali kena kat ibu tak boleh tahan la.. Haha.. Balik rumah terus masak. Kebetulan ada ikan kerisi kat esbok. Cuka pun ada.. Tapi ada juga paksa ayah g kedai beli timun.. :D

Alang-alang tepek gambar, ibu tepek sekali ersepinya. Tak tau nak credit kat sape sebab ibu buka banyak blog kemudian sesuka hati nak letak bahan-bahannya. Boleh ke gitu?

RESEPI IKAN MASAK CUKA

2 ekor ikan (apa-apa jenis ikan.. ibu suka ikan duri masak cuka. Hmmm.. sedap)
garam secukup rasa
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng

1 biji bawang besar (dibelah dua: sebelah dipotong 4, sebalah lagi hiris sesuka hati)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1cm halia (dipotong nipis memanjang)
1 batang serai (dipotong 2 dan diketuk)
1 biji cili merah (dipotong 4 memanjang)
1/2 sudu halba (tak ada pun tak apa)
3 sudu cuka (mengikut citarasa masam anda)
garam
gula
1/2 kiub pati ikan bilis
1/4 batang timun (dipotong dan dibuang tengahnya)

Cara-caranya:

1. Lumur ikan dengan garam, goreng dan ketepikan.

2. Panaskan sedkit minyak dalam kauali dan tumis bawan merah, putih, halia, serai, halba dan cili merah.

3. Bila naik bau, masukkan sedikit air, cuka, gula, garam, timun dan bawang yang di potong 4.

4. Curah atas ikan. Siap!!

Monday, October 24, 2011

Isi Ayam Masam Manis



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Chicken sweet and sour
Hidangan kami malam ini.. Isi ayam masam manis.. :D


Sebenarnya hasrat nak masak hidangan ni sejak minggu lepas lagi. Inspirasi tercetus masa singgah blog Cik Ina Do Do Ceng. Cik Ina masak Isi Ikan Masak Sos.

Kemudian, masa ibu kursus di The Heritage minggu lepas.. Ibu makan hidangan sweet sour. Hari pertama ikan sweet sour. Hari kedua ayam sweet sour. Tang ayam tu, rasanya sedikit mencetuskan semangat nak cuba masak.

Maka petang tadi, ibu realisasikan semangat tu. Ibu kongsikan resepinya di sini.. tapi ikut style ibulah ye.

RESEPI ISI AYAM MASAM MANIS

1 pinggan isi ayam dihiris nipis memanjang
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 ulas bawang putih dihiris
1cm halia dihiris nipis
5 biji cili padi (ibu tak potong atau ketuk.. anak-anak tak makan pedas)
Sedikit minyak untuk menumis
1 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
Sedikit nenas
Sedikit air
Sedikit sos ikan (sebagai pengganti garam)

Cara-caranya:

1. Isi ayam digaul dengan sos ikan dan biarkan seketika

2. Golekkan isi ayam di atas tepung dan goreng sehingga masak. Jangan terlalu garing kerana isi ayam akan menjadi keras. Ketepikan..

3. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau. Masukkan sos, kacau dan biar seketika. Masukkan sedikt air, gula dan sos ikan. (Ibu tak masukkan air sebab ikut style yang ibu makan kat hotel tu.. )

4. Akhir sekali masukkan nenas dan isi ayam yang telah digoreng. Siap!!

*  Sos ikan tu boleh juga guna kicap cair juga sebenarnya, tapi rasa sos ikan lebih 'menyengat'.

Selamat mencuba!!

Ps: Untuk resepi sebenar, google la ye.. Ibu cedok sana sini dan realisasikan dengan cara sendiri.. :D

Wad @ Hospital Sungai Buloh: Kanak-kanak Tak Boleh Masuk..


Assalamualaikum wbt..

Ibu baru balik dari Hospital Sungai Buloh tengok abah. Perjalanan dari Shah Alam ke sana makan masa lebih satu jam gara-gara kesesakan lebuhraya. Sampai di sana terpusing-pusing pula cari parking. Nak parking tepi jalan, kasihan pula anakanda Maryam. Maryam ibu bawa sekali siap berbaju sekolah, sebab dalam perancangan nak bagi dia jumpa mbah nang dulu baru pergi sekolah.

Rupa-rupanya.. (sila rujuk tajuk dia atas.. huhu..). Kali terakhir ibu ke sini pada tahun 2008. Masa tu budak-budak boleh masuk. Nasib baik datang dengan ayah, ayah naik dulu kemudian tukar dengan ibu. Kalaulah ibu datang berdua je dengan Maryam tadi? Dah la tak bawa handset.. Ayah sampai atas Cik Ayu (adik ibu) pula turun untuk jaga Maryam. Kesian adik, sampai sudah dia bertanya kenapa dia tak boleh jumpa mbah nang.

Ibu dengan selamba jawab; "Makcik jaga tu tak bagi masuk!!"

N3 ini bukanlah n3 pertikaian okey. Jika itu yang ditetapkan oleh pihak pengurusan hospital, kita sebagai pengguna seharusnya akur. Mesti ada sebab yang munasabah kenapa peraturan itu ditetapkan. N3 ini dibuat sebagai perkongsian maklumat bagi yang belum tahu.

Tapi ibu nak komplen sikit la cara makcik jaga tu bercakap. Tidaklah dia menengking atau marah-marah, cuma bagi ibu cara dia tu 'eksyen sikit'. Maaf makcik ye.. saya cuma cakap apa yang saya perhati. Don wori la makcik, saya tak tulis pun nama makcik kat sini.. Hehe..

Akhirnya tadi, Maryam tak jadi pergi sekolah. Sebab dah lambat sangat.. :-(

Gambar dari google

Mbah nang Maryam sakit kencing manis. Ada luka pada tumit sebelah kanan.. Abah dah pernah sekali berhadapan dengan saat-saat getir kehilangan satu dari anggota tubuh.

Mudah-mudahan kali ini semuanya baik-baik sahaja dan tidak melarat.Moga-moga abah cepat sembuh. Amin..


Puding Roti Karamel


Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi Isnin. Harini ibu cuti, sejak semalam dah tak berapa nak sihat. Mungkin penangan aircond berterusan dalam jangkamasa 3 hari 2 malam. Natijahnya, hari ini tak mampu nak bergegas-gegas seawal pagi. Jika ibu gagahkan diri masuk pejabat pun mesti melebihi jam 8.00 am. Sekejap lagi pula ibu kena ke Hospital Sungai Buloh, abah masuk wad dan kena operate. Jadi, memandangkan masa di pejabat akan mengecil, lebih baiklah ibu ambil cuti.

Berbalik pada tajuk, itu projek petang semalam. Walaupu letih dan badan tak berapa nak sihat, bila terpandang tarikh luput pada roti 'sudah nazak'.. maka ibu gigih main masak-masak. Dan inilah hasilnya;


 Sepotong aje..


 Dihidang dengan PML bunga Peonis kesayangan ibu..


Versi 'kering'..


Maaflah tak dapat nak tunjuk puding seloyang. Masa terbalikkan ke pinggan ada kesilapan teknik sikit dan tersenget dan tak boleh diejas semula. Malu nak tunjuk.. Hehe..

Untuk makluman, IBU TAK SUKA PUDING KARAMEL. 'Ngeri' bila terbayang-bayang rasa telurnya. TAPI, Puding Roti Karamel ini SANGAT SEDAP. Tiada rasa telur langsung!! Ini cubaan kali kedua buat Puding Karamel. Cubaan kali pertama dulu ibu buat Puding Karamel Jagung. Pun tak ada rasa telur.. :D

Ibu kongsikan resepinya di sini..

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

Resepi asal: Embun Rosaliza
Rujukan: Secubit Garam, Dapur Ct, Yati Memories, DTS dll.

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus 
4 keping roti gardenia 
3 biji telur - di pukul manja dan di tapis (ibu tak tapis pun tapi buang semua bendasing dulu sebelum pukul) 
2 cawan air suam 
1 cawan susu pekat manis (ibu guna 3/4 cawan)
1 sudu kecil esen vanilla

Cara- cara

1. Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus...... kemudian ketepikan. (Ibu masukkan gula dalam loyang, letak atas api kecil dan biarkan mencair dan keperangan. Senget-sengetkan loyang supaya gula merata) Awas!! Wap gula hangus sangat panas!!


2. Panaskan pengukus..... 

3. Carik2kan roti kemudian blender  bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla


4. Tuang adunan dalam loyang yang berisi gula hangus..



5. Kukus 40 - 60 minit.. (Ibu tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 50 minit)



6. Sejukkan dan hidangkan dengan menelangkupkan di atas pinggan..


Senang dan sangat sedap!! Selamat mencuba!!

Sunday, October 23, 2011

I'm Home!! Balik Dari Bangladesh..


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. Bersiaran dari rumah yang dirindui, setelah 3 hari dua malam bercuti ke Bangladesh. Sempat juga singgah di Indonesia. Erk.. Biar betul? Hahaha.. Ibu gurau je. Sebenanya ibu baru balik kursus di..


Regency Hotel Kuala Lumpur..

Kenapa ibu kata ibu pergi Bangladesh? Hmm.. pekerja hotel tu yang ibu nampak hampir 90% orang Bangla. Jumlah sebenar tak tahulah, tapi ini yang ibu nampak.

Secara keseluruhannya, hotelni okey. Bilik sangat selesa, dewan kursus pun okey. Cuma makan je kurang okey (pada tekak ibu lah). Penganjur kursus kata Hotel ni ada pengesahan halal. Ibu cuba buka laman webnya tapi tak boleh. 

Hotelni terletak di Jalan Raya Alang. Dekat Chow Kit road maaaaaa.. Tu yang malam tadi sempat jalan-jalan ke Indonesia. Hahahaha..

Okeylah.. N3 ringkas-ringkas dulu. Ada banyak kerja rumah yang ibu perlu selesaikan. Besok dah kerja pula. Hmm.. Ni yang tak suka kena kursus di hujung minggu.

Terima kasih buat ayah yang menjaga dan mengurus anak-anak sepanjang ibu pergi 'melancung'. Jasamu kukenang wahai suami.. :D

Jumpa lagi!!

Saturday, October 22, 2011

Jalan-Jalan @ Chow Kit Lagi!!

Assalamualaikum wbt..

Bersiaran dari tengah bandaraya Kuala Lumpur. Tahu tak? Tadi ibu ronda-ronda Chow Kit. Kalini bukan atas urusan kerja. Saje jalan-jalan cari pasal dengan kawan-kawan. Geng ibu-ibu tau, tapi ada terselit sorang anak dara.. :D

Apa yang menarik? Hmm.. Biasa-biasa aje..


 Ada tudung, ada make up tipu, ada cermin mata..


 Macam-macam adalah.. Ibu pun tak berani keluarkan kamera  sangat. Snap sikit-sikit aje..

Kadang-kadang rasa di Indon la pula.. Kanan kiri depan belakang semua orang mereka..


Ole-ole untuk Yusuf dan Maryam..

Untuk ibu? Tpaksa beli seliper.. Gara-gara berjalan guna kasut tumit 3 inci dan tak mampu nak bertahan dah. Huhu..

 Untuk ayah? Hmm.. tak payahlah. Ibu ke situ bukan untuk shooping pun. Saje-saje cuci mata..

Ps: Besok dah nak balik dah. Rindu pada anak-anak.. Rindu ayah juga!! :D

Ibu Yusuf: Bakal Lebih Berketerampilan?


Assalamualaikum wbt..

Selamat hari Sabtu buat semua.. Mesti seronok berhujung minggukan? Tapi ibu kena kursus.. Sejak semalam sudah 'berkampung' di KL sampailah Ahad (besok).

Ibu menghadiri Kursus Penampilan dan Keterampilan. Kih kih kih.. (tiba-tiba rasa lucu sendiri.. :D)


Gambarni ibu ambil semalam masa mula-mula check in. Ce teka hotel mana?

Jemaah Masjid dan Isu 'Halang Menghalang'


Assalamualaikum wbt..

Semalam tengahari ibu berkesempatan menghantar Maryam ke sekolah sebab ibu tak masuk ofis (teeetttt.. pengakuan berani ni. Haha..). Seronok sungguh dia bila ibu kata nak hantar, selalu Maryam kena naik van.

Ibu keluar rumah jam 12.45 dan sampai ke rumah jam 1.30 pm. Lama sungguh perjalanan sedangkan sekolah tu dalam 3 km je. Sebabnya, perjalanan nak masuk ke rumah sedikit terhalang dek kereta-kereta jemaah masjid yang parking sesuka hati. (Semalam hari Jumaat).

Harap jangan salah faham dan membuat tafsiran bahawa ibu 'berkira' dengan orang yang sedang menunaikan kewajiban. Tidak sama sekali..


Kita luaskan skop, isu yang lebih terbuka.. Bukan sahaja kenderaan jemaah masjid sahaja, tapi di pasar-pasar malam, kawasan perumahan yang kurang tempat letak kereta, kawasan perniagaan yang sesak dll.

Sedar atau tidak isu 'halang menghalang' ini mungkin menimbulkan rasa tidak senang bagi sesetengah pihak. Ianya mungkin menyusahkan dan  boleh menyebabkan bertambahnya masalah jika berlaku sebarang kecemasan.
Moralnya, elakkan menghalang laluan orang lain. Mudah sahaja!!


Ini rumah kami. Kenderaan di luar sana tidak bergerak ye kawan-kawan. Begitulah keadaan hampir disetiap Jumaat.


Alhamdulillah, sepanjang kami tinggal di sini tiada sebarang masalah  terjadi. Kami tak berkira pun dengan sesiapa yang meletakkan kenderaan di hadapan rumah kami, kerana kami tahu mereka sedang menunaikan kewajiban. 
Cuma risau juga, jika tiba-tiba ada kecemasan.. macammana ibu nak keluarkan kereta ye?
Ps: Situasi dalam gambar di atas pemandu van putih meletakkan kenderaannya di situ setelah bertanya samada ibu mahu keluar atau tidak (kebetulan ibu ada di luar rumah..)


Thursday, October 20, 2011

Angkat Tangan Hilangkan Marah..


Assalamualaikum wbt..

Hari ini ibu ada tugasan seharian di Petaling Jaya.. Meredah kesesakan Federal Highway di waktu puncak pagi dan petang sungguh menyiksakan. Teringat kenangan beberapa tahun yang lalu masa ibu kerja di sana sebelum pindah ke Klang tahun 2008, hari-hari meredah sesak ke PJ. Sampai menangis dalam kereta pun pernah..

Bila bersesak-sesak, ada kalanya ada kesilapan  pemandu lain yang buat kita marah. Contohnya, terhimpit, memotong secara tiba-tiba, tidak mahu mengalah di kala lorong bersimpang siur dll. Bila marah, maka mula lah mulut kita 'bising' hingga kadang-kadan terkeluar bahasa kesat..

Ada kalanya kita harus faham bahawa tindakan itu bukanlah disengajakan, mungkin terdesak dek faktor jalan.. (mari kita bersangka baik)

Dan, adakala salah tu datang dari kita sendiri hingga menyebabkan kemarahan orang lain.. (manusia tak lari dari buat silap, betul tak?)

Namun sedarkah kita, dengan hanya membuat pergerakan mudah, iaitu MENGANGKAT TANGAN sebagai tanda meminta maaf, perasaan marah sesorang itu akan hilang?

Moralnya: Apa saja tindakan kita yang di jalan yang agak-agak buat orang marah, angkat la tangan. Bukan susah pun!!

Ps: Sebenarnya ibu tgh marah, tadi ramai sangat orang lalu lorong kecemasan. Ibu yang duk lorong kiri seriau je kalau tersagat sebab rapat sangat. Lepas tu masa kat Tol Batu 3, ada seorang perempuan tu potong q tapi tak angkat tangan pun..

Hehehe.. Ini n3 lepaskan stress sebenarnya. Stress wooo, pergi balik jem. Sakit kaki tau.. Huhuhu..


Sekadar gambar hiasan. Hasil carian imej google..

Pss: Setuju tak dengan pendapat ibu pasal angkat tangan tu?

Wednesday, October 19, 2011

Kelazatan Dunia

Assalamualaikum wbt..

Untuk renungan bersama..

Sebagai seorang ibu yang masih membawa anak-anak ke situ, ibu terasa malu bila melihat banner di atas.. Banner yang sudah lama tercipta, namun hanya dipandang dengan mata zahir..

Makanan itu halal..

Namun dikatakan penyumbang kepada MUSUH KITA di negara sana..

"Pejamkan mata kita semua, mari merenung dengan mata hati.. Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri anda dan keluarga.."

Tepuk Dada Tanya Selera

Wallahua'alam..

Tuesday, October 18, 2011

Menangi Percutian 3 Hari 2 Malam @ Pangkor Laut Resort!!

Assalamualaikum wbt!!



Membaca tajuk sahaja sudah cukup teruja bukan? Bayangkan, menikmati percutian di Pangkor Laut Resort yang bernilai RM2400.00 secara percuma!! Tanpa mengeluarkan belanja!! Hadiah yang sangat-sangat berbaloi-baloi!!

Mari kawan-kawan, tak rugi kita mencuba. Klik SINI sahaja, anda akan dipandu untuk mendaftar sehingga dapat menekan butang BUY NOW!! Owh ya.. tanpa dikenakan bayaran ye kawan-kawan..

Ibu kongsikan di sini hadiahnya yang sangat menarik:

Grand Prize
3 Days 2 Nights stay for 2 at the Pangkor Laut Resort
Daily Breakfast at the Feast Village, Lunch at Royal Bay Beach Club or Chapman's Bar and a Set Dinner at Uncle Lim's Kitchen or Feast Village
Return Ferry Transfer for 2 adults
Travel Period: March 2012

Consolation Prize
5 x RM50 DealCity Credits

Dan lihatlah betapa indahnya pemandangan di sana:




Jom kawan-kawan, mana tahu ada rezeki kita. Klik SINI ya.. :D


Ps: Ibu tahu tentang INI di blog Mummy Ayu.. Thanks ya.. :D

Follower Widget Lambatkan Loading..

Assalamualaikum wbt..

Beberapa hari yang lepas, ibu ada buat n3 tentang Follower Widget Penyeri Blog. Satu n3 yang ibu buat atas pandangan diri sendiri semata-mata. Satu pandangan yang dibuat atas dasar kecantikan luaran. Bagi ibu FW di bawah header cantik.. Berseri.. Berwarna-warni..

Hakikatnya, kecantikan luaran tidak menjanjikan kecantikan dalaman. Bukan manusia je ada kecantikan luar dalam, blog pun ada tau!!

Beberapa sahabat yang singgah memberi komen memberi kata-kata yang sama. FW lambatkan loading.. :-(




Ibu ada juga google maklumat tentang tu.. betul lah tu. FW mengandungi banyak gambar, jadi masa diperlukan untuk load semua-semua tu..

Hmmm.. maklumat dah ada. Tepuk dada tanya selera, nak alih ke tidak..

Ps: Apa pandangan anda, ibu nak kena alih ke FW tu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...